Sakit yang indah.

3:51 AM Sue Izza 11 Comments

Assalamualaikum,

Rasa janggal pula bila nak menulis sesuatu yang terlalu personal ni hehhee tapi nak juga coretkan sebagai kenangan hari tua.Mesti ada yang kata macam dia sorang je beranak,riak la tu dapat baby,kesian kat orang lain,huishhhh demi Allah sikit pun tak de terfikir macam tu.Jangan risau Cik Sue memahami sangat apa perasaan bila setiap kali di tanya,bila nak kawin,bila nak mengandung,sebab Cik Sue juga melaluinya,paham peritnya macam mana,cuma mungkin Allah dah dengar doa Cik Sue dan suami,Insya Allah,doa korang juga akan di makbulkan,lambat atau cepat je.
Coretan ini hanya sekadar kenangan tuk si kecik bila Cik Sue dah tua nanti.

Tanggal 14 November 2016,lahirlah sebuah nyawa yang Cik Sue kandung 37 minggu dalam rahim ini,setelah mengharungi kesakitan 11 jam di dewan bersalin dengan di temani Mr D hampir sepanjang masa dari awal sehingga akhir,yang akhirnya membuatkan doktor memutuskan untuk jalankan pembedahan emergency.Ini kerana Cik Sue sendiri sudah tak berdaya menahan kesakitan sedangkan laluan untuk melahirkan masih tidak terbuka,bimbang si kecik itu kelemasan.Alhamdulillah proses pembedahan berjalan lancar.Sedar-sedar si kecik itu dah di hulurkan kepada Cik Sue,masa tu hanya Allah tahu perasaan ini.Aku dah jadi ibu ke? Allahhhhhhh besarnya kekuasaanMu.


Pertama kali melihat,pertama kali memangku,berderai jua air mata,darah daging akukah ini? pewaris akukah ini? Rasa macam baru semalam habis sekolah,bekerja dan berkahwin.Termenung seketika melihat wajah mulus,tangan kecil yang menggapai-gapai itu.Sebak,sayu semua bercampur.Tak terkata apa yang di rasa,malah mula terasa berat juga bahu memikirkan selepas ini besar tanggungjawab yang akan di galas untuk si kecil ini,putihkah dia hitamkah dia,ibu bapa yang akan mencorakkannya,salah langkah,kami yang akan di persoalkan di akhirat kelak.Allahhhh bimbinglah kami ke jalanMu.


Terima kasaih juga Cik Sue ucapkan kepada kakitangan Hospital Serdang,dari petugas,jaga,cleaner,nurse hinggalah ke doktor,Alhamdulillah doa Cik Sue dari awal masuk wad di makbulkan untuk di keliling nurse dan doktor wanita,serta mereka yang prihatin,lemahlembut melayan Cik Sue yang kesakitan.Semua sangat baik,memberi kerjasama dan sokongan,malah sangat membantu.Tahniah dan terima kasih atas layanan anda.

Humaira sayang,
Suatu hari andai terbaca catatan ini,ingatlah kamu anugera terindah untuk ibu dan ayah selepas mengharung kesakitan itu,ye sakit yang indah.Semoga Allah pelihara kamu dari segalanya di dunia ini.Kamu yang pertama dan kamu buah cinta dan kasih kami,Insya Allah kami berusaha menjadi ibu dan ayah terbaik buatmu nak.

Doakan kami ye semua.

11 comments:

  1. Alhamdulillah mmg pengalaman yg indah dear :))

    ReplyDelete
  2. Iyee...pengalamn yg xdpt dilupakan..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah ...anugerah terindah sakitnya juga indah. Moga Humaira terus memberi cahaya dalam kehidupan sue dan eddy. Welcome to motherhood :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah~ Tahniah

    Seronok kan pengalaman bersalin walau sakit bagai nak mati dah time tu, huhu~

    ReplyDelete
  5. Tahniah Sue..Alhamdulillah...semua kesakitan terus hilang bila dpt tgok anak yg selama ini kita kandung bawa kemana-mana aje..subhanallah..

    ReplyDelete
  6. thniah kak sue.. rasa nak nangis jugak huhu

    ReplyDelete
  7. Tahniah kak sue... The best moments bila first time pegang and susukan anak... Time tu rasa blur, nak nanggis pun ada... Tapi tu lah kenangan paling terindah.

    ReplyDelete
  8. bila nak kasi uncle shark gomol pp humaira nie..
    heheheh..

    ReplyDelete
  9. Kann.. best moment sangat bila pertama kali dgr anak sndri menangis.. tgk dari jauh pun dah sebak.. hilang terus sakit masa nak bersalin tu..

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah..best kan jadi ibu ni..

    ReplyDelete