07 February 2017


Ni masak awal-awal pagi tadi,sekuali besar Mr D bawa ke opis tuk potluck,menu dah di beri suh buat sayur goreng,jadi Cik Sue masakkan yang ni je la senang hehehhe,mana ntah dapat resepi ni masa tu dok tanya orang sebab nak makan macam.kat kedai mamak tapi nak buat sendiri hehehhe mudah je rupanya.

Bahan :
1 biji kobis saiz kecik-bukak sehelai2 potong ikut suka dan basuh bersih2
1 batang carrot merah hiris memancang macam batang mancis.
1 sudu kecil biji sawi
3 ulas bawang merah hiris
3 ulas bawang putih hiris
1 sudu kecil serbuk kunyit
4 tangkai cili kering potong pendek2
minyak untuk menggoreng
garam dan perasa

Cara :
1. Panaskan minyak,masukkan biji sawi dan bawang,goreng hingga wangi,
2. Masukkan serbuk kunyit dan cili kering,gaul rata.
3. Masukkan carrot gaul dan biar empuk sebentar,masukkan kobis,gaul rata sampai semua kobis berwarna kuning,masukkan garam dan serbuk perasa.Mudahkan.

Sayur kobis ni makan lak ngan kari kepala ikan ke,kari ayam ke sedap ni ,nyum2 lapar la pulak huhuuu...


5 singgah dan taip sket..

lapar pulak perut tengok kobis tu. macam sedap ja hehe btw sy singgah dan follow blog ni ya. Harap sudi melawat blog baru saya :)

REPLY

Kite kalau makan kat mamak mmg inilah sayur yg kite cari, hehe~

REPLY

kalau kita bedal je, tapi laki kita mesti cakap kuah takde ke..hahaa

REPLY

nak try la.. tapi biji sawi tu tak ada lak..

REPLY

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates