19 February 2017



Dari lepas pantang hari tu lagi teringin nak makan masak kicap tapi dok tahan dulu la,kang luka masih belum sembuh makan kicap risau lak gatal,jenuh pulakkkk menahan kang.Sekarang Alhamdulillah luka dah sembuh luar dalam,jadi kita masak la apa yang nak di makan tu tapi jangan la belasah sekuali ye,berpada-pada la buat hilang terliur,selebihnya bagi en suami je belasah heheheh.Jom tengok resepi simple dari Cik Sue mudah je.

Bahan :
500 gm ayam potong saiz sesuai perap garam dan serbuk kunyit goreng separuh masak.
3 ulas bawang putih*
4 uas bawang merah*
setengah sudu teh lada hitam*
setengah sudu teh jintan manis*
1 inci halia*
1 biji bawang besar hiris bulat
3 kuntum bunga cengkih
2 biji bunga lawang
1 keping kulit kayu manis
6 sudu kicap pekat Tamin
2 biji cili merah -potong ikut suka
2 helai daun limau purut
1 batang serai-di ketuk
garam dan perasa

Cara :
1. Blend bahan bertanda * ,tumis dengan bunga cengkih ,kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau,masukkan serai dan daun limau purut.
2. Masukkan kicap pekat ,tambah air jika nak lebih berkuah,masukkan ayam dan gaul ratabiar mendidih seketika ,masukkan bawang besar dan cili merah gaul rata sebentar.Boleh hidangkan.

Mudah kan,campak-campak je simple,masa penyediaan pun sekejap tak perlu lama-lama kat dapur tu hehehhe.















1 singgah dan taip sket..:

Alaaaa...sedapnya..nak buat macam ni jugak la utk bekal esok pi keja

REPLY

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates