Izeara Extravaganza : Produk kurus yang di kecam Bella sehingga viral

4:36 PM Sue Izza 3 Comments


Hai semua,korang mesti ingatkan kes viral produk kurus yang di muatnaik oleh Cik Bella kita hari tu,kecoh kat media sosial,katanya produk yang dia pakai tu tak panas dan tak kuruskan badannya,siap buat report polis tu.Produk Izeara Extravaganza tu katanya tak berkesan dan yang panas lagi dia siap hina produk melayu,phewwwww memang isu panas tuuuu.Semuanya gara-gara produk yang dia pakai tu tak panas.


Bila Cik Sue cari info rupa-rupanya produk ni memang tak panas,bagi Cik Sue ok akan sesuai dengan cuaca di Malaysia ni kan? Kang kalau panas,melekit plak nak pakai waktu keluar.Bila tak panas macam ni boleh la pakai kat mana-mana je dalam pejabat ke kat rumah ke kat luar ke.Sesuai je kan.

Tapikan yang lawaknya ramai pulak parodykan video viral si Bella ni termasuk la AyahRani Kulup Kipidap tu yang suka buat report polis tu,maybe tercabar kot sebab Bella buat report polis jugakkan.Siap Ayah Rani bagi amaran tu kat Bella suruh mintak maaf seara terbuka.


Syukur Bella dengar nasihat dan minta maaf secara terbuka dalam video yang di muatnaik juga di media sosial,bagus tindakan Bella tu,mengakui kesilapan dan meminta maaf.Tak payahla yang lain menambah-nambah  lagi komen-komen pedas ye.Tambahan pengasas Izeara Extravaganza pun dah lama maafkan Bella dan yang mengutuk produk dia tu.Korang nak dengar penjelasan pemilik produk tu boleh tengok video kat bawah ni ye.Baguslah dah bermaafan,buang yang keruh ambil yang jernih,mudahkan.








Cik Sue pun terasa nak tahu juga berkaitan produk ni,jadi cuba la search kat internet apa yang menarik sangat produk ni :

Ini kelebihan produk Izeara Extravaganza ni rupanya :

1. Merupakan serum kurus PERTAMA yang TIDAK PANAS & TIDAK MELEKIT di pasaran.
2. Mengandungi "CAFEISILANE C" ; Bahan paling pantas untuk mencairkan lemak di bawah kulit.
3. Melawaskan pembuangan air besar selepas 1 jam digunakan.
4. Dapat menghilangkan "stretchmark" dalam tempoh 7 hari.
5. Cepat dan pantas menyingkirkan lemak-lemak tepu / degil.

Bila tengok testimoni pengguna lain yang menggunakan produk ni,tertarik pula Cik Sue nak cuba juga,korang pun kaau nak dapatkan badan yang slim untuk raya nanti ,dah boleh ni cari produk best ni.Tambahan tengok testimoni Siti Nordiana pun pakai tau haaaaa.


Korang nak tak produk ni jom kita wasap nombor kat bawah ni,Cik Sue dah dapatkan,jom ramai-ramai kita order nak?

Whatsapp : 0137773617 sekarang.


3 singgah dan taip sket..:

Sindrom mak-mak?

12:02 PM Sue Izza 4 Comments

Memang macam ni agaknya ye orang dah kawin dan berkeluarga? Dah nak masuk geng mak-mak ni kan,dah jarang nak beli barang tuk diri sendiri.Asal keluar,gi shopping mall ke expo ke ada je barang rumah la barang dapur la nak beli.heheehe...

Haaa kali ni periuk kuali Tefal lak,ni semua gara-gara Dak Yaya Natcumi dok post kat FB ada jualan gudang,kebetulan pulak Mr D tahu tempat tu,apa lagiiiii kita serbuuuuu,agak berbaloi la,memang murah.Cik Sue belikan sekali tuk ma kat Lipis sebab dah dua tiga kali balik dia dok zikir nak kuali atau pan non stick ni,kebetulan murah kita beli la,kalau tak, tak mampu hakak dik nonnnnn.






Amacam? murahkan? time macam ni je la dapat memiliki,kalau tak sale tengok je la mampu,kebetulan biras pun nak juga so belikan lebih, balik rumah mak dia pilih dan bayar je.Dapat la tuk ma dan diri sendiri.Mak-mak sangat dulu sibuk beli mekap bedak gincu baju sekarang periuk belanga,barang rumah lak.Lepas habis cerita kuali periuk,dok survey sofa lak,memandangkan dah nak puasa dan raya,dan tak nak mencari bulan puasa nanti ,letih katanya.Dan juga rumah kami hanya ada sofa lama yang dah melendut di tengah itupun warisan dari rumah bujang Mr D,duduk kompem terhenyak ke bawah hahahha naya orang datang beraya nanti,survey-surevy sofa di Dengkil sampai ke Equine dengan bajet bawah RM1K.Alhamdulillah dapat yang berkenan dan agak berkualiti dekat kedai Perabot Bistari  area Jusco Taman Equine dengan harga RM680 sahaja.Yang pasti Cik Sue suka tempat duduknya berangka kayu bukan tali getah seperti yang lain,at least tak de la cepat melendut kalau tali getah tu.Agak kukuh juga,Cik Sue amik sofa L-Shape 4 seater dengan stool,cukup selesa dah tuk rumah kecil kami.


Tips yang Cik Sue dapat time nak beli sofa ni,kalau boleh jangan ambil 100% material pvc sebab mudah merekah kalau panas,tercucuk kunci pun koyak.Lagi satu kena tahu keperluan kita dan selera serta bajet nak yang macam mana.Dannnnnn yang penting kena sesuai dengan keluasan rumah ye,kang beli-beli tak celus nak masuk jenuh pulakkkk.

Alhamdulillahhh,beli apa yang mampu dan sesuai dengan kewangan sendiri,asalkan mencari mesti boleh dapat yang harga berbaloi serta berkualiti.Nasib baik la Mr D jenis suka survey sepuas hati ,harap Cik Sue,urmmmmmm berkenan satu itu je la.

Semalam pulak kebetulan Mr D balik keje awal ntah meroyan apa tiba-tiba nak ke nilai 3 cari bidai yang lipat-lipat tu,nak deko rumah hehhehe,sebenarnya nak tutup sikit meja kerja Cik Sue yang boleh nampak dari laman kalau buka pintu depan,tak privacy katanya,heheheh.Sempat gak sambar karpet gebu tuk depan tv.nanti dah deko semua Cik Sue kongsi eh.Tak de la pandai sangat nak menghias tapi yang penting kemas dan bersihkan?.



bisik-bisik:
Setahun kawin rumah tak de rupa rumah lagi nak ajak kawan datang beraya pun segan,tahun ni kita kemas la elok-elok sikit,sian kawan-kawan dok tanya nak datang ,kikiki.

4 singgah dan taip sket..:

Beli baju raya di Butik Surischa

12:01 AM Sue Izza 10 Comments

Korang dah beli ke baju raya? awal lagi? heh beli la awal-awal kalau Cik Sue la sebab bulan puasa nanti malas nak bersesak.Nak cari jubah,dress,cardigan,palazo dan skirt? Jom ikut Cik Sue pi tengok kat Butik Surischa kat Bangi Sentral.

Jumaat lepas sempat la join geng KBBA tengok-tengok koleksi baju-baju kat butik ni.Memang rambang mata la,macam-macam design ada.Siap Cik Sue cuba banyak pasang juga la.Semua cantik-cantik dan menarik.









Apa yang Cik Sue suka dengan butik ni :
-kualiti kain yang bagus,tak panas
-design yang simple tapi cantik tak terlalu sarat
-ada berbagai design dan jenis pakaian seperti jubah,dress,skirt,cardigan dan blouse.
-harga yang berpatutan dan mampu milik.

Jom tengok baju-baju yang kami cuba :
model-model tak berapa professional hahahah...

big bos kbba pun ada,cari baju tuk wife.
Baju-baju kat sini sesuai untuk pelbagai majlis formal pun boleh,raya pun oleh,kasual pun boleh.Ada pulak satu baju tu cardigan waena coklat cantik sangatberkenan betul Cik Sue,ala-ala cardiga design tahun-tahun 60-an gitu.Nanti la bodek Mr D pegi sana heheheh.



Sempat la memcuba jugak beberapa pasang,cantik-cantik,ngam pulak dengan saiz badan,menggoda betul suh beli kan hehehe.



Ni pulak tokey Surischa,mudakan baru 20-an,suka tengok lembut je,muda-muda dah ada bisnes sendiri,tapi dia pun cerita bermula dari susah-susah dulu nak boleh dapat butik macam ni.tabiklah.

kami bersama tokey butik


Yeayyyy Cik Sue dah dapat baju raya,seronoknyaaaa.Korang pun jom la cari baju raya,kat Butik Surischa ni korang boleh dapat harga diskaun semasa "Happy Hour" tau,boleh kontek butik untuk waktu happy hour tu ye.Memang berbaloi.


Oh ya! Butik Surischa akan mengadakan  Jualan Koleksi Hari Raya sempena pembukaan Wisma SuriScha pada 26 Mei 2016 di Kota Fesyen MITC Air Keroh, Melaka. Korang yang berdekatan boleh la singgah ye,tengok koleksi baju mereka yang cantik-cantik ni.

Mana yang jauh tu bolehlah jenguk media sosial diorang ye :

Facebook : SuriScha Malaysia
Instagram : @surischa


Atau mana yang nak terjah butik sendiri ni alamatnya,bolehlah kalau nak cuba sendiri :

SuriScha
3-41-3, Jalan Medan Pusat Bandar 8
Bangi Sentral
43650 Bandar Baru Bangi.


bisik-bisik: Baju dah dapat,nak cari tudung la pulak ngeh ngeh ngeh....

10 singgah dan taip sket..:

Cendawan Susu Harimau : Herba Bernilai Warisan Dari Alam

8:34 PM Sue Izza 3 Comments

Korang pernah dengar Cendawan Susu Harimau tak? Tau tak rupa dia cam mana? Ha meh Cik Sue tunjukkan gambarnya ye.Cik Sue dari kecil dah biasa dengar cendawan yang banyak khasiat ni,maklumlah nenek bidan dan mengamalkan perubatan tradisional,datuk pula ramai kawan dengan Orang Asli di kampung, daerah Kuala Lipis sana.Cik Sue kan membesar di kawasan pedalaman Pahang,memang biasa juga dengan pokok-pokok herba dan ubatan ni.Banyak juga belajar dengan arwah nenek tapi banyak juga dah lupa sebenarnya hehehe.

bentuk cendawan susu harimau

Cendawan ni ikut cerita orang tua-tua dapat nama kononnya harimau susukan anak dia,dan susunya jatuh menitis ke atas tanah,menyerap ke dalam tanah dan tumbuh la cendawan ni.Ha tak tahu la betul ke tidak cerita turun temurun dari orang tua kan.Tapi kalua nak tahu cendawan ni tubuh satu je tau di satu-satu tempat,dia tak tumbuh sekelompok,kata arwah nenek sapa yang jumpa kalau dalam hutan tu memang bernasib baik la,tu pun kalau ubinya (bahagian yang dalam tanah) masih elok,kalau tak kosong je, tak guna juga,sebab yang boleh di buat ubat adalah bahagian ubi dalam tanah tu.Bahagian itu yang diambil tuk buat ubat ,selalu kecil-kecil nampak nenek parutkan kat belakang pasu dengan sedikit air dan sapu kat ibu-ibu berpantang yang alami bengkak susu,elok tuk redakan katanya.

lawatan ke Ligni Biotech

Tak sangka pula baru-baru ni Cik Sue berpeluang melawat  makmal tanaman Cendawan Susu Harimau ni secara moden dan menggunakan kemudahan teknologi terkini.Malah di proses secara moden sebagai ubat.Kami di bawa melawat ke Pejabat dan makmal Ligno Biotech Sdn Bhd di Taman Perindustrian Balakong Jaya 2,Balakong,Selangor.Mereka mengeluarkan produk kesihatan dari Cendawan Susu Harimau dalam bentuk kapsul dan teh. Kami di beri penerangan oleh CEO Ligno Biotech iaitu Ng Szu Ting serta doctor yang menjalankan penyelidikan berkenaan cendawan ini hampir 8 tahun iaitu Dr Tan Chong Seng ,dari MARDI.

Penerangan dari Ng Szu Ting


Dr Tan menjalankan kajian

Dengan kerjasama MARDI dan Ligno Biotech mereka meredah hutan Tropika dan menemui kaum Orang Asli untuk menjalankan kajian ,menyelidik serta mengusahakan penanaman cendawan ini.Dengan kajian ini,syarikat Ligno Biotech adalah pemegang Malaysia Book of Record ,pengeluar pertama Cendawan Ssusu Harimau,selain pengeluar produk halal dan organik, mereka juga terpilih di bawah 20 syarikat Bionext.

Proses pembiakan yang di jalankan di sini menggunakan kaedah tisu kultur,di mana benih atau tisu cendaan susu di biakkan dalam beras yang sudah di masak dalam periuk tekanan tinggi.Kemudian di simpan di dalam bilik dengan suhu seperti Hutan Tropika tempat asal ia membiak.Setelah ubinya iaitu bahagian yang paling berkhasiat tumbuh ,ia akan  di keringkan dengan proses penyejukan dan di tuai untuk di buat produk berbentuk kapsul dan teh.

proses pembiakan cendawan di dalam makmal


cendawan yang mula tumbuh

Rupanya banyak lagi khasiat Cendawan Susu Harimau ni,Orang Asli dah menggunakan hampir 400 tahun dulu lagi.Kiranya tumbuhan ni dah jadi warisan negara kan? Sangat bernilai,patutlah dulu-dulu payah kawan-kawan Orang Asli datuk nak beri cendawan ni.Antara khasiatnya adalah :

1.       Merawat penyakit berkaitan paru-paru serta organ dalam seperti buah pinggang,hati,limpa serta penyakit seperti asma,semput,batuk,lelah,sinus dan resdung
2.       Menjadi bahan anti –tumor dan kanser,mengawal punca kanser.
3.       Mengawal kanser payudara dan berkaitan sakit wanita selepas bersalin serta sebagai bahan menggalakkan susu ibu.
4.       Juga sebagai bahan anti oksida untuk badan,menambah tenaga.
5.       Mampu melegakan kesakitan sendi dan tulang.
6.       Sebagai bahan rawatan untuk kesihatan kulit terutama eczema.
7.       Sebagai makanan tambahan untuk perokok yang ingin berhenti serta warga tua .


produk dari cendawan ini,teh


antara produk yang ada

Macam mana? Menarikkan? Cik Sue memang lebih suka guna ubatan herba macam ni dari ubat-ubatan yang banyak kandungan dadah segala tu.Badan nak pakai lama kan? Lagi pun ubatan herba begini lebih organic dan sesuai dengan badan sebenarnya.Nak tengok tak produk yang di hasilkan dari cendawan ni,ada dalam bentuk kapsul,pil berperisa koko untuk kanak-kanak dan teh sebagai minuman.

Macam mana nak dapatkan? Korang boleh hubungi alamat dan no telefon seperti di bawah ye.oh ya kalau nak jadi agen pun sangat-sangat di alukan :

Ligno Biotech Sdn Bhd
No 1 ,Jalan Perindustrian Balakong Jaya 2/2,
Taman Perindustrian Balakong Jaya 2,
43300 Balakong Jaya,Selangor ,Malaysia
Phone Fax : 03-89455242
Laman web : www.tigerus.com.my
Hotline : 1700 818 242

Bisik-bisik:
Cik Sue pun tengah bagi suami makan produk yang kapsul tuk resdungnya ,nanti Cik Sue kongsi ye testimoninya.

3 singgah dan taip sket..:

Simpan dan Menang dengan SSPN-i Plus

11:37 PM Sue Izza 2 Comments





Dunia pendidikan hari ni memang memerlukan banyak modal dan sumber kewangan,ini hakikatkan? Itu cabaran yang perlu di hadapi untuk anak-anak bijak teruskan pendidikan mereka.Jadi cara yang ada ,ibubapa kenalah menyimpan dan menabung dari awal untuk pendidikan anak-anak.Tapi jangan risau ye,sekarang banyak skim-skim tabungan dan simpanan dengan pelbagai kelebihan untuk di miliki dan modal bulanan pun tak banyak.Nak tahu salah satunya? Jom Cik Sue cerita.

Baru-baru ni Cik Sue sempat hadir majlis perlancaran Pakej Baru SSPN-i Plus ,Ejen Online PTPTN dan Penyampaian Hadiah Cabutan untuk ejen mereka.Majlis ini di rasmikan oleh YB Datuk Mary Yap Kain Ching,Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi yang diadakan di Menara PTPTN,Kuala Lumpur.Korang nak tau apa hadiah menarik cabutan bertuah diorang ni? kereta tau,keretaaaaa BMW tau,ada Honda juga fuhhhh...sapa nak bagi free oii,jeles nengoknya,ada motor,ada laptop huishhhh lumayan betul.Ini semua sebab mereka jadi agen SSPN ni ,nanti Cik Se terangkan ye.

image
ucapan dari Tetamu VVIP

image




image


SSPN-i Plus 

Skim Simpanan Pendidikan Nasional ni di perkenalkan pada 8 Jun 2015 lagi,ia adalah salah satu produk bawah PTPTN.SSPN-i Plus ini adalah penambahbaikan dari SSPN-i sebelum ini dengan penambahan sumbangan takaful yang murah dan perlindungan yang komprehensif.Konsep skim dan tabungan ini lebih kepada komitmen bulanan bergantung kepada pakej yang kita pilih.Sambil menyimpan kita akan menikmati dividen ,perlindungan takaful dan kelebihan lain yang menarik.



Nak tahu pakej yang ada ? Jom tengok sini,memang mampu milik.Insya Allah.


Korang boleh pilih pakej mana yang sesuai dengan korang dan skim ini menawarkan pelepasan cukai taksiran sehingga RM12,000 setahun malah patuh syariah lagi.Menarikkan?

Selain itu banyak lagi keistimewaan skim ini ,jom tengok :

image

Ha,menarik sangatkan,banyak sangat tu keistimewaannya,kalau korang nak tahu lebih lanjut boleh download maklumat di SINI ye

Eh tapi siapa yang boleh memohon skim ni ? 



Tetiba Cik Sue pun rasa nak buka akaun walau belum ada anak,apa salahnya buat je awal-awal kan.
Manfaat skim ni memang menarik dan komitmen bulanan pun tak tinggi.

Oh ya,selain menyimpan dalam skim ini,korang juga boleh menambah pendapatan dengan menjadi Agen Online PTPTN ye,sebagai pendapatan sampingan pun boleh,nanti boleh la dapat hadiah cabutan bertuah kereta dan lain-lain tu,bestkan?

Korang boleh mendaftar kat SINI ye, Jom ramai-ramai jadi agen,mana tahu tuah badan dapat BMW heheehe.

Untuk maklumat lebih jelas korang boleh terjah laman web ptptn seperti kat bawah ye :

http://www.ptptn.gov.my/

Bisik-bisik:
Jom menyimpan untuk masa depan yang sangat mencabar.

2 singgah dan taip sket..: