Apa jadi dengan duit hadiah kahwin?

5:01 PM Sue Izza 13 Comments

Cite dah basi baru nak masukkan dalam blog? so,ada ku kesahhh hehehe..suka kita arrr..heheh...amenda la Cik Sue ni kan.Tak de la,nak kongsi je walau dah jadi pengantin tak baru dah ,Cerita duit hadiah di majlis kahwin hari tu.Sapa dapat banyak duit hadiah? eh ni bukan salam cangkuk tau,yang salam cangkuk dua2 kenduri Cik Sue ngan Mr D tak usik,total bagi kat orang tua setelkan apa yang patut berkaitan kenduri  seperti bil api air ye la family ramai datang kan dan lebihnya abah guna tuk repair apa-apa yang rosak ke ganti apa-apa yang hilang ke masa kenduri tu.

Yang Cik Sue nak cerita ni duit hadiah yang memang di beri ke tangan pengantin.Macam Cik Sue hari tu dapat hadiah kahwin dari bos dalam bentuk duit,bod besar siap datang kenduri dan hukur sampul,ingatkan tiket honeymoon sekali duit sumbangan rupanya.Dan ingatkan Cik Sue je yang dapat,Mr D pun dapat jugak.Eh,ni bos besar yang bagi,kawan-kawan opis tetap datang dengan hadiah gedabak juga,Alhamdulilahhhh kebanyakan hadiah semua yang berguna untuk masuk rumah baru dan kehidupan suami isteri.Duit hadiah juga ada dari rakan-rakan blogger KELABBLOGGERBENASHAARI haaa terharu giler kot ,terima kasih banyak la korang atas sumbangan,memang berguna.

Mulanya nak simpan je dulu tak tahu nak guna untuk apa lagi kan,tapi bila masuk rumah baru ada juga bend yang nak kena beli dan memang perlu,Bila dah berbincang ngan Mr D kami setuju guna duit hadiah ni,tapi tak habis semua pun,lebihnya kami simpan tuk emergency,jom tengok apa Cik Sue beli :


Almari baju 3 pintu 
Yang ni beli sebab Cik Sue keluar dari rumah bujang tak angkut pun almari lama sebab drawer dah rosak,so tinggalkan je tuk housemate guna.Masuk umah Mr D tak de lak almari nak buh bajuku yang selori tu hik hikkk tak kan nak kongsi almari dia.Almari dia pun ngam-ngam je baju dia,mana lagi nak susun segala tudung shawl bagai kan.Jadi beli la jugak,asalnya harga dalam rm400++ jugak,bodek punya bodek tokey kedai dapat jugak la rm300++.Agak puas hati sebab kukuh almarinya ,berat nak mati,angkat sorang memang tak daya.Yaeayyyy dapat almari baru khas tuk Cik Sue je kikiki.



Tilam dan katil
Haaaa dah berduakan takkan nak tido asing-asing ngan atas katil bujang lak...opsss hahah...kami dua2 masa bujang memang dah beli katil bujang yang besi tu,ada lagi sampai sekarang letak kat bilik tetamu.Jadinya kata sepakat beli tilam ni bukan foam ye tapi yg spring supaya tahan lama,kalau yang foam tu 3 4 tahun leper je dan penyek.so amik yang ni je.Cuma berat la sikit eh bukan sikit banyakkkkk tak mampu nak angkat sorang hujung pun tak mampu tau.hehehe...dengan katil sekali,eh tak de lak gambar yang dah pasang.Katil besi simple je cuma agak kukuh besinya,Cik Sue pasang dan naik lompat-lompat lagi tak de bengkok pun.Tapi tu la berat oiiii nak tukar cadar jenuhhhh....yang ni total dua ni dalam rm700++ berbaloi la dengan kualiti.



Peti Ais 2 pintu
Kisahnya sebelum beli yang baru ni sempat la guna peti ais lama Mr D zaman bujang,sekali 2 minggu lepas dok umah tu memang main nazak pulak dengan bawah tak sejuk atas over sejuk,lauk pun tak sempat beku,busuk je dalam peti,haihhh tak boleh jadi ni.Mr D pun memikirkan yang bini dia ni memang bff ngan peti ais ,maklumlah dapur tu kawasan jajahan bini dia so peti ais sangat la peting.Survey kat area seri kembangan mahal sangat la pulak dan model yang sama dekat rm1200++ belum kos penghantaran lagi urmmm terkedu jap.pastu pi survey kedai yang sama ngan katil dan tilam ehhh dapat lak rm950++ banyak gak kurang tu dah la penghantaran percuma.Jenama Toshiba lupa lak berapa liter.



Mesin basuh automatik 6kg
Mesin basuh ni pun sama,gantikan mesin basuh bujang Mr D separa auto yang dah rosak tempat spinnya,spin pun tak kan kering kainnya,jenuh plak CikSue nak pi dobi keringkan kain,membazir gak kan.dah jemur basah-basah lambat lak nak kering huuhuu.Kenpa kami suka amik jenama toshiba? ermm ntah lah maybe sebab dari dulu pakai barang letrik Toshiba kot lebih berkualiti.Dannnnn mesin basuh ni totally guna duit dari KELABBLOGGERBENASHAARI,sumbangan rakan-rakan blogger di hari perkahwinan sebagai hadiah,thanks korang,ni hasil duit korang bagi tu.Tengok mesin basuh ni teringat korang semua heheheh.harga dalam RM550++

Kat mana Cik Sue beli semua ni,haaa tu ada nama kedai kat bawah ni Cik Sue bagi ,dekat dengan balai polis Dengkil,Dekat senang tak de kos penghantaran,ada maslah pegi je kedainya,aunti jaga kedai tu pun baik je mudah tawar-menawar,harga pun berpatutan,barang-barang pun kita boleh pilih berdasarkan bajet kita,Dia akan bagi cadangan dengan bajet yang kita ada.Oh ya,semua barang di atas ni Cik Sue beli kat kedai dia,senang.

Kedai Sew Leong Hin
19,Jalan Besar Dengkil 43800 Selangor
Tel : 03-87687182/HP : 012-3603688


13 singgah dan taip sket..:

Raikan Tahun Baru Cina dengan Kenny Rogers Roaster Golden Abundance

11:04 AM Sue Izza 6 Comments

Yeayyy,Kenny Rogers Roasters ada menu baru lagi,kali ni sempena Tahun Baru Cina,memperkenalkan The Golden Abundance Meal iaitu ayam yang di perap dengan sos teriyaki serta herba terpilih,di balut dengan kertas khas dan di stim sempurna.


Isi ayam yang lembut dengan gabungan rasa sosnya memang mengancam nafsu tau,Cik Sue ngan Mr D dah 2 kali cuba,memang sempurna rasanya.Kalau anda memang peminat KRR sila pergi cuba ye,berbaloi.Set Golden Abundance ni ada 3 jenis hidangan:


1. T wrap Soup Meal ~ (RM23.50) Ayam Wrap,Mushroom soup .nasi dan muffin.


2. T-wrap Lite Meal ~(RM 19.50) Ayam wrap,nasi dan muffin


3. T-wrap Chicken Meal ~(RM23.50) Ayam wrap,muffin,kentang dan sayur.


Serius memang sedap,kalau Cik Sue kata sedap mungkin korang tak caya la sebab #ciksuesukamakan kan heheheh,tapi Mr D pun belasah sampai licin tau,dia memang cerewet,so sedap la tu dan kalau tak caya abang kat bawah ni sampai menjilat jari tau heheheh..ampun bang jgn saman saya,haaa caya kan memang sedap tau.




Ha,apa tunggu lagi,sementara stok masih ada ni cepat-cepat serbu.Dannnnn setiap rabu ada promosi best tau ,nak tau promosi macam mana korang pi terjah untuk maklumat lanjut ye,klik link kat bawah ni,berbaloi oiii...

Facebook
http://www.facebook.com/krrmalaysia


Laman Web
http://www.krr.com.my


6 singgah dan taip sket..:

Bikers Kental di pentas teater

10:16 AM Sue Izza 2 Comments

Sapa pernah tengok filem Bikers Kental? Cik Sue ngaku memang tak pernah tengok di pawagam hanya tengok di tv je tu sekerat-sekerat je,hujung-hujung mata orang kata,kononnya dalam fikiran mesti biasa-biasa je citenya.Tapi kali ni Cik Sue di jemput layan dalam bentuk teater pulak kat Istana Budaya,ajak Mr D teman sebab tau dia suka awie hehehhe.


Ramai jugak rakan-rakan blogger yang hadir,agak meriah la.Di tambah pulak dengan pameran KL Bike Week,dengan motor besar kan,lagi la meriah.

Gabungan pelakon-pelakonnya memang kena ,zizan dan awie lebih banyak membuat lawak spontan,sudah cukup mencuit hati penonton.Di bantu dengan kehadiran Nadia Brian,Ayie Hushairi dan ramai lagi memantapkan persembahan malam tadi.



Paling best part nyanyian live dari Awie,bukan senang tau nak tengok dia nyanyi spontan macam tu.Bila penonton ikut nyanyi bersama gamat panggung dengan aksi lucunya.Secara keseluruhannya pementasan yang bagus bila filem di bawa ke pentas teater cuma ada beberapa part pada pandangan Cik Sue tak sesuai di tonjolkan seperti adegan awie merokok dan lawak-lawak yang kurang sesuai untuk kanak-kanak.Memandangkan kanak-kanak juga ada menonton harap lebih berhati-hatilah dalam scene yang di lakonkan.




Bagi korang yang berminat nak tengok boleh dapatkan tiket seperti di bawah ye : 

Tiket berharga RM45, RM65, RM95, RM125, RM155, RM185, RM305 
boleh didapati di www.redtixairasia.com atau Kaunter Box Office Istana Budaya


bisik-bisik:
Ada nampak poster teater ombak rindu yang akan datang,bestnyaaa kalau ada peluang pergi tengok,dah la peminat tegar novel tu ,siap simpan koleksi sambungan lagi....ada yang nak belanja tak? ngeeeee.....

2 singgah dan taip sket..:

Resepi Tom Yam Thai Pekat ala Cik Ngah

12:45 AM Sue Izza 4 Comments



Biasa kalau masak tom yam buat kuah cair yang biasa-biasa tu je,ahad lepas kebetulan ada di rumah awal lepas amik anak buah di Pekeliling,sementara tunggu Mr D balik sempat la masak Tom Yam.Kalau masak tom yam kuah air biasa tu memang sikit je la Mr D jamah,dia tak suka kuah air kalau bersantan atau sambal laju la.So Cik Sue cuba buat pekat kuahnya macam makan kat kedai-kedai siam tu kan,resepi dari mak saudara yang berniaga di Kelantan.Sekali Mr D siap hirup kuahnya,memang lepas ni kena buat kuah gini je la.

Jom Cik Sue kongsikan resepinya ye :

Bahan untuk kisar :
1 biji tomato
1 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang merah

Bahan hiris :
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih

Bahan ketuk :
Cili api 3 bijik (kalau suka pedas boleh tambah lagi)
2 batang serai

Bahan lain :
Sayur campur-ikut korang la nak masuk apa yang sesuai dengan tom yam la kan
1 biji tomato belah 4
500 gm Ayam
4 5 helai daun limau purut.


Cara-caranya:
-Tumis bahan-bahan hiris,masukkan ayam seketika dan bahan blend,serta pes tomyam.
-Biar mendidih sekejap,masukkan cili api dan serai yang di ketuk,gaul rata.Masukkan secawan air ,ikut kepekatan yang korang nak ye.
-dah mendidih masukkan sayur ye,masukkan garam gula serta daun limau purut.
-hidangkan

bisik-bisik:
Mr D request buat lagi hehehe.



4 singgah dan taip sket..:

Produk Nanafa Beauty Untuk Lelaki dan Wanita

11:44 PM Sue Izza 1 Comments

Pernah dengar produk Nanafa Beauty tak? Cik Sue first time dengar ni pun mereka jadi penaja Bengkel Fotografi hari tu,dan dapat la cuba produk mereka.Dalam goodies bag yang di beri ada 1 set produk skincare dengar tagline "Licin monne putih seppo" maksudnya? haa dialek kelantan tu,maknanya licin giler putih melepak


ni la produknya ada set skincare Blanco Set dan produk untuk
lelaki iaitu Heroes

Blanco Set :

Set ini mengandungi 1 buku sabun dan 1 tiub serum untuk kulit muka,yang sesuai untuk lelaki dan perempuan.Juga sesuai untuk semua jenis kulit.

Cik Sue dah pakai hampir seminggu,apa yang boleh Cik Sue katakan :
-sabunnya menegangkan dan menyegarkan kulit muka.
-serumnya memudarkan parut jerawat paling cepat 2-3 hari.
-serumnya juga cepat mengecutkan jerawat.
-sabunnya menjimatkan sebab boleh di potong kecik2 heheh

Kelebihan Nanafa Beauty Blanco Set :
1. Membantu Mengh ilangkan jerawat pasir
2. Membantu Mengh ilangkan jerawat batu
3. Membantu Mencerahkan kulit secara sekata
4. Memudarkan parut jerawat
5. Memudarkan jeragat
6. Membantu Mengekalkan kelembapan kulit wajah
7. Membantu Mengecilkan pori-pori kulit
8. Membantu Menganjalkan dan menyegarkan kulit
9. Membantu Membuang toksin dari kulit wajah
10.Berdaftar dengan KKM

Harga 1 set
RM80sm/RM85ss




Pencuci khas lelaki : Heroes Man Wash

Produk yang ini mesti la bagi Mr D pakai hehehhe.Ini bukan ubat kuat ye harap maklum,ini untuk kebersihan juga,bukan perempuan je ada pembersih bahagian intim ye.Lelaki pun kena bersih juga supaya tidak terjadi ruam atau gatal-gatal.

Bahan kandungan dan khasiat Heroes Mens Wash :
✔ Beatin : Anti kerengsaan pada kulit. Mempunyai antiseptik yang mampu membunuh bakteria yang tidak di ingini
✔ Ekstrak Sireh : Mengurangkan radang kulit dan melegakan gatal-gatal. Membantu mencegah ejak ula si prama tang
✔ Glycerine : Membantu Mencerahkan warna kulit serta menggantikan sel-sel kulit yang rosak dengan sel baru. Membantu menghilangkan kotoran pada permukaan sel
✔ Sea Salt : Melegakan gatal-gatal kulit. Bersifat alkali dan menguatkan sistem imunisasi badan
✔ Ekstrak Cat uab a : Membantu mengatasi masalah mati pu cuk. Meningkatkan tumbesaran saiz z*k *r. Meningkatkan syah wat dan mengurangkan risiko kanser prostat
✔ Menthol Crystal : Meningkatkan pengaliran darah dengan meningkatkan pengangkutan oksigen
✔ Bebas SLES
✔ Bebas PARABEN
✔ Bebas SILIKON
✔ Mendapat kelulusan KKM ( NOT151004144K )


Harganya pun tak lah mahal mana 
100ml
(sm RM 40 | ss RM 45)

✮ FUNGSI HEROES:

👉 Mengandungi antiseptik utk bunuh kuman
👉 Menghilangkan Kegatalan
👉 Membantu mengatasi masalah batin lelaki
👉 Mengurangkan risiko kanser prostat
👉 Meningkatkan pengaliran darah


Apa kata Mr D lepas pakai : 
-menyegarkan
-lebih bersih
-yang bab lain tu korang kena try sendiri la ye hehehhe


Mana nak dapatkan produk ni ,haa korang bleh kontek no di bawah atau pi je layari fb dan insta mereka secara online ,boleh dapatkan maklumat lebih lanjut juga :

Instagram www.instagram.com/nanafabeautyhq


Facebook www.facebook.com/nanafabeautyhq


Hubungi :
016-412 6546
016-980 6500

1 singgah dan taip sket..:

Agrofarmstay@Skill Tech : Lokasi terbaik untuk berkursus di Melaka.

2:40 PM Sue Izza 4 Comments

Kali kedua Cik Sue datang sini,kalau dulu datang sini tuk Family Day ,boleh baca SINI ye.Kali Cik Sue datang tuk Kursus Fotografi pulak anjuran Kelabbloggerbenashaari dan Adhadi.Com.Pilihan tempat untuk kursus dan bengkel di Agrofarmstay ni memang sangat sesuai dan berbaloi.


Kenapa Cik Sue kata sangat sesuai? sebab kemudahan dan fasilitis yang disediakan memang lengkap dan dalam keadaan baik untuk di gunakan.Persekitaran yang menenangkan dan sangat baik.Dengan bilik seminar yang luas,kemudahan projektor dan whiteboard untuk sebarang bengkel,kerusi meja yang selesa,Ada juga di sediakan bilik mesyuarat dan perbincangan yang memang selesa.












Selain dari kemudahan untuk sebarang program,boleh juga ambil pakej sekali makanan,yang pasti menunya memang sedap,rasanya nak request asam pedas melaka pun boleh,tanya je (asam pedas diorang sedap wooo).Ruang makan yang terbuka memang menenangkan di tepi tasik dengan teratai berkembang ecewah hehhhe.







Kalu menjalankan kursus atau bengkel lebih dari sehari penginapan juga di sediakan,memang amat la selesa dan banyak pilihan bilik dan jenis penginapan.Dengan udara yang bersih dan suasana tenang,bawa family tuk temankan korang kursus pun boleh.Kolam renang juga di sediakan.Surau terbuka yang luas sesuai untuk aktiviti keagamaan ketika  team building atau kursus motivasi peringkat sekolah juga di sediakan.









Antara bilik penginapan yang di sediakan di sini adalah seperti berikut:

1-. Villa - 14 katil
2-. River View – 2 katil
3-. River View – 6 katil
4.- Garden View – 8 katil
5-. D’Lodge – 6 katil
6-. Challet – 10 katil






Ha bagi korang yag suka menyanyi,bila dah bosan berkursus,brain storming semua bolehlah layan karaoke je kat rumah kasut ni,haaa meang unik tau,nyanyi la sepuas hati.audio system yang superb.




Jadi siapa-siapa yang rasa nak guna tempat ni korang boleh hubungi detail di bawah ye,boleh tanya harga dan prosedurnya dengan pihak Agrofarm :

RESORT AGROFARMSTAY @SKILL-TECH
Lot 453, Batu 13
Jalan Tebong / Machap
76100 Durian Tunggal
Melaka


HOTLINE : 016-209 8623 / 012-211 8246

4 singgah dan taip sket..:

Peluang Terbaik : Bengkel Fotografi Adhadi.com

6:29 PM Sue Izza 3 Comments

Bukan mudah sebenarnya bagi Cik Sue tuk dapat peluang belajar fotografi dan berkaitan kamera ni,selain masa yang cemburu tambah pulak dengan segan dan malu,kononnya bukan kamera mahal pun.Rupanya Cik Sue salah ,tak perlu kamera mahal pun,yang penting ilmu dan tekniknya.Peluang mengikuti Bengkel Fotografi KBBA anjuran Kelabbloggerbenashaari dengan kerjasama Agrofarmstay@ Skill Tech,Durian Tunggal bersama penaja Nanafa Beauty serta Polytron Melaka,memang Cik Sue tak lepaskan.Walau di Melaka sanggup pergi,paksa Mr D temankan sambil-sambil dia berehat,Cik Sue pula menambah ilmu fotografi bersama Cikgu Adhadi dari www.adhadi.com.

Kelas bermula selepas pendaftaran dlam pukul 10 pagi,Perkongsian awal berkenaan teori dan fungsi mode pada sesebuah kamera.Memang teruja belajar sebab Cik Sue ni memang zero la bab kamera tau snap je ikut dan kalau tak jadi snap je la sampai jadi hahaha.




Penerangan dan pengajaran dari Cikgu Adhadi memang jelas la,seronok Cik Sue belajar walau ada jugak yang tak paham heheh,biasa la hilang fokus dok main-main,Banyak yang di ajar macam mana komposisi gambar lighting dan teknik-teknik yang betul,Kononnya dulu minat nak belajar tapi malu sebab tak de kamerakan.Rupanya dengan handphone pun kita boleh dapatkan gambar yang cantik dan setarag dslr.





Bukan sekadar kelas teori malah secara praktikal pun di ajar ,siap tunjuk ajar kat kamera masing-masing lagi,cikgu memang sporting melayan kerenah anak murid yang macam-macam tu.Kami juga di ajar bagaimana mendapatkan cahaya yang cukup menggunakan reflector haa yang ni menarik bagi Cik Sue.



Selesais emua kelas teori,bagi kelas sebelah petangnya kami di ajar cara yang betul untuk ambil gambar yang cantik dengan prop yang di sediakan.Seronok bila ramai-ramai kat outdoor dok berebut cikgu suruh ajarkan hehehe.Memang banyak manfaat kelas asas macam ni,sekurangnya walau tidak menjadikan kerjaya tapi kepuasaan dalam mengambil gambar tu ada.Barulah boleh menyampaikan maklumat dengan jelas dan nyata.





Mengikuti bengkel sebegini memang berharga bagi Cik Sue tapi jangan risau kalau tak dapat tumpukan perhatian atau masa mencemburui untuk mengikutinya,korang boleh dapatkan dvd pembelajaran yang sangat mudah di fahami dalam bahasa melayu lagi dari Cikgu Adhadi ni.Segalanya di ajar dari asas dan ada juga dvd untuk editing gambar.Ada banyak jenis dvd boleh korang pilih atau kalau nak tanya tentang kelas-kelas yang diadakan pun boleh.


Macam mana nak dapatkan dvd dan bertanya tentang kelas-kelas fotografi ni :
Korang boleh ke facebook : https://www.facebook.com/adhadi6 
Boleh pm dan bertanya apa yang anda mahu berkenaan fotografi.

K bye nak gi tengok dvd heheheh... 









3 singgah dan taip sket..: