Rakaman Takbir Raya Aidiladha 2016 di IDCC

5:46 PM Sue Izza 3 Comments

Hari Raya Aidil Adha dalam seminggu dua lagi akan menjelang,orang pantai timur selalunya memang meriah kalau raja haji ni,walau cuti sekejap je sanggup mohon cuti nak balik kampung.Cik Sue pulak beraya kat sini je,Mr D kena kerja sebab raya puasa hari tu dah cuti panjang.

Sabtu lepas Cik Sue di jemput menyaksikan rakaman takbir raya untuk siaran TV Hijrah pada hari raya haji nanti yag di jalankan oleh Noraniza Idris Ventures Sdn Bhd dengan kerjasama Persatuan Belia Kota Gagasan dan IDCC Shah Alam.Rakaman di jalankan seawal 9 pagi dengan pendaftaran hampir 60 artis rock lama dan popular masa kini.First time tengok artis otai lama-lama ramai gini berhimpun ada yang Cik Sue tak kenal pun hhehehe,tapi diorang baik je merendah diri siap tegur-tegur berborak lagi.

Antara yang hadir adalah Aris Ariwatan,Mel Wings,Rozz Bloodshed,Afee Utopia,Amenk Ababil,Ezam EYE,Nash,Saleem dan ramai lagi artis rock lama.Dan artis masa kini yang hadir adalah Waris,Aweera,Fee Haiqal,Firman,Fadzlee Sufi dan ramai lagi.Walaupun sibuk dengan jadual masing-masing mereka sudi menghadirkan diri untuk rakaman takbir raya ini sebagai tanggungjawab sosial mereka kepada program Islamic.Syabas untuk mereka.



Bukan senang rupanya nak buat rakaman tv ni walaupun tayangan hanya 5-10 minit tapi berjam juga proses rakamannya,dengan teknikal lagi nak kena setting,alatan dan artis sendiri nak kena tepat dengan bunyi dan kamera,fuhhhhh kalau kurang sabar memang susah,respek Cik Sue dengan krew mereka,ye la 60 artis di kumpulkan bukan sikit-sikit nak urus.




Program rakaman ini di terbitkan oleh Noraniza Idris di bawah syarikat beliau Noraniza Idris Ventures Sdn Bhd yang mana beliau mengharapkan ini adalah usaha murni sebagai nilai murni dan dakwah beliau dalam beralih ke arah program Islamik secara perlahan-lahan.Dan beliau juga akan terus bergerak dalam bidang seni belakang tabir sahaja kelak.Kak Ani juga sangat bersyukur kerana program ini mendapat kerjasama dari semua pihak.Beliau juga sekarang sibuk membuat persedian Siri Jelajah Malaysia untuk tahun keempat bermula September ini untuk membimbing artis pelapis dalam memartabatkan seni dan budaya sesuai dengan gelaran Ratu Irama Malaysia untuk Kak Ani kan.


Cik Sue memang dari dulu minat Kak Ani ni dari zaman dia menyanyi lagu balada lagi,bertambah suka bila dia bawa lagu-lagu Irama Malaysia memang kena sangat.Ingat lagi dulu-dulu kalau Juara Lagu kat TV3 tu sanggup tunggu nak tengok persembahan dia je.Kali ni jumpa berdepan suka tengok cara dia bercakap,lembut sangat,tak sombong,sopan dan ramah menegur walau siapa pun.Cik Sue doakan semoga hajat Kak Ani nak menunaikan rukun Islam kelima tercapai nanti,Aminnnn.


IDCC Shah Alam Pusat Konvensyen serba lengkap.

Kali pertama sebenarnya Cik Sue masuk ke sini,selalu nampak dari tepi jalan je.Terletak di Seksyen 15,Shah Alam,di belakang Dataran Automobil.Ia adalah bangunan 7 tingkat yang mempunyai macam-macam kemudahan kat dalamnya.IDCC ni dah masuk "Malaysian Book Of Records" tahun 2015 tau sebagai Pusat Konvensyen  terbesar di Malaysia.

Dewannya mampu menampung 8 ribu ke 10 ribu orang dalam satu masa untuk jamuan buffet atau susunan kerusi khas bagi persembahan atau seminar.Memamng sangat sesuai tuk yang melangsungkan majlis perkahwinan,seminar jamuan korporat dan aktiviti persatuan atau pameran.Dewan besarnya boleh di bahagikan kepada ruangan kecil mengikut keperluan.Satu ciri yang Cik Sue sangat suka,kemudahan tempat letak kereta sebanyak 6 tingkat memang memudahkan pengunjung,sangat mencukup untk kegunaan semua.

Jika ada yang berminat bolehlah hubungi :

www.idcc.com.my
Email enquiry@idcc.com.my
Tel 03-50313333

bisik-bisik:
Tak sabar nak tengok hasil rakaman ni kat tv nanti hehehhe.

3 singgah dan taip sket..:

Pengalaman Trimester Pertama : Anugerah Terindah

10:09 PM Sue Izza 12 Comments


Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Hanya itu yang bermain di minda dan mulut Cik Sue saat pertama tahu berita gembira ni,Syukur tak terhingga pada yang Esa atas rezeki yang satu ini.Cik Sue dan Mr D tak merancang apa-apa pun dan dua-dua belah keluarga pun tak berbunyi apa-apa lagi sebab rasanya masih di awal fasa perkahwinan.

Bulan April dapat tahu,belum ulang tahun pertama perkahwinan pun,kami sendiri pun terkejut dan tak sangka,sebab meamng tak terfikir.Masing-masing sibuk dengan kerja la,kenduri la.Kebetulan Cik Sue pun tengah serabut dengan masalah kerja akhir Mac tu yang membawa kepada perletakan jawatan Cik Sue awal April.Elok berhenti kesihatan memang teruk sampai tahap kena drip kat wad,dengan kencing kotornya,dengan sakit tulang belakangnya,memang sangat-sangat tak sihat.Yang best masa tu tak terfikir pun nak buat "pregnancy test" sendiri atau kat klinik sebab dok tumpu sakit tulang belakang kesan-kesan eksiden motor la,jatuh la.

Siap sempat lagi pergi mengurut dengan mak cik kat Banting tapi bukan urut perut la,suruh gak dia rasa-rasa sebab dia bidan,katanya tak de lak rasa nadi,cuma dia sarankan suruh pergi check kebetulan period pun dah lambat seminggu.Cik Sue bab period memang peka sebab dari bujang lagi memang kira dan catatkan dan selalunya beza 1 atau 2 hari  je.Dah lewat time ni hanya terfikir stress masalah kerja.Balik mengurut Cik Sue terus demam,sampai tak boleh nak angkat kepala di buatnya.Akhirnya atas saranan kawan-kawan sempat pi cari pregnancy test kit dan Alhamdulillahhhhhh positive.Kelakarnya buat test,pastu tinggal kat tepi sink lepas sejam baru teringat nak tengok hahahhaha......dapat bacaan terus call Mr D kat opis,then dua-dua terdiam,Cik Sue dah biat drama dah berlinang air mata hahahha drama queen sangat,ntah la tiba-tiba rasa sayu dan rasa besarnya kuasa Allah hinggakan ada nyawa dalam perut,ohhhhh saya bakal jadi ibu (Insya Allahhhhh) sesuatu yang di impikan semua wanita atas dunia ni pastimya.Gelaran yang sangat bermakna.

Sebelum ni selalu berdoa dengan Mr D semoga Allah berikan kami rezeki zuriat di saat kami bersedia,Insya Allah masanya dah tiba,Allah tahu masa yang tepat walau kita rasa belum,tak awal dan tak lambat,Allah lebih tahu apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu.Kami terima dengan jutaan syukur.Mr D balik dan kami ke klinik tuk chekup dengan doktor,dan bacaannya tetap positive,Syukurrrrrr.




Trimester pertama Cik Sue lalui memang menduga kesabaran.Mungkin menurun dari ma yang memang teruk morning sickness setiap kali hamil.Sampai Mr D dah tak tahu nak buat apa,terima kasih sayang kerana sangat sabar.Waktu tu tak de lagi mengidam apa sebab lembik selembiknya huhuuu.Hanya terbaring di katil,makanan masuk pasti keluar balik,badan kejang tak yah cerita la,setiap malam nangis,huhuuuu.Alhamdulillah masuk 4 bulan kandungan morning sickness pun kurang,kalau ikut ma sampai 6 bulan pun lembik lagi.Memang bersyukur sangat sebab kesian Mr D tak terurus nak uruskan bini dia,dengan rumah tunggang langgang makan pakai memang ke laut huhuuu.

12 minggu kandungan baru kami buat buku merah,jenuh kena bebel ngan doktor klinik kesihatan hehehe dengan Mr  D kena marah kenapa tak datang awal.Mana la kitaorang tau sebab tanya-tanya orang 12 weeks baru pegi buat,tak pe la nama pun first time kan.Berakhir fasa morning sickness,Cik Sue dah beransur sihat dan berselera makan,masa ni tak ramai lagi yang tahu sebab kata Mr D jangan galak atau gembira sangat,ujian Allah kekadang pelbagai cara,kang suka-suka jadi duka pulak,yang penting jaga kesihatan dulu.

Habis trimester pertama tak de la pulak nak mengidam apa-apa yang pelik atau susah-susah ,sekadar terasa nak makan benda biasa-biasa makan je la,macam tom yam,domino pizza,masakan ma itu  je la.
Terima kasih semua kawan-kawan yang mendoakan dan banyak memberi nasihat,Cik Sue memang tak tahu apa la,sampai naik jemu ma menjawab sikit-sikit call tanya macam-macam hehehhe.

Doakan Cik Sue dan baby sihat-sihat dan di permudahkan urusan bersalin nanti ye,berdebar juga sebenarnya,sebab sekarang dah 27 weeks saat entry ni di tulis.Baby pun dah rasa gerak.Ok lah doakan yang baik-baik ye,Insya Allah semoga kita semua murah rezeki yang mana bukan zuriat sahaja rezeki dalam hidup ni tau,banyak lagi nikmat Allah yang patut kita syukuri.

Okeylah nanti Cik Sue sambung cerita trimester kedua pulak ye.









12 singgah dan taip sket..:

Resepi Sagumpal Inti Kacang Hijau

2:34 AM Sue Izza 10 Comments



Sejak akhir-akhir ni,selera asyik nak makan desert atau makanan manis pulak.Nak beli kang terover manis sangkut lagi bila checkup,jadi mari la kita bereksperimen sendiri resepi yang ada,hehehhe.
Mula-mula nak buat sagu gula melaka tapi dah biasa makan,teringat dulu kecik-kecik bulan puasa ma selalu buat yang bulat-bulat ada inti kacang hijau namanya sagumpal.Payah dah nak jumpa sekarang sebab buatnya renyah sikit.tapi sedap.

Jom Cik Sue kongsikan resepi dan cara nak buat ye,kot korang rajin boleh la cuba buat.Ni pun Cik Sue google dan tanya-tanya ma macam mana nak buat.Cik Sue sesuaikan dengan selera sendiri je ni.

Resepi Kuih Sagumpal Inti Kacang Hijau

Bahan Sagu :
250 gm sagu kecil-cuci dan toskan (nak pakai yang putih boleh yang warna pun ok)
1 cawan air panas

Bahan Inti Kacang Hijau
250 gm kacang hijau
100gm gula melaka di hiris halus
50 gm gula pasir
600 ml air
1 sudu besar tepung gandum

Bahan Kuah 
800ml santan
150gm gula pasir-boleh kurangkan kalau tak suka manis
2 helai daiun pandan simpulkan
1 ulas bawang merah mayang halus
1 sudu kecil halba
1cm halia hiris 
secubit garam

Cara memasak :
Inti Kacang :
-rendam kacang 2 jam,masakkan bersama air hingga kembang,biar sampai airnya kering tapi jangan hangus pulak tau.
-Masukkan gula melaka dan gula pasir,kacau rata,rasa ikut kesesuaian tekak anda ye,kalau kurang manis tambah la gula.
-Taburkan tepung gandum untuk pekatkan,masak hingga kering,biarkan sejuk dan bulat-bulatkan ,biarkan di tepi.

Sementara tu cuci sagu dan toskan 1/2 jam

-Masak kuah dahulu,masak santan dengan gula pasir bawang merah ,halia,halba dan daun pandan.
-Perasakan dengan garam,biarkan mendidih dengan api perahan.

Bebola Sagu
-Ambil sagu yang di tos tadi masukkan air panas sikit-sikit sampai boleh kepal dan di bulat-buatkan.
-Sambil tu panaskan air kosong daam periuk untuk merebus.
-Ambil sagu sebesar bola pingpong atau ikut saiz yang korang suka,leperkan dan letak inti kacag kat tengah,bulat-bulatkan sampai lindung intinya,jangan terkeluar inti tau nanti pecah lak dalam kuah,tak cantik nanti hehehhe.
-Nak senang pakai sarung tangan plastik masa kepal-kepalkan sagu tu,baru tak melekat kat tangan.
-Dah mendidih air dalam periuk tadi masukkan bebola sagu tu,biarkan masak seketika (nampak jernih .tak nampak dah putih-putih biji sagu tu) angkat dengan senduk lubang-lubang masukkan terus dalam kuah.ulang sampai habis sagu tadi.

-Biarkan bebola dan kuah mendidih sekejap,boleh tutup api dapur,sejukkan ,masukkan dalam peti ais pun sedap,panas-panas ni kan.


Agak renyah cara memasaknya tapi puas hati la makan,sedap je bagi Cik Sue la.Dan Cik Sue tak buat manis sangat,sedang-sedang je.Mr D pun first time makan ,sedap katanya (dia tu semua benda sedap hahahahhah)

Selamat mencuba.





10 singgah dan taip sket..:

Nine Chefs : Hidangan Melayu di IOI Mall,Putrajaya.

2:00 PM Sue Izza 8 Comments

Hai korang.makan tengahari kat mana hari ni? Yang pejabat area Putrajaya,Bangi,Sepang ,Kajang dan sekitar tu meh Cik Sue cadangkan datang makan tengahari atau minum petang kat sini,mana? IOI Mall je,dekat je.Selalu kalau lepak mall ni banyak restoran atau kedai makan menu barat atau menu campur-campur kan? Tapi jangan risau ni NINE CHEFS ni menghidangkan menu masakan melayu yang memang menepati selera tekak melayu kita.

Menu yang di hidangkan pulak bukan sekadar nasi dan lauk-pauk untuk makanan tengahari malah kuih-muih,mee,roti canai untuk minum petang pun ada.Jadi tak perlu risau kalau datang lepas waktu makan tengahari pun,masih ada menu yang sesuai dan enak untk di cuba.Macam kami la hari tu,datang nak cari barang dan lepak,sorang nak nasi,sorang nak makan ringan-ringan,haaa tengok menu ,order je la mana yang tekak nak kan hihihi.


Restoran ni mengadap ai pancut di bahagian hadapan IOI Mall ni,korang kena keluar ke bahagian outdoor,ada deretan rsetoran dan kedai makan.Korang boleh memilih tempat duduk di ruang terbuka atau lebih privacy di dalam,mana-mana pun boleh.



Ni pulak bahagian dalam,selesa sangat,kemas tak sarat dengan deko sangat tapi masih nampak cantik dan selesa.kalau nak buat meeting atau meraikan pelanggan syarikat pun sesuai.Jom tengok apa kami order masa tu eh,jangan terliur plak heehehe.

MANGO MILKSHAKE RM12.90
FRIZZY RIBENA LYCHEE RM13.90

VANILLA AND BANANA MILKSHAKE RM12.90
NINECHEFS COFFEE MILKSHAKE RM12.90
OREO COOKIE MIKSHAKE RM12.90
Amacam? tu baru minuman tu  ,hehehe tapi serius Cik Sue bagitau rasa dia memang sedap,puas hati dan berbaloi dengan harga,gelas pun sederhana besar bukan kecil ye.Jom tengok hidangan makanan kami pula.

NASI MINYAK WITH LAMB SHANK MASALA RM45.90
Okey,hidangan utama yang kami cuba,subhanallahhh memang sedap sangat lamb shank dia,dengan daging yang lembut,terasa rempahnya,nasi tu makan dia saja pun dah sedap kalau dengan lauknya alahaiiii,ikut tamak haloba ni memang tak nak kongsi tapiiiii besorrrr ,memang takkan habis makan sorang,ini pun kongsi berlima tau,saiz hidangannya besar berbaloi dengan harga,puas hati.Oh ya,nasi putih pun ada kalau korang nak order asing.

STIR FRY KANGKUNG WITH BELACAN RM 16.90

Sayur yang di goreng tak terlebh masak,ranggup,memang nampak batang kat atas hidangan sebab yang berdaunnya kat bawah heheheh,Cik Sue suka sebab rangup je,dan rasa perencahnya tak terlalu masin.

SEAFOOD TOMYAM SOUP RM23.90
Rasa tomyam yang sangat nostalgia,pehhh drama la Cik Sue ni hehehhe,korang wajib cuba memang tak menyesal,asli rasa tomyam dengan seafood yang segar terasa manis lagi isinya,ni pun saiz hidangan yang cukup tuk 3-4 orang,yup nanti nak repeat makan ni lagi ajak Mr D pula hehhehe.

FRIED SALT EGG SQUID RM28.90
Huwaaaa tetiba teringan lak sotong telur masin ni,berkrim sangat sos dia cukup rasa dengan sotong yang segar huhuuu,Mr D jommmmm.....

DEEP FRIED SOFT SHELL CRAB WITH BUTTER SAUCE RM45.90
Jujurnya Cik Sue tak penah makan ketam kulit lembut ni heheh,masa menu ni sampai ingatkan udang,sekali dah makan masuk mulut lembutnya boleh kunyah semua,baru la kekawan bagitau tu ketam kulit lembut,ohhhh sangat la kampungnya saya hehehhehe,sosnya sedappppp,siap Cik Sue hirup ngan sudu je.

SIAKAP TIGA RASA RM54.90

Terkojut acik tau ikan ni sampai,besor ya ampunnnnnn....teruja kita tengok,kami makan 5 orang seblah ikan un tak abis,7-8 orang pun cukup ni,sos tiga rasa dia memang tip top la dan yang peling best ikan ni tak de bau hanyir,segar sangat.
AUSTRALIAN RIBAYE STEAK RM45.90
Menu ni plak dah last-last hampir kenyang dah,tapi tetap nak rasa,daging steak dia fuhhhh berjus sangat ,sempurna masaknya,cuma sos dia agak cair Cik Sue suka sos gravy yang pekat-pekat sikit.

PISANG CHEESE COMBO RM16.90
Wohoooooo ini la bintang terkenal hari ini cewahhhh gituuuu,memang maveles,tak tau nak describe korang datang dan cuba,sedap ya ampunnnn...hehehehe


Terima kasih banyak Nine Chefs untuk hidangan yang membuncitkan dan menambah lemak kami,konpem akan reeat lagi bawa kawan-kawan lain pulak,sungguh korag takkan menyesal okeh,Datang la cuba kebetulan sekarang ada promosi makan tengahari dan minum petang,korang boleh cuba dengan harga bebrbaloi sambil lepak dengan kawan-kawan.




Facebook www.facebook.com/ninechefs/

Instagram www.instagram.com/ninechefs 

Nine Chefs Restaurant
GE11,Ground Floor,IOI City Mall (The Symphony Walk)
03-89598026
ninechefsioi@gmail.com
www.ninechefs.com.my

bisik-bisik:
Alaaaaa teringat tomyam dia,Mr Dddddd jom la huhuuuuu.

8 singgah dan taip sket..:

Imaan Suci Wipes : Cara mudah mencuci mekap di wajah.

10:21 PM Sue Izza 6 Comments

Assalamualaikum semua,korang sihat? Alhamdulillah Cik Sue sihat aje,makin sihat dengan budak aktif dalam perut ni hehhehe.Semenjak dua menjak ni suka betul melawa,bersolek ,cantik-cantik,hehhee orang kata anak lelaki,ada yang kata anak perempuan,tak kisah la,asalkan sihat sempurna sifat cukup la kan,Cik Sue pun tak scan lagi,scan waktu checkup pun budak bijak ni tak mo bagi tengok lak hehhehe malu lettewwww.

Oh ya! Kali ni Cik Sue nak kongsi dengan korang tisu basah atau Wipes Tissue yang Cik Sue baru beli dan cuba tuk cuci mekap kat wajah.Imaan Suci Wipes namanya,perkara pertama yang Cik Sue suka adalah wangiiiiiiiii.heheehe selalu beli yang biasa-biasa kat watson tak de bau,yang ni wanginyaaaa dannn ia lembut sangat kat kulit wajah tau.
muka bermekap bagai dari jalan-jalan


mari gunakan imaan wipes
sehelai pun dah cukup tuk mekap sederhana yang tak heavy sangat


kannnnnn dah bersihpun,mudah je.

Tisu basah ni bukan sahaja menanggalkan mekap malah menyegarkan wajah,mudah bawa dalam beg korang tau.Bila nak singgah solat mana-mana ,guna je Imaan Suci Wipes ni tuk bersihkan mekap di wajah supaya mudah berwuduk,pembersihannya pun menyeluruh.Memang mudah.selain tu boleh juga guna untuk cuci tangan atau lap apa-apa je.

dah beli banyak nak buat stok
Selain itu tisu ni tiada bahan alkohol ,sesuai di gunakan untuk semua jenis kulit,untuk membersih dan menyegarkan wajah bila-bila masa di mana sahaja.Malah lepas menggunakan tisu ni kuit rasa lembut je,bestttt je rasa.Oh ya,maskara dan eye liner pun mudah sangat di cuci dengan tisu ni.

Korang nak cuba tak,haaa jom beli ngan kak long kawasan ni heheheh :

Kak Long Saidila 019-2692067

atau pun korang boleh ke insta kak long di

Macam-macam barang lain ada di jual pi la jenguk eh.


6 singgah dan taip sket..:

Bila rumahku di terjah raya #raya2016

1:58 AM Sue Izza 9 Comments

Cerita raya lagi walau raya dah nak habis,hehehhe sekadar coretan buat kenangan katanyaaa.Alhamdulillah walau tak "mampu" nak buat open house besar-besaran cukup sekadar dapat meraikan tetamu yang hadir beraya.Alhamdulillah juga tahun kedua kami berumahtangga dan rumah sudah sedia untuk terima tetamu,masa tahun pertama dulu memang kelam-kabut sangat sebab Cik Sue langsungkan majlis kahwin pun sebulan sebelum puasa,jadi raya tu kami masih duduk di rumah yang agak tidak bersedia menerima tetamu,paham-paham je la kan,rumah baru masuk,dengan kotak-kotak yang belum berkemasnya,kang orang datang dok celah-celah barang lak hehehe.Tahun ni dah banyak perubahan,nak kata cantik tak la,tapi agak selesa la untuk tetamu.

Bukan buat open house pun sekadar masak lebih sikit sebab kawan-kawan nak datang beraya serentak lak pada Ahad 17 Julai 2016.Kawan-kawan di Shah Alam,dari opis lama,sepupu,exhousemates di Putrajaya,kawan-kawan blogger,exopismate Service Master.Jadi Cik Sue masak la lebih.Menu pun simple,ralat pulak tak sempat snap gambar menu huhuuuu,Nasi Dagang ala Kelantan,dengan Gulai Darat Ayam,Sambal Kelapa dan Acar Jelatah.Alhamdulillahhhh,boleh di terima ramai,first time buat,Kemudian ada Cucur Udang cicah Kuah Kacang,Cik Sue buat kuah kacang je,pagi tu nak buat cucur udang tak sempat ,nasib baik la adik-adik busuk masham datang menolong buatkan cucur udang ,terima kasih banyak Yanty,Najeeb dan Yaya Cendana,sian korang kena buli dah pakai lawa-lawa hahahhaa.Alhamdulillahhhhhh resepi terbaik dari diorang ,memang laku cucur udang tu.Cik Sue sediakan bahan je.Terbaik la.

Antara yang awal hadir,kawan-kawan dari Shah Alam geng backpackers

Menu simple2 je

pembantu yang terbaik ,pakai lawa-lawa masuk dapur hahahhaha

antara tetamu
Alhamdulillah juga kali ni sempat jemput jiran-jran keliling rumah datang beraya,maklumlah masing-masing sibuk hampir 2 tahun kat sini baru nak kenal jiran-jiran.Tak senonoh kan hahahha,ok la kesempatan yang ada ni,boleh berkenalan dan eratkan silaturrahim,selain keluarga dan kawan rapat ,jiran la yang paling dekat kalau apa-apa emergency nanti kan?.






Amacam,bagus kan pebantu-pembantu ai ni,terbaiklah,sanggup masuk dpaur walau baju liplap2 pakainya hahhaha.Cucur Udang laris terhangat di pasaran gittewwww.Tq so much korang,kalau tak tolong ,tak terhidang la cucur udang tu,mak tak daya nakkkkkk hehehhee.




Kawan-kawan rapat ,sesekali berkumpul,rindu ,masing-masing sibuk masa macam ni la dapat berkumpul.








Rakan-rakan Blogger Kelabbloggerbenashaari yang hadir ,terima kasih sudi beraya rumah Cik Sue ye.Insya Allah tahun-tahun depan kalau larat Cik Sue buat lagi ye,jangan serik datang tau.

bisik-bisik :
Bak kata Mr D ,tak perlu buat open house kalau rasa nak beraya datang je,apa rezeki yang ada kita hadap yang penting terjalin ukhwah dan mengeratkan silaturrahim,lagipun tetamu yang datang tu pembawa rahmat pada sesebuah rumah,terima seadanya,Insya Allah murah rezeki.

9 singgah dan taip sket..: