ShellOut Murah dan Sedap di Shah Alam : My Story Cafe Kota Kemuning

12:30 PM Sue Izza 10 Comments

Set Jari Comot ShellOut
Hallo halloooo,selamat tengahari,nak lunch kat mana tuuu? mana peminat seafood ni? Sila angkat tangan cepatttt....Cik Sue nak cadangkan tempat makan shellout yang sedap tahap menjilat jari dan murah.Jom-jom!...

Minggu lepas Cik Sue sempat terjah restoran yang menghidangkan shellout ni kat Kota Kemuning iaitu My Story Cafe.Sampai-sampai je cantik je nampak kedainya,agak menarik dari luar.Parking pun mudah dapat walau hari Sabtu.Masuk je kedai,memang kemas dan menarik susun aturnya,macam makan di meja makan di rumah je.

Kawasan untuk kanak-kanak bermain juga di sediakan,senangla untuk ibu bapa melayan selera sementara tengok-tengok anak bermain.Bilik air dan tandas yang bersih juga di sediakan.Ruang makan yang bersih dan kemas sangat selesa untuk pengunjung.





Mata Cik Sue tertarik dengan botol oreng tersusun rapi,oren legend masa kecik-kecik dulu.Oren,soda dan sarsi botol yang selalu kecik-kecik dulu beli masa balik kampung di Kelantan,memang mengimbau nostalgia,korang boleh nikmati di sini.Terdapat juga bahagian untuk pencuci mulut kek,puding,durian crepe dan minuman ringan.



Set JariComot ShellOut di My Story Cafe,Kota Kemuning.

Set Jari Comot ShellOut
Okeh,jom tengok makanan pulak.Sampai je memang waktu lunch,perut pun dah berkeroncong.Di hidangkan set Jari Comot ShellOut kat restoran ni,wallahhhh memang bagai mengantuk di sorong bantal la.hehehhee.

Set ni di hidangkan dengan seafood dan nasi putih sekali dengan jagung rebus,ni kali ke 2 Cik Sue makan shellout memang sedap sangat la di tekak Cik Sue shellout kat sini sebab masakannya lebih bersifat melayu,ada kari ada masak bercili.Alahaiiii terasa-rasa pulak di tekak.Set yang kitaorg makan ni untuk 4 orang,ni pun puas makan.Ada ketam,ada sotong,udang,scallop atau kerang,ada lala my feveret,ada sayur jugak,jadi seimbangkan? Masakannya Cik Sue bagi 5 bintang,memang sedap,suka ketam bercilinya dengan sotong kari,eh semua la sedap,korang memang kena try.Tak menyesal punya,udang butter pun sedap ratah saja.Gosok perut Cik Sue di buatnya joget-joget baby dalam perut ni hehehhe.

Butter Prawn
Sotong Kari
Sayur Goreng
Lala Berlada
Ketam Bercili
Scallop Blackpepper
nasi putih dan jagung
Nak tahu harganya? memang berbaloi,siap pakej lagi di sediakan,boleh pilihla nak makan ramai-ramai bawa kawan atau berdua dengan pasangan je ke.

pakej jari comot shellout

Selain dari shellout,ada juga menu lain di restoran ni,ada makanan western macam lamb chop dan chicken chop serta chicken boxing.Makanan lain seperti laksa johor,pencuci mulut seperti brownies,durian crepe,kek  dan sangkaya pun ada.Korang boleh pilih je nak makan apa,semua pun sedap.Yang tak sempat Cik Sue cuba pun banyak lagi,meatball,kari kepala ikan pun ada,makanan kudapan petang pun ada seperti popia,onion ring dan pasta.

Oh ya ,kalau korang datang lepas pukul 5 petang boleh la rasa Nasi Lemak RM1 ,murahkan.Harga makanan kat sini Cik Sue tengok memang berbaloi,tak terlalu mahal tik makan seiisi keluarga.

Chicken Chop
Lamb Chop
Chicken Boxing
Durian Crepe
Brownies
Laksa Johor
Sangkaya

Korang harus try tau,memang berbaloi murah dan sedap.Makan pun puas hati,harus ni next time nak ajak Mr D datang sini cuba makan,dah laluan nak balik Kuang ni heheheh.

#ciksuesukamakan
Kalau nak dapatkan maklumat korang boleh klik link kat bawah ye :


Facebook : https://www.facebook.com/mystorycafekk/
Instagram : https://www.instagram.com/mystorycafekk


Alamat :
My Story Cafe Sdn Bhd (1068514M)
No 8 Jalan Anggerik Vanilla Y31/Y
Kota Kemuning 40460 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan


Waktu Operasi :
Isnin hingga Ahad
2.00pm to 11.00pm

Untuk tempahan / pertanyaan :

Telefon : 603 5131 0452
Rahimah Binti Dato Abdul Rahim : 60 18 777 1468
Asrul Husni Bin Hussain : 60 18 779 1468

10 comments:

  1. tak pernah merasa lagi makan berkonsepkan shell out macam ni, tapi tengok menu-menu semua pun dah nampak sedap dah! Arrghhhhhh kena terjah ni!

    ReplyDelete
  2. Alololo sedap ngat cik sue makan hehhe..kak lya tak oenah cuba style shell out gini lagi..maybe satu masa nanti kot nak jugak cuba..

    ReplyDelete
  3. Alololo sedap ngat cik sue makan hehhe..kak lya tak oenah cuba style shell out gini lagi..maybe satu masa nanti kot nak jugak cuba..

    ReplyDelete
  4. budak office dok sebut pasal makan shell out. ini rupanya shellout.. thanks kongsi :D

    ReplyDelete
  5. aduii... terliur tengok waktu lunch hour ni.. kalau dekat, dkna terjah mkn sini ..

    ReplyDelete
  6. Tak hajakkkkkkk!!! Nanti nak pegi siniiii!

    ReplyDelete
  7. sedapnya lahaii..tak pernah cuba lagi ni

    ReplyDelete
  8. Sedapnyaaaa..nanti nak cuba jugaklah..

    ReplyDelete
  9. Jom lah kita gi makan lagi... terliuq plak baca ni

    ReplyDelete