Sakit itu ujian dan ingatan

2:41 PM Sue Izza 3 Comments

Kadangkala sakit yang datang adalah hikmah tersembunyi yang kita tak pernah terfikir.
Di tarik selera makan,badan yang sakit-sakit adalah ingatan untuk lebih menjaga kesihatan
Masuk hari kedua ,tekak masih pahit,tapi badan beransur ok lepas kena "belasah" dengan bibik semalam,huuhuuu itupun lepas dengar ceramah free sebab tak ikut pantang huuhuu.


Kali terakhir sentuh nasi petang semalam itu pun dengan penuh paksaan ,elok sampai rumah bibik terus "sedekah" kat sinki separuh hehehehe..apa nak buat kan ,ok la at least ada makanan dari dok wek wek kosong,badan pulak sakitnya Tuhan je la tahu,asyik krem satu badan,kejang perut di buatnya,sakit pinggang tak yah cakap la,tahap nak nangis di buatnya.Nak kata ada "isi" dah check tak de apa-apa,urmmmm apa la yang tak kena dengan badan ni huhuuu.


Apapun tetap bersyukur masa sakit macam ni la baru sedar diri dok diam dan berehat,kalau takkkkk memang tak reti duduk diam,adaaaaa je benda nak buat.Itu la hikmahnya Allah nak suruh rehat,badan dah penat sangat,kalau boleh cakap dah lama mengaduh dah...errrrrr....

Alhamdulillah juga ,masa sakit ni la boleh tengok kasih sayang en suami,malam-malam dok jaga puan isteri,dok bebel pasal makan la,ubat la,hehehehe tq sayang.

Insya Allah mula beransur baik,korang doakan Cik Sue ye,tak mo sakit-sakit dah,bosan baring je.

3 singgah dan taip sket..:

Susu Moeder : Tak hamil pun boleh minum

2:46 PM Sue Izza 8 Comments

Hai semua,hai juga  untuk ibu-ibu yang mendapat cahayamata,bakal-bakal ibu dan yang berusaha tuk menjadi ibu tu ye.Yang dah dapat tu tahniahhh,jom Cik Sue kenalkan dengan susu yang mempunyai pelbagai khasiat yang sesuai untuk golongan kita ni ye hehehe.

Moeder Milk atau susu Moeder memang menounyai pelbagai khasiat yang tak di sangkal lagi,untuk ibu,bayi dan bakal-bakal ibu.Campuran bahan-bahan semulajadi dan makanan sunnah pastinya memberi kebaikan kepada semua.

datang dalam balang macam ni siap dengan sudu sekali.

Jom kita tengok apa khasiat susu ni :

Khasiat buat Ibu hamil :

Mencerahkan Kulit.
Mengatasi masalah rabun malam
Meningkatkan daya tubuh dan stamina serta tenaga semasa hamil
Mengurangkan Risiko tekanan darah tinggi dan rendah ketika Hamil.
Mengatasi masalah depresi (Stress)
Menguatkan sistem penghadaman dan daya tahan terhadap keracunan makanan.
Mengelakkan Sembelit bagi ibu Hamil
Menguatkan Pernafasan (mengurangkan asma dan lelah bg ibu hamil)
Membanyakkan darah (pengganti kerang seperti tradisional)
Meningkatkan produksi susu ibu (Banyakkan susu ibu)
Melembabkan kulit
Mengurangkan kesan selulit pada perut
Mencegah osteoporosis
Mencegah sakit pinggang dan tulang belakang ketika hamil kerana membawa kandungan
Menguatkan kandungan bagi ibu baru hamil
Memberi lebih tenaga ketika proses bersalin
Mengatasi masalah mual.
Menormalkan metabolisme
Mencegah kegemukan selepas bersalin
Rasa Vanila berlemak tanpa menyebabkan rasa loya.


Ha,jangan tak tau bayi pun mendapat kebaikan bila ibu-ibu amalkan susu ni tau,Bukan bayi yang minum tau ,ibunya yang kena minum hehehee :

Khasiat buat Kandungan atau bayi :

Mengurangkan Risiko demam kuning
Meningkatkan daya tahan tubuh bayi (selsema demam)
Melebatkan rambut
Menghitamkan rambut dan bersinar terhadap bayi
Memutih dan melicinkan kulit bayi
Membantu menguatkan sistem paru-paru bayi.
Mencegah asma dan lelah
Mencegah Rabun ketika besar
Membantu pembentukan otak, saraf, plasma darah, dan organ pembiakan.
Membantu kecergasan otak bayi (Anak Pintar)
Membantu sistem pencernaan bayi yg menyusu badan ibu yang mengamalkan Moeder


Sebagai ibu yang menyusukan sendiri bayi,korang mesti cari susu atau makanan tambahan yang boleh memperbanyakkan susu badan kan,ye la nanti tak cukup susu lapar pulak bayi korangkan,jadi susu ini memang berfungsi juga untuk memperbanyakkan kandungan susu,Rasa susu yang tak hamis serta ada bau vanilla sikit memang sedap,Cik Sue kekadang nak je bancuh 2 cawan tapi takut cepat habis pulak heheheh.

Khasiat buat Ibu selepas hamil atau menyusu bayi atau bayi menyusu :

Membanyak dan memekatkan produksi susu
Mencegah kegemukan
Mencerahkan & Melembab kulit
Membantu hilangkan selulit ketika hamil
Membantu merawat luka dalaman semasa deliver (bersalin) dengan cepat.
Mengurangkan stress
Mengatasi atau mencegah rabun.
Mengenyangkan bayi dan atasi masalah sedu
Menguatkan sistem pernafasan bayi.
Membantu daya ingatan bayi


SUSU MOEDER KHAS UNTUK IBU MENGANDUNG, MENYUSUKAN ANAK DAN SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
antara ramuan yang terdapat dalam Susu Moeder

Jangan tak tahu ye,susu ni pun elok untuk para wanita yang sedang berusaha untuk dapatkan zuriat,haaa sebab tu la Cik Sue pun amalkan.Cara makannya senang je,biasa Cik Sue amik 1 skop pagi sebelum pergi kerja ,buat suam-suam minum pun rasa segar je,Pastu malam sebelum tidur amik 1 skop lagi,Cik Sue buat dalam mug je,1 skop untuk 1 mug rasa ngam-ngam je ngan tekak Cik Sue ni.Susu Moeder ni jugak kalau amalkan dari awal kehamilan boleh mengurangkan risiko bayi yang lahir nanti kena kuning tau.

SUSU MOEDER KHAS UNTUK IBU MENGANDUNG, MENYUSUKAN ANAK DAN SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
cara minum

1 mug pagi,1 mug petang

jom amalkan.
Testimoni Cik Sue selepas seminggu :
-Badan lebih bertenaga rasa lebih segar bangun pagi.
-Sakit pinggang terasa lega dan kurang kekerapan sakit.
-Sistem pencernaan memang melawas sebaiknyaaaa sangat heheheh.

Korang nak cuba tak, jom dapatkan Susu Moeder seperti detail kat bawah ni ye:

Harga susu MOEDER :

RM159 (Semenanjung Malaysia)
RM169 (Sabah/ Sarawak)

Info lanjut boleh layari :

Web : www.moederhq.com
facebook page : Kelab Ibu Penyayang MOEDER
Instagram : Moeder_MilkBooster


Tel : +6010-4042769

8 singgah dan taip sket..:

Projek memikat suami : Wangi Harum Malam

2:00 PM Sue Izza 9 Comments

Huyyooo kemain Cik Sue berprojek bagai nak pikat suami ye? ahaaa..kena pikat tau,ikat kemas-kemas baru sentiasa melekat ehhhh dah jangan merepek.Cuaca panas-panas ni jangan bikin panas lagi,tapi panas-panas ni badan mesti mudah berbaukan,achemm...

Ha meh Cik Sue bagi tips wangi-wangi tuk para isteri dan anak dara semua cewahhh.Nah


Yaaa, Harum Malam! eh bukan malam je siang ke malam memang berfungsi mewangikan badan para wanita sekelian ye.Psssttt bukan sahaja mewangikan bau badan semulajadi malah ada bahan yang berfungsi sebagai perapat tau,apa tu,ishhh wanita mesti tau hehehe.Malah Harum Malam ni sangat membantu menyelesaikan maslah dalaman wanita.Banyak khasiat lagi sebenarnya.Meh tengok ni:


HARUM MALAM MENGHILANGKAN BAU BAU BADAN

Sapa yang sesuai amik Harum Malam ni? 

Wanita Berkahwin
Anak Dara
Wanita Berpantang
Sesuai untuk yang menyusukan anak
Sesuai untuk usia 50 tahun ke atas

-Yang tengah hamil tu amik la lepas bersalin ye,nanti perapat tu buat korang susah pulak nak melahirkan huuhuu.

Cara pengambilannya senang je,ambil 1 sudu pagi dan 1 sudu malam.Jangan lebih-lebih pulak ye,jangan dok tonggang sebotol terus ,naya je nanti.Kena amalkan ikut sukatan setiap hari la,dah habis sebotol baru boleh tengok kesannya.Pastu korang kena elakkan ais kalau nak bagi cepat dan lebih berkesan ye,pantang la sikit (ecehhh pandai je nasihat orang,padahal sendiri pantang nampak ais,Eh dah ambil ni kita tak minum ais la huuhuu)

HARUM MALAM MENGHILANGKAN BAU BAU BADAN

Testimoni Cik Sue :
Selepas semingggu amalkan
-Kurang mengantuk di waktu pagi.
-Jerawat kurang naik terutama waktu nak period
-Bau badan tetap natural walau berpeluh kuat di musim panas ni hehehe.

Korang nak try dak? Pi usha dan beli kat link bawah ni na:

Web : www.moederhq.com
facebook page : Kelab Ibu Penyayang MOEDER
Instagram : Moeder_MilkBooster
Tel : +6010-4042769

bisik-bisik:
Wangi-wangi untuk suami dapat pahala weiiii...jom kumpul pahala..hehehe

9 singgah dan taip sket..:

Elle Zada X Sam Syatilla : Projek Raya 2016

8:00 AM Sue Izza 10 Comments

Elle Zada bukan nama asing lagi dalam industri fesyen di Malaysia hari ni.Tambahan trend hijabista dan muslimah sekarang,Elle Zada memang menjadi pilihan dengan konsep "Patuh Syariah" mereka.Lalu berjaya bersaing dengan nama-nama besar dan membawa produk mereka ke pasaran luar negara seperti Singapura,Brunei dan UK.


Ahad lepas Cik Sue berpeluang menghadiri sidang akhbar berkenaan Projek Raya 2016 oleh Elle Zada.Apa itu Projek Raya 2016? ia adalah kolaborasi Elle Zada x Sam Syatilla.Kerjasama pihak Elle Zada dengan pasangan artis popular Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin.Projek ini adalah sempena musim perayaan 2016 dengan memasarkan lebih 60 koleksi raya.Ada berbagai jenis fesyen untuk lelaki dan perempuan,memang cantik-cantik jubah,baju kurung moden,baju melayu dan kurta dalam koleksi ini.Kebetulan host pada hari itu Heliza Helmi dan Nik juga menggayakan koleksi dari Projek Raya 2016 Elle Zada x Sam Syatilla ini.Memang cantik,lama juga la Cik Sue dok tenung heheehe.

cantik kan design koleksi ni
Majlis di teruskan dengan ucapan dari Owner Elle Zada iaitu Puan Elle Rasif dan ucapan perasmian oleh Dato Normaziah Sheikh Mohamed.Kemudian kami di pertontonkan video promo koleksi Projek Raya 2016 ini.
antara tetamu yang hadir

ucapan perasmian oleh Dato Normaziah
Bersesuaian dengan hastag #inibarulahchampion koleksi baju raya kali ini memang berbaloi untuk di beli,kenapa? sebab gimik aktiviti parkour dari kumpulan Bar-risan dengan memakai pakaian dari koleksi membuktikan ianya tahan lasak dan tidak mudah koyak walau melompat dan memanjat.

ko mampu pakai baju melayu main lompat-lompat? 
Design baju raya ini memang cantik dan sofistikated gabungan idea Sam Syatilla dan pemilik Elle Zada,bak kata Sam biar pakaian itu pelbagai guna,contohnya kurta yang boleh di 
'tuck-in" sebagai kemeja ke pejabat dan di keluarkan sebagai pakaian ke masjid.Mudahkan?

cantikkan?
Dengan bertemakan "Sediakan pakaian kemenangan.fokus ibadah Ramadhan",warna yang terdapat dalam koleksi ini sangat menarik hati Cik Sue,memang menawan.Jom lihat antara koleksi yang ada.









Amacam? dah tergoda ke? suka warna apa? Cik Sue dah cop warna hijau heehehe.Masa majlis tu Cik Sue sempat la rasa material kain yang Heliza pakai,memang berkualiti macam kain mahal.Dan nak tahu  tak harganya lingkungan berapa? Ha jom Cik Sue cerita tawaran hebat tuk korang ye.

Ha,korang dah boleh start order tau baju ni kang tunggu  puasa  langsung tak dapat,Jom tengok detail dan cara-cara nak pre-order ye.

1. Pre-order dengan agen-agen yang di lantik dan korang akan dapat potongan RM20 untuk 1 item.
2. Tempoh Pre-Order dari 20 Mac hingga 30 April 2016
3. Setiap Pre-Order akan dipos secara berperingkat bermula 1 hingga 8 Mei 2016.
4. Semasa tempoh Pre-Order ,setiap item layak mendapat potongan RM20
5. Ok,mana nak cari agen -agen mereka ,korang klik link kat bawah ni ye,Pre-Order ngan diorang je korang boleh dapatkan potongan harga.

Senarai Agen Projek Raya 2016

Harganya berapa Cik Sue oii? meh tengok sini lak :

Harga Pakaian Lelaki

NO
KOLEKSI
HARGA ASAL
HARGA PRE-ORDER
1.
Baju Melayu
RM189
RM169
2.
Jubah
RM189
RM169
3.
Kurta
RM129
RM109

* Baju Melayu tidak termasuk kain songket & butang baju Melayu
* Jubah tidak termasuk butang





Harga Pakaian Perempuan


NO
KOLEKSI
HARGA ASAL
HARGA PRE-ORDER
1.
Baju Kurong
RM209
RM189
2.
Jubah
RM199
RM179
3.
Abaya
RM229
RM209


Berbaloikan? Kualiti premium tapi harga mampu milik. #inibarulahchampion !

Untuk info lanjut juga korang boleh ke link di bawah atau hubungi mereka di :

Web : http://www.ellezada.com/

Facebook : https://www.facebook.com/ElleZada/

Butik : ELLE ZADA PRINCIPLE BOUTIQUE
YOUR TUDUNG LABUH EXPERT!
No 12 & 12A Ground Floor Dataran Wangsa 1,
Dataran Wangsa Melawati, 53300, Kuala Lumpur.

Email : ellezadaofficial@gmail.com

bisik-bisik: macam hijauuuu je tema tahun ni hehehhee berkenan la pulak nak kena pujuk en suami ni.

10 singgah dan taip sket..:

Camelus : Produk Susu Unta pertama di Malaysia

11:28 PM Sue Izza 11 Comments

Dah banyak kali kan korang nampak Cik Sue dok hebahkan #camelus kat blog facebook dan instagram kan? haaa kali ni meh Cik Sue kenalkan korang apa itu Camelus.Beberapa hari yang lepas Cik Sue berpeluang ke majlis perlancaran produk Camelus ni di ibu pejabat mereka di Batu Caves.

logo Camelus
Camelus adalah rangkaian  produk berasaskan susu unta yang di keluarkan oleh Palmabrand Camel Milk Sdn Bhd,seperti yang kita tahu susu unta adalah makanan sunnah para Nabi dari zaman dahulu lagi.Khasiatnya memang tak dapat di nafikan lagi.Ia adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu dan sangat baik untuk kesihatan setiap peringkat umur.Pertama kali sampai di ibu pejabat Palmabrand  yang terletak di Dolomite Business Park di Batu Caves ni,mula-mula rasa segan tapi sambutan staf beruniform kemas yang peramah dan mengalu-alukan kedatangan kami,terus hilang segan.Pejabat yang kemas dan susun atur yang menarik,dengan mockup unta putih tu,nampak bersih dan suci pulak.

kaunter di pejabat Palmabrand
Ruang untuk tetamu menunggu dan susun atur produk memang memudahkan pelanggan yang datang untuk melihat produk-produk mereka.Sementara menunggu majlis bermula kami berkenalan dan berbual mesra dengan staf serta pegawai-pegawai mereka,sangat peramah.

ruang tetamu

Sambil tu kami di hidangkan biskut-biskut yang menggunakan susu unta sebagai bahan,yang mana bagi Cik Sue memang sesuai sangat buat biskut raya,eh mood raya pulakkan.Tapi biskutnya memang sedap tak de bau susu yang kuat,ye la Cik Sue ni sebenarnya ngada sikit bukan boleh bau susu tepung tu,nanti mula la berkerut dahi.Biskut-biskut ni memang sedap,rasa nak bawa balik je sebalang eh kang tak merasa lak orang lain hehehe.

rasa nak bawa balik je balang-balang biskut sedap ni
Kemudian kami di jemput ke  bilik mesyuarat untuk mendengar penerangan mengenai syarikat dan produk yang di sampaikan oleh Head of Strategic & Corporate Planning,Encik Azhar Sulaiman.Syarikat ini telah menjalankan penyelidikan selama 25 tahun berkaitan khasiat susu unta.Antara khasiat susu unta adalah :

1. Meningkatkan Fungsi Otak
2. Mengurangi atau Menjaga Kadar Gula Dalam Darah
3. Meningkatkan Sistem kekebalan Tubuh
4. Mampu mencegah komplikasi penyakit jantung.

Susu unta adalah lebh pekat dari mana-mana susu haiwan lain seperti kambing dan lembut yang mempunyai lebh air dalam kandungannya.Banyak lagi sebenarya khasiat susu unta ni untuk kita.

penerangan mengenai syarikat dan produk oleh Encik Azhar Sulaiman

Antara rangkaian produk Camelus adalah minuman campuran dengan Tongkat Ali,Coklat,produk minuman kecantikan dan susu unta original.Pihak syarikat juga mempunyai perancangan untuk memasuki pasaran farmasi dan kementerian kesihatan dengan produk susu unta tulen bagi tujuan makanan kesihatan di mana sesuai dengan misi mereka bukan sekadar menjalankan perniagaan malah membantu mereka yang mempunyai masalah kesihatan.Dengan pembungkusan yang menarik dan kemas Cik Sue pun dah tertarik untuk mencuba produk-produk mereka ni.

antara rangkain produk Camelus yang bakal ada di pasaran bulan April nanti
Kami juga di perkenalkan dengan rakan kongsi dan penasihat syarikat dari Dubai iaitu Mr. Hasan Alhammadi dan Mr. Abdulla Al Hammadi,yang turut sama hadir di majlis ini,sangat peramah orangnya,juga Encik Mohamad Nor Bin Mohd Sahak ,Ketua Pegawai Eksekutif Palmabrand Sdn Bhd.

rakan kongsi dari Dubai
En Mohamad Nor Mohd Sahak
Semasa penerangan kami juga di beri segelas seorang minuman yang mengandungi campuran susu unta untuk di cuba,testing session gitu.Tetamu lelaki di beri campuran susu unta dan tongkat ali manakala yang wanita campuran kopi dan susu unta.Tapi Cik Sue rasa je dua-dua jenis hahhaha,tak de rasa pelik-pelik okeh.Apa rasanya? okeh bagi Cik Sue yang tongkat ali tu agak keras sikit rasanya,tapi masih sedap di tekak,yang kopi pula kata orang sedang-sedang.Sesuatu yang pasti TIADA BAU yang kurang menyenangkan ye,harap maklum.haaaa tu penting ye bagi Cik Sue yang bermasalah dengan apa saja susu ni kikikiki.dannn tak payah letak gula dah sedap di tekak,tak kelat sangat dan tak manis sangat sedang elok je.Cik Sue pun perasan satu la ,minuman diorang ni tak seperi 3 in 1 lain yang kalau bancuh pekat akan rasa pening jap kepala,yang ni tidak.

sesi mencuba-amik gambo orang kat depan je la hehhehe
produk kecantikan dan kesihatan

para tetamu  mendengar penerangan

Cik Sue mula rasa tertarik dengan produk mereka ni sebab memang banyak khasiatnya,dan tak mudahkan nak cari produk susu unta di Malaysia,kalau nak kena kirim dari Tanah Arab sana la.Tapi sekarang syarikat Palmabrand Sdn Bhd bawakan khas untuk kita malah dengan cara lebih mudah dan pelbagai.Produk-produk mereka ini akan berada di pasaran April ini,jadi nantikan ye.

Mereka juga mula membuka peluang untuk menjadi agen jualan dan dropship,jadi selain mencuba untuk dapatkan kebaikan susu unta boleh juga menjana pendapatankan? Anda boleh hubungi no telefon di bawah ni ye :

Call/whatsapp/sms : 014-6644262.

atau

call at 03-61787846
Untuk maklumat lanjut anda bolehlah lihat di


Insta Camelus
FB Camelus
Web Camelus

atau boleh terus ke pejabat mereka di :

Palmabrand Sdn Bhd
No.33-M,Jalan DBP,
Dolomite Business Park,
68100 Batu Caves
Selangor
Tel : 03-61787846


Kelabbloggerbenashaari dan mereka yang hadir


Terima kasih banyak pihak Palmabrand sudi melayan kami ketika majlis,insya allah Cik Sue juga berminat nak mencuba untuk diri sendiri dan keluarga.


11 singgah dan taip sket..:

Bila dah tak sayang....

11:51 PM Sue Izza 6 Comments


Lebih kepada kecewa sebenarnya,baru-baru ni balik kampung belah abah di Tumpat ,Kelantan sempat berkunjung tempat wajib Cik Sue datang sejak dari kecik,mana tu? Patai Sri Tujuh la di Tumpat,Kelantan.Pantai ni agak terkenal sebab setiap tahun selalunya hujung tahun ada festival wau.Dari kecil kalau balik sini abah akan bawa melepak amik angin kat pantai ni,sambil ceritakan kisah dia waktu kecil-kecil dan kehidupan dia sebagai nelayan,zaman arwah atuk ada,macam mana diorang survive waktu musim tengkujuh,waktu seronok ikan banyak,kira macam tempat memori la bagi abah.

Cik Sue pula suka datang sini sebabbbbb ada orang jual macam-macam makanan,boleh lepak-lepak,sebab suka dok tepi patai tapiiiii tak suka mandi air laut,hehehhee.Dari kecil tempat ni la piknik,datang lepak ngan sepupu-sepupu zaman remaja.Zaman-zaman gatal dok berdating hahahha,zaman bercinta ngan en suami sempat la bawa dia datang sekali je tu boleh baca entry NI  hehehhehe.


Balik baru-baru ni sempat la singgah tu pun dah petang,tapi sayang,kawasan dah tak terjaga.Kecewa betul Cik Sue,kotor! dengan sampah bungkusan makanan,pampers bayi dan macam-macam lagilah.



Sayag tempat tarikan pelancong macam tu tak di jaga dan di selenggara dengan baik di tambah pulak pengunjung yang tak bertanggungjawab,kebetulan pulak waktu tu ada pelancong asing,Cik Sue pulak yang raa tebal muka,haihhhh.


Rupanya orang kita masih kurang kesedaran tentang sampah.Adab .nilai murni dan etika hanya omongan dalam televisyen sahaja.Ini ke yang kita nak buat contoh kat anak-anak kita ,mereka tengok dan mereka tiru.urmmmm...


Geleng kepala je Cik Sue tengok,ada tu yang depan mata makan dan bungkusan letak macam tu je kat gigi air laut tu alahaiiiii bukan tak de tong sampah,ada jeee...boleh je buang sambil-sambil nak jalan balik ke kereta msing-masing.

Cik Sue lepak pun tak lama,dalam 30 minit je,terus balik,tak lalu nak dok lama-lama kat situ.

bisik-bisik:
Sayangilah alam sekitar dan warisan kita...rugi sangat bila jadi macam ni.

6 singgah dan taip sket..:

Cafe Masakan Melayu dan Fusion sedap di Cyberjaya : Trulia Cafe

6:30 PM Sue Izza 19 Comments

Selalu kalau pergi Cyberjaya mesti korang tengok banyak pilihan restoran dan cafe makanan asingkan macam Arab,Pakistan,Afrika,Korea,Jepun dan lain-lain.Tak banyak sebenarnya restoran dan Cafe masakan melayu tapi kali ni Cik Sue nak perkenalkan Cafe yang sediakan menu masakan Melayu dan Fusion.Tapi majornya masakan melayu la.Trulia Cafe dah di buka hampir setahun dan menjadi tumpuan di waktu makan tengahari.Dengan pelbagai menu pilihan dan rasa masakan yang asli memang berbaloi untuk cuba.


Cik Sue berkesempatan merasa menu-menu di cafe ini semasa perjumpaan KBBA9 yang lepas,kebetulan Abang Ben ajak jumpa di sini sambil-sambil nak rasa menu-menunya.Malam agak sunyi juga kawasan ni tapi parking agak mudah dan banyak.Ruang kedai agak luas cuma dekorasi kedai agak simple,mungkin belum ada idea.Dan jika owner selaraskan perabut meja makan rasanya lebih cantik.






Jom kita tengok menu apa yang Cik Sue dan kawan-kawan cuba di cafe ni :

Bihun Sup Utara-bagi cik sue rasanya ngam-ngam je di tekak,kuah sup secukup rasa,tambah kicap cili dan cili jeruk wahhhh...memang kena.

Bihun Sup Utara RM7.00

Bubur Nasi - yang ni Cik Sue suka ala moi sup utara juga secukup rasa dengan ikan bilis rangupnya.

Bubur Nasi RM7.00



Mee Kari Ayam - Okey! yang ni ada dalam list cik sue tuk order lagi lepas ni.perghhhh power tul kuah dia,dah marking dah mee kari dia ni,rasa sekarang juga nak pi sana hehehe.

Mee Kari Ayam RM7.00

Minuman Coffee- Ha ni satu lagi,cik sue sekarang memang giler minuman berkafein begini,dan kali ni cik sue try yang machiato tu dan sedappppp..tak manis sangat pun.rekemen korang try k.

Cafe Latte RM7.90 dan Cafe Caramel Machiato RM8.90

Grill Chicken Chop with Rice-perghhh ayam dia sedap oiii,kak nak ayam je boleh? heheheh...tak tahu nak cakap cam ne korang kena try.

Grill Chicken Chop With Rice RM13.00
Nasi Ayam dengan Ayam Merah- Menu ni bagi cik sue ok je boleh makan,dan rasa biasa-biasa je tak tau la tekak orang lain kan,yang pasti sup dia sedap hirup saja.

Nasi Ayam dan Ayam Merah RM8.00

Bubur Kacang Hijau- ha yang ni cik sue tak sempat rasa desert yang sampai dah last-last ,Abang Ben yang makan hehehe.

Bubur Kacang Hijau RM5.00

Sago Gula Melaka- adehhhh meleleh lak air liur tengok yang ini,sebab memang feveret kena plak baru kuar peti ais haiyoooo....tiba-tiba teringin huhuu.

Sago Gula Melaka RM3.50

Lamb Chop with Spageti-yang ni cik sue bagi 5/5 bintang,korang makan kat trulia cafe memang wajib cik sue suh try ni ye.

Lamb Chop with Spagethi RM16.00


Crispy Chicken Burger- Yang ni pulak kalau korang melepak sorang-sorang sambil buat keje,silalah order walau dah sejuk ayam dia tetappppppp la rangup,sos pencicah tu sedap macam ayam cicah dengan pencicah keropok.yummm yummmm.

Crispy Chicken Burger

Minuman panas- ha yang ni pulak signature hot drink kat sini Coffee C dan Tea C,kami siap dapat 2 cawan sorang tau 1 jenis 1 cawan nak try punya pasal heheheh.

Coffee C and Tea C
Memang pus hati makan kat sini,kalau korang nak buat meeting atau perjumpaan memang sesuai,Jika untuk event seperti majlis hari jadi ke ulang tahun ke pentas juga di sediakan ,ada juga khidmat catering yang boleh di tempah,penghantaran pun ada tau sekitar Putrajaya dan Cyberjaya.












Urmmmm macam nak pi lagi je,nanti la ajak yang lain-lain pulak.Kalau korang nak cuba boleh la ke alamat di bawah atau mana-mana yang berdekatan nak tempah penghantaran ke nak buat jamuan kat opis ke bolehlah call diorang ye.

FB Trulia Cafe
Instagram Trulia Cafe

Emel : truliacuisines@gmail.com

Trulia Cafe
4809-0-36,CBD Perdana 2,
Cyber 12,Persiaran Flora,
63000 Cyberjaya,Selangor
03-86885964
03-86885963

19 singgah dan taip sket..: