Aidilfitri 2016/1437H -Kurniaan yang tak terhingga.

10:17 PM Sue Izza 7 Comments

Raya sebulankan? kannnnn? so boleh lagi la update cerita hari raya kan? hahahha...
Alhamdulillah tahun ke 2 beraya sebagai isteri,anak dan menantu....syukur juga tak de masalah gaduh nak balik raya atau masam-masam muka hehehhe,tapi memang tahun ni giliran belah Pahang ye,memang la manis muka hehehhe,tapi tak kisah pun sebenarnya,apa de hal,family juga kan.

Mulanya hampir-hampir kansel plan beraya kat Pahang,sebab kemungkinan Mr D kena standby on call kerja dia,tapi memang rezeki ada  staf yang tinggal berdekatan sanggup nak ganti dan on call,jadi malam raya la baru kami bertolak balik ke Pahang.Syukur jalan sangat lapang tak de jem merangkak-rangkak pun,perjalanan lancar cumaaaaa Mr D pulak mengantuk sebab balik kerja terus gerak,sib baik la Cik Sue sihat dan boleh ambil alih posisi pemandu sementara Mr D rehat.
Alhamdulillah dalam jam 12 lebih selamat sampai rumah ma abah,memang kepenatan,tapi sempat lagi gosok baju raya nak pakai esok hehehe.
with my mum
Pagi-pagi dah bangun,mandi dah siapkan sarapan sebelum bertolak ke masjid untuk solat sunat hari raya,nak ikutkan 2 tahun dah tak pergi solat sunat raya,biasala perempuan kan hehehe,tapi kali ni berpeluang.Kat rumah pun semua dah siap sedia awal-awal lagi.Cik Sue solat kat masjid Kg Aur Gading,Kuala Lipis ,Pahang,masjid yang tersergam masih sama dari Cik Sue lahir lagi.Dengar takbir dari corok pembesar suara terus hati di paut rasa rindu kat Atuk atau kami panggil Ayoh yang selalu ambil bahagian takbair di pagi raya.Sayu pulak rasa.
Selesai solat dan tahlil,kawasan masjid memang meriah dengan kanak-kanak yang mula beratur sebab ada dermawan yang akan bagi duit raya setiap tahun,memang meriah.Asalkan namanya kanak-kanak semua beratur ,kalau yang tua pun beratur memang kena gelak la hehehhe.
cepat-cepat beratur duit raya
Selesai urusan kat masjid kami balik terus ke rumah,tahun ni tak ke kubur atuk sebab abah tak larat nak jalan masuk ke kawasan perkuburan,kereta tak boleh masuk sampai dalam,ma pun tak bagi Cik Sue pergi takut tersadung akar pokok,kena jaga la kan,bukan sorang dah,bawa "orang lain" juga ehhehe.
Balik rumah selesai bersalaman bermaafan apa lagi isi perut la sambil layan saudara mara,aktiviti biasa rumah ma akan jadi port berkumpul sanak saudara,mak cik pakcik,sepupu sepapat kami,sesi bergambar.Pastu baru la berjalan raya ke rumah saudara-mara berdekatan.





Gambar atas ni masa pi rumah keluarga abg ipar kat Bukit Betong,tertarik rumah kayu lama,suruh adik turun dan amik gambar kami dari bawah heheheh,memang klasik je rasa,dengan nak masuk rumah kena kejar ngan kambingnya hahahha.Kambing tu ada tanduk tau hahaha jenuh nak lari.Tahun ni rajin sikit Cik Sue amik gambar sebab berjalan je,petang baru lepak rumah layan tetamu pulak.

posing depan rumah,baju raya recycle hehehhe.
layan anak-anak buah dan adik
Tapiiiiiii yang tak bestnya malam tu tak de letrik pulak kat rumah abah,haiyoooo dengan panasnya,siap tido tingkap,pintu sliding ternganga lagi tapiii masuk jam 3 pagi semua menggerekot kesejukan hahahha,konpem la rumah dalam hutan,malam memang sejuk semulajadi la,sib baik nyamuk tak banyak sangat,seronok jugak sesekali dengan lilin dan pelita boleh luangkan masa berkualiti berbual dengan ahli keluarga.


Raya kedua ,Cik Sue tak melawa,nak gosok baju tak boleh heheheh letrik takde so ngan tshirt tracksuit je kat dapur,kuar bandar kejap beli bahan nak buat laksa penang,petangnya pi raya jap rumah kawan ma buat open house nasi beriani gam oiiiii,banyak plak mak buyung makan hehehhe,sedappppp maskaan dia,mau taknya tokey katering tu,Mr D plak tak daya nak berjalan raya dah terbungkang tido kat rumah hehehhee.

Raya ketiga dah nak balik Sungai Buloh pulak,giliran belah mertua la pulakkan.Sebab tu Cik Sue kata dapat je raya dua-dua bukan jauh pun 4 jam je kalau tak jam,Insya Allah.Kakak ,adik pak cik mak cik pun dah mula balik belah mertua masing-masing dan ada yang dah mula kerja pun.

bergambar dulu mana ada sebelum balik
persalinan hijau,berjaya racun Mr D beli kurta hehehehe
Dalam perjalanan balik sempat singgah beraya di Sg Ruan ,Raub yang terkenal dengan kebun durian tu,Alhamdulillah hilang mengidam laki bini dapat durian kampung pak cik hidangkan.Dari bulan puasa lagi dok meroyan cari durian kampung kat area bangi ,akhirnya sini juga jodoh,Fuhhhhh habis gak 8 biji tapi kecik-kecik je besar-besar dua tapak tangan je,tapi isi ya ampunnnnn sedapnya,puas hati,tolak tepi terus kuih raya bagai hahahhaha.


Perjalanan di teruskan,nak keluar lebuhraya je tengok kereta bersusun dah sesak,haiyoooo patah balik terus ikut jalan kampung melalui jalan lama ke tol gombak,lalu Kg Janda Baik,Kg Bukit Tinggi dan laluan belakang RNR Genting Sempah,sampai situ baru naik lebuhraya dah lancar sikit,Alhamdulillah jam 11 malam selamat sampai di Sg Buloh.

Raya ke 4 raya di teruskan belah mertua pulak,bawa mak ngan bapak ronda Kg Kuang sampai Sungai Serai membawa ke Paya Jaras berziarah raya rumah saudara mara,time ni la nak kenal yang jarang-jarang nampak muka kan,Cik Sue seronok je,makan macam-macam,Mr D juga la mengeluh raya sakan kataya mau tak dari jam 11 pagi sampai 11 malam baru sampai rumah hahahhaa lembik driver.

persalinan pepel lak,recycle je

rumah wak rais tokey pecal hehehhe
rumah family mertua
Raya ke 5 pulak,berjalan rumah mak saudara Mr D di Saujana Utama,Rawang sambil ziarah dia yang tak sihat,ziarah baby baru sekali,anak sepupu,comeyyy sangat.Pastu terus ke rumah abang ipar,biras kita buatkan Laksa Sarawak special orginal resepi ,dia orang Miri,memang terbaik la,3 kali Cik Sue tambah,puas  hati selama ni makan kat kedai tak cukup hehehhehe.

bersama biras2 ku

ngan anak buah ain comeyyyy hehehhee
Alhamdulillahhhh selesai berhari raya dengan dua keluarga,malamnya dah balik rumah sendiri esoknya Mr D dah kena kerja huhuuuu.Cik Sue pulak menyelesaikan segala kain baju kotor dan mengemas rumah yang di tinggalkan.

Alhamdulillahhhhh syukur sangat kepada Nya atas kurniaan kesihatan yang baik tak de mabuk-mabuk dah boleh makan apa saja.Bagus baby ibu tau heheheh.Dapat pulak beraya sepuas hati dengan dua-dua keluarga,nikmat mana lagi yang Cik Sue nak dustakan?

Itu lah cerita raya saya,penuh dengan kasih sayang dan kegembiraan ,rezeki yang melimpah ruah,rasa terlalu banyak dah nikmat Allah beri,semoga ianya berkekalan dalam silaturrahim yang di bina.





7 singgah dan taip sket..:

Sarapan mudah dengan TC BOY

8:30 AM Sue Izza 3 Comments

Assalamualaikummmm,selamat pagi semuaaa,ecehhh ceria semacam je Cik Sue kan? mesti la,jangan tension-tension,berkedut muka nanti hehhehe.Dah sarapan ke? sarapan apa korang pagi ni? Cik Sue buat sarapan mudah-mudah je sebab ada open house hari ni,makan ringan-ringan je la.

Kebetulan ada stok Tuna TC Boy dalam kabinet,apa lagi jadi l sarapan mudah Cik Sue.Antara stok yang Cik Sue ada kat bawah ni ha,ha memang suka buat stok benda gini,senang kalau nak makan simple-simple.makan nga roti biasa pun boleh. 


Menu 1 : Tuna Cili Api Wrap

Cik Sue gunakan tuna bersama cili api,tapi jangan risau tak de la pedas berapi pun.Ada la rasa pedasnya.Cik Sue guna Paratha Wrap jenama Kawan je,tambahkan hirisan salad dan tomato,sedikit lada sulah,balutkan bersama tuna tadi,siap! Mudahkan.




Menu 2 : Sandwich Tuna Delite TC Boy

Yang ini pula Cik Sue guna tuna TC Boy Sandwich Delite bersama mayonis,sedap rasa dia lemak-lemak masin.Cik Sue guna roti gardena putih,sapukan dengan sos cili,lapiskan dengan salad dan tuna Tc Boy tadi.siap! 



Mudahkan,korang pun boleh buat,bukan saja tuk sarapan,sebagai snack pun boleh,masa tengok tv ke,kawan-kawan datang ke,cepat dan mudah.Stok TC Boy pun banyak kat mana-mana pasaraya,mudah di perolehi.


3 singgah dan taip sket..:

Jatuh hati dengan Velvet Radiance Serum

11:56 PM Sue Izza 6 Comments

Hai semuaaaaa....masih mood raya lagi ke? harus la kan,raya sebulan kan? ha pergi beraya tu terutama cik kak-cik kak,cik adik manis mesti berhias ,bersolek cantik kan.Dan seharusnya la menjaga kulit wajah untuk nampak berseri di Hari Raya kan? Meh Cik Sue nak kongsi serum terbaru yang Cik Sue pakai sekarang,puas hati sangat! 


Haaaa ni la dia Velvet Radiance Serum yang Cik Sue pakai sekarang,suka sangat.Kulit muka Cik Sue yang mudah sangat tumbuh jerawat-jerawat halus ni memang sensitif sikit tuk pakai sembarangan produk,tapi dengan serum ni memang selesa dan bestlah.Cik Sue ni bukan la rajin sangat bersolek bagai kalau bukan majlis-majlis tertentu atau di perlukan,kekadang keluar hanya pakai bedak kompek dengan pelembap bibir je.Tapiiii penjagaan kulit wajah tu kena la titik beratkan juga kan,jenuh oiii kalau jerawat naik,dah la tangan tak reti dok diam,jenuh berparut hitam sana-sini.

Alhamdulillah sejak cuba serum ni dalam 2 minggu lebih dah parut jerawat yang tangan gatal Cik Sue dok picit-picit ,dok tekan-tekan tu dah pudar,sukanyaaaaa.Serum ni kan dah la wangi,tak melekit kat kulit muka pun.Apa sebenarnya fungsi serum ni? antaranya ialah :

1. Toner (Penyegar)-pakai lepas cuci muka masa nak tidur fuhhhh sedappp je kat kulit muka.
2. Serum kulit
3. Moisturuser (Pelembap) -pelembapkan kulit tapi tidak berminyak.
4. Sunblock- sebagai pelindung kulit dari matahari juga,mudahkan tak yah sapun sunblock lain dah.

Amacam,mudahkan 4 dalam 1,beli 1 botol dah ada 4 fungsi yang memang menjaga dan merawat kulit wajah kita,Serum ni memulihkan memperbaharui dan mengembalikan kesihatan kulit wajah.

Cara penggunaan:



Selepas cuci muka,picitkan setitik dua serum ke tapak tangan dan gosok dengan lembut ke seluruh wajah serta leher,mudah je.Boleh di amalkan pagi atau malam,atau pun bila-bila masa yang di rasakan perlu.Serum ni waterbased tau,jadi memang terus meresap,tak perlu pakai banyak pun,dah la senang nak bawa ke mana saja,masuk je dalam beg.Oh ya,lelaki pun boleh pakai ok.



Kandungan Dalam Velvet Radiance Serum :

1.Vitamin C
2. Apple stem cell
3. Ekstrak teh hijau
4. Likuoris ( Akar manis )
5. Lemon
6. Kolagen ikan salmon
7. Natrium PCA
8. Panthenol

Urmmmm patutla wangi serum ni ada lemon rupanya,segar je bau dia.Ada kolagen pulak,memang terbaik la untuk kulit kan?.

Keistimewaan Velvet Radiance Serum :

1. Sebagai sunblock 50 SPF
2. Membuat struktur kulit lebih anjal.
3. Melembabkan kulit wajah.
4 Menyamarkan kedutan pada wajah hingga leher.
5. Mencegah penuaan.
6. Menghaluskan serta mencerahkan warna kulit.
7. Memberikan sensasi kulit bersinar yg lebih cerah.
8. Menutrisikan kulit.
9. Mencegah pengaruh buruk polusi udara dan sinar matahari.

Ha,bestkan,suka serum ni dan memang Cik Sue akan guna terus la,lagipun ini produk tempatan dan Halal ye,di perakui.2 minggu lebih pakai memang terasa perbezaan kulit muka,rasa lebih tegang dan parut-parut mula pudar.Warna kulit pun nampak lebih sekata.

nampak tak bawah dagu tu ada parut hitam-hitam nampak lebam kan
ni sebelum pakai serum Velvet ni

terbaru,nampak lebih sekata kulit wajah dan parut pun dah pudar yeayyyyy
ni gambar selepas 2 minggu pakai serum ni.




Korang nak try tak? Sempena raya ni ada harga promosi RM100 je ,kalau harga biasa RM150 tau,ha jimat dah rm50 tu.Jom cepat order.

Velvet Radiance Serum 30ml




Nak order ke,nak tanya apa-apa, korang boleh klik link di bawah ni ye :

Hotline : 019 – 216 6962

Makin rajin dok belek muka sekarang,teruja tengok muka dah bersih hehehehe...

6 singgah dan taip sket..:

Surprise Besday dan Anniversary 2016

2:41 PM Sue Izza 7 Comments

Cerita bulan puasa hari tapi nak up jugak sebagai kenangan dan penghargaan kawan-kawan yang bersusah datang umah Cik Sue ni buat surprise huhuuu.Alhamdulillah Jun lepas Cik Sue dan Mr D genap setahun harungi hidup sebagai suami isteri susah senang kami hadap sama-sama.Alhamdulillah walau ada pahitnya berkat doa ibu bapa,keluarga dan kawan-kawan ,kami berjaya harungi.Orang kata tahun awal ni la banyak cabaran sebab nak sesuai kan diri dari segi mental dan fizikal kan? nak aturkan hidup kewangan kekeluargaan,nak sesuaikan diri terima keluarga baru,persekitaran baru.Alhamdulillahhhhh syukur yang teramat sangat semuanya berjalan lancar untuk tahun pertama.


2 hari selepas besday,geng Putrajaya pm nak datang berbuka kat rumah,suh masak biasa-biasa je katanya,alamakkkk terkejut gak Cik Sue,nak masak apa ni??? terus bukak peti ais tengok apa yang ada,semua pun bahan-bahan menu biasa-biasa je.Dekat pukul 3 petang baru diorang konpem nak datang.Cepat-cepat masuk dapur tapi masak pun ringkas-ringkas je.






Sekali abe Que Achmad satu family orang pertama sampai,wahhhh terharunya siap bawak brownies Anniversary,sebak plak huhuuuu,dengan Ean hensem yang semakin bijak dan buat Cik Sue melting je hehehhehe...Dan kemudian yang lain-lain sampai,kebetulan Mr D pulak ada kerja balik lambat,ada la teman Cik Sue berbuka.Antara menu kami,masak lemak putih sayur,ikan goreng garing,sambal hitam belimbing,budu dan ulam petai dan nangka muda celur,ayam goreng kunyit,serta sambal sardin request by Uzu.Alhamdulillahhhhh,tetamu itu satu rahmat,meriah umah Cik Sue.






Dah selesai semua lepak-lepak minum teh o panas sementara tunggu Mr D balik,masing-masing kekenyangan dah macam ular sawa heheheh.


Terima kasih korang datang dengan buah tangan macam-macam,lepak-lepak borak-borak macam ni,nanti raya datang lagi eh,kita makan-makan borak-borak,TQ juga surprise tuk besday and anniversary kami,dengan doa-doa kalian,Insya Allah semoga kita terus bersahabat.

bisik-biisik:
Ya Allah ,peliharalah hubungan kami,semoga baik-baik sahaja,peliharalah rumahtanggaku dari mata-mata syaitan,sesungguhnya aku bersyukur atas kurniaan Mu,Insya Allah tahun depan bertiga dah,syukurrrrrr Ya Allah atas kurnian dan rezeki dariMu.Peliharalah kami dalam rahmatMu.
Terima kasih 

7 singgah dan taip sket..:

Bila Suami Mula Menegur

9:30 AM Sue Izza 14 Comments

Sebenarnya dah hampir 2 bulan lebih Cik Sue tak pakai apa-apa produk kecantikan kulit di muka ni.Sejak tak sihat,jadi tak de mood dan malas nak pedulikan keadaan kulit muka,banyak masa di habiskan di rumah dan jarang bersosial lagi la buatkan Cik Sue malas nak bersiap dan melawa huhuuuu.Tapiiiiii awal Ramadhan baru ni Mr D dah menegur,napa muka nampak kusam,lesuuu je ni,walau tak de jerawat pun.Masalah kulit muka Cik Sue ni memang nampak parut-parut lama dan mudah nampak lesu kalau tak di pedulikan.En suami tegur oiiii ,sentap sekejap,sebelum apa-apa berlaku (hahahhaha) lebih baik ambil tindakan segera.

Cik Sue ni jenis malas sikit nak mencari produk-produk yang mana sesuai,ikut hati ku sental bedak sejuk je,tapi kang kulit tak cukup vitamin la pulak,kang kering la pulak.Syukur la Cik Sue ni ada kawan yang rajin dan banyak tahu pasal produk-produk kosmetik ni,sapa lagi kalau bukan Cik Sepet  tu hehehehe,dia la rajin menjawab soalan Cik Sue pasal kulit-kulit ni,tengok orang la kan,cantik tuuuuu…

Akhirnya dia cadangkan Cik Sue pakai produk Nano White ni,katanya elok dan sesuai untuk kulit Cik Sue.Cik Sue ambil set Nano White yang mengandungi pencuci,pelembap dan krim pencerah.Cik Sue suka produk ni sebab dia tak menggelupaskan kulit,dan tak hilangkan pelembap semulajadi kulit muka kita,penting tu tau.Eh jom tengok produknya.



Dalam 1 set ni ada 3 ,jom Cik Sue tunjukkan macam mana Cik Sue guna :

Nano White Awakening Snow Wash-RM16.80

Nama pun Snow wash,memang sejuk je rasa pakai masa mencuci muka,sambil membersih pencuci ni melembap dan tak menanggalkan lapisan perlindungan kulit muka kita tau.Rasa segar sangat lepas pakai,Cik Sue baca kat bekas tiub tu katanya ada Omega White-C pastu siap ada HALAL MALAYSIA lagi ,haaaa memang tak was-was nak pakai.



Nano White Moisturising Lotion-RM29.90

Krim pelembap yang Cik Sue rasa nak pakai banyak-banyak je sekaligus,sebabbbb wangiiiii,segar sangat kulit lepas mandi cuci muka dan pakai pelembap ni.Dah la cepat menyerap dan tak berminyak,sapu-sapu sampai leher wahhhhh segar je.Suka sangat bukan setakat menyegarkan malah dia akan pudarkan parut-parut jerawat Cik Sue,I likeeeeeee.Sapu dan tap-tap je kat kulit wajah dan leher mudah,tak minyak ,cepat kering dan menyerap,mudah je.




Double Action Whitening Gel Cream –RM 39.90

Mengandungi ,concentrated essence,vitamin C dan E memang sesuai sangat la nak bagi kulit wajah Cik Sue bersinar cerah ke tahap maksimum gitu hehehhe,malah mengelakkan pengoksidaan dan menganjalkan kulit wajah berpanjangan.Cik Sue juga suka krim ni mudah serap dan tak melekit,lembuttt je kat muka.




Apa yang Cik Sue suka pasal set produk ni :

-tak berminyak

-tak mengikis kuit muka

-bahan yang menjaga pelembap dan pelindung semulajadi muka.

-wangi hehehhee

-murah dan semestinya HALAL.


Semoga produk ni mampu buatkan Cik Sue berwajah ceria,segar dan lebih cerah di hari raya ni kan,nak jalan-jalan raya takkan dengan muka berjerawatkan?,cewahhh dan menghentikan teguran Mr D tu huhuuu.Terima kasih banyak la Cik Sepet sarankan Cik Sue pakai produk ni,setakat Cik Sue pakai memang best dan rasa segar je kulit wajah,dan Cik Sue masih gunakan lagi ,nanti Cik Sue update bila dah habis satu set ni ye,kita tengok perubahan sebelum dan selepas.Cik Sue update tambahan kat entry ni nanti ye.Tungguuuuu.

Nak try? Eh lupa nak bagitahu korang boleh beli produk ni kat mana-mana farmasi macam guardian,kedai kosmetik atau kat hypermarket pun ada,korang usha je.

Oh ya sempena hari raya ni ada peraduan yang di anjurkan Guardian untuk pembeli Nanowhite tau.Senang je nak sertai,jom Cik Sue terangkan caranya ye :

1. Beli produk Nanowhite bernilai RM20 dan ke atas

2. Selfie dengan produk tu

3. Post gambar tu kat post pertandingan dengan caption “My Nanowhite Brightening Secret” dan share di profile sendiri

Mudahkan,hadiah pun lumayan tau.Hadiah utamanya sepasang jam Daniel Wellington ,oh ya pemenang di piih berdasarkan gambar paling kreatif serta bukti pembelian,jadi sila simpan resit ye,jangan buang kang tak boleh tuntut hadiah lak.

Atau pun korang klik je link di SINI ye

bisik-bisik: Sapa yang tak nak cantikkan terutama musim-musim raya ni,semua nak pasang badan,nak jumpa sedara-mara,yang bujang-bujang tu nak jumpa buah hati hehehhe,Cik Sue ni tak mau la nampak pucat lesi cam mayat lak nanti walau masih tak berapa sihat,kang segan pulak En Suami nak bawa jalan-jalan raya hehehhe.

14 singgah dan taip sket..: