Jus Lutox Dnars : Bukan Sekadar Hilangkan Lenguh

10:22 AM Sue Izza 1 Comments

Baru-baru ni tengah bulan puasa sempat balik kampung jumpa ma abah memandangkan Cik Sue akan beraya di rumah mertua tahun ni.Masa borak-borak ma ada sebut nak cuba Jus Lutox Dnars,katanya kawan dia dah cuba dan kesannya positif hilangkan lenguh badan dan lutut.Bila ma dah cakap-cakap gitu,tugas Cik Sue la kena survey dan carikan.Terus google cari info,pernah juga tengok iklan jus ni kat tv.


Rupanya banyak khasiat jus ni,bukan untuk lenguh sendi dan otot je,meh Cik Sue kongsikan:

1. Kaya dengan antioksidan yang mampu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan sel tubuh.

2. Meningkatkan tahap kecergasan tubuh badan.

3. Menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh badan daripada jangkitan penyakit.

4. Melancarkan peredaran darah.

5. Melancarkan proses penghadaman.

6. Membantu mengawal tekanan darah dan paras kolestrol.

7. Menyingkirkan toksin dari tubuh badan.

8. Meningkatkan tahap metabolisme tubuh badan.

9. Membantu mengatasi masalah angin dalam badan.

10. Membantu mempercepatkan pemulihan luka luaran dan dalaman.

11. Jus Lutox Dnars Memelihara sistem saraf.

12. Memelihara kesihatan tubuh badan secara menyeluruh


Wahhhh selama ni yang Cik Sue tahu jus ni untuk orang sakit lutut je,kalau ini la khasiatnya bukan beli tuk ma abah je,Cik Sue sendiri pun boleh amalkan ni.Bukan hanya untuk warga emas sahaja ni,haruslah Cik Sue pun cuba juga tambahan sejak ada aak kecil ni,menyusukan pulak selalu je tak bermaya,mudah letih,dan sebenarnya Cik Sue pun ada masalah sendi lutut akibat kemalangan dulu.Harap-harap kalau amalkan jus ni sedikit sebanyak bolehlah membantu.Untuk hasiat sembuhkan luka dalaman tu pun macam sesuai je sebab Cik Sue bersalin secara pembedahan,mungkin boleh membantukan?


Cik Sue ni bila beli apa sahaja makanan tambahan ,ubat atau apa sahaja la ,perkara pertama mesti nak periksa HALAL atau tidak.Alhamdulillah,lepas baca dan dapatkan maklumat,Jus Lutox Dnars ni mendapat Sijil Pengiktirafan HALAL daripada JAKIM.Bolehlah amalkan tanpa was-was.
Dari segi kandungan pula memang sangat berkhasiat bahan-bahan yang di gunakan,antara kandungan utama yang ada macam Kurma, Madu, Lemon, Halia, Pegaga, bayam, Markisa, garam bukit dan Delima. Tengok kandungan pun dah jadi yakin sangat dengan khasiat yang InsyaAllah kita boleh dapat.

Menang Duit RAYA Dengan Dnars

Masa dok baca-baca kat FB Dnars ni Cik Sue perasan ada contest hari raya,sempat lagi ni kalau nak menang,sambil-sambil buat ketupat,pasang langsir tu kan meh join contest ni,mana tahu rezeki korang Syawal ni.


Macam mana nak sertainya ?
Korang klik je link FB Dnars ni (Link http://bit.ly/2siHxm3)
Cuma LIKE, KOMEN, SHARE & TAG dan HASTAG #DuitRayaDnars.1 Syawal ni keluar result lepas tu, 2 Syawal terus dapat duit raya untuk pemenang. Kalau korang nak join tu cepat-cepat la sebelum hari raya. Ada rezeki tu ada la kan. InsyaAllah.

Okeylah,Cik Sue nak gi cari info dan penjual jus ni pulak,nak beli untuk ma abah dan Cik Sue sendiri,nanti-nanti Cik Sue dah amalka ,kita share apa rasanya ye dan apa kesannya :
Korang pun boleh cari info kat link di bawah ye :


p/s : Jadikan hadiah untuk ma abah pun ok jugakkan? mesti diorang happy.


1 singgah dan taip sket..:

Cik Midah MUA Terengganu Terbaik

5:43 AM Sue Izza 5 Comments

Cerita sebelum puasa lagi tapi nak update juga,sebagai kenangan.Mesti la nak abadikan dalam blog,bukan selalu tau Cik Sue cantik jelita cam ni hahahahha.Ye la dok rumah je sekarang,paling-paling pun pakai bedak ngan lipstick je la.Meh Cik Sue cite kenapa Cik Sue jadi cantik jelita ni.

Photoshoot Raya KBBA9

Kisahnya sebelum puasa hari tu Cik Sue sempat join sesi photoshoot hari raya KBBA9 yang bertempat di Muzium Kesenian Melayu,UPM.Cantik tempatnya rumah tradisional melayu,memang sesuai la untuk tema hari raya,mengimbau nostalgia beraya di desa gituuuu.Gambar kitaorang ni di ambil oleh jurugambar terkenal Wan Izhar yang berpengalaman luas dan sangat berbakat.Dia ni banyak ambil gambar artis-artis dan pernah menang gambar kulit album terbaik Stacy kalau tak silap (boleh check ig dia).
Best ambil gambar dengan dia ni,sangat profesional dan mudah faham arahan dia,malah sabar dengan kami,model-model amatur ni haahahah.Nanti dah siap gambar Cik Sue share di lain entry ye.

macam2 pesen dah haa...mak2 bapak2 orang ni hehehhe

ehemmm2 tunggguuuu hasilnya nanti k

FB Wan Izhar https://www.facebook.com/wanizhar
IG Wan Izhar  https://www.instagram.com/wanizhar/

IG Muzium Kesenian Melayu www.instagram.com/muziumupm/

Jurumekap / Mua Terengganu

Memandangkan nak photoshoot raya,nak juga mekap wajah supaya tak kusamkan? Takkan nak bergambar dengan muka berlengas,berminyak bagai,Cik Sue cari juga Mua atau jurumekap tapi tak de yang boleh datang pulak tarikh tu,kebetulan Qaseh dapat jurumekap dan sudi mekapkan Cik Sue sekali,Alhamdulillahhhh syukur sangat.

Rupanya Mua datang dari Terengganu,Allahhhh, speechless Cik Sue ,dia sudi datang dari jauh tuk mekapkan kami.Cik Sue dah serba salah di buatnya.Tapi Qaseh kata dia sanggup so ok la.
Haaaa,ni la dia tuan punya badan Cik Midah kita,sapa setuju kalau Cik Sue kata dia iras Wawa Zainal ehehhe lebih kurangkan? Kitaorang siap panggil wawa lagi hhehhehee.

Cam wawa zainal kan? heheheheh ni la Cik Midah kita.
Masa hari photoshoot tu,pukul 6 pagi kitaorang dah mula mekap sebab nak mekap dua orang jadi agak lama sikit amik masa,sesi photoshoot pulak start pukul 9 jadi kena kejar masa la.Dah la Cik Sue ngan Qaseh ada anak kecil yang tak leh berenggang.Mencabar juga la,nak mekap lagi nak susukan baby lagi.Tapi Cik Midah tetap professional,boleh handle dan fleksibel sangat.Dia solekkan Cik Sue sambil Cik Sue susukan Humaira tau,tabik ah! Ehehehee.

sebelum/selepas

Ni la hasilnya,amacam,cun tak? Baik cakap cun hhahhah tapi serius Cik Sue puas hati sangat.Mahu taknya,siap mekap jam 8 pagi habis photoshoot jam 3 petang sampai rumah,mekap tetap maintain tau,tak perlu touch-up pun.Siap Cik Sue boleh sambung selfie lagi kat rumah.

tiba-tiba sukaaaa tengok muka sendiri


MUA pun comey weiii yang mekapkan Cik Sue n Qaseh


Sib baik en somi puji cantik ,kalau tak tido luar la dia hahahha.

Paling Cik Sue suka mekap Cik Midah ni,ringan je rasa muka,tak rasa bertempek bedak atau tebal pun.Rasa macam tak mekap tapi tengok cermin haaaa masih cun lagi sampai ke petang.Memang berbaloi la guna khidmat Cik Midah ni.

ni kat rumah balikoutdoor photoshoot tu.
sempat lagi selfie2 sebelum cuci ,tetap maintain mekapnya.

Untuk korang yang tinggal di Terengganu bolehlah dapatkan khidmat solekan Cik Midah kita ni.Mintak je nak mekap macam mana,Insya Allah cantik.Cik Sue ni request nak mekap ala Vanida Imran dalam Red Kebaya,gituuu ahahhaha.Lipstik merah mak ngah hahahha.Memang puas hati.

Cik Midah kita ni aktif mekap dan solekkan pengantin dan kalau nak mekap untuk apa-apa majlis pun boleh,hubungi/PM je dia,ni kat bawah Cik Sue bagi info :




P/s : Bila laaaaa nak cantik-cantik gini lagi,suka mekap tapi tak pandai huhuuu....

5 singgah dan taip sket..:

Set Shurah Pencerah dengan Formulasi baru

12:39 PM Sue Izza 5 Comments

Salam semua,
Mesti ramai yang biasa tengok produk Shurah di pasaran kan? Punya glamer dan mudahnya nak dapat produk ni,kedai runcit biasa pun ada tau.Dah lamakan produk ni,kalau yang baya-baya Cik Sue (30-an) mesti ingat zaman-zaman sekolah produk ni la pakai kat asrama,murah dan berkualiti.

Sekarang Shurah ada keluarkan produk set pencerah dengan formulasi dan berwajah baru.Dengan warna putih dan merah jambu yang lebih segar serta feminim sesuai dengan wanita dan gadis-gadis di luar sana.Dah dekat nak raya ni,boleh la nampak cerah sikit wajah tu tambah-tambah yang hari-hari kerja tengah panas ke,kulit kusam ke  memang sesuai la produk ni dengan korang.


Set pencerah ni bukan untuk wajah je tau,lengkap dengan pencerah badan juga.Antara produk dalam set ni ialah :

1. Krim Siang dan Malam
2. Pelembap (Moisturiser)
3. Pencuci Muka
4. Penyegar (Toner)
5. Losyen Tangan dan Badan

Set pencerah Shurah ni bukan sahaja mencerah dan memutihkan wajah dan kulit malah mampu milik dan di jamin HALAL.Dua fungsi utamanya adalah :

1. Clear White - membantu mengurangkan pembentukan melanin kulit untuk pencerahan berpanjangan
2. Shiny Glow - Menyerlahkan keserian wajah dan menyamakan tona kulit wajah


Dannnn Cik Sue dah dapatkan 1 set Shurah Pencerah Set Siang.Nak jugak cerah berseri di hari raya nanti hehehhee.Dalam set ni tak de krim malam sebab Cik Sue ambil set siang,dapat krim siang je la.Cara pakainya mudah je ,jom tengok :

1. Bersihkan muka dengan pembersih muka seperti biasa dan keringkan muka.


2. Sapukan Penyegar (Toner) ratakan ke seluruh muka,tak perlu banyak pun,nipis je.


3. Sapukan pelembap,ratakan,sapu jugak kat bawah-bawah dagu tu tau.


4. Akhir sekali sapukan krim siang ke  seluruh wajah,krim ni mengandungi bahan pelindung dari sinar UV ,kalau nak keluar rumah memang sesuai.


Jom la cerah sama-sama ngeeee,korang boleh dapatkan maklumat lanjut kat link di bawah ni ye.Jom cepat dapatkan.

Facebook Shurah Malaysia : https://www.facebook.com/ShurahMalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/shurahmalaysia/
Untuk pembelian di dalam talian: http://www.jetaine.com/shop/

Follow hashtag #shurahmy #shurahpencerah

5 singgah dan taip sket..:

Rendang Daging Hitam : Rendang Warisan Kuala Lipis.

3:22 AM Sue Izza 7 Comments

Alhamdulillah,tercapai hasrat Cik Sue cuti Nuzul Quran nak balik kampung dan habiskan masa dengan ma dan abah,memandangkan tahun ni beraya di rumah mertua.Balik la habiskan masa lama sikit kat kampung,sempat la ma abah bermesra dengan Humaira.Dah risau jugak sebab minggu lepas balik rumah di Sungai Buloh,Humaira tak nak langsung dengan pakcik-makcik dia,dengan embah wedok embah lanang pun tak nak,meraung-raung.Alhamdulillah la bila balik Lipis,mula-mula je nangis lepas dua tiga jam dah ok bergelak ketawa dengan sepupu-sepupunya,ngan abah ma pun galak bergelak ketawa.Dengan Mok Su (adik bongsu Cik Sue) pun ok je berdukung jalan-jalan.Biasa bebudak ni kekadang ada orang yang dia serasi ada orang yang dia rasa "panas" tu yang nangis tak selesa tu.

Ehhhh Cik Sue bukan nak cerita pasal tu la.Ni nak cerita benda wajib yang akan Cik Sue cari kalau balik Lipis,terutama bulan Ramadhan gini,apa bendanya? Ha ni dia,Rendang Daging Hitam atau Rendang Jamil orang lepeh (Lipis) panggil.Kenapa Jamil? Ada sejarahnya nanti Cik Sue cite eh. 


Bukan senang tau nak dapat makan rendang ni,banyak dugaannya,ceeewahhh.Ye la menu tradisi,yang membuatnya orang tertentu dan satu tu sahaja,tak de orang lain buat,tu yang jadi limited edition tu,kalau dia tutup kedai jawabnya tak de la,tak merasa la.Dan nak membelinya kalau lambat memang tak merasa,kena datang awal-awal.Semalam sempat ajak ma abah n Mr D pi cari rendang ni.Alhamdulillaahhhh dapat juga,memang teringin sangat nak makan.

Daging Empuk,Rasa Berempah Sedap

Kesedapan rendang daging ni memang tak dapat di nafikan lagi,malah menjadi santapan warga Istana Pahang,menu no 2 kegemaran istana.Rendang ni kalau tengok kat gambar tu seketul-seketul besar penumbuk,tapi bila di cubit isinya,dagingnya lembut dan bercerai-ceraiJangan risau,memang lembut tak liat.Ramai yang fikir rendang ni hitam sebab letak kicap,takkkkkkkk memang tak letak kicap ye,rempah dan bawang,ingat cite arwah nenek,resepinya sekilo daging sekilo bawang.Rempah dan bawangnya di goreng hingga betul-betul masak tapi bukan hangit ye.Sampai kering air dannnn bawangnya di racik bukan blend.Proses memasak pulak bukan sekejap tau,kalau mula pagi petang baru siap,memang masaknya lama sebab tu sedap.

Resepi? haaaaa sorry la tak de resepi original sebab pemiliknya sangat menjaga keaslian dan rahsia kesedapan hehehe.Mungkin dapat kalau pi interview sendiri la kot,mintak baik-baik untuk buat makan sendiri bukan berniagakan,mana tau dapat.Setakat ni yang ada hanya resepi dari pemerhatian je.

Lokasi Kedai Rendang Hitam /Rendang Jamil Warisan Kuala Lipis

Kalau datang ke Kuala Lipis,korang boleh cuba menu tradisi ni di deretan kedai makan di kawasan stesen bas dan teksi bandar lama Kuala Lipis,berdepan dengan Pahang Farmasi dan Cimb Bank.Kedainya di hujung sekali ada nama Rendang Warisan Kuala Lipis.Tapi bulan Ramadhan ni ada di jual di Bazar Ramadhan berhampiran Dewan Jubli ,berhadapan Balai Polis Lipis.

Sejarah Rendang Hitam Jamil/ Rendang Warisan Kuala Lipis

Ni cerita yang Cik Sue dapat dari arwah nenek dan abah yang dah berpuluh tahun tinggal di Kuala Lipis.Abah mula-mula kerja ktmb di stesen Kuala Lipis ni lingkungan tahun 1970,masa tu kedai Jamil ni kat tangga nak turun ke Sungai Jelai,tangga tu dari jalan raya di seberangnya stesen keretapi Kuala Lipis.Kedainya di kepala tangga tu.Kata orang Jamil ni mamak bukak kedai kopi jual roti canai dan sarapan pagi,setiap hari kedainya penuh.Dia ada pekerja perempuan tak pasti katanya dari Indonesia,buatkan rendang hitam ni.Masa tu memang laku dan jadi pilihan masyarakat setempat untuk sarapan pagi dengan pulut putih biasa.

Resepi rendang tu di ajarkan kepada Jamil sebelum dia berhenti atau meninggal ke tak pasti,di sebabkan kesedapan rendang ni,Kedai Jamil menjadi perhatian dan pilihan untuk menikmati rendang ini.Orang luar yang datang pun mengakui kesedapannya.Sekarang resepi ini di turunkan kepada anak cucunya meneruskan perniagaan.Menjadi santapan istimewa bila pihak Istana berkunjung mencemar duli ke Kuala Lipis,selain Nasi Kebuli dan Sambal Hitam Belimbing dan lain-lain lagi.Tambahan Tengku Puan Pahang Toh Puan Azizah memasukkan menu ini dalam buku masakannya,terus menu ini menjadi menu warisan Kuala Lipis.

Itulah serba sedikit info yang Cik Sue tahu dari mulut orang tua-tua.Dannnn di akui memang sedap rendang ni,rasanya sama je dari zaman Cik Sue kecik,dah sekolah,sampai la sekarang.Tetap itu la rasanya,sikit pun tak berubah.Bertambah la berbuka petang semalam habis dua pinggan nasi hahahhaha.

Kalau korang datang Kuala Lipis,Cubalah rasa,Insya Allah menepati selera,oh ya rendang ni kalau bukan bulan Ramadhan hanya di jual ketika sarapan pagi je tau,biasa hari kerja ,pukul 9 dah licin.


7 singgah dan taip sket..:

Jom shopping makeup raya : Althea Raya Giveaway Festival

9:13 PM Sue Izza 7 Comments

Baju raya? setel.Kasut/sandal raya? setel.Rumah raya ehhh haaaa setel.Kuih raya? beli je kira setel la kan hehhhe.Tapiiiii muka raya? muka apa lak Cik Sue ni? Alaaa mekap la,ai pun nak mekap juga,takkan nak pucattttt je muka pagi raya.Nih,gambaq kat bawah ni nampak tak lipstik tengah-tengah tu lip crayon ke apa tu,tau dah lipstik tu dah patah huhuuuuu di kerjakan anak buah huwaaaa.Abangggggg nak mekap,lipstik ,eyeshadow baru pleaseeee ahhahaha.


Jom la korang,malam ni Cik Sue nak shopping barang mekap kat https://my.althea.kr/ .Kalau nak tahu ni la online shop boleh beli mekap berkualiti murah-murah tau,sesuai la tuk surirumah cam Cik Sue yang kurang pendapatan ni sobs sobs,segala benda nak kena jimat.Tapi dengan Althea ni boleh la Cik Sue bergaya bermekap ala K-pop gitu di pagi raya hahahha.Semua mekap berkualiti dari Korea tau.Memang best shopping kat sini,semua ada dari hujung rambut ke hujung kaki.


Meh ni Cik Sue nak bagitau ,kalau korang shopping kat Althea sekarang,ada tawaran istimewa sempena raya ni tau, Althea Raya Giveaway Festival  yang mana kalau korang beli barangan yang termasuk dalam tawaran festival ni akan dapat freegift tau dalam saiz sebenar lagi.Untunggggg sangat tu.Beli 1 barang percuma 1 lagi barang.Ni Cik Sue shopping ni mau terbeliak mata Mr D ni,risau habis banyak RM lak kan hahahha dia tak tau isteri dia ni bijak berbelanja ,gittewwww hahaha.


 Oh ya,selain tu korang shopping sekarang akan dapat juga Limited Edition Ramadhan Box ala-ala misteri box la.Bila beli barang 1 kotak,alih-alih sampai 2 kotak,haaaaa sapa je yang tak happy lompat-lompat bintang weiiii.Jom-jom,malam ni kita shopping sampai pagi hahhaha poyo je Cik Sue ni.

Dahhhhh tunggu apa lagi tu ,jom-jom :

Web http://my.althea.kr/
Facebook https://web.facebook.com/altheamalaysia
Instagram https://www.instagram.com/altheakorea/

7 singgah dan taip sket..:

Honestbee memudahkan kerja surirumah

2:15 PM Sue Izza 8 Comments

Hai korang,ni Cik Sue nak tanya,biasa shopping barang dapur kat mana? Kalau Cik Sue dulu-dulu zaman bujang dan berdua je tak de anak lagi suka gi pasaraya sorang-sorang,tak suka ajak Mr D nanti sibuk penat la ,lenguh la,nak balik la,lama sangat la pilih barang hehehe.Bila pergi sorang-sorang aman sikit nak pilih barang,nak belek-belekkan.Tu masa boleh pergi sorang-sorang la,sekarang dah ada “handbeg bergerak” aka Humaira ni,agak payah ak gi pasaraya dan berlama-lama pilih barang kalau sorang-sorang.Terpaksa tunggu Mr D ada,selalu hujung minggu je la,sebab kalau pergi sorang-sorang mana nak tolak stroller mana nak tolak troli pasaraya lagi,kang Humaira meraung lagi,adoiiii kang habis dok susahkan semua orang.Kalau terdesak sangat pergi kedai runcit di kawasan rumah je,tapi selalu tak banyak barang yang Cik Sue nak tu ada.



Tapiiiiiiii,baru-baru ni Cik Sue dah jumpa satu website shopping barang dapur tau,bukan sekadar barang kering,barang basah pun adaaaa.Ya Allahhhhhh,lega sangat,dah la ada penghantaran ke muka pintu lagi.Dan yang bestnya ada barang-barang import yang halal juga,kekadang Cik Sue ni suka masak hidangan western,memang mudah.Segalanya ada,dari bahan kering untuk memasak,bahan baking,makanan siap di makan,malah barang-barang kelengkapan rumah,pencuci,ubat nyamuk pun ada tau.


Honestbeemy Sangat Membantu.

Yaaaa,inilah dia laman www.honestbee.my ,mula-mula klik teruja Cik Sue,cukup lengkap,sampai rambang mata.Yang bestnya dekat sehari pilih barang,siap boleh rehat jap makan minum,pastu sambung shopping lagi hahahahha,ye la kat rumah je kan,apa ada hal.Sambil susukan Humaira pun boleh klik-klik,Ya Allahhhh,syurgaaaa sangat rasanya hahhaha.
Konsep dalam honestbee ni ada banyak kedai,korang pilih je barang-barag dari kedai tu,oh ya,siap ada kedai bunga tau hehehehe,sib baik Cik Sue kurang minat bunga-bunga ni,eh tapi kalau orang hadiahkan ok jee.  Kedai-kedai dalam honestbee ni ada kedai barang-barang runcit,kedai barang makanan Jepun,La Juiceria yang jual air detox tu pun ada tau,kot malas nak buat jus,order je.






Harga Berpatutan,Banyak Pilihan.


Dari segi harga memang berpatutan,beza pun Rm1-2 je,tapi ok la siap hantar ke rumah.Kalau keluar beli sendiri pun sama jugak kita keluar duit untuk minyak,parking lagi,malah masa lagi tuk cari dan pilih barang.Ni kita pilih sementara tunggu barang sampai boleh buat benda lain dah,jimat masa.Cik Sue juga tertarik dengan web ni sebab banyak pilihan,kalau pasta tu macam-macam jenama ada,kalau cheese tu berjenis-jenis,siap ada yang Cik Sue tak tahu pun.Seronok je memilih.

Proses Pembelian Yang Mudah dan Lancar


Honestbee ni memang mesra pelanggan,webnya pun mudah nak faham.Cara  nak membeli-belah senang je :

1.Buka web www.honestbee.my atau install apps honestbee di handphone korang,boleh klik link ni ye https://play.google.com/store/apps/details?id=com.honestbee.consumer&hl=en

apps honestbee


2.Signup sebagai pelanggan,dah siap login ,settingkan lokasi penghantaran klik di sebelah nama korang di bahagian atas sebalah kanan tu dan mula membeli belah.

3.Dah siap,klik troli anda dan check senarai arang yang anda pilih,oh ya diorang akan beritahu kalau barang tu dah abis stok atau ada ruangan di bawah setiap barang untuk korang letak pilihan barang ganti (replace) kalau-kalau habis stok nanti,kira macam pilihan kedua la,tapi kalau tak isi dulu pun tak pe.Sebab masa shopper diorang carikan barang kalau habis stok diorang akan wasap tanya,nak ganti dengan barang apa atau diorang bagi cadangan barang replave tu,paham dok?

4.Ok klik check out,masukkan nombor telefon,dan tetapkan masa penghantaran,korang akan di tunjukkan jadual hari dan masa,jadi boleh pilih ye.Oh ya,boleh juga masukkan pesanan seperti sila call sebelum hantar,haaa Cik Sue la tu hehhee.

5.Seterusnya cara pembayaran,korang boleh pilih nak bayar dengan debit card atau cash masa penghantaran,macam Cik Sue pilih cash je senang,kalau-kalau ada barang habis stok dia akan revise balik list barang dan resitnya.

6.Kalau ada kupon Voucher masukkan,dan place order.Diorang akan bagi emel confirmation.

7.Sebelum penghantaran,shopper yang belikan barang korang akan wasap atau call kalau ada apa-apa masalah seperti pilihan barang atau apa-apa je lah.Sampai proses penghantaran,rider tu akan call.

8. Bila dah sampai,sila check barang korang dan resit akan di beri.

Haaaaa senang je,Cik Sue hari tu buat lokasi penghantara ke office Mr D sebab masa tu Cik Sue tak de kat rumah,jadi Mr D akan terima dan bawa balik.Mudah je,sebab kita boleh tetapkan apa yang kita mahu.Memang berbaloi.Balik rumah tengok barang dah ada kat dapur Mr D bawa balik,happy la Seorang Cik Sue bila semua dah tersedia,tinggal masak je.

yeayyyyy barang dah sampai

hambikkkk berplastik2 

antara barang cik sue beli

Jadinyaaaaaa Cik Sue pun nak korang cuba servis honestbee ni dengan belanja korang voucher diskaun,syaratnya :

-pembelian minimum rm100 (diskaun rm20)
-Sah sehingga 30 June 2017
-terhad kepada sekali pembelian dan pelanggan kali pertama sahaja

Ini kodnya HBSPECIAL

Untuk maklumat lanjut korang boleh tengok di link media social mereka ye :

Ps: Selamat Shoppinggggggg.

8 singgah dan taip sket..:

DIY : Makeover meja lama

1:35 AM Sue Izza 6 Comments

Dah dekat nak raya ni,mesti kita dah mula kemas rumahkan? Cik Sue dah mula dah,dok "audit" mana yang boleh pakai,mana yang boleh di lupuskan,mana yang tak mahu pakai tapi masih elok dan cantik bolehlah hulur-hulur kat sapa yang nak,terutama yang baju dah mengecik tu kan ,bukan CikSue yang besar tau hahahaha.Untuk deko-deko rumah pulak,tak de beli apa yang baru pun,nak kurangkan lagi ada.Humaira dah mula melasak,kalau boleh nak lapangkan rumah bagi ruang kat dia nak bermain.Jadi mana yang perabot tak de fungsi tu kalau boleh simpan,Cik Sue simpan la dalam stor,keluarkan mana yang nak pakai je.

Contohnya meja jepun ni,pusaka rumah ni zaman Mr D bujang lagi ni,diorang buat sendiri hehehehe.Kenapa Cik Sue suka meja ni? Senang kalau buat makan-makan,buka puasa ramai-ramai atau kengkawan datang lepak.Hidang je makanan atas meja ni,bersila je keliling,mudah.Dan masa raya meja ni je guna letak juadah raya dan kuih-muih,cukup besar dah.Cuma dah buruk sikit rupanya,hari tu lapik ngan plastik bunga-bunga biasa,tapi nipis tepinya dah koyak asyik tersedut waktu vakum huhuuu.Jadi Cik Sue cuba la nak cantikkan semula dengan bajet ciput.

huduh benor rupa dia huhuu
Banyak jugak la idea Cik Sue jumpa dalam Pinterest (katalog bergambarku hehehe).Ada yang letak bunga plastik lepas tu tindih dengan kepingan kaca,cantik memang cantk tapi mana pula Cik Sue nak cari kepingan kaca tu.Ada idea cat warna terang dan kontra dengan dinding pastu buat cetakan stensil,alaaaa kita tak suka main cat,payah dengan anak lagi.Akhirnya jumpa idea ni,balut je dengan tikar getah yang selalu kita hampar atas lantai simen tu.Ok jom tengok apa yang di perlukan untk idea ni :

Bahan :
2 meter tikar getah-Ikut saiz meja ye,sila ukur dulu.Cik Sue beli yang lembut sikit bukan yang keras letak atas lantai tu.Dan sorang kosong,serabut aih bunga-bunga segala.Nanti bunga kita hias dalam pasu sudah.
1 stapler gun-pastikan berfungsi elok dan tahu menggunakannya dengan berhati-hati ye.
1 gunting




Cara : (sorry lupa amik gambar sebab buat sorang-sorang)
1. Hamparkan tikar getah atas lantai.
2. Terbalikkan meja,biar 4 kaki ke atas.
3. Staplerkan tikar getah membaluti permukaan meja.
4. Staplerkan dengan kemas di bahagian bawah meja.
5, Kalau nak balut sekali dengan kaki pun boleh terpulang.

dah siappppp

Cik Sue tak tegangkan sangat sebab takut koyak,tapi tak de la menggelembung sangat pun.Nanti nak cari hiasan atas meja pulak.Senyum Mr D selamat duit dia hahahhaa,tikar getah tu 1 meter rm9.00 je.

p/s:
rajin pulak buat DIY dalam rumah sekarang ni,hehhehe,pastu ni nak jahit-jahit pulak.


6 singgah dan taip sket..:

Penghadaman Lancar dengan Apple Cider Vinegar with Natural Honey

2:12 AM Sue Izza 4 Comments

Hai korang,macam mana puasa setakat ni? Cik Sue Alhamdulillah masih meneruskan perjuangan walaupun gigil gak lutut mula-mula sebab susukan Humaira puasa kali ni,Awal-awal puasa agak mencabar la,dia punya lapar dan dahaga sampai rasa nak merangkak gak la hahahha,tapi hari ke 13 ni ok dah,dapat rentak dah.Alhamdulillah ,Allah mengizinkan.

Oh ya! Nak cerita dengan korang ni,dari mula puasa hari tu Cik Sue amalkan minum cuka epal (Apple Cider Vinegar),banyak khasiatnya tau.Sebelum ni beli untuk abah je tuk kurangkan kencing manis dia sebab membantu merendahkan paras glukosa dalam darah,Abah dok kata sedap,siap buat kordial buh ais lagi,Cik Sue pun cuba la.Cik Sue amalkan Apple Cider Vinegar with Natural Honey keluaran Surya.


Tapi Cik Sue cuba bukan untuk kencing manis tau,sebab nak kurangkan batuk.Lama dah Cik Sue ni kalau batuk dah macam orang kena batuk kering,tapi bukan la setiap hari.Pastu kejap kena kejap hilang,kekadang kalau batuk depan orang naik segan pulak,sampai pedih dada.Macam nak terkeluar anak tekak.Alhamdulillah,dah seminggu amalkan,mula berkurangan dan kalau batuk pun tak seteruk selalu.

Rupanya banyak khasiat lain Cuka Epal ni,Cik Sue je yang tak nak ambil tahu sebelum ni,sekarang dah tahu memang akan guna dalam kehidupan seharian la heheehe.Setakat yang Cik Sue amalkan dari hari pertama puasa,kurang rasa lapar yang membawa kepada pedih perut.Lapar tu rasa la cuma tak de la rasa pedih perut atau sampai berbunyi-bunyi gitu.Dan rasa lebih bertenaga sepanjang hari,bolehlah uruskan anak,buat kerja rumah,keluar cod sambal,memandu ke kedai cari barang.Kurang rasa lembik letih tu,tak de la melepek sangat berpuasanya.


Dan kesan yang paling Cik Sue rasai,"membuang" bahan kumuh sangattttt la lancar,haaaa penghadaman la.Cik Sue ni dah la ada masalah tu,kekadang 2 hari sekali.Sekarang paling kurang sehari sekali wajib.Lapang je dan sihat je rasa hehheee.

Dan kalau korang nak tahu Cuka Epal ni boleh di gunakan sebagai bahan dalam masakan,contohnya dalam acar,atau ayam masak merah menggantikan asam jawa,ni tips dari Chef Wan tau.Cik Sue pun ada guna buat masak taucu hari tu sedap gak,dalam acar pun dah try,dan lebih sedap.Masam dia lebih ringan rasanya dari guna cuka putih biasa yang boleh pedihkan perut tu.


Cik Sue amalkan 2 sudu campur dengan 180ml air setiap kali berbuka dan sahur tapiiii kekadang rasa tak kaw tambah je sesudu lagi hehehe,baru la sedap,masam-masam manis sebab dia ada madu tau.Tak perlu risau tak de bahan pengawet dan cuka keluaran Surya ni HALAL.Dannnnn yang pastinya tak mahal,itu yang penting hehehhhe,ye la beli mahal-mahal kalau tak berkesan buat apa kan?

Kalau korang nak cuba boleh beli kat Watsons pun ada,murah je RM21  je sebotol.Mampu milik kan? tak pun pi beli kat Lazada atau Shopee.

Kalau nak tahu maklumat lain korang boleh ke FB dan IG diorang ye :


p/s : Dah tinggal separuh botol ni,nak suruh Mr D beli la bawa balik kat abah dan buat stok kat rumah ni.

4 singgah dan taip sket..:

Resepi Ayam Percik Mudah

3:10 AM Sue Izza 8 Comments


Bulan-bulan puasa ni mesti ramai yang mencari ayam percik kan,tak kisahlah ke bazar atau buat sendiri kat rumah.Memang kena selera waktu puasa agaknya,bagi orang kelantan,bulan tak puasa pun banyak je jual ayam percik versi Cik Sue buat ni,bukan jenis kuah merah ayam madu kat pasar malam tu tau.Ni percik kelantan,bersantan.

Kebetulan 3 Ramadhan lepas tak tahu nak masak apa,dok termenung la depan peti ais.Tengok dalam freezer ada drumstick 4 ketul,mula-mula ingat nak goreg berempah je,tapi tak de kuah la pulak.Sebab Cik Sue buat kerabu kacang botol.kami ni bukan boleh makan nasi tak berkuah,rasa tercekik je hehhee.Tengok bahan-bahan semua ada,sempat je sebab ayam masuk oven je,mana ada dapur arang nak panggang bagai kan.Jom tengok resepi Cik Sue ,cara paling mudah dah ni.

Bahan :

Ayam Panggang
4 ketul drumstick ayam
sedikit garam dan serbuk kunyit
1/2 sudu lada hitam
3 ulas bawang putih-tumbuk
1/2 inci halia-tumbuk 
2 sudu pes tandoori Brahims

Bahan kuah percik :
1 kotak santan pekat -200ml
3 ulas bawang merah
1/2 inci halia
4 sudu cili kering yg di blend
1 batang serai hiris halus
1 batang serai titik
1 keping asam keping
1/2 sudu tepung jagung -bancuh dengan air
2 sudu gula
garam secukup rasa

Cara :
-Perap ayam dengan semua bahan perapan,biarkan 15-30 minit,susun di atas para pembakar masukkan dalam oven bakar dengan suhu 200 darjah celcius 25 minit,kalau takut tak masak isi dalam,kelarkan sikit ayam tu.
-Untuk kuah : blend bawang merah,serai hiris,halia,cili kering.Tumiskan dalam kuali hingga pecah minyak,masukkan santan,serai dan asam keping,biar mendidih masukkan bancuhan tepung jagung,perasa kan dengan garam dan gula,masak hingga pekat sedikit.
-Curahkan di atas ayam dan hidangkan.

Haaaa mudah je kan,kejap je buat ni.Tak susah pun,kalau takut tak sempat balik kerja nak masak,sediakan bahan awal-awal,sampai rumah just masak je.


p/s:
Kuah percik ni dah jadi feveret Mr D,kekadang dia bukan makan ayam or ikan tu sangat pun,dok cedok kuah je,siap gaul dengan nasi hehehehe.
2020


8 singgah dan taip sket..:

Resepi Ayam Kari Hijau Thai

10:00 AM Sue Izza 2 Comments


Ramai yang kata ini masak lemak ayam bila Cik Sue post kat FB dan IG,sebenarnya warnanya hijau muda tapi faktor cahaya dan kamera henpon yang tak berapa canggih tu yang jadi nampak kaler kuning tu.Kali pertama Cik Sue masak kari ayam hijau ni,selalu belah-belah Selatan Thai glamer la menu ni,dok belek-belek buku resepi jadi Cik Sue try la buat,kebetulan hari pertama puasa tu nak bawa balik rumah mak,cuba la buat sesuatu yang special sikit,nasib baik menjadi huhuuu.Jom tengok resepinya :

Bahan :
1/2 ekor ayam potong biasa
250ml santan pekat
250ml air
5 bii terung bulat
1/2 sudu serbuk jintan manis
1/2 sudu serbuk lada hitam
3 helai daun limau purut
minyak masak

bahan blend
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3cm lengkuas
3cm kunyit
6 tangkai cili padi
3 biji cili hijau besar
2 batang serai

Cara : 
1. Tumiskan bahan blend dengan serbuk jintan dan lada hitam,hingga pecah minyak,masukkan ayam dan air,kacau sebati dan biar kuah mendidih sehingga ayam empuk.
2. Masukkan terung dan santan,carikkan daun limau purut masukkan ke dalam kuah,masak hingga mendidih dan perasakan dengan garam.
3. Masak hingga kuah pekat dan boleh di hidangkan.


Mudah je kan cara memasaknya,ada yang kata makan dengan laksa beras thai pun sedap ni atau pun mihun,campur dengan ulaman timun serta daun selasih,nanti nak cuba la.
Selamat mencubaaa.....

2 singgah dan taip sket..:

Salam Ramadhan 1438H / 2017 : Puasa dengan Si kecik.

8:00 AM Sue Izza 1 Comments


Belum terlambat rasanya nak ucapkan selamat berpuasa kepada kengkawan semua.Dah masuk 4 Ramadhan pun,baru sempat jengah blog,busynya seorang Cik Sue hehehehe.Busy apa pun tak tahulah.

Bulan Ramadhan ni bulan yang ramai tunggu-tunggu,gandaan pahala dan keberkatan,harapan Cik Sue semoga Ramadhan kali ini,dapat merapatkan kembali ukhuwah dan silaturrahim yang sebelum ini kita putuskan tanpa sengaja atau tidak.Jika Allah sudi ampunkan dosa kita,siapa kita untuk sombong tidak memaafkan kesalahan orang lain,Memaafkan tidak semestinya kita bersetuju dengan kesalahan mereka,mana tahu kemaafan kita kala ini memberi inspirasi keinsafan.

Bagi Ibu-ibu ,isteri-isteri kat rumah ,ini la masa menambah stok pahala kan.Bangun awal siapkan sahur,kejut anak dan suami,petang pulak berperang dengan anak ,berpeluh memasak di dapur,hidangkan juadah berbuka yang terbaik buat suami dan anak-anak.Besarnyaaaa pengorbanan sedangkan diri sendiri pun berpuasa,namun besar juga ganjaran pahalakan?


Alhamdulilllah,Cik Sue masih di panjangkan umur untuk berjumpa Ramadhan lagi tahun ini,kalau tahun lepas puasa waktu mengandung,tahun ni pula sebagai ibu menyusu dan Humaira pun dah 6 bulan lebih.Cepat pulak rasa masa berlalu.Agak mencabar juga la bila dah ada si kecik ni,pengurusan masa dan kreativiti tu penting supaya tak kelaparan dek anak yang macam-macam peel ni.

Perkara yang paling seronok puasa ni mestilah juadah berbukakan,ada yang suka ke bazar ramadhan,ada yang suka masak sendiri,sekarang pulak ada yang lagi mudah order delivery food je,sampai makanan depan pintu hehehehe.Dulu zaman bujang-bujang dan masih bekerja,hidup sorang-sorang,berbuka pun ikut mana dan,beli kat bazar atau kat kedai makan je dengan kawan-kawan,kena pulak kerahan tenaga kena ot,makan pun main kirim je,berbuka di opis itu selalu.

Sekarang dah kahwin,bersuami dah ada anak,dan status suri rumah sepenuh masa,Cik Sue lebih suka memasak sendiri.Eh tapi masa berdua awal-awal kahwin pun kami dah tak pi bazar,tetap balik masak kat rumah walau hanya lauk sardin.Dapat suami yang tak berapa rajin nak berjalan di bazar,jadi kena la bininya rajin masak hehehe.Menu mudah-mudah je,sebab Mr D tak cerewet makan.Goreng telur mata dengan kicap pun ok.

Pengalaman baru tahun ni,bangun sahur dah ada jam loceng hidup hehehe Humaira la,dia macam tahu pukul berapa imsak hehehhe,ngam-ngam je bangun merengek nak susu.Dan jadi peneman memasak di dapur petang-petang,ada masanya dok bergaduh je la ngan dia,merengek nak berdukung,sibuk nak tengok apa dalam periuk hahahah.

Jom tengok menu Cik Sue masak sepanjang 3 hari dah berlalu ni,selalunya masak berbuka lebihkan sikit untuk makan sahur terus.Jadi sekali masak je,senang kerja.

1 Ramadhan :

Sahur :

sayur sawi tumis air
Sotong goreng kunyit berkuah
Berbuka :

Hari pertama balik berbuka di rumah mertua di Kuang,Sg Buloh.Berbuka ramai-ramai dengan ipar-duai.Masing-masing bawa makanan dari rumah,kira macam potluck la,tak sempat lak nak amik gambar kalut dengan Humaira.Seronok,macam-macam lauk ada,sampai tak cukup nasi hehehhe,Cik Sue pun tapaukan makanan yang dah masak kat rumah.

kerabu mangga
Kari Ayam Hijau ala Thai
First time buat nanti Cik Sue update resepi ye.

2 Ramadhan :

Berbuka : 
Masih di rumah mak,tapi ipar-duai semua dah balik rumah masing-masing,uruskan family diorang lak,anak-anak nak balik ke asrama,nak pi beli barang dapur dan macam-macam lagi la,Cik Sue ngan Mr D dah setel semua ,teman la mak ngan bapak berbuka.Jadi Cik Sue la kena masak,mak dah tak larat.Fuhhhh Humaira buat perangai tak nak duduk lepak ngan mbahnya,melalak-lalak menangis tersedu-sedan,ayahnya ambik pun sekejap je senyap.Tak nak dah dengan orang,maybe sebab dok rumah dia sorang je,alih-alih Cik Sue angkut bawang,sayur semua siang depan tv sambil dia dok sebelah,sabo je la hehehhee.

kangkung tumis belacan

Singgang ikan dengan bendi ,mak mertua request nak makan.
Sambal udang Mr D request


Lepas terawih kami gerak balik ke rumah sendiri,tak tahu mana silap,sampai rumah Cik Sue kena bengkak susu,padahal direct feed kat Humaira.Tak boleh tidur dari jam 2 lebih sampai sahur,menangis woooo sakit bengkak,ibu-ibu menyusu tau la macam mana sakitnya.Dah perah dah bagi Humaira hisap tetap bengkak,macam susu tersumbat pun ye,tuam je la dengan tuala panas,lega sekejap dan tertidur sekali sedar-sedar dah 10 minit nak azan,bingkas bangun sediakan air panas bagi Mr D,nasib baik nasi dan lauk dah tapau dari rumah mak,bukak tupperware je makan huhuu,Cik Sue ok la tak sahur pun dok rumah je,Mr D tu yang kesian jap lagi kena pusing site jenuh oiii.

3 Ramadhan :

Lepas Mr D gi keje,sambung rest, badan dah panas,tekak perit sangat.Susu pun masih bengkak,dok la tuam dengan tuala panas.Paksa juga Humaira menyusu supaya cepat surut,walau menitik air mata sakit,Bangun solat,mandi terus melepak je,pukul 5 baru ke dapur ,gagah-gagahkan diri.Buka peti ais cari apa yang paling midah nak masak,kebetulan Mr D balik lewat,Cik Sue pun tak selera just berbuka minum air soya,solat dan baring rehat .Tunggu Mr D balik baru makan sama.

Urap/Kerabu kacang botol,ni lepas maghrib baru buat

Ayam Percik Simple
Kebetulan semua bahan dah siap sedia,masak je.

Itulah catatan setakat hari ke 3 Ramadhan.Hari ke 4 ni tak tahu lagi nak masak apa,selalunya Cik Sue ni tengok apa bahan yang ada dalam peti ais je,ala-ala masterchef gitu,masak ikut bahan yang di beri hehehehe,memasak ni tak susah kalau kita pandai uruskan dan kreatif,Dengan anak kecik ni apa yang Cik Sue buat,time anak tido atau suami jaga anak,siapkan bahan-bahan asas tuk masak,blend bawang ,cili,halia siap-siap,sayur nak simpan,potong siap-siap,ayam perap dan simpan dalam freezer,buat pes asam pedas,masak lemak,kari siap-siap,Nak masak amik masuk periuk je,jadi jimat masakan?

Korang pula macam mana cerita ramadhan setakat hari ni?

1 singgah dan taip sket..: