19 September 2016

Balik dari kampung raya haji aka raya korban ni banyak pulak stok daging dalam peti ais.Surau kawasan rumah ni lagi bagi,ma abah kat Lipis pun bekalkan jugak daging,mak kat Kuang pun bagi jugak.Haaaaa banyak jugak la,dekat 3 kilo lebih campur tulang,hati,paru sekali.

Memandangkan Cik Sue dan Mr D tak de la gemar nak masak daging setiap hari,kena pulak nak checkup mengandung ni nak kena kawal pemakanan,teringat pulak dulu pernah makan daging pekasam,tiba-tba rasa nak buat sendiri.Jadi dok tanya la dalam grup Whatapps sekolah,siap diorang tolong carikan resepi kat FB lagi heheheh tq la kawan-kawan.

Berdasarkan apa yang diorang tag Cik Sue ada 2 versi cara buat pekasam daging ni,satu guna limau dan garam je,satu lagi masukkan beras sangai yang di mesin.So jom tengok resepi dan caranya ye :

Daging Pekasam Asam Limau :




Bahan :
1. Daging di hiris nipis
2. Limau kasturi amik jus,buang biji,hiris sedikit kulitnya.
3. Garam,Cik Sue guna garam kasar.

Cara :
1. Gaulkan daging dengan jus limau kasturi dengan garam kasar.
2. Susun selapis-selapis dalam bekas sambil tu taburkan hirisan kulit limau tadi.
3. Tutup kemas bekas dan simpan dalam peti ais ,tak perlu bekukan.

limau kasturi

garam kasar

Daging Pekasam Beras Sangai :



Bahan :
1. Daging di hiris nipis,kepingan lebar.
2. Asam keping
3. Garam halus
4. Beras -di goreng tanpa minyak hingga kekuningan,kemudian blend halus.

asam keping

beras -di goreng hingga kekuningan
Cara :
1. Gaulkan daging dengan garam dan beras yang di mesin tadi.
2. Susunkan berlapis dalam bekas ,selang-selikan dengan 2 3 keping asam keping.
3. Tutup kemas bekas dan simpan dan peti ais tak perlu di bekukan.


Senangkan? tak sabar nak tengok hasilnya dua jenis pekasam ni.Nak tengok mana satu yang sedap dan kena selera dengan  tekak Cik Sue ni.Goreng garing-garing dengan bawang,cili makan ngan nasi panas ni ,alahaiiiiii sedapnya,eh tertiba terliur pulak malam-malam ni.hehehehee...

Update :
Yeayyy dah siap goreng pun yang pekasam dengan beras sangai tu  ni hasil lepas 3 hari,tak masin sangat ,sedap-sedap je.


10 singgah dan taip sket..

Waahhhh.... da siap²kan
Daging korban kak nina belum buat -apa-apa lagi

REPLY

Waahhhh.... da siap²kan
Daging korban kak nina belum buat -apa-apa lagi

REPLY

Teingat arwah Chek k.ma dulu selalu buat..sedap...nti goreng letak bwg n cili api :)

REPLY

rajinnya kak sue buat pekasam..nasib laa kite tak makan pekasam pekasam ni..hihih

REPLY

wahh.. nanti nak cuba buat.. nampak sedap..

REPLY

Waa dapnyer..nak buat gak laa

REPLY

Waa dapnyer..nak buat gak laa

REPLY

Belom pernah lagi makan daging pekasam ni..
Nak try buat juga la..
TQ Cik Sue for the recipe.. ^_^

REPLY

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates