Jubah Lelaki Ipman untuk Raya 2016

11:30 AM Sue Izza 11 Comments

Puasa dah nak dekat,raya pun dah tak lama.Mesti ramai yang nak buat persiapan awalkan,pastu boleh tumpu puasa dan ibadat lain lak.Macam Cik Sue la kalau masuk bulan puasa memang tak la dah nak cari baju raya kecuali betul-betul larat la.Letih oiii shopping bulan puasa,tak sanggup mak.

Ha tuk abang-abang hensem tu meh Cik Sue perkenalkan Jubah Ipman,design terbaru tuk tahun 2016 ni.Keluaran Rizq Design yang di miliki oleh pelakon Fazreeb Rafi.Beliau dah lama keluarkan jubah dah hampir 3 tahun pun,jadi ini adalah design terkini dari beliau.


Kelainan Jubah Ipman kali ini menampilkan ciri seolah-olah baju kungfu Cina dan ramai yang mengatakan tidak mencerminkan lelaki muslim,pendapat Cik Sue Islam kan universal,Chinese pun ada Islam kan? Asalkan pakaiannya menutup aurat selesa dan bersih untuk solat apa salahnya kan?.



Jubah ini dari material softconnton,bila pakai cantik je kainnya,lembut dan tak panas,design pun memang selesa bukan jenis fit.Masa tengok contoh jubah ni ada gak rakan perempuan try,yes selesa dan ok je tuk perempuan pun,Cik Sue boleh katakan jubah ni unisex leaki perempuan pun boleh pakai tau.Kekemasan jahitan dan keselesaan memang di titik beratkan,kalau ibu-ibu menyusu pun sesuai pakai,ada zip kat bahagian dada.dan potongan ke bawah lebar tak mengikut bentuk badan.




Oh ya,diorang ada buat open day ,jadi kalau nak dapatkan jubah ni bolehlah serbu ke sana ye,bukan jubah ni je ada,ada macam-macam lagi design yang lain,kurta pun ada.


Open Day Riz Q Design

Tarikh: 30 April & 1 Mei 2016

Masa: 10 pagi – 8 malam
Lokasi: Alam Avenue 2, Seksyen 16 Shah Alam


Ni antara design-design yang ada,yang lain korang kena pergi sana la eh:






Amacam? smartkan? Kalau nak jadi agen ke,dropship ke pun boleh,korang kontek je RIZQ DESIGN.
Harga pun berbaloi antara RM109 hingga RM229 sesuai dengan kualiti.Jangan lepaskan peluang ye.Kalau jadi agen kadar keuntungan pun dari 20% hingga 50% lumayankan? Agen boleh mula membuat PRE-ORDER bermula 30 April 2016 dan stok dijangka tiba pada 1 Jun 2016.

Sempena Aidilfitri 2016 ni juga mereka akan berkolaborasi dengan Hafidz Roshdi (Pelakon) untuk koleksi terbaru mereka.





Untuk maklumat lanjut boleh rujuk sini ye :

Info :

Facebook :
https://www.facebook.com/jubahlelakirizq

Instagram :
https://www.instagram.com/jubahlelakimoden


Jom-jom cari baju raya awal-awal.


11 singgah dan taip sket..:

Akhirnya siap juga,tapi......

9:30 PM Sue Izza 11 Comments

Yeayyyyy,siap jugak akhirnya sebelum setahun hahahaa,ikutkan Cik Sue kurang-kurang nak peram 3 4 tahun biar jadi pekasamkan? tak pun biar dapat anak sorang dulu ke kan? wahahahah.Dalam kemalasan yang teramat,paksa-paksa siap la juga gambar kahwin sendiri.Ni la dia pesen kalau gatal nak buat sendiri padahal bukan pandai mana pun.Tak pe la,jimat satu hal,kalau jadi apa-apa senang tak yah nak marah or sakit hati kat orang.Marah je diri sendiri,boleh gitu?

Kat mana Cik Sue buat ni,alaaa kat SINI ha,Photobook Malaysia ni selalu buat promosi dalam Lazada contohnya macam kat SINI , macam-macam juga produk dari Photobook Malaysia yang ada,korang boleh pilih ikut kehendak masing-masing.Ada yang semurah RM3 je tapi saiz kecik la,dah di beritahu siap-siap kat situ saiznya,korang ukur la siap-siap.




Bila dah beli dengan lazada pihak photobook akan emel no voucer tuk produk yang kita beli tu,pastu pi kat web dia ,kena daftar dulu,masukkan maklumat semua supaya senang proses penghantaran nanti,pastu korang masuk kat online project tuk buat sendiri photobook korang tu.Ada juga template dia sediakan kalau tak pandai nak susun,Cik Sue pi amik customize sebab nak susun ikut suka hati.

Pastu upload je la gambar korang pastu tarik-tarik je masuk dalam kotak gambarnya.senang je,korang godek je dalam web dia.Pastu dah siap,korang klik je order kat atas sebelah kanan yang bentuk troli tu,pastu ikut step yang di beri.Nanti dekat pembayaran dia akan mintak nombor vaucer yang korang ada,so tulis nombor vaucer yang beli kat Lazada tu ye,tapi pastikan produk korang pilih tu betul seperti vaucer yang korang beli tu,jangan pi order produk lain pulak,pastikan sama tau.




Kat atas ni hasil-hasil yang Cik Sue buat sendiri dengan vaucer berharga RM19.90 dari Lazada ,bersaiz A4. glossy paper,kalau nak ikutkan harganya RM100 ++ ,Jimatkan?
Ni pun ada lagi 3 vaucer rm3 tuk saiz 6" x 6" Cik Sue beli nak print photobook gambar-gambar kenangan semua,best juga bila print ni boleh belek-belek kan dari dok terperam dalam laptop je,lagipun sementara murah,amik je la kan.Tapi dia ada had masa tau,dalam 2 3 bulan juga la.

Tuk yang ini agak puas hati la,tapiiiiiiii silap Cik Sue sendiri ada beberapa gambar yang jadi gelap sebab Cik Sue lupa edit bagi cerah.Tengok dalam laptop dah cantik,cerah clear semua,sekali dah print dalam photobook jadi gelap pulak.Tak pelah,nanti kalau ada promosi lagi akan print semula buat satu-satu ikut majlis,sebab yang ni gabung tiga-tiga majlis.

Korang nak? pi la usha Lazada ,taip je "photobook" kot nak print atu buat photobook anak-anak ke kan.Gambar apa-apa event ke ,pi melancong ke,berbaloi.


11 singgah dan taip sket..:

Kambing Bakar Sedap di AA Supergrill

5:09 PM Sue Izza 1 Comments

Cerita dah lama tapi nak tulis juga sebab sedap,sebab lain senang nak refer tuk cari balik nanti hhahahha...dasar obses kambing bakar! ahaaa....ada yang sama kegemaran dengan Cik Sue tak? dulu punya  la tak suka segala mak nenek pasal kambing,susu ke,daging ke,semua tolak tepi,tapiiiiii..bila dah makin popular makanan berasaskan kambing ni,cuba je la,trend konon,sekaliiiii melekat pulakkk,pantang jumpa sekarang ni.

Meh nak kenalkan satu lagi  menu kambing bakar yang korang akan ulang makan,Cik Sue rekemen korang cuba.Kisahnya Cik Mimin (geng kbba) la suh try,kebetulan menu ni ada kat festival makanan kat Stadium Shah Alam bulan lepas ajak la Mr D terjah.kitaorang pergi dah malam,konon malas berpanas siangnya,alang-alang tu ajak kazen tersayang.
dengan tuan punya kedai

Mula-mua terpusing-pusing juga la nak cari ,ramai orang membanjiri ,biasa la pesta-pesta makanan ni kan.Akhirnya jumpa juga ,tanya pekerja-pekerja yang masak kambing tu mana owner,sekali Mr D dok "eh macam kenalllll" yang owner dia pulak pun " eh macam kenalllll" ah sudahhhhhh....
Lorrrrr rupanya kawan Mr D,keciknya duniaaaaa hahahaha.Kononnya nak kenal owner nak mintak kad,sekali Mr D dah memang kenal,senang keje Cik Sue,sementara tunggu order kitaorang siap,sempat la depa dok borak sakan.

fuhhhhh semerbak
Duduk borak dekat ngan dapur ,bau dah semerbak,alahaiii berbunyi-buni perut.Memang nampak menyelerakan.Sos original homemade dari owner sendiri iaitu En Aslam.Ha,sos saja pun dia jual,dalam botol RM5 je satu,boleh beli tuk makan ngan ayam ke daging ke nak buat kambing sendiri ke kat umah,Cik Sue pun tapau 2 botol.

ni ha sos nya.

Yeahhhh siap pun order kitaorang,dah snap-snap gambar,teruskan jalan-jalan dan cari tempat nak menjamah kambing AA Supergrill ni.Oh ya,kedai AA Supergrill ni kat area Subang Bestari,cuma time ni diorang join festival makanan,jadi Cik Sue terjah je la kat sini,senang.

nahhhhhh...meleleh sos dengan vege yang fresh tu,memang sedap oiii...terliur pulak

ni la tokeynya,yang kecik tu bos gak tu hehehhe...

nah bukti,sampai menjilat jari cik kazen makannnn,punya sedap suh amik gambo Cik Sue makan pun
tak layan dah hahahhaa....

Berbaloi tuk korang cuba,daging kambing yang lembut dan sedap,sos pulak homemade dan cukup rasa hingga menjilat jari time makan,Pasni sambil balik Sg Buloh dah boleh terjah kedai kat Subang Bestari la pulak,yummmyyyy.

ada juga promosi penghantaran tapi kalau jauh-jauh tu call dulu la tanya ye.

Amacam,nampak sedapkan? kalau try lagi terbukti sedap.khabarnya dah ada cawangan dekat Bangi dan Terengganu.Korang nak dapatkan maklumat lanjut call je tokey dia.

AA SUPER GRILL SUBANG BESTARI
 Jalan Nova U5/N, Subang Bestari 
40150 Shah Alam Selangor 

Waktu Operasi 
Isnin-Khamis : 6.30pm-10.30pm 
Jumaat -Sabtu : 6.30pm-12.00am 
Ahad : Tutup 

 Tempahan: +6019 634 0294 (Aslam Zahari) 

Follow di ;

Intagram : @aa.supergrill 
Facebook : AA Super Grill

Tagline: "Mok Kito Maroh Jual Mahal"

bisik-bisik:
nak bodek Mr D singgah kedai kat Subang Bestari pulakkkk wahahhhaa

1 singgah dan taip sket..:

Bukan untuk di minum.....

12:37 AM Sue Izza 7 Comments

Dok buat ketul ais kat rumah,bukan tuk minum pun,cer korang teka nak buat apa,ha dalam freezer tu belah atas memang Cik Sue penuhkan ngan ketul ais dalam plastik je.

Memandangkan musim panas mandi kul 10 malam pun air tangki masih suam,so ketul ais ni la buh dalam baldi dan cairkan.Konon-konon dapat la sejuk sikit air tu.Gigihkan? huhuuu malam-malam pun bahangnya,kipas memang tak rasa apa la.Ni pun Mr D ada ura-ura nak pasang aircond tapiiiii survey saja dah berzaman hahhahah....sabo je la.

bisik-bisik: cuaca dan suhu membahang sekarang sila lah minum air banyak2 ye...

7 singgah dan taip sket..:

Kari Ayam mudah dan sedap dengan rempah Tanjong

1:00 PM Sue Izza 8 Comments

Assalamualaikummmm...

Yuhuuuuu masak apa tu orang kat dapur? ke dah siap terhidang semua? nak lunch dah kan? Mesti lauk sedap-sedap tu,yang kat opis tapau je la ek...

Cik Sue pun nak menayang jugak la tapi menu 2 3 hari lepas,dah kenyang perut pun.nak masak kari daging nak cicah dengan lempeng sebenarnya,tapi bukak peti ais ayam je ada,belasah la labu hehehee.Tapi kali ni Cik Sue guna rempah Tanjong yang di rekemenkan oleh kawan,rempahnya sedap,tak pedas dan kalau tumis bau dia memang membangkitkan selera,malah kuah jadi lebih pekat dan lemak-lemak gitu,Cik Sue suka.

Rempah Tanjong ni ada berbagai jenis rempah masakan,ada Kari Ikan,Serbuk Kunyit,Rempah Kurma,Kari Daging dan lain-lain.Pilih je nak masak menu apa,kot tak pandai pun tak pe,resepi di sediakan kat belakang pek tu ye.Ala Cik Sue pun kekadang lupa rujuk situ juga hehhehe.

ni antara rempah Tanjong yang Cik Sue ada

Haaaaaa rempah kari ayam tak de kita pakai rempah kari daging je,pun sedappppp sangat dah.
Jom tengok resepi kari ayam mudah Cik Sue meh,mesti korang boleh buatnya,tapi Cik Sue suka kai pekat sebab kalau tak habis makan dengan nasi boleh cicah roti tak pun cicah lempeng,feveretttt tu.

Bahan :
500 gm ayam
3 biji ubi kentang potong dadu atau ikut suka.
1 paket rempah Kari Daging Tanjong,bancuhkan dengan sedikit air.
1 kotak santan pekat
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
4 sudu air asam jawa
setangkai daun kari
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
sedikit bawang goreng
garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:

1. Blender bawang merah,putih dan halia,panaskan minyak dan tumis bahan yang di blender dengan bunga lawang,kulit kayu manis dan bunga cengkih.Biar naik bau dan masukkan rempah kari Tanjong.Kacau tumis sehingga wangi.

2. Masukkan ayam dan kentang, gaul rata dengan bahan yang di tumis,biar rata dan beramah mesra ye hahaha.pastu masukkan air asam jawa dan daun kari.biar ayam separuh masak atau dalam 5 minit.

3.Masukkan santan dan kacau kerap jangan sampai santan berketul pulak ye.perasakan dengan garam dan gula.Biar mendidih sampai ketang dan ayam betul-betul masak ye,kot tak pasti kentang masak ke tak,cucuk dengan garfu tengok masak ke tak.

4. Dah siap taburkan bawang goreng sikit dan kacau,tutup api,hidangkan dengan nasi panas atau cicah lempeng atau roti jala atau roti biasa,yummmyyyyyy.try tau mudah je hehehhe.


Amacam? mudah je kan? ala memasak ni kena try and error je hehehe,practice make perfect katanya.Eh meh Cik Sue sambung cerita pasal rempah Tanjong ni.Sebenarnya rempah ni dari zaman mak-mak kita lagi ,jadi sekarang mereka membuat penjenamaan baru dan berwajah baru.Terkini remah Tanjong mengadakan pameran di MIHAS yang lalu di Kuala Lumpur Convention Centre dengan menampilkan Chef Liza untuk demo masakan menggunakan rempah Tanjong.





Korang nak try tak? sekarang ada je jual kat pasaraya di Malaysia,yang konpem korang cari kat Mydin ,Insya Allah ada. Tak pun korang terjah je FB diorag kat bawah ni ye untuk maklumat terkini.

FACEBOOK REMPAH TANJONG


bisik-bisik:
En suami puji sedap kari,kembang jap Cik Sue hahahaha...



8 singgah dan taip sket..:

Ketchup membawa blogger terjah cafe-cafe menarik.

2:35 PM Sue Izza 2 Comments

Korang mampu jelajah dan mencuba menu-menu di 4 café menarik dalam satu hari? Ha mampu ke tak itu la yang Cik Sue dan kawan-kawan lalui beberapa minggu lepas dalam Blogger Speed Run anjuran pihak Ketchup.Kami jelajah café-café di sekitar Uptown Damansara,bersama pengamal media dan selebriti lain


Apa benda Ketchup ni? Ha meh Cik Sue cite kat korang.Ketchup ni adalah satu laman web atau portal yang menghimpunkan senarai café-café menarik untuk rujukan pelanggan yang ingin berkunjung atau mencari tempat malan menarik untuk di cuba.Di laman ini juga Ketchup memberi peluang kepada pemilik-pemilik café untuk bekerjasama bagi mempromosikan café-café mereka.Cafe-café ini akan di review oleh Blogger dan para selebriti Media untuk tatapan orang ramai.Berbaloi kan? Blogger Speed Run ni pulak kolaborasi Ketchup dan Kelab Blogger Ben Ashaari serta pengamal media dan selebriti lain untuk terjah 36 café selama 6 hari di 6 kawasan yang terpilih.Menarikkan? Kalau korang nak maklumat lanjut boleh klik http://ketchup.com.my/

Ok,jom kita tengok café apa yang Cik Sue terjah hari tu.Yang pasti menu-menu semuanya lazat dan setiap café punya keunikan tersendiri.Korang mesti tertarik dengan dekorasi malah menunya juga yang unik.

TEA & TATTLE

Keunikan utamanya adalah hidangan teh dengan pelbagai perisa dan nama,malah dari pelbagai negara.Yang lebih unik ada the tertentu untuk mood anda.amacam? Selain itu terdapat menu –menu untuk sarapan juga.











FRISSON COFFE & BAR

Café untuk aktiviti berkumpul,lepak dan bersosial bersama kawan-kawan,menu hidangan berat dan ringan di samping minuman kopi pelbagai jenis.








THE GOOD BATCH

Café yang juga berkonsep bar dan tempat lepak untuk bersama kawan-kawan.Dekorasi dan susun atur meja yang menarik,menu berat dan ringan di hidangkan,samada korang betul-betul lapar atau sekadar inginkan kudapan,memang sesuai.








ACID BATTERY CLUB

Café yang sangat “privacy” sesuai untuk lepak lama buat kerja,assignment atau mengadakan mesyuarat santai bersama kawan atau klien.Hidangan kek cendol memang unik dan hidangan lain yang boleh di nikmati.Malah di dalam café terdapat galeri barang-barang koleksi yang di jual seperti cd,jaket,beg dan macam-macam lagi.

FB www.facebook.com/batteryacidclub

IG www.instagram.com/batteryacidclub









Amacam? Tergoda? Ishhh tulis entry ni Cik Sue pun terliur semula,alahaiiii.Serius menunya semua sedap-sedap,dan jangan tak percaya Cik Sue cuba semua ye menunya tapi tak de la baham satu pinggan sorang-sorang heheheh kami kongsi la sikit sorang.

Cik Sue nak ucapkan terima kasih banyak untuk pihak Ketchup yang sudi bekerjasama dan menjemput Cik Sue bersama-sama Blogger Speed Run ni.Cafe-cafénya memang menarik dan ada keunikan tersendiri.Korang patut cuba,kalua tak semua pun salah satu tau.























Selesai sesi terjah hari tu dan kami pulang masing-masing dengan kekenyangan.Kalau  korang mahukan keterangan atau maklumat lanjut boleh klik link di bawah ye :



Instagram@ketchup_my

2 singgah dan taip sket..: