20 September 2016


Daging lagi? haaaa nasib la musim-musim raya haji aka raya korban ni,memang menu daging je la kan hehehhe....Kali ni mak bagi daging korban lagi,Cik Sue goreng je  tapi versi kreatif sikit la.
Kali ni cuba versi Thai la pulak,masakan thai kan banyak pakai serai,daun limau purut,sos ikan,kira elemen penting la,Jom tengok resepinya :

Bahan :
300 gm daging-hiris nipis
1 cm kunyit hidup-tumbuk halus
3 ulas bawang putih-tumbuk halus
1 biji bawang besar-potong bulat
3 helai daun limau purut
1 batang serai hiris halus
2 sudu makan pes cili thai
1 sudu sos ikan
1 biji tomato belah 4
2 sudu kicap manis
garam dan gula

Cara:
1. Gaulkan daging yang di hiris dengan kunyit hidup,bawang putih dan garam.
2. Panaskan minyak dan gorengkan daging separuh garing.
3. Bila daging hampir garing masukkan kicap manis,sos ikan,pes cili thai,bawang besar dan serai.
4. Masukkan tomato dan daun limau purut,kemudian perasakan,ok dah siap.Kalau suka boleh perahkan asam limau masa nak makan.

Mudah je,boleh la cuba.masam manis masin lengkap rasanya,kalau suka juga boleh masukkan kacang gajus goreng,ada rasa rangup-rangup.

4 singgah dan taip sket..

aarghhhh tercabar nafsu makanku tengok daging goreng ni! bookmark siap-siap ...nak try buat nanti :)

REPLY

sedapnya la hai, klu letak cili padi byk2 fuh lagi berdesup ni, almaklumlah dah kwen dengan laki jawa, semua masakan nak letak cili padi

REPLY

feveret kite ni masakan ala thai..nanti nak buat laaa..daging banyak lagi dalam peti..hehe

REPLY

Nak try la nanti! Thanks bagi resepi hee

REPLY

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates