Kembara Taman Negara Kelab Blogger Ben Ashaari 2016 : 1001 Kenangan

2:34 AM Sue Izza 10 Comments

Akhirnya perancangan dan ura-ura dari tahun lepas lagi menjadi kenyataan pada Jumaat 19 Februari 2016 yang lepas.Sebulan awal kami sudah di briefing dan membuat persiapan serta merancang perjalanan.Dengan kerjasama Han Rainforest Resort , kami seramai 35 orang blogger wakil Kelab Blogger Ben Ashaari di bawa ke Taman Negara Kuala Tahan untuk merasai sendiri pengalaman mendekatkan diri dengan hutan warisan serta khazanah yang tidak ternilai,juga mencabar diri menyertai aktiviti di sana.

berkumpul di Matic,Jalan Ampang sebelum bertolak.
Kami berkumpul di Matic,Jalan Ampang sebelum di jemput oleh bas yang di sediakan oleh Han Rainforest Resort,terima kasih Matic.Kami bertolak dalam jam 9.30malam dan sampai di Taman Negara Kuala Tahan lebih kurang jam 1.30 pagi,di beri bilik masing-masing untuk berehat sebelum memulakan aktiviti keesokan paginya.Bilik yang di sediakan pihak Han Resort amat memuaskan hati.

Sabtu 20 Februari 2016,hari pertama kami di sini,aktiviti yang kami ikuti adalah Jungle trekking ke Bukit Terisek,menaiki Canopy Walk,Rapid Shooting Boat di Sungai Tembeling dan malamnya berkhemah di pesisir sungai di Kg Dedari,kawasan kampung Orang Asli suku kaim Batek.

berjaya ke puncak Bukit Terisek

berjalan merentasi hutan melalui Canopy Walk
basah kuyup bermain air aktiviti rapid shooting-bot laju

menyelami kehidupan dan budaya suku kaum Batek
berkhemah di pesisir Sungai Tembeling

Ahad 21 Februari 2016,hari kedua kami di bawa menaiki pacuan 4 roda ke Hutan Lipur Ulu Tembeling,Sungai Pengau yang mana tidak ramai yang tahu ketenangan kawasan ini untuk beriadah.Kami di bawa dengan 4wd melalui jalan tanah merah atau off road untuk ke kawasan ini yang agak mencabar perjalanannya.Boleh sakit pinggang juga di buatnya.

sempat beramah mesra dengan penduduk kampung Dedari dan mengagihkan produk dari penaja

merasai sendiri merentasi off road hutan dengan 4WD

Isnin 22 Februari 2016 pula kami bersama program "Sehari bersama YB Datuk Mas Ermieyati Bt Samsudin,Timbalan Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia dan Kelab Blogger Ben Ashaari".Mengikuti majlis perasmian Eco Adventure Camp yang di selia oleh Han Rainforest Resort sendiri,juga sesi beramah mesra antara blogger-blogger yang ada dengan Datuk Mas.

bersama Timbalam Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Datuk Mas menandatangani Tshirt rasmi kembara Kbba ke Taman Negara.

KAMI

Alhamdulillahhh,trip yang sangat best setakat ini, berjalan lancar dan meninggalkan 1001 kenangan bagi setiap blogger yang sertai kembara kali ini.Insya Allah,akan ulangi lagi.Untuk semua kawan-kawan KBBA korang memang AWESOMEEEE!!!!!!.

Terima kasih juga para penaja

#HanRainforestResort : Penaja penginapan, transport, aktiviti dan makan minum.

#Camelus : Produk berasas susu unta.

#Cosmoderm : Penaja produk penjagaan diri.

#Yeos : Penaja Minuman Berperisa.

#MinumPranJuice : Penaja Minuman Berperisa.

#HeroesManWashbyNanafaBeauty : Penaja Produk Penjagaan Kesihatan Lelaki
p/s-
Tunggukan entri tentang setiap aktiviti yang Cik Sue jalani di sana ye.tungguuuuu....banyak yang nak di ceritakan.

bisik-bisik:
Bangga terasa bila kelab dan komuniti yang Cik Sue sertai dari awal mula membuka mata pihak-pihak dan orang-orang penting,walau kami bukan blogger-bloger ternama,Alhamdulillah berkat kerjasama kami mampu lakukan yang terbaik.Semoga ukhwah dan semangat setiakawan ini terus kekal di hati masing-masing.

10 singgah dan taip sket..:

Resepi Sepat Masak Lemak Kencur/Cekur

11:13 PM Sue Izza 2 Comments

Aktiviti wajib bila balik rumah mertua hari minggu,memasak hidangan kegemaran suami atau resepi-resepi tradisi keluarga suami.Haruslah Cik Sue salin resepi senang nanti nak masak semula kat rumah nanti,atau pun bila encik suami request plak kan.

Kali ni belajar memasak menu masakan Jawa pulak,guna bahan cekur atau dalam Jawanya kencur,macam mana rupa cekur ni,ha macam dalam gambar kat bawah ni ye.Cik Sue tahu dan kenal cekur ni tapi tak pernah guna dalam masakan je.

inila cekur/kencur

Jom kita tengok bahan dan cara memasaknya ,jommmmm.

Bahan :

400gm ikan sepat atau apa2 ikan sungai-di goreng terlebih dahulu supaya tak hancur isinya
kalau rajin boleh juga salai.
5-6 biji Bawang Merah
4 ulas Bawang Putih
segenggam cekur
10-15 biji cili api (ikut tahap kepedasan masing2 ye)
6 sudu air asam jawa
1 helai daun cekur di carik halus
500ml santan pekat
1/2 cawan air
garam gula secukup rasa







Cara menyediakan :
1. Tumbuk cili api,bawang merah ,bawang putih dan cekur.
2. Masukkan bahan tumbuk dalam separuh santan dan didihkan.
3. Masukkan ikan dan separuh lagi santan masukkan air asam jawa,masukkan daun cekur.
4. Masukkan garam dan gula,perasakan.

Senangkan,simple tapi memang sedap,menambah-nambah makan.Cubalah mana tahu kena dengan selera korang.



bisik-bisik:

Koleksi resepi warisan keluarga suami akan Cik Sue simpan nak turunkan kat anak nanti Insya Allah,biar diorang kenal asal usul.Makanan tradisi juga adalah warisan dan jati diri.

2 singgah dan taip sket..:

Alive 3D Art Gallery,Port Dickson : Jalan-Jalan Cuti Chinese New Year

12:03 AM Sue Izza 7 Comments

Jalan-jalan isnin lepas,kebetulan ada urusan di Avani Gold Coast Bagan Lalang,urusan habis awal,ingat nak balik terus tapi bosan pulak kan kat rumah cuti sampai Selasa.Cuba la google tempat yang menarik yang berdekatan tuk menghabiskan masa.Terasa nak ke Port Dickson tapi malas pulak rasa panas,tapi drive juga kereta menghala ke sana,akhirnya singgah la di sini 3D Art Live Gallery.

Kalau dari rumah Cik Sue di Jenderam dekat je tak sampai sejam perjalanan pun,tapi ikut jalan Sepang- Bagan Lalang-PD la,akan lalu Balai Polis Lukut,pastu terus ke PD tapi art gallery ni sebelum sampai PD lagi.

Mula-mula Mr D tak de mood nak masuk,katanya tengok lukisan je pun sebab Cik Sue tak bagitau pun 3D heeeheee,alih-alih masuk dalam dia pulak yang over bergambar tau...huh!...Gallery ni dalam rumah kedai dan 3 tingkat,di mana terdapat 50 lukisan 3D yang korang boleh bergambar dengan berbagai aksi.Jom tengok antara aksi kami.


menyusur sungai venice gittewwww honeymoon sangat 

ececececec bajet2 hawaii five O la ni hahhah


i am maleficient

Jom2 tadah cepat

agak-agak panas tak

arrrrrrr basah la sayaaaa

moooooolatttttttt

tolongggggggg jangan makan saya

abgggg jangan tinggalkan ayangg...
ayangggg pegang tangan abg kuat-kuat
(dramaaaa sgt)

huhuuuuu tingginyaaa gayattt...

amboi cik abgggg,gatai nooo

keciknyaaa sayaaaa

Tips nak amik gambar yang awesome masuk kat galeri ni kena ikut "shooting point" yang di beri tuk setiap gambar,sebelum snap korang tengok dulu kat lantai tau,jangan snap ikut suka hati je kang tak jadi lak ilusi 3D gambar tu.Banyak lagi gambarnya malas la nak buh semua,korang pi la sendiri ek hehhehe.Kalau nak pergi korang ikut detail Cik Sue bagi kat bawah then jumpa pintu masuk macam gambar bawah ni ye la tu,kat rumah kedai tu.


pintu masuk

harga tiket
kanak-kanak bawah 90cm ketinggian percuma

Waktu operasi :
Mon-Fri : 11 pagi -11 malam
Sat-Sun/Public Holiday/School Holiday: 10 pagi-11 malam

Tel : 06-6515400
Fax : 06-6510141

FB : www.facebook.com/alive3dartgallery

Alamat:
No. 38-40,Jalan DS 2/1,
Bandar Dataran Segar,
71010 Lukut,Port Dickson,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

GPS : 2.559828 , 101.817482

bisik-bisik:
nanti nak cari lagi la tempat-tempat menarik yang berdekatan dengan rumah,yang boleh pergi balik hari,jimat masa hehhehe..bercuti dekat-dekat pun ok kalau menarik kan.

7 singgah dan taip sket..:

Resepi Mee Goreng Kambing

3:26 PM Sue Izza 5 Comments



Resepi mudah-mudah,selalu masak time balik kerja,nasib baik la en suami tak cerewet makan,tolak batu kayu je hahahhhaa...dan bestnya dua-dua memang suka kambing,senang nak masak,dua-dua boleh habiskan.untungkan? heeee...Jom tengok resepi mudah dari Cik Sue jom...

Bahan :
200 gm -daging kambing (ni cik sue beli yg slice kat frozen je)
              potong kecik-kecik atau ikut suka korang la.
1 paket -mee kuning
3 biji -bawang merah-tumbuk
3 ulas bawang putih -tumbuk
1 inci hali-tumbuk
cili api ikut suka-ketuk je
3 sudu kicap manis
3 sudu kicap masin
sayur ikut suka nak buh apa (apa yang ada dlm peti ais je kalau cik sue hahahha)
garam/gula

Cara :
-Gorengkan daging kambing dulu hingga garing,toskan.
-tumis bahan tumbuk sampai naik bau,masukkan kicap,masukkan air sikit kalau nak buat mee basah.
-masukkan cili api dan sayur.biar layu sikit masukkan kambing yang di goreng tadi.
-Masukkan mee kuning dan gaulkan sebati,masukkan perasa.
-Siappppp...

Mudahkan? simple je,cepat di makan time kelaparan balik kerja.Cik Sue tak rajin juga ke dapur kalau hari kerja tapi bila dah jemu makan kat kedai,apa yang ada belasah je la,kekadang nasi ngan telur ngan kicap pun jadi.Korang pulak?








5 singgah dan taip sket..:

Ada Kalanya

10:03 AM Sue Izza 5 Comments


Assalamualaikum,selamat pagi....
Pernah tak tiba-tiba rasa malas nak bercakap? malas nak jawab apa sahaja soalan? malas ambil tahu apa saja di sekeliling? urmmm ....

Kadangkala orang memandang kita sangat kuat luarannya,sangat teguh pendiriannya,sangat baik tingkahnya.....tapi percayalah di sebalik semua itu ,tak semua hati itu teguh...sedangkan ada kehancuran,kekecewaan,sisi gelap yang tiada siapa tahu gelitanya...Namun mungkin semua itu sudah berlalu ,hanya tinggal hati untuk terus kuat bagi meneguhkan kaki melangkah.Hanya semangat yang tinggal.
Sekian lama pasakkan hati
Sampai saat bertekuk lutut jua
Saat monsun berubah hala
Bayu kian panas....
Semoga embun masih menitis...


Entah kenapa melodi dan lagu ini bermain di minda dari langkah kaki ke luar rumah tadi sehingga kini,malah mungkin sepanjang hari ini,rasa dekat di hati melodinya :



bisik-bisik:
kita manusia.sedih kecewa,gembira bahagia itu normal,let it go with the flow....

5 singgah dan taip sket..:

Lepak di Garage51,Bandar Sunway : Cuti Hari Wilayah

2:18 AM Sue Izza 21 Comments

Buat apa korang yang cuti hari wilayah semalam? Ada yang berehat je kat rumah,ada yang ambil peluang keluar bersantai dengan kawan0kawan dan keluarga kan? Cik Sue awalnya nak memerap kat rumah je,tapi kansel dan keluar jugak sebab nak beli barang sikit,dan nak jumpa blogger Bella Idura  nak ambil barang dari dia.Alang-alang dah keluar melepak,terus yang lain juga dah masing-masing nak jumpa juga ,nak bincang keje la,nak bagi barang la,ada di kawasan berdekatan la,jadi meh kita melepak sesama.

Cadangan dari Bella juga ni,dok tengok orang lain post dan update je kan nak jugak rasa.waze je dari rumah,agak mudah sampai,tapi memandangkan selangor kerja hari ni jem la sikit terutama tengahari.Tapi kawasan ni memang pack la,susah sikit nak parking,eh tapi jangan risau kedai buka sampai 11 malam,lepas pukul 6 dah kurang jemnya.

ruang dalaman kedai : simple
Sampai-sampai je dan masuk,eh simple nya kedai,ringkas sangat susunan dan hiasan,tak serabut.Pekerja pula peramah je,siap mengalu-alukan kami.Ada juga tempat makan di bahagian atas,agak privacy sikit la,tapi sapa cepat dia dapat la ye,yang nak bercinta-cinta romantik mesti suka dok atas tu ehhhehhee.

ruang makan bahagian atas,ada tak sampai 10 meja pun 
Satu benda Cik Sue suka ,dapurnya dan tempat penyediaan makanannya kita boleh nampak,jadi kalau nak intai resepi pi la dok tepi dapur yang panas tu hahahha,tempat buat air pun boleh tengok,pi la berdiri depan-depan pekerja dok buat air tu,terpercik padan muka hehheee.Walaupun dapurnya terbuka tapi dalam kedai tak panas pun,selesa je.

nampak tak chef tengah masak tu

Mr D dah lapar sebenarnya tu kitaorang sarapan roti je heheh

Memandangkan ada orang nak belanja dan kata nak try menu-menu kat sini jadi tuk Cik Sue dan Mr D ,Cik Sue orderkan lebih sikit,bukan selalukan? heheeh jom tengok apa Cik Sue orderkan,tapi bukan makan sorang pun,semua rasa,dok tukar-tukar pinggan berjalan sekeliling meja heheh,jadi boleh rasa semua menu yang di order,bijok dok?

ni air Mr D namanya THE SON (RM18.90)
~nutella with hazelnuts awesomeness~
Air kat sini nampak je manis,tapi bila dah minum tak de la manis sangat pun,sedang-sedang je.Cuma lebih berkrim dan bersusu.Kalau nak melepak minum saja ini pun dah cukup mengenyangkan perut sebenarnya.Tapi bukan ini je minuman yang ada,minuman panas dan sejuk yang biasa-biasa pun ada je,macam ais lemon tea,teh ais.ada jangan risau heheh.

ni air Cik Sue THE COUSIN (RM18.90)
~salted karamel & brownies~
Yang ni pulak air tu Cik Sue,coklat dia sedap oiii,terasa lak kat tekak haaa...brownies dia memang sedap bila tekan dan masukkan dalam air coklat tu,tapi paling kena kat tekak pretzel tu,rangup sedap je.Jom kita tengok apa Cik Sue dan kawan-kawan makan lak.

CREAM OF MUSHROOM SOUP & TOASTED PIMENTO BREAD
RM12
Pergi la mana-mana restoran western ,Cik Sue akan order menu wajib iaitu mushroom soup ni,tak tahu la kenapa,perangai sangat,bagi Cik Sue kalau mushroom soup dia fail,mesti yang lain kureng,haaa merepek la Cik Sue pun.Yang ini? SEDAP!!...dalam sup tu ada isi ayam rasa pun lemak berkrim,tak masin ,sedang elok je rasanya.roti tu pun sedap,garing je.


CHICKEN MANGO SALAD & WHOLEGRAIN MUSTARD DRESSING
RM12
Ini salad magga masak,biasa kita orang melayu makan kerabu mangga,mangga muda kan,yang ni mangga masak,sedap rasa dia bila campur ngan isi ayam dan perahan lemon.dengan parutan karet dan daun salad tu rangup-rangup,ngammmm je.Eh yang ni bukan makan sorang ye,pakat rasa sikit sorang,portion dia besar juga,cukup untuk 2 atau 3 orang.

haaa ni yang join melepak tadi,masing-masing ada hal nak jumpa,jadi
lepak je sini sekali.

AUSTRALIAN BEEF SIRLION & SPAGHETTI AGLIO OLIO
RM19
Hidangan ni Cik Sue punya yang lain cuit-cuit je hahaa,daging grill dengan spageti,memang kena la ngan penggemar pasta cam Cik Sue ni,hari-hari makan pun ok.Dagingnya lembut je,rasa spageti biasa je tapi ok ngan tekak Cik Sue.jauh plak nak ulang selalu,ada reka sendiri ni kang.

SMOKED SALMON SANDWICH WITH FRIES
RM23
Hidangan ni Cik Sue bagi dua makan ngan bella,dia amik satu dan Cik Sue satu,yang pasti salmonnya sedap,tak hanyir dan fries dia rangup.sandwich ni memang sesuai tuk breakfast dengan minuman panas.

AWESOME GARAGE BREAKFAST 2.0
RM26
Hidangan ni Mr D kongsi dengan kak nina,ha depa berdua makan bahagi dua,sosej tu sedap yang putih tu telur rebus tau,separuh masak cair kat dalam,yummyyy,Cik Sue pun try la jugak cuit-cuit je.betullllll hehehhe.cendawan tu apa ntah namanya Cik Sue tak makan,tak gemar,telur dadar tu sedap dalam dia yang hijau-hijau tu buah zukini tau.

Amacam? menyelerakan bukan? korang datang la try sekali,serius menu dia sedap-sedap,berbaloi la dengan harganya.Tempat makan pun selesa.cuma parking je la anda kena rancang waktu datang ye.
Banyak lagi menu yang diorang order,ada juga kek dan minuman oanas tuk minum petang,Cik Sue suka juga bila air masak di letak atas meja jadi bila nak minum ambil je,percuma,botol pun cantik.

Korang yang nak cuba boleh usha detail kat bawah ni ye :

Garage 51
51,Jalan PJS 11/9,Bandar Sunway 46150,Selangor

landmarknya depan University Sunway kat rumah kedai depannya.

Waktu operasi : 11pagi-11 malam

FB : Garage 51

haaaa sengih tukang masak kat dapur heheh
bisik-bisik:
Tak rugi Bella ajak lepak sini,tq bella,nest time ada kedai atau tempat makan best-best ajak kak sue lagi tau,haihhhh over plak menternek lemak sekarang ye,bila nak turun ntah berat hahahhaha,alaaa asal sihat ok la ,tak kisah la pipi pau ke chipmunk ke,makan-makan juga jaga la kesihatan kan,balik umah detox la kihkihkih.

21 singgah dan taip sket..: