17 August 2016

Hai korang.makan tengahari kat mana hari ni? Yang pejabat area Putrajaya,Bangi,Sepang ,Kajang dan sekitar tu meh Cik Sue cadangkan datang makan tengahari atau minum petang kat sini,mana? IOI Mall je,dekat je.Selalu kalau lepak mall ni banyak restoran atau kedai makan menu barat atau menu campur-campur kan? Tapi jangan risau ni NINE CHEFS ni menghidangkan menu masakan melayu yang memang menepati selera tekak melayu kita.

Menu yang di hidangkan pulak bukan sekadar nasi dan lauk-pauk untuk makanan tengahari malah kuih-muih,mee,roti canai untuk minum petang pun ada.Jadi tak perlu risau kalau datang lepas waktu makan tengahari pun,masih ada menu yang sesuai dan enak untk di cuba.Macam kami la hari tu,datang nak cari barang dan lepak,sorang nak nasi,sorang nak makan ringan-ringan,haaa tengok menu ,order je la mana yang tekak nak kan hihihi.


Restoran ni mengadap ai pancut di bahagian hadapan IOI Mall ni,korang kena keluar ke bahagian outdoor,ada deretan rsetoran dan kedai makan.Korang boleh memilih tempat duduk di ruang terbuka atau lebih privacy di dalam,mana-mana pun boleh.



Ni pulak bahagian dalam,selesa sangat,kemas tak sarat dengan deko sangat tapi masih nampak cantik dan selesa.kalau nak buat meeting atau meraikan pelanggan syarikat pun sesuai.Jom tengok apa kami order masa tu eh,jangan terliur plak heehehe.

MANGO MILKSHAKE RM12.90
FRIZZY RIBENA LYCHEE RM13.90

VANILLA AND BANANA MILKSHAKE RM12.90
NINECHEFS COFFEE MILKSHAKE RM12.90
OREO COOKIE MIKSHAKE RM12.90
Amacam? tu baru minuman tu  ,hehehe tapi serius Cik Sue bagitau rasa dia memang sedap,puas hati dan berbaloi dengan harga,gelas pun sederhana besar bukan kecil ye.Jom tengok hidangan makanan kami pula.

NASI MINYAK WITH LAMB SHANK MASALA RM45.90
Okey,hidangan utama yang kami cuba,subhanallahhh memang sedap sangat lamb shank dia,dengan daging yang lembut,terasa rempahnya,nasi tu makan dia saja pun dah sedap kalau dengan lauknya alahaiiii,ikut tamak haloba ni memang tak nak kongsi tapiiiii besorrrr ,memang takkan habis makan sorang,ini pun kongsi berlima tau,saiz hidangannya besar berbaloi dengan harga,puas hati.Oh ya,nasi putih pun ada kalau korang nak order asing.

STIR FRY KANGKUNG WITH BELACAN RM 16.90

Sayur yang di goreng tak terlebh masak,ranggup,memang nampak batang kat atas hidangan sebab yang berdaunnya kat bawah heheheh,Cik Sue suka sebab rangup je,dan rasa perencahnya tak terlalu masin.

SEAFOOD TOMYAM SOUP RM23.90
Rasa tomyam yang sangat nostalgia,pehhh drama la Cik Sue ni hehehhe,korang wajib cuba memang tak menyesal,asli rasa tomyam dengan seafood yang segar terasa manis lagi isinya,ni pun saiz hidangan yang cukup tuk 3-4 orang,yup nanti nak repeat makan ni lagi ajak Mr D pula hehhehe.

FRIED SALT EGG SQUID RM28.90
Huwaaaa tetiba teringan lak sotong telur masin ni,berkrim sangat sos dia cukup rasa dengan sotong yang segar huhuuu,Mr D jommmmm.....

DEEP FRIED SOFT SHELL CRAB WITH BUTTER SAUCE RM45.90
Jujurnya Cik Sue tak penah makan ketam kulit lembut ni heheh,masa menu ni sampai ingatkan udang,sekali dah makan masuk mulut lembutnya boleh kunyah semua,baru la kekawan bagitau tu ketam kulit lembut,ohhhh sangat la kampungnya saya hehehhehe,sosnya sedappppp,siap Cik Sue hirup ngan sudu je.

SIAKAP TIGA RASA RM54.90

Terkojut acik tau ikan ni sampai,besor ya ampunnnnnn....teruja kita tengok,kami makan 5 orang seblah ikan un tak abis,7-8 orang pun cukup ni,sos tiga rasa dia memang tip top la dan yang peling best ikan ni tak de bau hanyir,segar sangat.
AUSTRALIAN RIBAYE STEAK RM45.90
Menu ni plak dah last-last hampir kenyang dah,tapi tetap nak rasa,daging steak dia fuhhhh berjus sangat ,sempurna masaknya,cuma sos dia agak cair Cik Sue suka sos gravy yang pekat-pekat sikit.

PISANG CHEESE COMBO RM16.90
Wohoooooo ini la bintang terkenal hari ini cewahhhh gituuuu,memang maveles,tak tau nak describe korang datang dan cuba,sedap ya ampunnnn...hehehehe


Terima kasih banyak Nine Chefs untuk hidangan yang membuncitkan dan menambah lemak kami,konpem akan reeat lagi bawa kawan-kawan lain pulak,sungguh korag takkan menyesal okeh,Datang la cuba kebetulan sekarang ada promosi makan tengahari dan minum petang,korang boleh cuba dengan harga bebrbaloi sambil lepak dengan kawan-kawan.




Facebook www.facebook.com/ninechefs/

Instagram www.instagram.com/ninechefs 

Nine Chefs Restaurant
GE11,Ground Floor,IOI City Mall (The Symphony Walk)
03-89598026
ninechefsioi@gmail.com
www.ninechefs.com.my

bisik-bisik:
Alaaaaa teringat tomyam dia,Mr Dddddd jom la huhuuuuu.

8 singgah dan taip sket..

Nasi minyak lamb shank aduyaiii terliur betul tgk haaa...hebat lah nine chef ni

REPLY

pheww...
harga bleh tahan..
dpt nasi minyak lamb sama milkshake rasanya pnuh perut.

REPLY

sedaaapppppp! nanti nak mai sana la

REPLY

terliur tengok makanan-makanan dia...hihihi

REPLY

menarik gak menu sini.. dkna pernah tengok kedai ni kalau nak turun parking dari arah depan tu...

REPLY

alahaii menu dia..sedap sangat

REPLY

wahh menarik...boleh try nanti...

REPLY

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates