Pengalaman Trimester Pertama : Anugerah Terindah

10:09 PM Sue Izza 12 Comments


Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Hanya itu yang bermain di minda dan mulut Cik Sue saat pertama tahu berita gembira ni,Syukur tak terhingga pada yang Esa atas rezeki yang satu ini.Cik Sue dan Mr D tak merancang apa-apa pun dan dua-dua belah keluarga pun tak berbunyi apa-apa lagi sebab rasanya masih di awal fasa perkahwinan.

Bulan April dapat tahu,belum ulang tahun pertama perkahwinan pun,kami sendiri pun terkejut dan tak sangka,sebab meamng tak terfikir.Masing-masing sibuk dengan kerja la,kenduri la.Kebetulan Cik Sue pun tengah serabut dengan masalah kerja akhir Mac tu yang membawa kepada perletakan jawatan Cik Sue awal April.Elok berhenti kesihatan memang teruk sampai tahap kena drip kat wad,dengan kencing kotornya,dengan sakit tulang belakangnya,memang sangat-sangat tak sihat.Yang best masa tu tak terfikir pun nak buat "pregnancy test" sendiri atau kat klinik sebab dok tumpu sakit tulang belakang kesan-kesan eksiden motor la,jatuh la.

Siap sempat lagi pergi mengurut dengan mak cik kat Banting tapi bukan urut perut la,suruh gak dia rasa-rasa sebab dia bidan,katanya tak de lak rasa nadi,cuma dia sarankan suruh pergi check kebetulan period pun dah lambat seminggu.Cik Sue bab period memang peka sebab dari bujang lagi memang kira dan catatkan dan selalunya beza 1 atau 2 hari  je.Dah lewat time ni hanya terfikir stress masalah kerja.Balik mengurut Cik Sue terus demam,sampai tak boleh nak angkat kepala di buatnya.Akhirnya atas saranan kawan-kawan sempat pi cari pregnancy test kit dan Alhamdulillahhhhhh positive.Kelakarnya buat test,pastu tinggal kat tepi sink lepas sejam baru teringat nak tengok hahahhaha......dapat bacaan terus call Mr D kat opis,then dua-dua terdiam,Cik Sue dah biat drama dah berlinang air mata hahahha drama queen sangat,ntah la tiba-tiba rasa sayu dan rasa besarnya kuasa Allah hinggakan ada nyawa dalam perut,ohhhhh saya bakal jadi ibu (Insya Allahhhhh) sesuatu yang di impikan semua wanita atas dunia ni pastimya.Gelaran yang sangat bermakna.

Sebelum ni selalu berdoa dengan Mr D semoga Allah berikan kami rezeki zuriat di saat kami bersedia,Insya Allah masanya dah tiba,Allah tahu masa yang tepat walau kita rasa belum,tak awal dan tak lambat,Allah lebih tahu apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu.Kami terima dengan jutaan syukur.Mr D balik dan kami ke klinik tuk chekup dengan doktor,dan bacaannya tetap positive,Syukurrrrrr.




Trimester pertama Cik Sue lalui memang menduga kesabaran.Mungkin menurun dari ma yang memang teruk morning sickness setiap kali hamil.Sampai Mr D dah tak tahu nak buat apa,terima kasih sayang kerana sangat sabar.Waktu tu tak de lagi mengidam apa sebab lembik selembiknya huhuuu.Hanya terbaring di katil,makanan masuk pasti keluar balik,badan kejang tak yah cerita la,setiap malam nangis,huhuuuu.Alhamdulillah masuk 4 bulan kandungan morning sickness pun kurang,kalau ikut ma sampai 6 bulan pun lembik lagi.Memang bersyukur sangat sebab kesian Mr D tak terurus nak uruskan bini dia,dengan rumah tunggang langgang makan pakai memang ke laut huhuuu.

12 minggu kandungan baru kami buat buku merah,jenuh kena bebel ngan doktor klinik kesihatan hehehe dengan Mr  D kena marah kenapa tak datang awal.Mana la kitaorang tau sebab tanya-tanya orang 12 weeks baru pegi buat,tak pe la nama pun first time kan.Berakhir fasa morning sickness,Cik Sue dah beransur sihat dan berselera makan,masa ni tak ramai lagi yang tahu sebab kata Mr D jangan galak atau gembira sangat,ujian Allah kekadang pelbagai cara,kang suka-suka jadi duka pulak,yang penting jaga kesihatan dulu.

Habis trimester pertama tak de la pulak nak mengidam apa-apa yang pelik atau susah-susah ,sekadar terasa nak makan benda biasa-biasa makan je la,macam tom yam,domino pizza,masakan ma itu  je la.
Terima kasih semua kawan-kawan yang mendoakan dan banyak memberi nasihat,Cik Sue memang tak tahu apa la,sampai naik jemu ma menjawab sikit-sikit call tanya macam-macam hehehhe.

Doakan Cik Sue dan baby sihat-sihat dan di permudahkan urusan bersalin nanti ye,berdebar juga sebenarnya,sebab sekarang dah 27 weeks saat entry ni di tulis.Baby pun dah rasa gerak.Ok lah doakan yang baik-baik ye,Insya Allah semoga kita semua murah rezeki yang mana bukan zuriat sahaja rezeki dalam hidup ni tau,banyak lagi nikmat Allah yang patut kita syukuri.

Okeylah nanti Cik Sue sambung cerita trimester kedua pulak ye.









12 comments:

  1. Tahniah kak sue.. kalo ikut kiraan dah 5 bulan kan..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... tahniah...!! semoga segalanya dimudahkan... :)

    ReplyDelete
  3. Tahniah kak sue, hehe best kan feel tu ??? Lebih2 lg bila dah rase baby gerak. Then bila kte ckp dgn dia, baby bg respond tendang2 perut. Kadang2 main geli2'.... Best sangat moment tu.

    ReplyDelete
  4. Tahniah kak sue, hehe best kan feel tu ??? Lebih2 lg bila dah rase baby gerak. Then bila kte ckp dgn dia, baby bg respond tendang2 perut. Kadang2 main geli2'.... Best sangat moment tu.

    ReplyDelete
  5. tahniah kak sue.. berhenti keje tu sebagai asbab jer tuhan nak bagi rezeki yang lagi baik untuk kaksu dan abg edi..

    ReplyDelete
  6. pengalaman terindah ni!
    sedangkan yg dah byk kali mengandung ni pun rasa teruja bila tau pregnant lagi.. heheheee!

    ReplyDelete
  7. tahniah cikngah...semoga cikngah dan baby kat dlm sentiasa sihat...

    ReplyDelete
  8. tahniah cikngah...semoga cikngah dan baby kat dlm sentiasa sihat...

    ReplyDelete