Kemeriahan Bengkel Seni di Karnival Expo Kemahiran Kebangsaan (KEKK) 2016

1:24 PM Sue Izza 1 Comments

Ingat tak entry Cik Sue hari tu pasal bengkel seni dengan Kak Ani,ala yang ni meh klik SINI, Haaaaa pi baca dulu,tu masa perlancarannya,Jadi Sabtu lepas sempat Cik Sue berkunjung ke Karnival Expo Kemahiran Kebangsaan yang diadakan di Maeps ,Serdang dan berakhir pada 26 September 2016 lalu dengan meriahnya.

Cik Sue sempat datang pagi Sabtu tu,kebetulan bengkel zapin sedang berjalan,meriah dengan kelab-kelab dan sekolah-sekolah sekitar sini yang menghantar wakil mereka untuk belajar zapin dari tenaga pengajar professional yang di datangkan oleh Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd.



Walau matahari mula menyinar dan memanaskan depan pentas,ramai adik-adik yang masih setia mengikut arahan cikgu kat depan.Bengkel di terajui oleh En Majid dan Wak Lumin sebagai orang lama dalam seni zapin ni,memang berbaloi la mereka berpanas berpeluh kan.


Tengok diorang belajar memang best sebab di ajar dari asas zapin,rindu lak Cik Sue masa sekolah dulu-dulu,aktif la jugak tapi tak lama heheeh,abah bising tak fokus SPM heheheh.Bagus bengkel ni di ajar dari awal dan kalau yang tak pernah berzapin pun mesti boleh buat,selamat Cik Sue tengah memboyot kalau tak dah join dah hahahaha.Sporting pula tu peserta pun meriah jadinya ,Cik Sue tengok lebih dari 150 orang yang sertai bengkel terbuka ni.Tahniah NIPVSB atas usaha memartabatkan seni budaya kita.


Selang waktu rehat pula ,ada kuiz tentang zapin tuk semua di pentas utama yang di kelolakan oleh Fee Haiqal.Lepas tu lagi seronok tengok bila sampai part mereka berzapin ramai-ramai,dengan cikgu-cikgu sekolah yang bawa adik-adik pun join zapin sekali.






Bagi Cik Sue usaha Kak Ani ni memang harus di teruskan dan berjaya kali ini di KEKK 2016.Bukan semua orang pandai menari dan berbakat dalam aktiviti seni kan? Semua ini kena gilap dan berlatih dari kecil lagi kalau nak kekalkan warisan budaya kita.Tahu tak dengan bakat menari ni pun kita boleh dapatkan pekerjaan dalam sektor perlancongan dan seni,kemahiran juga kan yang boleh menjana pendapatan.Jadi kalau ada yang berminat bolehlah sertai lagi bengkel-bengkel begini,tak rugi pun.Malah sebagai nilai tambah dalam bidang pekerjaan.




Hari terkahir penutup pada Isnin lepas ,Cik Sue tak sempat meyertai tapi kawan-kawan ada yang pergi dan memang meriah dengan persembahan pelbagai tarian dari artis-artis jemputan serta penari-penari professional.Malah di sajikan persembahan tarian tradisional bertemakan ASEAN bawah kelolaan Kak Ani sendiri.Ada juga demonstarasi seni bela diri dan persembahan wakil mereka,tapi Cik Sue tak sempat mengikuti,memang menarik dan meriah.

penggerak utama bengkel seni ini : Kak Ani dan suami.
Jom tengok video yang Cik Sue rakam masa bengkel seni tu.Rasa nak joget sekali pulak hehehehe.

Video zapin :


Bagi koramg yang berminat dengan aktiviti begini bolehlah mendapatkan maklumat lanjut dari pihak NIPVSB ,boleh juga tengok perkembangan mereka dan aktiviti terkini di instagram mereka ye,mana tahu kan kalau ada lagi bengkel dan kelas atau aktiviti begini nak masuk bolehlah hubungi mereka.




1 singgah dan taip sket..:

6 Salah Faham Dalam Penjagaan Bayi

12:32 AM Sue Izza 10 Comments

Sejak-sejak nak jadi ibu ni,kena la rajin cari ilmu,nak jaga anak kena la ada ilmu kan.Tapi kekadang keliru jugak,ada pendapat berbeza.Jadi marilah banyak-banyak membaca.Ada juga amalan-amalan orang tua yang di katakan tak elok dan amalan-amalan moden yang di katakan lebih elok,Jom kita tengok penjelasan mengenaik kekeliruan ni ye :

6 Salah Faham Dalam Penjagaan Bayi :


Bayi manusia telah mula belajar menghisap sejak usia kandungan sekitar 19-20 minggu. Lihat saja buktinya pada imej ultrasound bayi anda. Sudah tentu bukan kerana lapar kerana plasenta telah bertugas menyalurkan makanan tanpa henti,kan?. Jadi mengapa masih mahu juga menghisap?. Kerana alam mahu mengajar bayi bahawa menghisap itu menenangkan dan kedudukan bayi yang terhad dalam kandungan memudahkanpeletakan jari bayi ke dalam mulutnya.

Oleh kerana bayi dibawah usia 4 bulan belum mempunyai koordinasi otot yang diperlukan untuk menghisap jarinya sendiri,alternatif yang ada ialah payudara ibu, jari bersih ibu atau puting tiruan. Oleh kerana keinginan bayi untuk menghisap bagi merasa tenang ini boleh mengambil hingga 2-3 jam sehari, menyua payudara kadangkala meletihkan. Jadi, apa yang salahnya dengan beralih kepada puting tiruan bagi memenuhi tuntutan ini?

Seperti bedung,puting hanya digunakan untuk mententeramkan dan membantu bayi rileks untuk tidur. Tiada siapa yang menyuruh menyumbat mulut bayi 24 jam dengan puting atau hingga usia anak layak ke playschool.




Ini satu salah faham yang besar dan masih wujud hingga kini. Ya menangis itu bagus kerana ia memberi tanda bayi sedang menghantar isyarat atau berkomunikasi. Tapi apakah yang bagusnya bila isyarat itu dibiarkan tanpa respon hanya kerana salah faham bahawa ianya bagus untuk bayi. Menyakitkan bukan bila kita berbicara namun tidak diendahkan?. Bayi bukan sahaja tertekan secara psikologinya tetapi terdera secara fizikalnya kerana menangis itu suatu proses yang menggunakan kapasiti organ dan sistemnya.

Paru-paru bayi memang akan diperiksa tahap baiknya sejurus dilahirkan melalui ujian Apghar. Sengaja membiar bayi menangis tidak akan membuat paru-paru bayi lebih baik.



Bayi manusia telah biasa merasa bagai dihayun 24/7 selama 9 bulan yang panjang setiap kali ibu bergerak. Maka bayi akan terus menuntut sensasi hayunan ini setelah dilahirkan. Menari, mendodoi,menepuk-nepuk punggung, menggendong, menaiki kereta atau mengguna buaian adalah antara sumber sensasi hayunan.

Gegaran otak atau nama saintifiknya Shaken Baby Syndrome (SBS) TIDAK akan berlaku dalam mana-mana sumber sensasi hayunan yang disebut diatas. Mengapa? SBS memerlukan daya yang jauh lebih kuat dari terjatuh dari katil atau pegangan seseorang secara tak sengaja. Ia memerlukan satu motivasi untuk SBS terjadi dan ianya adalah rasa marah di luar kawalan hingga bayi digoncang secara ganas berulang kali yang menyebabkan kepalanya melantun ke depan dan kebelakang secara total lalu otaknya menghentam tempurung kepala dan berlakunya pendarahan.

Ia amat berbeza bila bentuk sensasi hayunan yang diguna itu adalah untuk tujuan mententeramkan bayi dan bukan dalam emosi marah. Namun, gunakan HANYA buaian bayi boleh laras penuh sahaja atas faktor ciri keselamatan.




Kebenarannya, ramai ibu yang menidurkan bayi secara tiarap kerana ia membantu bayi tidur lebih lena. Apa yang ramai ibu mungkin terlepas pandang ialah tidur tiarap merisikokan sindrom kematian mengejut atau SIDS buat bayi kecil terutama yang belum menguasai kemahiran meniarap dengan sendiri.

Antara teorinya adalah kerana tiarap menekan tulang dada dan tulang rahang bayi lalu menyempitkan ruang udara pernafasan bayi kecil yang masih belum stabil. Ya benar ada sebahagian bayi yang perlu tidur meniarap atas faktor kesihatan namun ia selalunya atas pengesahan doktor.

Maka,jika anda mahu anak tidur lena namun dalam situasi yang lebih selamat, bedunglah bayi anda kerana bedung memberi sensasi dakapan yang mententeramkan sama seperti meniarap. Bezanya ia lebih selamat kerana bila berbedung,bayi tiada masalah untuk tidur secara terlentang.



Pernah terfikir mengapa bayi tidur lebih lena disiang hari ketika suasana lebih bising dengan aktiviti harian namun terjaga kerap di malam hari yang lebih sunyi dan tenang?.

Kerana suasana sunyi itu membuat bayi resah!. Rahim adalah alam yang sangat bising dengan kekuatan mencecah 70db atau menyamai kuatnya bunyi penyedut hampagas. Mana mungkin bayi yang telah biasa tidur dalam suasana yang bingit boleh lena dalam keadaan sebaliknya?.

Pasanglah bunyian mententeramkan (white noise) untuk menemani bayi tidur. Sebarang bunyi yang satu nada, tidak nyaring (low pitch) dan berdengung amat digemari bayi. Contoh white noise yang popular ialah bunyi penyedut hampagas,bunyi pengering rambut, pengering baju, ombak, hujan atau degupan jantung manusia.



Semua bayi lahir dengan reflek Moro atau bahasa awamnya reflek yang membuat bayi kecil mudah tersentak dan terkejut-kejut. Reflek ini kekal sehingga sekitar usia bayi 4-5 bulan. Jika bayi anda dari kategori 'mudah', hal ini mungkin bukan satu masalah besar. Namun,jika bayi anda adalah bayi dari kategori 'menuntut perhatian tinggi' atau colic (sawan tangis), gangguan dari reflek Moro memberi kesan besar kepada kualiti tidur, kemampuan untuk kekal bertenang lebih lama malah menyukarkan usaha mententeramkan mereka. Bedung bukan sahaja meminimumkan kesan sentakan atau terkejut-terkejut, malah membuat bayi merasa selamat bagai dipeluk dan didakap seperti mana yang dia biasa dapatkan dari balutan dinding rahim dahulu atau ketika dalam pelukan ibu.

Bedung bayi dalam 2 keadaan ini: ketika cuba mententeramkan bayi yang mengamuk dan ketika mahu menidurkan mereka. Ia menyanggah pemikiran bahawa bedung itu menghalang bayi dari bebas dan meneroka dunia. Apakah tentang dunia yang dapat diteroka oleh bayi yang sedang marah dan tidur?.

Ya benar,bedung boleh menyebabkan hip dysplasia atau pembentukan pinggul yang tidak sempurna BILA teknik bedungan itu salah iaitu yang memaksa kaki bayi kekal lurus dan langsung tiada ruang untuk bayi menggerak atau membengkokkan kakinya.


Haaaa,baru la jelas,selama ni tertanya-tanya betul ke tak tanggapan kita kan? sekarang siap dengan fakta,jadi kita tak was-was lagi.Berguna tuk Cik Sue sebagai kali pertama jadi ibu kan,tak de la terkial-kial nanti.Kandungan dah 30 minggu,tak lama dah ni,berdebar pulak rasa,moga-moga di permudahkan urusan bersalin nanti,si kecik pun aktif je,main bola agaknya hehehhehe.


Sumber : Facebook

10 singgah dan taip sket..:

Majlis Perlancaran Skill of Brilliance @ Rythm of Unity di Asean Skills Competition 2016.

11:23 AM Sue Izza 5 Comments

Dulu zaman study kalau musim-musim karnival kemahiran ke,pertandingan kemahiran ke memang seronok,sebab semua sibuk dok buar reka cipta berdasarkan kemahiran masing-masing,kolej-kolej kemahiran adakan pertandingan,peringkat kolej dulu pastu kebangsaan lak,seronok je tengok kekadang tolong-tolong juga mana yang boleh.Siap ada anugerah tanga emas lagi hehehee.Dah lama habis study dah tak ambil tahu dah.

Selasa lepas Cik Sue sekali lagi teruja bila di jemput ke majlis pelancaran Skill of Brilliance @ Ryhthm of Unity sempena Karnival dan Ekspo Kemahiran Kebangsaan (ASEAN) 2016 di Maeps,Serdang.Karnival ini berlansung dari 23-28 September 2016 ini,sarat dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan kemahiran dalam pelbagai bidang bukan semata-mata teknikal dan kejuruteraan sahaja tau.


Salah satu pengisian karnival ini adalah kemahiran seni,yag di isi oleh Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd (NIPVSB).Skill of Brilliance atau Skill Pembangunan Kesenian adalah untuk mengangkat seni sebagai satu kemahiran yang boleh menjana pendapatan negara,ye la tak semua orang ada bakat dan kemahiran menari,dan menjalankan acara seni kan?

Apa yang ada dalam Skill Pembangunan Kesenian ni? Selain pengisian persembahan pentas akan diadakan juga bengkel dan demonstrasi Zapin serta Silat Seni Pertahanan Diri.Pengisian bengkel dan persembahan akan di serikan oleh Artis Tari Sanggar Budaya.Peserta boleh menyertai bengkel-bengkel yang diadakan untuk menggilapkan lagi bakat serta kemahiran mereka.Ia juga membawa keunikan Malaysia ke mata dunia memandangkan karnival ini menghimpunkan 9 buah negara ASEAN termasuk Malaysia.


Majlis pelancaran selasa dirasmikan oleh YBhg. Datuk Dr. Pang Chau Leong, yang merupakan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

Karnival dan Ekspo Kemahiran Kebangsaan Asean (KEKK) 2016
Lokasi : Maeps, Serdang
Tarikh : 24 hingga 26 September 2016

Aktiviti :

24 September 2016, Sabtu : Pengunjung dapat menyaksikan slot persembahan kebudayaan multiracial Malaysia, Thailand, Filipina dan Cambodia.


25 September 2016, Ahad : Slot ini diwarnai dengan persembahan Vietnam, Brunei dan Indonesia.


26 September, Isnin : Slot diwarnai dengan Myanmar, Singapura dan Republic Of Laos selain multiracial Malaysia.


Slot persembahan kebudayaan ini akan diadakan di pentas utama seawal jam 9.00 pagi dan 2.00 petang setiap hari.

Antara artis terlibat seperti Noraniza idris,Ihab Ismail, Fee Haiqal, Liza Kool fm, Fedtri Yahya, Dalili Amerda, Fadzlee Sufri, Azmir Arif, Khai Bahar, Achey, Eka Syarif, Ayda Jebat, Pengasas Zapin Selat Panjang dan Pengasas Zapin Lenga. Selain itu, artis tari Sanggar Budaya Malaysia dan juga kumpulan Buskers akan turut mewarnai acara pentas sebagai tarikan pengunjung yang datang ke Karnival ini.







Waktu perasmian pun kami dah di sajikan dengan persembahan warna-warni kebudayaan dan seni bela diri yang akan di bengkelkan nanti,jadi teruja pulak Cik Sue nak datang 24-26 September ni,Jom korang kita ramai-ramai meriahkan,macam-macam aktiviti ada tu.



Untuk maklumat lanjut korang boleh ke link di bawah ye :


bisik-bisik:
Oh ya ,ada kiosk dan tawaran kerja kosong juga,jadi yang mana nak cari kerja tu boleh bawa resume ye.mana la tahu kan,untung badan.

5 singgah dan taip sket..:

Rekaan terbaru Select Water2go Shell bersama Cheeming Boey

8:30 AM Sue Izza 2 Comments

Korang tahu tak yang Shell sudah berusia dan bertapak di Malaysia lebih dari 100 tahun? dengan stesen minyak pertama di Klang.Tahun ini Shell meraikan Ulangtahun ke 125 mereka dengan rekaan baru pada botol air minuman Shell Water2go.Rekaan ilustrasi kartun yang di lukis oleh Cheeming Boey,pelukis terkenal Malaysia yang mencipta nama melalui komik "When I Was Kid".


Cik Sue memang dah lama mengikuti komik beliau di blognya http://iamboey.com/ ,cuma belum sempat nak beli buku komik beliau yang sudah masuk siri ke 4,akhirnya dapat juga masa perlancaran botol baru Water2go ni,yeayyyy.


Majlis perasmian di sempurnakan oleh En Shairan Huzani Husain,selaku Pengurus Besar Shell Retail Malaysia/Brunei yang turut memberi ucapan tentang pencapaian Shell terkini.


Cheeming Boey juga memberi sepatah dua kata dan berterima kasih kerana memberi peluang untuk mereka botol baru minuman Water2go Shell ini.Terdapat 6 rekaan botol yang berlainan,korang boleh dapatkan di stesen-stesen Shell terdekat.Rekaan ini menggambarkan pencapaian Shell dalam bentuk kartun karya Boey.Beliau juga bekerjasama dengan Shell untuk lukisan mural di Kelantan bertemakan wayang kulit dan di Johor bertemakan beca roda tiga.


6 rekaan botol terbaru Water2go hasil lukisan Cheeming Boey,jom kumpul buat koleksi.


Gimik perlancaran bila En Shairan Huzani Husain dan Cheeming Boey mengoyakkan pembalut botol yang lama dan memaparkan rekaan botol terbaru mereka.




 Tetamu juga di beri peluang beramah mesra dan mendapatkan tandatangan dari Boey pada buku komik beliau,Cik Sue pun tak lepaskan peluang juga la.Tapi tak de la sign keempat-empat buku tu,lenguh pulak dia kang hehehhe.


Di samping itu Shell juga bekerjasama dengan MPH Bookstore dalam peraduan ekslusif,dimana pelanggan yang membeli mana-mana buku "When I Was Kid" berpeluang mendapat "tote bag" edisi khas yang di tandatangani oleh Boey sendiri.Hanya perlu tuliskan nama penuh dan no telefon pada resit pembelian dan masukkan dalam kotak yang di sediakan bermula 1 September hingga 30 November 2016.
Untuk list Shell terpilih untuk peraduan :


Untuk maklumat lanjut Ulangtahun ke 125 Shell boleh ke :

Jom dapatkan buat koleksi,mana tau 20 30 tahun pas ni jadi barang rare kan hehehhehe.

2 singgah dan taip sket..:

Kini Produk SimplySiti dalam penerbangan AirAsia

8:00 AM Sue Izza 7 Comments

Ada peminat produk SimplySiti kat sini? Ha kalau korang nak tau,produk ni dah boleh di beli dalam penerbangan Air Asia bila korang menaiki penerbangan mereka.Dua produk ekslusif dari SimplySiti boleh di dapati dalam penrbangan Air Asia (kod AK) dan Air Asia X (kod D7) dari 1 September hingga 30 September 2016 ini.Selain dalam penerbangan ,korang juga boleh di beli kat laman web www.bigdutyfree.com ,oh ya tak de kat kedai ye edisi khas ni,siap ada tandatangan Dato CT lagi tau.ekslusif you allss.

2 produk edisi khas SimplySiti-AirAsia

Okeh,2 produk tu adalah :

1. Simply Elegant 2 Way Cake-AirAsia Edition
2. Simply Elegant Lip Gloss Duo-AirAsia Edition

Produk buatan Korea ini di jual dengan harga RM54 setaip satu,memang best pakai,Cik Sue dah try masa hari perlancaran tu,siap kena make over lagi ngan salesgirls hehehe.


Kerjasama SimplySiti dan AirAsia  memudahkan lagi peminat produk ini mendapatkannya walau dalam perjalanan,bak kata Dato Ct manalah tahu tertinggal barang mekap,sekuranya ini dapat membantu.Wanita kan biasala,mesti ada juga nak paling kurang bedak untuk penjagaan wajah.Lipstik atau Lip Gloss sebagai penyeri.Harapan Dato Ct juga agar produk SimplySiti dapat menembusi pasaran luar negara dengan kerjasama ini dan lebih mudah di dapati di sana.



Majlis perlancaran di sempurnakan oleh Datuk Kamarudin Meranun (Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad,Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X Berhad) bersama Dato' Sri Khalid Mohamad Jiwa (Pengerusi Eksekutif SimplySiti Sdn Bhd) ,Dato' Siti Nurhaliza (Presiden SimplySiti Sdn Bhd).

majlis perlancaran
Di majlis tersebut sempat juga Dato Ct menyampaikan 2 buah lagu sebagai penghargaan kepada peminat dan media serta tetamu,memang memukau.Lama jugak dah tak tengok Dato Ct ni depan-depan masih cantik macam dulu juga hehehe.



Okeylah,kalau korang berminat nak produk khas ni tapi tak naik penerbangan AirAsia boleh bukak laman web :

www.bigdutyfree.com

Untuk diskaun 10% boleh guna kod "SIMPLY10" ketika membeli ye (dari 5 september -30 september 2016)

Jom dapatkan segera.

7 singgah dan taip sket..:

Resepi Daging Goreng Ala Thai

10:30 AM Sue Izza 4 Comments


Daging lagi? haaaa nasib la musim-musim raya haji aka raya korban ni,memang menu daging je la kan hehehhe....Kali ni mak bagi daging korban lagi,Cik Sue goreng je  tapi versi kreatif sikit la.
Kali ni cuba versi Thai la pulak,masakan thai kan banyak pakai serai,daun limau purut,sos ikan,kira elemen penting la,Jom tengok resepinya :

Bahan :
300 gm daging-hiris nipis
1 cm kunyit hidup-tumbuk halus
3 ulas bawang putih-tumbuk halus
1 biji bawang besar-potong bulat
3 helai daun limau purut
1 batang serai hiris halus
2 sudu makan pes cili thai
1 sudu sos ikan
1 biji tomato belah 4
2 sudu kicap manis
garam dan gula

Cara:
1. Gaulkan daging yang di hiris dengan kunyit hidup,bawang putih dan garam.
2. Panaskan minyak dan gorengkan daging separuh garing.
3. Bila daging hampir garing masukkan kicap manis,sos ikan,pes cili thai,bawang besar dan serai.
4. Masukkan tomato dan daun limau purut,kemudian perasakan,ok dah siap.Kalau suka boleh perahkan asam limau masa nak makan.

Mudah je,boleh la cuba.masam manis masin lengkap rasanya,kalau suka juga boleh masukkan kacang gajus goreng,ada rasa rangup-rangup.

4 singgah dan taip sket..:

Memohon Doa Untuk Baby dan Mommy To Be

12:50 AM Sue Izza 6 Comments

Assalamualaikum semua...
Alhamdulillah sabtu lepas balik umah ma abah kat Lipis,sempat adakan majlis solat hajat memohon keselamatan dan memudahkan Cik Sue bersalin dan memohon kebaikan untuk baby nanti.Alhamdulillah juga kandungan dah lebih 28 minggu ,tak banyak masalah kesihatan cuma perlu di kawal je,jaga pemakanan.Tradisi keluarga ma abah akan adakan solat hajat dan doa selamat tak kisah la anak ke menantu ke kalau mengandung.Ye lah ini salah satu cara kita memohon dan berdoa untuk segalanya kan,Semoga dimudahkan urusan dan semua dalam perlindungan Allah nanti.



Majlis bermula selepas zohor bila orang surau sampai,tak ramai pun jemput dalam 10 orang je termasuk atuk sedara,pakcik dan jiran.Lepas solat hajat,buat abacaan yasin dan doa selamat.Kat dapur ma ngan mak long dah siapkan santapan tengahari.Menu kali ni Gulai Kuning Ikan Tongkol,Acar,Sambal Lada dan Ayam Goreng Berempah.Simple tapi sedappppp sangat.





Alhamdulillah berjalan lancar,semoga urusan bersalin nanti di permudahkan Allah.Kalau zaman mak su (mak saudara) dulu siap bidan datang buat lenggang perut,golek-golek kelapa la,urut betulkan kedudukan baby semua tapi sekarang dah tak de sebab susah nak cari bidan kampung.Lagipun dah tak de kepercayaan lenggang-lenggang perut ni,dah moden kan,lagipun lebih baik buat doa selamat je.Kang khurafat lak percaya lenggang perut semua tu tuk tentukan jantina la apa la kan.

Korang doakan Cik Sue jugak ye,berdebar dah sebenarnya ni,2 bulan lebih je lagi huuhuu.Harap-harap semuanya lancar dan mudah.

6 singgah dan taip sket..:

ShellOut Murah dan Sedap di Shah Alam : My Story Cafe Kota Kemuning

12:30 PM Sue Izza 10 Comments

Set Jari Comot ShellOut
Hallo halloooo,selamat tengahari,nak lunch kat mana tuuu? mana peminat seafood ni? Sila angkat tangan cepatttt....Cik Sue nak cadangkan tempat makan shellout yang sedap tahap menjilat jari dan murah.Jom-jom!...

Minggu lepas Cik Sue sempat terjah restoran yang menghidangkan shellout ni kat Kota Kemuning iaitu My Story Cafe.Sampai-sampai je cantik je nampak kedainya,agak menarik dari luar.Parking pun mudah dapat walau hari Sabtu.Masuk je kedai,memang kemas dan menarik susun aturnya,macam makan di meja makan di rumah je.

Kawasan untuk kanak-kanak bermain juga di sediakan,senangla untuk ibu bapa melayan selera sementara tengok-tengok anak bermain.Bilik air dan tandas yang bersih juga di sediakan.Ruang makan yang bersih dan kemas sangat selesa untuk pengunjung.





Mata Cik Sue tertarik dengan botol oreng tersusun rapi,oren legend masa kecik-kecik dulu.Oren,soda dan sarsi botol yang selalu kecik-kecik dulu beli masa balik kampung di Kelantan,memang mengimbau nostalgia,korang boleh nikmati di sini.Terdapat juga bahagian untuk pencuci mulut kek,puding,durian crepe dan minuman ringan.



Set JariComot ShellOut di My Story Cafe,Kota Kemuning.

Set Jari Comot ShellOut
Okeh,jom tengok makanan pulak.Sampai je memang waktu lunch,perut pun dah berkeroncong.Di hidangkan set Jari Comot ShellOut kat restoran ni,wallahhhh memang bagai mengantuk di sorong bantal la.hehehhee.

Set ni di hidangkan dengan seafood dan nasi putih sekali dengan jagung rebus,ni kali ke 2 Cik Sue makan shellout memang sedap sangat la di tekak Cik Sue shellout kat sini sebab masakannya lebih bersifat melayu,ada kari ada masak bercili.Alahaiiii terasa-rasa pulak di tekak.Set yang kitaorg makan ni untuk 4 orang,ni pun puas makan.Ada ketam,ada sotong,udang,scallop atau kerang,ada lala my feveret,ada sayur jugak,jadi seimbangkan? Masakannya Cik Sue bagi 5 bintang,memang sedap,suka ketam bercilinya dengan sotong kari,eh semua la sedap,korang memang kena try.Tak menyesal punya,udang butter pun sedap ratah saja.Gosok perut Cik Sue di buatnya joget-joget baby dalam perut ni hehehhe.

Butter Prawn
Sotong Kari
Sayur Goreng
Lala Berlada
Ketam Bercili
Scallop Blackpepper
nasi putih dan jagung
Nak tahu harganya? memang berbaloi,siap pakej lagi di sediakan,boleh pilihla nak makan ramai-ramai bawa kawan atau berdua dengan pasangan je ke.

pakej jari comot shellout

Selain dari shellout,ada juga menu lain di restoran ni,ada makanan western macam lamb chop dan chicken chop serta chicken boxing.Makanan lain seperti laksa johor,pencuci mulut seperti brownies,durian crepe,kek  dan sangkaya pun ada.Korang boleh pilih je nak makan apa,semua pun sedap.Yang tak sempat Cik Sue cuba pun banyak lagi,meatball,kari kepala ikan pun ada,makanan kudapan petang pun ada seperti popia,onion ring dan pasta.

Oh ya ,kalau korang datang lepas pukul 5 petang boleh la rasa Nasi Lemak RM1 ,murahkan.Harga makanan kat sini Cik Sue tengok memang berbaloi,tak terlalu mahal tik makan seiisi keluarga.

Chicken Chop
Lamb Chop
Chicken Boxing
Durian Crepe
Brownies
Laksa Johor
Sangkaya

Korang harus try tau,memang berbaloi murah dan sedap.Makan pun puas hati,harus ni next time nak ajak Mr D datang sini cuba makan,dah laluan nak balik Kuang ni heheheh.

#ciksuesukamakan
Kalau nak dapatkan maklumat korang boleh klik link kat bawah ye :


Facebook : https://www.facebook.com/mystorycafekk/
Instagram : https://www.instagram.com/mystorycafekk


Alamat :
My Story Cafe Sdn Bhd (1068514M)
No 8 Jalan Anggerik Vanilla Y31/Y
Kota Kemuning 40460 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan


Waktu Operasi :
Isnin hingga Ahad
2.00pm to 11.00pm

Untuk tempahan / pertanyaan :

Telefon : 603 5131 0452
Rahimah Binti Dato Abdul Rahim : 60 18 777 1468
Asrul Husni Bin Hussain : 60 18 779 1468

10 singgah dan taip sket..: