Raikan Perbezaan,Rapatkan Ikatan.

6:43 PM Sue Izza 7 Comments

Masih belum terlambat Cik Sue nak ucaplan Happy Chinese New Year kepada semua rakan yang menyambutnya.Tahun ni adalah tahun ayam atau rooster ,semoga membawa tuah dan keuntungan berlipat kali ganda kepada korang ye.

Oh ya,setiap kali perayaan kita pasti tertunggu-tunggu iklan istimewa dari syarikat-syarikat besar di Malaysia ni kan,kali ni Cik Sue tertarik dengan iklan Tahun Baru Cina dari TNB Malaysia.Korang boleh tengok kat link di bawah nu ye :


Mengisahkan ibu mertua yang memberi cabaran memasak sempena makan besar tahun baru kepada tiga menantu perempuannya.Tergelak juga la Cik Sue tengok gelagat menantu-menantunya,siap buka Youtube nak tengok cara memasak tu (terasa ai hahahhha) tapi Cik Sue tengok resepi je.Menantunya berusaha keras nak memikat hati mertua,siap berkungfu dan keluar semua skill memasak yang ada tapi tak berjaya,sekali pak mertuanya bagi idea yang menjernihkan suasana,nak tahu apa korang kena la tonton iklan ni ye.

Walaupun nampak iklan ni kelakar tapi banyak pengajaran yang kita boleh dapat melaluinya seperti mengenepikan segala perbezaan dan merapatkan semula ikatan kekeluargaan bukan sahaja di waktu perayaan.Sememangnya kita masing-masing adalah berbeza punya perangai tersendiri,ada benda yang kita suka dan tak suka pada ahli keluarga tapi bukanlah alasan untuk membenci malah menerima perbezaan masing- masing pastinya lebih pelbagai dan meriah,betul tak?

Dalam keluarga yang ramai dan besar pula kita tidak boleh mementingkan diri serta asyik bertelagah sesama sendiri,padahal jika bersatu sesuatu yang di buat akan lebih mudah dan berjaya,contoh menantu-menantu dalam iklan ni jika mereka bekerjasama pasti hidangan akan jadi lebih sedap.

Seperti juga hidangn di musim perayaan ini yang pelbagai rupa rasa dan bentuk ,begitu juga kita sesama ahli keluarga dan rakan sekeliling,saling menerima dan merasai pasti akan lebih harmoni.Buka hati untuk menerima kelebihan dan kekurangan orang di sekeliling begitu juga orang akan melayan kita kelak.

Apapun perbezaan bukanlah penghalang kemesraan dan ikatan,yang penting sikap terbuka dan menerima.

Selain iklan Tahun Baru Cina dari TNB ini korang juga boleh bermain permainan hidangan misteri di web mereka,detail seperti di bawah ye.



Table Of Harmony
Jom kita tengok hidangan misteri masing-masing yang mencerminkan diri korang . Dalam game ni kita akan lihat  sejauh mana sikap korang bila berkumpul dengan ahli keluarga.

1. Buka website https://betterbrighter.my/tableofharmony

2. Klik 'Unveil Mystery Dishes'
3. Klik 'Discover What Mystery Dish You Are & Join The Table'
4. Pilih jawapan A, B, C atau D

5. Klik 'Unveil Your Dish' dan keluarlah result Mystery Dish korang...


Haaaa ni result Cik Sue,hehee bila plak kita suka makan tofu ni huhuuu...


Happy Chinese New Year allllll.....

7 comments:

  1. menarik webfilm tu, banyak mesej berguna yang disampaikan. TOH tu pun menarik, boleh cuba buat.

    ReplyDelete
  2. Suka tengok aksi diorang masak..hehe

    ReplyDelete
  3. baru tukar template ke..hehee..wahh..eh cakap pasl iklan ni..memang menarik..lagi2 permainanan table of harmony tu

    ReplyDelete
  4. combination of extreme tu.. tetiba terbyg sue jd mak mertua dlm filem tnb tu..hehehe

    ReplyDelete
  5. alaaaa... youtube tak lepak lak nak tengok kat opis ni. balik rumah kang la tengok..

    ReplyDelete