Ramadhan 11 : Resepi Nasi Lemak Pandan

11:30 PM Sue Izza 3 Comments



Akhir-akhir Ramadhan ni teringin pulak nak makan nasi lemak,tapi Cik Sue memang malas la nak ke Bazar Ramadhan hehehe,rasanya dah nak habis puasa tak jejak kaki lagi Bazar,hebat tak? hahhaha..
So gigih la masak je sendiri,bahan-bahan pun semua ada,mari kita berperang di dapur.Mulanya na buat nasi lemak biasa je,tengok ada daun pandan lebih,buat nasi ada kaler sikit ok gak kan? ubah selera.Kebetulan dok masak-masak sorang-sorang,ada plak yang terjah bagi salam,yeayyyy ada teman berbuka,sementara Mr D lambat balik hari ni.Alhamdulillahhh,sempat masak dan berbuka dak mucuk hari ni ehehhehe.Jom tengok resepi mudah Nasi Lemak Pandan ala Cik Sue.

Nasi Lemak Pandan :
Bahan:
4 pot beras
secawan air daun pandan yang di blend dan di tapis/atau boleh pakai pewarna hijau
3 helai daun pandan di simpul
1 cawan santan cair
1 biji bawang merah-hiris

Cara:
1. Masukkan semua bahan dalam periuk tambahkan air mengikut paras beras seperti masak nasi biasa.
2. Bila dah masak,kacaukan nasi biar serata.

Sambal Tumis :
Bahan :
150gm cili kering-rebus dan blend
3 biji bawang besar -blend
5 ulas bawang putih-blend
1/2 inci halia-blend
1 batang serai-blend
1 inci belacan-blend
sedikit air asam jawa
3 sudu sos tomato
3 sudu sos cili
sekeping nise/gula melaka
sebiji bawang besar hiris bulat
garam/gula

Cara :
1. Tumiskan bahan blend sampai naik bau dan pecah minyak.
2. Maukkan gula melaka,sos cili,sos tomato,air asam jawa dan bawang hiris.
3. Masak sehingga mendidih dah sedikit kering,perasakan dengan garam dan gula.

Cik Sue hidangkan dengan telur rebus,timun ,kangkung celur,ikan bilis goreng dan sotong goreng kari.Sotong tu Cik Sue perapkan dengan garam,kunyit dan serbuk kari,pastu goreng bagi garing,setel....

Mudahkan,Alhamdulillahh nak kata sedap kang kata puji sendiri lak hehe tapi menambah la dak mucuk ngan Mr D makan hehhee.

bisik-bisik:
Dah ramai yang start cuti ni,hati-hati la ye balik kampung nanti,bawa-bawa bersabar ye di jalan raya tu,semoga selamat sampai la hendaknya,Cik Sue malam raya la baru gerak huhuuu.

3 singgah dan taip sket..:

Ramadhan 10 : Resepi Yee Mee Kicap

6:13 AM Sue Izza 6 Comments


Menu malam tadi,malas masak nasi punya pasal,penat sebenarnya seharian.Panas lain macam pulak semalam.Memang hilang mood nak masak lauk-pauk bagai,selongkar gobok jumpa yee mee masih berbaki,mulanya nak goreng biasa lupa lak mee jenis ni kan mudah lembik.So kita buat kuah je la,then siram,senang.Bagitau Mr D berbuka makan mee je dan dia ok,on je la.

Bahan:
Blend
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 kiub pati ayam
1 biji tomato
3 biji cili api
2 sudu cili boh

Bahan lain:
2 keping yee mee
sedikit fish ball
sedikit isi ayam
sayur carrot merah
sayur kobis
sedikit cili hijau potong
sos cili
sos tiram
kicap manis
serbuk lada hitam
2 biji telur

Cara:
1. Tumis bahan blend sampai naik bau.
2. Masukkan sedikit air,sos cili,sos tiram,kicap manis,serbuk lada hitam,sayur,isi ayam dan fishball.
3. Biarkan mendidih,perasakan dengan garam.
4. Cara makan : letakkan yee mee dalam mangkuk siramkan dengan kuah panas,biar kuah mendidih pecahkan telur jangan kacau,biarkan membeku/masak,sendukkan dan letak atas mee tadi,makan bersama cili potong,perahan asam limau dan bawang goreng.

Alhamdulillahhh,syukur sangat bila dapat suami yang boleh telan apa saja yang isteri pemalas dia ni masak hehehhe,Cik Sue ni ada masa-masa je rajinnya kikiki..pastu semua aci campak je asal boleh telan.Gara-gara tak makan nasi semalam,pas isyak merengek kat Mr D nak makan burger,gigih ajak ronda,sekali bukan burger je dapat,durian la,slurpee 7e la...itu la laki bini kalau dah merayau.

6 singgah dan taip sket..:

Ramadhan 9 : Patin Masak Sambal Asam

6:08 AM Sue Izza 4 Comments


Kisahnya beli ikan patin nak masak gulai tempoyak,malangnyaaa buka je botol tempoyak dah berkulat,rosak semua huwaaa kempunan nak makan patin tempoyak.Lalu Cik Sue berfikir dengan pantas,apa nak masak ngan ikan patin ni.Teringat sebelum ni masak masam manis tapi kali ni nak makan masam-masam sikit,jadi Cik Sue sambalkan je la ala-ala thai gitu.Jom tengok resepi rekaan Cik Sue ni hehehhe.

Bahan :
Bahan blend:
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sudu cili giling/cili boh
3 biji cili padi (nak pedas boleh tambah lagi)
sebiji tomato

Bahan lain:
500gm ikan patin di perap kunyit garam dan lada hitam~goreng garing
daun limau purut
1 barang serai~ketuk
1 keping asam gelugur
2 sudu jus limau
3 sudu sos cili
sedikit daun kesum
garam dan gula

Cara:
1. Tumis bahan blend hingga naik bau,masukkan sos cili,serai,daun limau purut dan daun kesum.
2. Kacau sebati,masukkan ikan,gaul rata masukkan jus limau ,asam keping,garam dan gula,masukkan sedikit air kalau nak berkuah ye.
3.Gaul dan biar mendidih kejap,ok dah siap.Buat sahur pun sedap ni,masam-masam sikit.

bisik-bisik:
Sib baik Mr D tak de masalah makan ikan patin,kalau abg ngah dia hahhah pantang ngan ikan patin,hilang susuk katanya kikiki

bisik-bisik 2:
Nak orang hormat kita ,kita kena hormat orang dulu,baru orang akan segan nak buat sombong ngan kita tapi kalau orang dah cuba dekat dan berbaik,kita yang berlagak,jangan bising la kalau orang nyampah eaaa heheheh....

4 singgah dan taip sket..:

Ramadhan 8 : Serawa Durian dan Roti Jala

2:05 AM Sue Izza 6 Comments



Ceritanya ada durian lebih Mr D makan minggu lepas kat tepi jalan,durian d24 rm13 sekilo,belah 2 biji sekali tak abis,bakinya masuk tupperware bawa balik rumah.Sekali hari ni nak balik rumah mak kat Sg Buloh,terus teringatkan baki durian dalam peti ais,tanya Mr D nak bawa macam tu je ke? kang tak cukup plak,berapa ulas je pun,alih-alih dia nak makan berkuah.So Cik Sue buatkan serawa je la,fikir-fikir tak de apa lak nak cicah,bancuh je la tepung buat roti jala sempoi-sempoi.Ingat sikit,rupanya banyak gak,sempat la sedekah berkongsi rezeki kat kawan dan bawa balik tuk family.Jom tengok resepi mudah Cik Sue

Serawa Durian
Bahan:
4 ulas durian
250ml santan cair
3 helai daun pandan
2 ketul nise atau gula melaka
3 sudu gula pasir
1/2 sudu garam

Cara:
1. Didihkan santan dengan gula melaka/nise.
2. Masukkan daun pandan,gula pasir,garam.
3. Biar mendidih dan masukkan durian,biar mendidih dan dapat kepekatan kuah yang korang nak.

Ni makan dia saja pun sedap,kalau tak nak manis atau mak ayah ada kencing manis tak yah masukkan gula pasir pun tak pe,manis durian ngan gula melaka tu dah sedap ,ngam dah.Jom buat roti jala lak tuk cicah ngan serawa durian tadi.

Roti Jala
Bahan:
2 cawan tepung
2 cawan santan cair
1 sudu minyak
1/2 sudu garam
1 biji telur
sedikit pewarna kuning

Cara:
1. Cik Sue blend je semua bahan ni dalam blender,senang sebati.
2. Kalau rasa pekat sangat tambah la air,dan test dengan acuan roti jala,keluar elok tak tuk di kirai kat kuali,kalau cair sangat pun tak cantik gak,biar sedang2.
3. Panaskan kuali,dan kiraikan ikut bentuk yang korang suka,4 segi pun boleh,bulat pun boleh.
4. Agak-agak masak angkat dan gulung ketika masih panas.

Alhamdulillah mak dan bapak mertua suka,makan dengan family mertua,licin satu tupperware.Seronok bila makan ramai-ramai dan ada pulak yang gemar.Puas hati.

Selamat Mencuba.

6 singgah dan taip sket..:

Ramadhan 7 : Resepi Nangka Muda dan Petai Tumis Belacan

11:23 PM Sue Izza 3 Comments


Semalam rumah di terjah dan di "surprise" kan oleh kawan-kawan rapat sempena besday and anniversary Cik Sue katanya,haa tu nanti Cik Sue cite kat entry lain eh.Nak ceritanya diorang datang nak berbuka,Cik Sue sempat masak menu simple je.Ada la lebih nangka muda celur dengan ulam petai yang buat cicah budu,memandangkan tak mahu makan budu,Cik Sue olah jadi menu lain.Teringin nak makan masakan yang ada belacan,so campak-campak je la.Jom tengok resepi kali ni.

Bahan:
200 gm nangka muda celur
segenggam isi petai di belah dua
2 ulas bawang merah blend
3 ulas bawang putih blend
1/2 inci belacan blend
sebatang serai hiris dan blend
4 atau 5 biji cili api blend (kalau nak pedas boleh tambah)
segenggam ikan bilis goreng garing terlebih dahulu
bawang besar hiris
garam dan gula

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend hingga naik bau,masukkan nangka dan petai,gaul sebati dan biar mendidih sekejap.
2. Masukkan bawang besar dan ikan bilis,gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula.
3. Siap!

Mudahkan,makan ngan nasi panas-panas wat sahur sedap ni,kalau nak berkuah korang bleh tambah air sikit masa menumis,tapi Cik Sue buat kering je dengan ikan bilis tu rangup-rangup pedas semua ,sedappp....
Selamat mencuba

3 singgah dan taip sket..:

Ramadhan 6 : Resepi Sambal Udang Petai Mudah

6:11 AM Sue Izza 4 Comments


Dah lama tak makan petai,samada mentah atau masak.Semalam balik dari klinik sempat singgah mini market kat kawasan rumah,nampak petai teringat udang ada lagi,urmmm buat sambal sedap ni,Mr D memang suka sambal-sambal ni.Ambil satu ikat ada 3 keping,haaa rm1 sekeping phewww...pejam mata je la.Masak sambal paling mudah je,tapi Mr D tak suka Cik Sue pakai cili boh,dia nak cili kering tu blend,sebab cili boh tak sedap katanya,layankan aje.Tak susah pun,potong-potong je cili kering rebus kejap masui blender tambah minyak masak sikit tuk lumatkan biji-biji yang tertinggal masa menggoreng tak yah masukkan minyak dah,nak blend sekali ngan bawang semua pun boleh.Jom tengok cara paling mudah masak sambal ala Cik Sue.

Bahan:
200 gm udang saiz sederhana-bersihkan
3 keping petai-belah dua
segenggam cili kering-rebus dan blend
2 ulas bawang merah-blend
3 ulas bawang putih-blend
1/2 inci halia-blend
1 biji bawang besar holland-hiris
2 sudu air asam jawa
2 sudu sos tomato
1 batang serai-ketuk
garam dan gula

Cara:
1. Tumiskan bahan blend hingga naik bau dan pecah minyak,biar cili kering betul-betul masak ye.
2. Masukkan serai dan petai,masukka air asam jawa dan sos tomato.
3. Masukkan udang,dan sedikit air,gaul sebati dan biarkan mendidih hingga masak,kalau nak pekat biarkan lama sikit dan agak keing sambalnya.
4. Masukkan bawang holland hiris dan perasakan dengan garam dan gula.Mudahkan?

Haaaaa... senang je,kalau dah siapkan bahan masak time sahur pun sempat hehehhe...tapu Cik Sue masak time berbuka lagi,sahur panaskan je hehehhe.
Selamat mencuba.

bisik-bisik: Mr D kalau sambal-sambal tumis cili kering macam ni,hari-hari lauk yang sama pun tak pe,feveret dia ni.

4 singgah dan taip sket..:

Ramadhan 5 : Resepi Risoles Ayam

11:00 AM Sue Izza 7 Comments




Mwnu sabtu lepas 13 Ramadhan,tetiba rajin nak mencuba buat bila tengok kawan buat.Intinya dah buat awal 1 hari dan sejukkan dalam peti ais supaya senang kerja,Jadi Cik Sue tinggal buat kulit dan goreng je la.Jom tengok resepi CikSue ambil dari FB ni dan buat semudah yang mungkin,ikut mana bahan yang ada :

Bahan inti :
200 gm daging ayam cincang
2 biji kentang,potong dadu halus
semangkuk kecil lobak merah yang di potong dadu.
3 ulas bawang putih cincang
2 biji bawang merah potong dadu halus
1 sudu serbuk lada hitam
3 sudu serbuk kari
1 kiub ayam
sedikit air
garam 
sedikit minyak

Cara membuat inti:
1. panaskan minyak dan tumis bawang sampai wangi,masukkan daging ayam cincang,bila isi ayam masak masukkan serbuk kari,kentang dan lobak.biarkan sedikit layu.
2.Masukkan sedikit air untuk empukkan kentang dan lobak,kemudian masukkan lada hitam dan kiub ayam,biarkan mendidih dan tutup kuali sehingga kentang empuk.
3,Perasakan,biarkan sejuk.

Bahan untuk kulit :
2 cawan tepung gandum
1 cawan susu segar atau santan
sedikit garam
2 biji telur

Cara membuat kulit :
1. Cik Sue campurkan semua bahan dan blendkan dalam blender je,yang peting jangan berketul ye.

bancuhan untuk kulit
lempengkan senipis yang boleh ye

Cara membuat risoles:
1. Letakkan inti dia atas kulitnya ,lipatkan atau gulung seperti popia,
2.Celupakan dalam telur dan salutkan dengan serbuk roti,kalau tak mahu goreng semua boleh simpan beku dalam peti ais,Bila nak makan baru goreng,mudahkan.

letakkan inti

siap celup telur dan salut serbuk roti.

Mudah je sebenarnya,tak de la susah sangat,kena ada R je,apa tu,Rajin la hehehhee....
Alhamdulillah Mr D suka,Cik Sue buat agak besar-besar nak cepat,sedap bila dah gireng agak rangup di luar lembut kat dalam.Cik Sue buat banyak siap frozenkan.Senang nak makan nanti goreng je.Selamat Mencuba ye.


7 singgah dan taip sket..:

Buffet Ramadhan Hotel Bangi-Putrajaya : Puas hati makan.

8:30 AM Sue Izza 3 Comments

5 Ramadhan lepas bersamaan Jumaat 10 Jun 2016,Cik Sue sempat bawa Mr D berbuka puasa kat Hotel Bangi-Putrajaya,dalam 15 minit je dari rumah.Reward atau hadiah Mr D penat sikit kerja banyak kat pejabat dan Cik Sue pun malas masak,jom la kita lepak Iftar kat luar je.





Kami sampai dah hampir 6.30 petang,agak teruja tengok barisan kiosk makanan dan menu yang di hidangkan.Alhamdulillah tempat makan yang sangat selesa dan tenang.Macam-macam yang ada,dari lauk-pauk,kuih-muih.pencuci mulut,makanan barat semua nampak menyelerakan Cik Sue.Bila dah macam-macam ni rambang mata gak la Cik Sue,nasib baik Mr D tegur jangan ambil nasi dulu.nanti kenyang nak rasa yang lain-lain pulak,haaa berkesan juga tips tu hehehhe.

berbagai kerabu
lauk pauk yang Cik Sue cuba,udang tu sedapnya Ya Alllahhh,sampai hari ni terasa heheh.
Tapi yang best dari sebelum puasa lagi Cik Sue dok teringin nak makan dimsum,akhirnya jumpa kat sini.Alhamdulillah,sedap sangat dengan sosnya pun sedap,dua tiga kali jugak la Cik Sue ulang makan.


Memang selesa betul berbuka sini,agak privacy dan layanan baik dari staf hotel ni,surau yang di sediakan pun sangat selesa.Pilihan kuih-muih memang memikat hati Cik Sue,yang best ada pulak kuih kegemaran "butir nangka".Kelakarnya Mr D ingat betul-betul biji nangka yaang di sira,beria dia tak bagi Cik Sue makan takut angin heheheh,padahal nama je kuih tu "butir nangka" hahahhaa.

butir nangka
Memang puas hati makan dan berbuka kat sini,bagi tekak Cik Sue la,menunnya semua sedap,orang kata memang kena dengan tekak,tak de la terlebih masin ke ,ceroi ke,memang ngam je.Memandangkan Cik Sue tak ambil nasi dapat la rasa banyak sikit lauk-pauk dan menu-menu lain.Menu satu ni Cik Sue perasan dekat nak balik dah,nasib baik Mr D tolong ambilkan.Apa tu? ha kari kepala ikan buat cicah dengan roti canai yang ranggup dan sedap amatttt.Kari kepala ikan tu perghhhh memang rasa nak nyonyot je,tapi segan pulak orang pandang hahahhahaa.

maveles punya kari kepala ikan dengan roti canai ranggup
Jom kita tengok apa lagi menu dan hidangan yang ada jom...













Buffet ramadhan kat sini memang sesuai sangat kalau korang nak bawa klien atau pelanggan ke ,tuk majlis berbuka syarikat ke,bawa kawan-kawan dan keluarga pun sesuai.Tempat makan sangat selesa,kemudahan pun memuaskan.Kalau nak datang dan buat tempahan butiran ada kat bawah ye,memang berbaloi,puas hati makan.


Buffet Ramadhan di Hotel Bangi - Putrajaya boleh dinikmati dengan harga RM90 nett (dewasa) dan RM45 nett (kanak-kanak) dari 6-9 Jun 2016 dan 3-5 Julai 2016.

Manakala RM100 nett (dewasa) dan RM50 nett (kanak-kanak) dari 10 Jun - 2 Julai 2016.

Untuk tempahan, sila hubungi :

Telefon : 03-8210 2222
Emel : fb_reservations@hotelbangi-putrajaya.com


bisik-bisik: 2 3 buffet ramadhan bawa Mr D dia paling puas hati makan kat sini,katanya selesa makanan sedap.

3 singgah dan taip sket..:

Iftar di 9Kedondong bagai di rumah

10:02 PM Sue Izza 8 Comments

Korang pernah tak pi buffet Ramadhan kat rumah orang? Ha tu la Cik Sue alami 2 hari lepas,dapat jemputan iftar di 9kedondong,macam unik je nama kan.Waze jugak jadi pembantu untuk sampai,tapi masa waze tu pelik juga kawasan Ampang Hilir ni perumahan dan kawasan kedutaan,Tan Sri mana lak jemput ni.Tapi tak pe,redah je.Sampai je kami parking depan banglo putih bernombor 9 dengan khemah putih macam kenduri kahwin.Memandangkan sampai pun dah jam 7, rasa cuak di lupakan kejap,jalan je masuk sambil tanya pengawal.Betul dah tempatnya.


Melangkah masuk dah rasa dalam taman dengan laluan ke tempat makan yang cantik,menghijau hiasannya.Rupanya memang buffet Ramadhannya di sini,kalau bukan bulan puasa boleh di sewa untuk event persendirian dan perkahwinan dengan penginapan di banglo sekali.Kalau masuk kat dalam banglo tu,hiasannya alahaiiii rasa nak baring terus kat situ.






Ruang makan ekslusif,hidangan? haa yang ni tak leh di nafikan,memang kena sangat ngan tekak Cik Sue dan Mr D,puas hati sangat.Dari pencuci mulut sampai la lauk pauk kuih muih,memang menepati selera,macam masakan kat rumah.Lauk yang jadi pilihan korang kena cuba siput sedut dan opor ayam,memang rasa sebijik kat kampung tau.Lauk-lauk lain tak kurang juga seperti Asam pedas pelbagai ikan,Telur puyuh sambal,ikan sambal,pendek kata lauk pauknya memang masakan mak-mak la.






Pastinya setiap buffet Ramadhan korang mesti cari Kambing Golek kan? okeh kat sini Cik Sue nasihatkan ambil kambing ni awal-awal kalau tak korang menyesal,banyak-banyak tempat kat sini kambingnya memang sedap,dari sos sampai la dagingnya,lembut sangat,tak kuat bau,perapan pun sedap,3 kali kot Cik Sue ulang amik,pastu dah malu hahhahaha.


Bagi orang pantai timur pulak,korang mesti suka ,ada stall nasi kerabu tumis siap ikan celup tepung dan keropok.Cik Sue yang peminat tegar ni mengakui tumis nasi kerabu dia memang terbaik.Korang kena cuba.Rasa nak mintak hirup semangkuk hehhehehe.




Amacam? ni pinggan nasib kerabu Cik Sue ,boleh amik sendiri ye.Adeh terliur pulak.Bagi yang tak mahu makan nasi,jangan risau stall mee goreng,kuey tiaw goreng,sup-sup semua ada dan di jamin,terbaik.



Okeh,dah habis makan berat-berat,nak borak-borak kan? Korang boleh ambil rojak buah dengan sos rojak yang pekat dan sedap.Macam-macam buah ada,minta je diorang potong kan.Makanan goreng-goreng pun ada,cekodok pisang,ubi goreng cucur udang kuah kacang,alahaiiiii sedapppp.




Ruang solat dan surau,Cik Sue suka sangat,rasa dah kenyang macam kat rumah kan masuk je solat kat dalam ruang tamu banglo tu ,selesanya lahaiiii,rasa nak baring terus dengan perut kekenyangan tu hahahah dah tu,dah macam kat rumah pulak suasananya,dah kenyang kat dapur lepak ruang tamu lak hehehhe.



Cik Sue memang rekemen korang cuba,harga pun berbaloi sangat dengan apa yang di sediakan.Keterangan dalam gambar kat bawah ye.




Ataupun kalau nak cuba,korang boleh hubungi detail di bawah ye,try la tak rugi ajak kawan-kawan satu opis ye:

Alamat :
No. 9, Jalan Kedondong,
Off Jalan Ampang
55000, Kuala Lumpur

Facebook:
9Kedondong

Instagram:
@9Kedondong

Untuk tempahan, boleh hubungi nombor berikut:
Haziq : 017-2250705
Aizat : 016-8868311


HARGA BUFFET RAMADHAN
RM 55 / dewasa
RM 28 / kanak kanak

bisik-bisik: terbaik la 9kedondong,Cik Sue suka tempat macam ni,tenang,damai,berbuka dan solat dengan aman.

8 singgah dan taip sket..: