Buruk Sangka Penyakit Hati : Iklan #Petronas Deepavali 2016

3:35 AM Sue Izza 17 Comments

Setiap tahun dan perayaan dari zaman Yasmin Ahmad lagi ,iklan dari Petronas memang di nanti oleh semua.Dan pastinya setiap karya atau iklan dari Petronas membawa mesej dan pengajaran untuk kita,selain mesej perpaduan dan keharmonian hidup berbilang bangsa di Malaysia ni.

Jom saksikan Iklan #PETRONAS Deepavali 2016 kali ini dengan mesej "jangan berprasangka sebelum tahu apa sebenarnya realiti atau kisah sebenar".Selalu kan terjadi dalam kehidupan seharian kita,suka bersangka-sangka tanpa selidik dulu kisah sebenar.Penyakit hati sebenarnya tu,ye perlu berhati-hati tambah-tambah zaman sekarang yang susah nak percaya sembarangan orang,tapi tak patut kalau kita memandang serong hanya dari pandangan pertama kan?

I AM MUNIANDY




Pelakon ni sekali tengok macam Ezad Lazim,sekali macam Opie Zami,sekali macam Bruno Mars hehehehhe...ok la,lakonannya menjadi.Banyak pengajarannya iklan kali ni :

Jangan mudah bersangka buruk
Jangan hanya kerana rasa curiga kita menelah yang bukan-bukan hanya melalui pandangan sahaja,jika betul rasa sangsi,siasatla.Jangan buat andaian sendiri,kalau salah dan main terjah je kang malu sendiri.

Jangan menilai dari rupa
Jangan amalkan menilai hanya dari rupa,mentang-mentang nampak muka macam tak de kerja,macam budak liar,konon macam pecah rumah kita dah anggap yang bukan-bukan,yang buruk.Tak semestinya ye.No Noooo jangan macam tu,tak baik.Zaman sekarang ni yang berkot bertie pakai hensem,cantik tu pun boleh jadi penjenayah tau,haaa jangan tak tau plak.

Saling peka dan membantu serta hormat-menghormati.
Kita patut contohi Muniandy dan kawannya tu,nampak je macam tu tapi hati baik,peka dengan membantu Rumah Jagaan Orang Tua untuk menyambut Deepavali,malah menghormati warga emas di situ.Bagus diorang siap tolong kemas dan hias rumah tu.


Keharmonian melalui timbang rasa dan persefahaman.
Iklan ini juga membuatkan kita berfikir untuk mencapai keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum dan budaya,kenalah ada sifat saling bertimbang rasa dan memahami budaya masing-masing,barulah kita lebih hormat dan hidup dalam suasana harmoni tanpa mengira perbezaan yang ada.Kita bersatu dalam meraikan persamaan sebagai rakyat Malaysia.

ceeewahhhhh dah macam wakil rakyat lak Cik sue ni kan hehehhe...

Apapun syabas Petronas tak pernah gagal membawa mesej-mesej terbaik untk rakyat Malaysia.
Akhir kata,Happy Deepavali untyk semua penganut Hindu di Malaysia dan kawan-kawan Indian Cik Sue ye.


P/s :
Rindu nak makan maruku Auntie Amuda yang ranggup tu ( kawan ma kat estet dulu ) mana la diorang sekarang huhuuu...






17 comments:

  1. Iklan petronas memang selalunya win dan mengusik jiwa! Hee

    ReplyDelete
  2. Mesej yang PADU ! Maka jangan kita mudah menilai dan membuat andaian terburu-buru sekiranya tidak selami dan mengenali hati budi seseorang.

    Happy Diwali!

    ReplyDelete
  3. Mesej yang PADU ! Maka jangan kita mudah menilai dan membuat andaian terburu-buru sekiranya tidak selami dan mengenali hati budi seseorang.

    Happy Diwali!

    ReplyDelete
  4. Haa kann... Ingtkan Opie Zamie... Iklan Petronas mmg slalu jelas mesej diorang tp tak pernah menghampakan..

    ReplyDelete
  5. Yeahhg...kita ada pandangan yang sama tentang iklan petronas...point utama, jangan mudah undang persepsi buruk...

    ReplyDelete
  6. Memang kita nie kadang mudah sangat bersangka-sangka kan...pastu terus jatuh hukum tanpa usul periksa..saboo je la..

    ReplyDelete
  7. Iklan PETRONAS bg setiap perayaan akan mmg sentiasa dinantikan dan tak pernah mengecewakan sbb penuh dgn mesej yg bermanfaat

    ReplyDelete
  8. Lisa pun kdg sllu mcm tu, berburuk sngka uhuhu

    ReplyDelete
  9. wahh mesej sangat mendalam.. terbaik.. rugi tak tengok video nie so meaningful

    ReplyDelete
  10. Petronas punya iklan mmg selalu da best! ingat pesan ss be positive yer haha

    ReplyDelete
  11. Iklan ni penuh mesej yang baik... suspen je mulanya... last2 dpt pngjaran

    ReplyDelete
  12. Mesej dan pengajaran yang mendalam. Betapa mudahkan kita nk menilai orang ni.padahal kita tak tau betul atau salah..

    ReplyDelete
  13. Bagus iklan ni kak sue.. Banyak mesej yang disampaikan. Yang penting jangan cepat buruk sangka pada orang. Org kata "dont judge a book by its cover." Hehehe

    ReplyDelete
  14. Haha. Mcm ezad lazim ye. Ngeh2. Igt opie jgk

    ReplyDelete
  15. Betul ada iras opie hehehe opie kan rock selumber tp baik je tp ni pun sama muka je ganas tp murni hati dia...lepas ni tak mau dh buruk sangka...malu

    ReplyDelete
  16. hah kann..tapi biasalah muka macm ni dengan bawak barang macm tu sellau pikir jahat..rupanya kebaikan dia nak buat

    ReplyDelete
  17. Mula2 tgok mmg ingat diorang nak pecah rumah..hehehe..petronas sentiasa keluar dgn iklan yg bagus

    ReplyDelete