Menang Scooter dengan hanya makan pizza?

3:01 AM Sue Izza 6 Comments

Alhamdulillahhh ,sepanjang pregnant ni memang tak de lagi rasanya menu yang teringin tapi tak dapat.Ye la Cik Sue takde pun mengidam menu pelik-pelik,mana yang ada sekeliling je.Salah satunya pizza la,dan semestinya feveret Cik Sue pizza Domino's.

Dari dulu sampai sekarang memang suka pizza ni,kena dengan selera Cik Sue,dari zaman bujang lagi,samada pergi beli sendiri atau delivery je kat rumah bujang tu,tapi sedih gak la,tak de lak delivery pizza Domino's ke kawasan rumah sekarang,sedih acik haa...hheehe.


Yeayyyyy,Jumaat lepas sempat menjamu selera dengan promosi terbaru Domino's.Terima kasih banyak la kat auntie Yanty  hahaahh sudi bawa Cik Sue makan Domino's,baby say tq auntieeeeee...heheheehe.Korang kalau nak tahu ada promosi terbaru tau set Fabolous Four yang mengandungi Roasted Chicken Drummet , Garlic Cheese Onion , Cheezy Mozarella Stix & Mini Cinnadots dengan harga pengenalan Rm19.90 je.Murahkan,boleh dapat 4 jenis lagi,kitaorang makan 3 orang pun tak habis.Berbaloi sangat.Cik Sue paling suka Cheezy Mozarella Stix tu,memang terasa kejunya,kalau nak beli dia je pun ada je jual asing.Ayam tu pun sedap,siap tapau bawa balik tuk Mr D dan dia pun kata sedap.

Fabolous Four

Selain tu kami order juga Classified Chicken,suka sukaaaa sebab ada banyak mushroom,yes suka sangat mushroom dengan ayam,dah la pizza ni kerak yang nipis dan ranggup memang sesuai dengan topping atasnya tu.Tak muak pun makan.

Classsified Chicken
Si Yanty lak bagi Cik Sue meatball kat bawah ni,haaa sos dia di gabungkan dengan meatball tu alahaiiiii sedapnya.Rasa nak order satu soarang je,ishhhh time taip ni pun terliur pulak.huhuuu.



Haaaaa yang ni pulak feveret terbaru Cik Sue kat Do mino's ni,Cheezy Mozarella Stix,korang tengok la Dak Yanty ni makan,penuh nikmatkan,dia punya cheese walawehhhhh makin tarik makin nikmat hahahahha.Korang boleh beli dia alacarte dengan harga RM8.80 sebekas.

Cheesy Mozarella Stix
penuh nikmat koooooo hahhaha.

Ingat tu je ke kami makan? ada lagi tau,di rekemen oleh staf Domino's kami di beri mencuba menu yang jarang-jarang kami order tapi sebenarnya sedapppppp.Selama ni,asyik order pizza feveret yang biasa-biasa je kan.Kami cuba Golden Mexican,yang dalamnya ala-ala nugget tapi agak pedas sosnya,tapi tak de la sepedas cili api hehehhe.Memang sedap.Nanti bila-bila nak order lagilah.Pastu cuba pula Pizza Smoked Beef,yang kaya dengan rasa beefnya tu,ni pun jarang-jarang Cik Sue order,boleh dah lain kali cuba yang ni dengan Mr D.
Golden Mexican
Smoked Beef
Dah habis makanan berat-berat yang membuntalkan perut ,di hidangkan pulak dengan dessert,pertama kali Cik Sue tahu dan cuba Banana Kaya Dessert ni,tapikan selama ni apasal tak perasan lak menu ni kat Domino's? urmmmm apa la Cik Sue ni,boleh tertinggal keretapi pulak,pasni wajib order dah heheheh.Serius sedap,tambah makan panas-panas,kalau delivery kat rumah ,korang buat kopi panas,wallawehhhh...segar biji mata hehehheh.Dannnn dessert wajib Chocolate Lava Cake la,dengan coklat cair di dalamnya aummm.

Banana Kaya Dessert
Chocolate Lava Cake

Memang terbaik la Domino's Pizza,makin bulat mak buyung,joget-joget baby makan macam-macam siap tapau lagi bawa balik,tak pernah kecewakan tekak Cik Sue ni hehhheee.Oh ya,lupa pulak nak cerita yang sekarang ni kalau korang makan Domino's Pizza ada peluang nak menang skuter edisi terhad tau,ada 2 biji je tuk di menangi,haaa ekslusif kooo.Peraduan ni datang bersama promosi Fabolous Four yang Cik Sue cite awal-awal tadi tau,meh nak cite macam mana nak menang eh.



Domino's Pizza & Pepsi 's The Perfect Deal Contest

Cara menyertai peraduan ni senang je:
1. Korang kena beli set Perfect Deal seperti dalam gambar di bawah iaitu set Fabulous Four dengan 2 pizza,anda akan dapat percuma Pepsi 1.5 Liter edisi Emoji,dan akan di beri ID serta Regular Pizza E-Coupon untuk pembelian selanjutnya.Yang E-Coupon tu sapa masuk peraduan je akan dapat tau.
2. Korang kena bukak web www.dominos.com.my atau klik SINI untuk menyertai peraduan tersebut.
3. Masukkan kod ID dan detail order yang di beri.
4. Jawab 2 soalan mudah dan tekan submit.
5. Pemenang akan di hubungi kelak

Amacam,mudahkan? Peraduan ini berlangsung dari  4 Oktober hingga 13 November 2016.Jom cepat-cepat mana tahu tuah korang kan? Perut kenyang dapat Skuter Edisi Khas lagi.Tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia kita tak tahu kan hehehehe.




Untuk maklumat lanjut korang boleh klik link-link kat bawah ni ye:
Faceboook: DominosMY
Instagram: DominosMY
Peraduan:  The Perfect Deal

bisik-bisik:
Adeh teringat pulak Cheezy Mozarella Stix tu,ada start keta pi domino's ni kang...hehehhe...

6 comments:

  1. cikna lagi suka PIZZA HUT dr domino,t'ingt 3thn lps cikna kena tunggu 1jam hanya untuk seketul pizza personal, cukupla sekali tu je ....;-)

    ReplyDelete
  2. Ada 2 voucher lagi x tukar...eh..terasa nak makan fantastic four la

    ReplyDelete