Resepi Pencicah Daging/Ikan/Seafood Bakar Ala Thai

8:27 AM Sue Izza 7 Comments

Ceritanya semalam ada baki seketul daging lebih buat masak apa ntah hati tu,semalam nak makan nasi tak tau nak masak apa,masuk je la daging dalam periuk buh air dan cuka makan sikit nak bagi empuk,rebus je.Dah masak kuarkan hiris nipis-nipis,ingat nak cicah sambal cili tumbuk je,tapi teringat resepi dari kak Irene di FB ,cubalah.Alahaiii sedap pulak cicah,tak cukup pulak dagingnya.Mr D pun kata sedap,boleh niaga dah hahahhah...Jom tengok resepinya,kalau kat FB korang cari kat Irene Raihan,banyak resepi best ala Thai dia share.

Pencicah Ala Thai

Bahan:
2 biji cili api potong halus
1 sudu air asam jawa
1 sudu beras goreng yang di tumbuk
1/2 sudu bijan sangai/goreng kering
1 biji bawang merah cincang halus
1 sudu cili fleks atau serbuk cili
1 sudu sos ikan
1 sudu gula kelapa(palm sugar) -yg macam org buat somtam tu (ciksue beli kat pasar borong selangor,kedai klate) atau pun boleh letak gula perang.
air suam sikit

Cara:
Gaulkan semua bahan,letak air suam sikit.

Boleh buat tuk cicah ikan bakar,daging bakar/rebus,sebagai rencah kerabu,cicah seafood bakar.Haaa memang sesuai sangat la.Makan lak ngan nasi panas,ada ulam pulak wahhhh terangkat beb hehehhe cubalah,Cik Sue nak pi jalan-jalan FB kat Irene lagi nak cari resepi best.


7 singgah dan taip sket..:

Cantik dan bertenaga dengan Jus Tergelly

8:30 AM Sue Izza 6 Comments

Hai korang,sihat ke? Cik Sue Alhamdulillah segar rasa bangun pagi ni,tak seperti seminggu yang lepas.Rasa lesu ,lemah tak bertenaga,lemau bak biskut kering,En suami nak gi kerja pun tak hantar sampai depan pintu,huuhuuu maafkan saya,lepas subuh je rasa letih mengantuk yang amat.Susukan anak mesti tertidur sekali,memang tak jadi kerja kat rumah jawabnya.Rasa malas tu besar je nak bangun dan setelkan kerja rumah.Malah buat kerja sikit pun dah rasa letih,lenguh-lenguh badan.

Alhamdulillah ,sorang kawan cadangkan Cik Sue cuba satu jus ni,bukan jamu tau,tapi jus atau minuman botani dengan 1001 khasiat dari bahan terbaik.Namanya Jus Tergelly ,hahahha mula-mula baca nama jus lain macam lak rasa hahahha,jangan oiiii anak baru 4 bulan ehhhhh...

ni la Jusnya
Jus ni mengandungi 20 bahan yang memang berkhasiat untuk tubuh badan tak kira lelaki atau wanita,jadi jus ni boleh di minum lelaki dan wanita la ye.Antara bahannya :

20 kandungan dalam 1 jus :
Aqua -Delima
Kurma-Prunes
Madu-Kunyit 
Buah tin-Kacip fatimah
Manjakani-Mangga africa
Serapat-Vitamin C
Asam Gelugor-pegaga
Halba-Habbatus sauda
Collagen-Peuraria Miridica
Vitamin A-Vitamin B5 dan B3
.
Tengok,bahan semua yang tinggi khasiat untuk tubuh bahan,memang jus ni cukup lengkap dan sesuai dengan Cik Sue,tambahan baru lepas bersalin ni sistem badan banyak yang nak kena rawat,segala urat-urat yang putus di kerat pisau czer tu huhuuu,memang perlukan makanan dan minuman berkhasiat.Cik Sue ni nak suruh minum air akar kayu memang agak errrrr tak tertelan la,kalau kapsul tu ok lagi,jadi jus ni memang menepati citarasa tekak ku ini hehhee,sedap rasanya,manis buah,kkdg rasa nak togok je kikiki tapi rugi la ada cara minumnya :

1 sudu sebelum sarapan
1 sudu sebelum makan tengahari
1 sudu sebelum tidur

Tapi korang kena minum dengan sudu plastik tau supaya tak hilang  khasiatnya.



Testimoni Cik Sue selepas seminggu amalkan Jus Tergelly:

-Bangun pagi badan lebih segar dan bertenaga.
-Kurang letih jika terpaksa bangun malam jaga anak.
-Sakit pinggang berkurangan
-Susu badan bertambah
-Pengaliran haid lebih lancar
-kulit muka rasa lebih tegang
-Hilang rasa sakit di bahagian rahim.

Cik Sue dah suka jus ni,dah la sedap,banyak khasiat,mula-mula ingat alaa sama je macam jus-jus lain kat pasaran yang berlambak tu,tapi lain.Manisnya manis buah tak de campuran gula pasir ye,manis semulajadi bahan yang di masukkan.Memang sesuai untuk Cik Sue yang  baru lepas bersalin dan habis pantang ni,maklumlah bila czer ta boleh nak bertungku dan mengurut macam orang bersalin normal,jadi jus ni memang membantu mengecutkan rahim dan membersihkan dalaman.


Oh ya,bukan wanita je dapat khasiat dari jus ni,untuk lelaki pun banyak khasiatnya.Terutamanya sebagai penambah tenaga tambahan untuk yang lesu letih bekerja,juga dapat mengawal berat badan.Kulit pun bertambah cantik,eh lelaki pun kena kulit cantik tau,bukan la cantik macam wanita tapi lebih bersih gitu,hilangkan parut-parut jerawat tu.Baru la nampak muda sentiasa.


Berapa la agaknya harga jus ni ye? mesti ramai kata mahal,tak de la mahal berbanding khasiat dalam sebotol jus ni.Berbaloi dengan harganya RM89.90 (WM), RM98.90(EM) untuk 1 botol 250ml.Sedangkan kita tahu bahan yang di masukkan dalam ni lagi mahal kalau kita beli asing-asing kat luar kan? Ada yang nak dapatkan haaa hubungi nombor telefon di bawah atau dapatkan maklumat kat link tu ye :

Facebook : https://www.facebook.com/tergelly/
Instagram : www.instagram.com/tergelly.official
No Tel : 011-40323558

Jom dapatkan untuk kesihatan bersama,suami-suami nak bagi hadiah kat isteri pun cun ni.

6 singgah dan taip sket..:

Perkataan Rahsia Hubungan Suami Isteri

11:30 PM Sue Izza 7 Comments


Assalamualaikum semua,
Ye tuan-tuan ,puan-puan,kali ni Cik Sue pakar motivasi nak berceramah isu rumahtangga.Amboiiiii motivasi ke rotibasi Cik Sue oiii hehhhee.Tak de la,saja keboringan di hari minggu.Ni nak kongsi cerita/tips dengan korang ni,hasil pembacaan dan pemerhatian sekeliling serta pengalaman sendiri.Eceh dah macam ayat tesis lak ngeee.

3 Perkataan Rahsia Keamanan Rumahtangga.


Apa rahsia-rahsia ni? password ke? Bukanlah! Ha meh nak cite,tapi Cik Sue ni bukan la nak mengajar atau nak tunjuk pandai cuma nak berkongsi je.Masih "hijau" lagi dalam alam rumahtangga ni,baru berpucuk orang kata.Berkongsi benda baik apa salahnya kan? Sepanjang berumah tak de tangga ni apa yang Cik Sue perhatikan,komunikasi adalah satu benda yang sangat penting dalam hubungan suami isteri.Korang bayangkan sepasang suami isteri duduk satu rumah tapi tak berkomunikasi,bukan sekadar bertegur sapa atau bercakap malah tak peduli satu sama lain,haaaa boleh bayang sendiri la kan dasyatnya hubungan tu.Tambahan lagi bila dah ada anak,memang haru jadinya.

Komunikasi suami isteri ni ada caranya,bukan macam kita berkomunikasi atau bercakap dengan kawan-kawan,pekerja atau rakan serumah tau.Ada caranya supaya tak de perselisihan atau salah faham yang akan memudaratkan rumahtangga.Kadangkala kecil je silap dalam cara bercakap dengan pasangan tapi boleh jadi perang dunia kan.Meh Cik sue kongsi 3 perkataan yang penting ,yang korang kena amalkan dalam komunikasi dengan pasangan terutama dengan suami/lelaki.Ni pun sumber dari ceramah-ceramah yang Cik Sue dengar dan pengalaman sendiri la jugak.

1. Tolong

Ini perlu,terutama kalau nak minta suami buat kerja rumah hehehe atau buat apa-apa yang perlu.Selalunya lelaki ni tak suka di arah,jadi kita minta tolong.Kan macam merayu tu,cakap elok-elok,jangan tengking-tengking.Daripada kita cakap "Abang,pergi buang sampah jap,dah berulat ni!" baik kita cakap "Abang tolong ayang boleh tak,buangkan sampah ni jap" ,haaa sedap dengarkan?

Dan selalunya perkataan tolong ni melambangkan kita sangat-sangat perlu di bantu,dan kita meminta pertolongan bukan mengarah-arahkan suami.Gunakan la kelebihan sebagai perempuan,dengan gaya lemah lembut kita kan hehehe.Tapiiiiii kalau tak bergerak juga,ralit juga dok main game ke tengok tv ke letak je plastik sampah tu depan muka dia hahahaaah padan muka (ehhh jangan tiru eh,ajaran sesat hahahha)

2. Maaf

Pernah dengar tak ayat,"memohon maaf tidak semestinya kamu yang salah tapi sebagai cara menjaga hubungan" Ya,kekadang walau bukan salah kita apa salahnya kita mohon maaf dulu,tambah-tambah kalau hal kecil-kecil dalam rumahtangga,Lepas dah ok tu baru la cerita balik dengan suami apa yang tak kena dan tak sepatutnya dia buat tu.Kekadang bila di selubungi ego tu yang tak nak mengaku salah silap tu,jadi kita beralah,tak rugi pun sebenarnya,dah tenang sejuk semua,bincang la semula elok-elok.

Ucapan maaf tu pun sebenarnya jadi penyejuk waktu tengah situasi hati tengah panas tau.Kalau terjadi situasi bertekak atau selisih pendapat,selalu Cik Sue akan jauhkan diri jap,bagi tenang,mulut kunci jangan membebel dulu,dah ok sikit,minta maaf dan jangan bincang lagi hal gaduh tadi.Buat kerja lain atau abaikan dulu,lepas lama sikit tengok en suami dah tenang,dah buatkan air dah makan-makan ,dok rilek santai minta maaf lagi sekali dan bincang elok-elok,Alhamdulillah selalunya menjadi hehehe.Walauuuuuu pun bukan salah kita ,minta maaf je,tak rugi aihhh.

3. Terima Kasih

Ini satu lagi perkataan yang ramai jarang guna pakai dalam komunikasi dengan pasangan.Ramai yang anggap alaaa laki/bini tak yah nak terima kasih sangat la,kan semua yang di buat tanggungjawab.Ehhhh jangan la gitu,ini la salah satu penghargaan kecil selain bagi hadiah ke,celebrate apa-apa ke,ni pun dah cukup sejuk hati en suami atau isteri tau.Korang pun mesti seronok kan kalau tolong kutipkan sampah pun orang ucap terima kasih,rasa besar je hati.Mesti lain kali nak tolong lagi heheh.

Penting tau,sebenarnya dengan sapa-sapa pun yang buat sesuatu untuk kita ucap la terima kasih,tak susah pun.Senyum dan ucapkan.Bila suami membantu atau beri apa-apa walau sekecil-kecil pemberian,ucapan terima kasih tu dah buatkan dia rasa gembira dan berbaloi dengan apa yang di buat.Walau dia bawa balik goreng pisang singgit pun hehehe.Amalkan ye dari sekarang.

Haaaaa tu la 3 perkataan rahsianya,Insya Allah kita sama-sama amalkan ye,semoga aman rumahtangga yang di bina.Yang paling penting kenal pasangan anda,hormat dia,hargai dia.Tak kisahlah suami ke isteri ke,hargai mereka ,sebab dia lah yang sanggup terima baik buruk kita,busuk hanyir kita.Sanggup berkongsi hidup susah senang,hargailah.Belajar untik kenal peel pasangan,senang kita handle bila ada masalah atau selisih faham atau perang dunia,jadi isteri ni kena kreatif tau,kreatif memujuk,kreatif menghargai,kreatif menceriakan rumahtangga.Lagi-lagi bila ada anak,kena mainkan peranan wujudkan suasana yang harmoni di rumah.

Eh .panjang lak membebel,biasa la Cik Sue kan hehehe,Ok lah,amalkan tau 3 secret words ni,Daaaa selamat hari minggu semua.Jom berkasih-sayang dan positif dalam hidup.

7 singgah dan taip sket..:

Klasiknya suara Zulin Aziz.

3:30 PM Sue Izza 2 Comments


Sejak-sejak dah bertudung ni comel pulak tengok Zulin ni,dah la makin slim hehhhee,Cik Sue suka tengok gaya dia jenis selamba je,petah pulak tu bercakap.Tapi rupanya dia dah jadi penyanyi la pulak,sedap gak suaranya ala-ala klasik,macam orang dulu-dulu pulak dia nyanyi,ok la,lagu pun sedap jugak.Lagu barunya  Terbiar ni Cik Sue baru dengar ,ada sikit-sikit irama lagu "Ku ingin bahagia -Rina Rahman" penyanyi dulu-dulu.Tak de la betul-betul sama,ada la sikit-sikit.

Jom layan lagu dia :


Lirik Lagu Zulin Aziz - Terbiar

Ke Mana kan ku lari
Membawa Diri ini
Biarlah Dirimu
Tak Dapat memilih
Kau Biar ku sendiri

Haruskah Ku begini
Mengharap tanpa pasti
Dipukul ombak
Ku hanyut ketepi
Lemas tiada erti

Kan ku relakan
Jika Takdirnya
Ku Kan lepaskan
Oleh Kerana

Kau Tak terdaya
Melupakannya
Seperti Dia
Yang Terdahulu memilikimu

Pastinya Aku terasa pilu
Memisahkan Mu
Kan Ku relakan
Jika Takdirnya

Ku Kan lepaskan
Oleh Kerana
Kau Tak terdaya
Melupakannya

Seperti Dia
Yang Terdahulu memilikimu
Pastinya Aku terasa pilu
Memisahkan Mu

Ke Mana kan ku lari
Membawa Diri ini
Biarlah Dirimu
Tak dapat memilih

Kau biar ku sendiri
Kau biar ku sendiri
Kau Biar ku sendiri


p/s : lama tak dengar lagu-lagu baru dari artis-artis baru ni,hehhee jarang jugak dengar radio sekarang huhuuu.

2 singgah dan taip sket..:

Menangi RM100 setiap minggu dengan #Amazeingpromo Shurah

11:00 PM Sue Izza 4 Comments

Hi korang,
Mesti ramai yang dah kenali Produk Shurah kan? Jenama yang dah lama dalam pasaran ni,boleh di katakan di guna turun temurun gitu,dari zaman Cik Sue sekolah menengah lagi dah ada,sekarang dah berbelas tahun tinggalkan sekolah,masih lagi ada di pasaran.Produk diorang ni jadi pilihan sebab tak terlalu mahal dan di sahkan halal oleh JAKIM,malah bahan yang di gunakan pun dari tumbuh-tumbuhan.Dulu-dulu ma selalu beli sebab jenama ni ada semua penjagaan diri dari penjagaan kulit,rambut,badan sampailah produk kosmetik,lengkap dah semua.



Sekarang Cik Sue nak bagitahu yang korang-korang semua pengguna setia Shurah tu,korang boleh menang banyak hadiah menarik dengan promosi terbaru diorang tau.Jetaine Amazeing Promo bermula 15 Mac -15 Mei 2017 sedang berlangsung dan menyediakan banyak aktiviti dan hadiah menarik kepada pengguna produk ini.Okeh,meh Cik Sue cerita satu-satu apa yang ada dalam promo ni dan cara untuk sertainya ye :


Aktiviti di rak Shurah :
Untuk sertai aktiviti dan permainan yang korang boleh menang hadiah,korang kena beli produk Shurah bernilai RM20 ke atas dalam satu resit,pastu korang nampak tak rak macam dalam gambar kat atas haaaa korang pi je situ ,cari salesgirl atau sesapa orang berkenaan dan korang boleh sertai permainan dan menang hadiah yang di sediakan.


Photo Contest :
Selain permainan di rak ,korang juga boleh sertai :photo contest" dengan props yang di sediakan di rak itu,korang snap gambar yang paling kreatif dan super duper awesome,agak-agak wow la kan pastu upload ke Facebook dan Instagram,pastu buh la hastag #AmazeingPromo . Tiap-tipa minggu ada hadiah RM100 tuk korang menang tau.Jangan lepaskan peluang ye.



Mesti ada yang kata alaaaa malas la masuk contest macam-macam tu,tak menangnya pun.Ye la,ye la kalau tak nak masuk contest korang ada peluang juga dapatkan hadiah ,tapi dengan pembelian la :

1. Pembelian melebihi RM70-boleh dapatkan beg Nylon Foldable ekslusif.
2. Pembelian melebihi RM100-boleh dapatkan botol 400ml dengan pouch.
3.Pembelian melebihi RM150-boleh dapatkan payung.

Haaaa,ok apa kannn? dapat jugak hadiah tu.Jadi cepat-cepat serbu pasaraya atau mall-mall yang menjual produk Shurah ni ye,nak tahu pasaraya yang terlibat? korang boleh klik kat SINI .

Sepanjang promo ni jugak ,ada di jual Pek Promosi Shurah yang memberi harga lebih murah dari biasa,jadi senanglah korang nak shopping dan dapatkan hadiah yang macam-macam tu kan.Kalau susah nak pilih ,meh Cik Sue cadangkan korang cuba penjagaan rambut dari Shurah ni.Macam Cik Sue dari zaman sekolah lagi memang akan ada stok minyak zaitun untuk rambut.


Cik Sue pilih minyak zaitun Bijian Anggur untuk kesihatan kulit kepala,yang pasti bila pakai ni rambut tak kering tapi tak de la berminyak meleleh-leleh pulak,lagipun wangi dan menyegarkan kulit kepala terutama lepas mandi,rambut pun jadi hitam berkilat dan mudah di urus,tak kusut-kusut masa nak sikat.Selain yang ini ada juga variasi lain seperti Minyak Zaitun dari Sengkuan,Lavender dan Gamat.


Krim pendandan rambut atau conditioner dari Inai pun ada ,kalau pakai ni rambut jadi lembut,cantik je beralun,malah kita tahu khasiat inai boleh menguatkan akar rambut.Shurah juga ada pewarna rambut dengan pelbagai pilhan warna.Dan bagi yang lelaki korang boleh cuba Hair Gel Shurah untuk penggayaan rambut korang,di samping menguatkan dan merapikan rambut,barulah bergaya.Berbaloi-baloi membeli,tambahan ada #AmazeingPromo dari #shurahmy ni kan.

Untuk maklumat lanjut korang boleh klik dan dapatkan info di link bawah ni ye :

Facebook: Shurah
Instagram: @shurahmalaysia
Website: www.shurah.com.my

4 singgah dan taip sket..:

Langkah Jaga Keselamatan Anak Di Rumah

1:26 AM Sue Izza 5 Comments

Humaira dah 4 bulan,checkup bulan ni tak de cucuk imunisasi,hanya checkup fizikal je.Alhamdulillah BMI normal namun berat masih naik sikit-sikit je huhuuu.Jenis tak kumpul lemak budak ni hehhe.Tak pe,asalkan sihat ye sayang.

Dah mula meniarap dan angkat kepala,dan suara makin nyaring menjerit (menurun ibu ni hahhaha) dan makin aktif dan berguling-guling atas totonya.
Nurse klinik desa pun dok ingatkan,jaga keselamatan anak makin lasak,jangan leka,jangan tinggalkan tanpa pengawasan.Dah ada kes budak jatuh katil sampai darah beku dalam kepala,Allahhhh mintak di jauhkan.Katanya selalu ibu bapa tak sangka yang anak diorang memang dah laju bergerak,kekadang tinggal 5 minit je pun.

Antara yang perlu di beri perhatian :
-Jangan letak anak tempat tinggi.
-Jangan biarkan anak sendirian tanpa pengawasan.
-Simpan dan kemaskan barang-barang tajam dan merbahaya.
-Jangan tinggalkan anak bermain dengan kain atau pakaian yang boleh lemaskan dia,bimbang tertutup muka.
-Kemaskan kabel elektrik di lantai.
-Beri mainan yang sesuai mengikut umur.
-Pastikan lantai bersih ,tiada habuk dan benda asing.

Banyak lagi sebenarnya,tapi lupa lak huhuu. Hurmmmm,nampaknya ibu kena ketatkan pengawasan ni.Semalam pun dak Humaira dah tersangkut kaki bawah sofa,ruang bawah tu ngam-ngam je ngan kaki dia,cam mana tah dia boleh sumbat kaki bawah tu,last-last tak leh tarik,nangis la.Sib baik tak terseliuh,haiiiii anakkkk.

Orang kata masa ni la mak-mak tak boleh nak fikir deko rumah cantik je,kena fikirkan keselamatan anak atau baby tu jugak.Malang tak berbau kan? biar beringat sebelum kena,dah kena kang berair mata berair hidung pun tak jadi apa dah.Moga Humaira membesar dengan baik dan selamat,Insya Allah.


5 singgah dan taip sket..:

Susu Kambing Isihat Vachoc Plus 10 : Sedap dan Berkhasiat.

8:00 AM Sue Izza 20 Comments

Dah lama tak minum susu kambing sejak-sejak lepas bersalin hari tu,masa pregnant tu ada juga ambil,dah habis terus berhenti.Kali ni ada kawan kenalkan dengan susu kambing keluaran Isihat ni.Oh ya,ada yang tahu Cik Sue ni sebenarnya bermasalah nak minum susu original.yang warna putih tapa perisa tu.Tak kisah la,susu lembu ke kambing ke,memang tak boleh masuk,tambah-tambah kalau ada bau hamis.Sebab tu suka ambil yang ada perisa,dan sebab Cik Sue memang suka benda bercoklat,Susu Kambing Isihat Vachoc Plus-10 jadi pilihan kali ni.

Susu Kambing Isihat Vachoc Plus-10 : Sedap dan Berkhasiat


Sebelum Cik Sue bercerita lanjut pasal susu ni,mesti ramai yang dah tahu kenapa susu kambing mendapat tempat sekarang dan banyak di pasaran.Ini kerana ia bersifat alkali dan mudah di hadam serta tak menyebabkan alahan,malah ia juga makanan sunnah dalam Islam.Selalu juga ibu-ibu mengandung minum susu kambing untuk mencegah anak kena ekzema dan demam kuning bila lahir.Jika di campur kurma,ada kajian engatakan dapat membantu proses kesuburan.

susu kambing isihat vachoc plus10

Pertama kali Cik Sue bancuh susu ni waktu sarapan,memang sedap rasanya,tiada bau hamis,kaya dengan rasa vanilla dan coklat.Tidak perlu tambah gula ye,bancuh dengan air suam,sebab kalau dengan air panas khasiatnya kurang.Sekarang hampir 2 minggu Cik Sue nikmati susu ni setiap pagi,meh tengok apa yang Cik Sue dapat dari susu ni :

-Rasa sedap,tak hamis,manis dari rasa coklat sudah mencukupi tak perlu tambah gula.
-Memandangkan Cik Sue menyusukan bayi yang baru berusia 4 bulan,susu ni agak membantu bila terasa perubahan susu badan bertambah kuantiti serta cepat di hasilkan kembali walau selepas beberapa ketika bayi habis menyusu.
-Bila di minum ketika bersarapan,Cik Sue mudah kenyang,jika terlewat makan tengahari menjaga si kecik pun masih boleh bertahan.

susu kambing isihat vachoc plus 10

Khasiat Susu Vachoc Plus-10 memang tinggi kerana di gabungkan dengan 10 makanan sunnah yang lain seperti  Buah Delima, Zaitun, Tin, Kurma, Kismis, Badam, Saffron, Habbatus Sauda, Manna dan Ginkgo Biloba.Bahan-bahan ini kita tahu memang banyak khasiat untuk kehidupan seharian kan.

Siapa yang sesuai minum susu kambing isihat ini :
-kanak-kanak bermula seawal umur 6 bulan
-warga emas
-remaja/pelajar
-dewasa

susu kambing isihat vachoc plus10
cara mengambil / membancuh susu kambing isihat

susu kambing isihat vachoc plus 10


Apa yang Cik Sue boleh katakan,Susu Kambing Isihat Vachoc Plus-10 memang sedap.Sesuai dengan citarasa Cik Sue,oh ya lupa pulak nak ambil gambar Cik Sue gunakan susu ni tuk buat smoothie pisang.Korang boleh bancuh,masukkan dalam blender atau juicer,tambah sebiji pisang,jika suka boleh masukkan kurma juga,masukkan ketul ais dan blend.Memanggggggg sedap.Cubalah.Cuaca panas ni memang sesuai.

Produk Susu Kambing Isihat.

Ada 3 perisa susu kambing yang di keluarkan oleh Isihat iaitu :

1. Perisa Asli
2. Premium Berry
3. Vachoc Plus-10

Cik Sue dah cuba ketiga-tiga perisa sebab ada dapat sampel selain perisa Vachoc Plus-10 tu,yang pasti Cik sue boleh telan sebab tak hamis,walaupun yang original tau.Betul-betul rasa susu kosong sebab tiada gula tambahan bagi perisa original.Yang premium berry pula memang rasa strawberry la,kalau korang nak cantik ambil la perisa ni,ia mencantikkan dan menyihatkan dari dalam,ada kandungan vitamin c dan kolagen untuk kecantikan.

susu kambing isihat vachoc plus 10



Mahal ke susu kambing Isihat ni? Insya Allah mampu milik dengan harganya untuk kesihatan masih berbaloi lagi.Harganya seperti di bawah ye,oh ya,ada 2 jenis bungkusan,1 kotak bersachet yang mengandungi 20 sachet x 25 gram = 500gm,1 lagi pek 500gm di sertakan sudu atau skop tanpa sachet dan harganya tetap sama.Korang boleh pilih mana yang lebih mudah untuk penggunaan korang.



Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan korang boleh dapatkan di link kat abwah ni ye,klik je :

Laman Web:

20 singgah dan taip sket..:

Nikmati Shellout Sedap di Kuala Selangor : Seafood Cajun Shellout ,Hotel Apps.

12:30 PM Sue Izza 5 Comments

Dua minggu lepas Cik Sue sempat merayau hingga ke Kuala Selangor,jalan-jalan hujung minggu la katakan.Cik Sue suka datang daerah Kuala Selangor ni sebabnya seafood di sini segar dan murah la berbanding Putrajaya sana.Ye la dekat dengan pantai kan.Kekadang kalau on the way ke rumah kakak ipar di Sungai Tiang mesti singgah beli seafood di sini.Siap-siap bawa tong isi ais lagi hehehe.

Kali ni Cik Sue bermalam kat sini dan sempat merasa shellout sedap di Apps Hotel ni.Cik Sue sampai dah petang,Alhamdulillah mudah je nak parking kereta sebab parking banyak sekitar hotel ni,tempat makannya konsep terbuka di antara dua bangunan hotelnya,jika berjalan terus ke belakang akan jumpa jeti untuk trip melihat kleip-kelip di malam hari.Banyak tempat menarik di kunjungi sekitar Kuala Selangor ni,nanti Cik Sue share ye di lain entry.Kali ni nak cerita pasal makan je hehhehe.

bangunan Apps Hotel
ruang makan konsep terbuka,lawa pulak kereta klasik ni.



Shellout Seafood Cajun di Apps Hotel ni menyajikan shellout dengan 4 perasa iaitu Asam Pedas,Kam Heong,Original Cajun BBQ dan Butter Lemon.Selain itu ada juga hidangan sampingan seperti French Fries,Kepak Ayam Madu,Banana Split,Tomyam Kelapa,Ikan Stim Nyonya,Kangkong Crispy dan Ayam Pandan.Baca menu pun dah menyelerakan,kesegaran tak dapat di sangkal la kan,segar dari laut.Cik Sue memang angkat ibu jari la untuk tomyam kelapanya,memang sedap,kuah pekat,isi udang yang manis,rasa tomyam yang original,tak terlalu pedas.

hasil laut yang segar

Menurut chefnya ,makanan laut yang di hidangkan di bekalkan setiap hari oleh nelayan tempatan sejurus naik dari laut,terus di hantar ke hotel ini,jadi tak di ragui kesegaranya.Di masak secara "ala carte" dan di hidang panas-panas kepada pelanggan.Untuk menikmati shellout di sini ,korang boleh mintak apron plastik dan sarung tangan kalau risau mengotorkan baju,ye la dah syok makan habis terpercik semua kat baju pulak.

Shellout Butter Lemon
Shellout Asam Pedas
Shellout Kam Heong



Shellout Original Cajun BBQ
Kangkung Crispy
Tomyan Udang Kelapa
Set shellout kat sini agak murah dengan harga pakej semurah RM39.90 untuk 2 orang makan,ada juga pakej lain seperti RM79.90 ,RM99.90 dan RM139.90.Korang boleh pilih mengikut bilangan yang datang makan atau menu dan hidangan yang korang nak.Tapi bagi Cik Sue pakej RM39.90 tu pun boleh makan 3 orang,mintak tambahan nasi putih je pun dah cukup.Bila pilih pakej,korang pilih jenis masakan seperti yang Cik Sue tulis kat atas tu,contohnya Original Cajun BBQ atau Kam Heong.
Chef akan hidangkan masakan kepada anda segar dan panas-panas dari dapur.Pilihan Cik Sue adalah cara masakan Kam Heong,memang terbaik.

Hotel Apps,Kuala Selangor.
Sedikit tentang hotel ini,Cik Sue sempat menginap satu malam di sini.Selesa dan murah sesuai sebagai hotel bajet,hotel ini juga menyediakan trip naik bot di waktu malam untuk melihat kelip-kelip yang popular di sini.Hotel ini juga menyediakan dewan dan bilik seminar yang sesuai untuk pelbagai jenis majlis.Nanti Cik Sue share di entry lain pengalaman bermalam di hotel ni ye.

Kalau korang ke Kuala Selangor dan nak mencuba Seafood Cajun Shellout di Apps Hotel,bolehlah dapatkan maklumat lanjut di detail ini :

Alamat :
Apps Hotel
12, Jalan Pennisula Utama 1,
Peninsula Park, 45000 Kuala Selangor,
Selangor

Web
www.appshotel.com.my

Facebook :
https://www.facebook.com/appshotel

Email :
reservations@appshotel.com.my

No Tel:
03 3277 2172 / 012 233 7725

kredit gambar kak sue aida 

p/s
Rasa nak pergi lagi la,nak tengok kelip-kelip,tapi baby tak leh ikut tunggu la Humaira besar sikit huhuuu

5 singgah dan taip sket..:

Di mana timbang rasa dan adab.

2:03 AM Sue Izza 0 Comments

Jam dah 1.30 pagi,Humaira dan Mr D dah lena depan tv,tapi tv pasang channel radio la,teman Cik Sue mengadap laptop.Siang hari memang tak sempat la godek blog,dok ulit si kenit tu je hehehhe.

Tengah asyik mengarang,prenggggg sib baik tak tercampak mouse,kesian Humaira terangkat kaki tangan terkejut.Allah haiiii pakat mai dahhhhh...Mr D,dia tak sedar apa dah bila on "enjin" hahahha.Letih tul memikirkan mat motor kat kawasan taman ni.Diorang tak pernah terfikir ke ,anak orang nak tido,orang balik keje penat nak rehat,kalau ye pun nak test motor ke apa,pegi la jalan besar kat Putrajaya sana,tak de orang pun,jauh dari kawasan perumahan.

Pernah suarakan kat makcik sebelah ni,orang lama kat sini,ye la kami ni menyewa je,sekali dia kata tak yah la nak tegur,kang tayar keta kitaorg lak jahanam,kang adaaaa je benda di balasnya.Kata makcik mak bapaknya pun sebelahkan anak,tu yang jadi gitu.Hurmmm,kita pulak yang nak kena sabar dengan perangai diorang.

Kekadang datang geram terkeluar gak kat mulut ,mintak la jahanam motornya.Astaghfirullahhhhalazimmm,tak baik kan tapi tu la,hilang sabar wehhh siang ok la lagi,ni malam buta,terganggu sangat.

Semoga suatu hari ada yang memberi pengajaran dan insaf la hendaknya.

0 singgah dan taip sket..:

Tips / Petua Mencuci Minyak dan Telur Mentah Tumpah.

10:00 AM Sue Izza 4 Comments

Hari Ahad semalam,satu hari kat rumah je tak keluar mana-mana,tak balik rumah mak juga.Semata-mata nak mengemas ala-ala monthly cleaning la.Dapur dah macam apa je,dengan sawang,dengan berminyaknya.Dengan lantai tak bermop,alang-alang tak kemana,Mr D pun ada kat rumah,mari la memulakan misi,sambil-sambil buang apa yang patut dan tak perlu tu kan.Humaira pun behave je,tidur ikut time sempat la ibunya buat kerja dengan tenang.

Selalunya bahagian dapur la paling penat nak mencuci.Dengan percikan minyak,habuk sisa makanan,kena pulak tertumpah minyak atau telur pecah kat lantai,alahaiiiii boleh stress di buatnya kan? sambil-sambil mencuci sempat la up status kat Facebook kot-kot ada cari paling mudah dan berkesan nak cuci kan.Tapi dapur Cik Sue cuci tak de la tumpah minyak atau telur pecah pun,cuma terfikir je la.hehehhe..responnya? ha tengok screenshots ni : 


Ada yang kata tekap pakai surat khabar untuk minyak,ada kata lap pakai tisu untuk telur.Tapi part telur tu dah bersih pun kekadang ada bau kan,hewwww tak tahan wooo...Jom tengok petua yang Cik Sue dapat dari ma dan makcik-makcik.

1. Guna pasir.
Taburkan pasir atau tanah yang halus ke atas minyak atau telur,biar serap,kaut letak dalam penyodok sampah atau plastik sampah,lap dengan kain dan sabun.

2. Guna Tisu dan limau.
Tekap tisu dan kaut telur yang tumpah,lap dengan kain bersabun,bilas dengan air yang di perah limau nipis.

Satu lagi ni Cik Sue dapat dari Youtube ,gunakan garam,mungkin fungsinya sama dengan pasir la kot.Boleh tengok video kat bawah ye :


Jom kongsikan kalau korang ada cara lain ye.

4 singgah dan taip sket..:

Resepi Kepah Tumis Tomyam

7:28 PM Sue Izza 5 Comments

Salam Ahad semua,apa aktiviti hari minggu korang hari ni? Cik Sue 2 hari di hujung minggu ni sibuk dengan misi Monthly Cleaning rumah hehehe.Kebetulan Mr D tak keje sabtu ahad jadi mintak dia tengokkan anak,sementara Cik Sue setelkan rumah.Dari sebelum bersalin sampai Humaira dah 3 bulan ni,memang dapur dan ruang makan tak bermop setakat sapu dan kemas biasa-biasa je.Hari dapat la lebih sikit,basuh apa yang patut,sorting buang apa yang tak perlu.Jadi lunch simple je la,masak nasi,Cik Sue tumiskan kepah ni,goreng ikan dan ulam timun.

Kepah ni beli masa gi Kuala Selangor minggu lepas lagi.Beli kat pasar Pasir Penambang,buh ais dalam box balik rumah bekukan,Alhamdulillah segar lagi.Jom tengok resepinya :

Bahan:
1/2 kilo Kepah
2 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji tomato
1 sudu cili boh
2 sudu sos cili
1 biji cili besar,belah buang biji dan potong dua.
sedikit carrot
3 helai daun limau purut
1 batang serai di ketuk.
1 pek paste tomyam
sedikit bawang besar di mayang bulat
garam dan gula secukup rasa.

Cara :
1. Blend bawang putih,merah,halia dan tomato.Tumiskan bersama paste tomyam dan cili boh.Tumis hingga naik bau.
2. Masukkan sos cili,daun limau purut,cili merah,carrot dan serai.Gaul rata,perasakan dengan garam dan gula.
3. Masukkan kepah,gaul rata,biar mendidih seketika,bila kulit kepah dah terbuka,masukkan bawang besar dan gaul rata,bila bawang layu,tutup api dan hidangkan.

Senang je,masakan simple je.


5 singgah dan taip sket..:

Menjamu Selera Ala Thai di Cafaeyen Cafe,IOI City Mall,Putrajaya bersama Aeril Zafril.

1:46 AM Sue Izza 2 Comments

Lama Cik Sue tak berjimba-jimba di shopping mall,maklumlah ada anak kecil ni payah sikit,kena tunggu ayahnya ada baru yakin,tapi kali ni cuba juga bawa Humaira ,tak pe Cik Ty dia ada ngee.Sabtu lepas sempat luangkan masa makan tengahari di Cafaeyen Cafe,Ioi City Mall,Putrajaya.Kebetulan pelakon hensem Aeril Zafril yang sekarang tengah popular dengan drama Nahu Rindu di TV3 pun ada sama.Siap makan tengahari dengan kami tau hehehe.Dian hadir untuk promosikan "signature thai tea" dari Cafaeyen Cafe ni.Sedap!



Kali pertama melangkah masuk kafe ni,suka tengok deconya ,simple,kemas.Ruang makan boleh memuatkan anggaran 20 orang dalam satu masa.Kalau nak beli minuman tehnya untuk tapau pun boleh.Pastinya Thai Tea jadi pilihan la.Kafe ni hidangan menu original dari Thailand.Cik Sue boleh katakan rasanya memang original Thailand,tak rugi cuba memang sedap.Mula-mula terfikir banyak sangat dah Thai restoran sekarang ni,mesti samaaa atau biasa-biasa je rasa makanan.Tapi sekali cuba,konpem nak repeat lagi.Ni apa yang Cik Sue rasa la tekak sendiri,kalau korang cuba tak sedap jangan marah ai okeh.Jom tengok menu yang Cik Sue dan kawan-kawan cuba Sabtu lepas :

Gai Yang
Grilled chicken
RM13.90
Menu ni Cik Yanty order tapi kami kongsi-kongsi rasa,memang sedap,ayam gril dengan sos tu memang kena.Kalau korang pernah makan pulut ayam haa lebih kurang tu la ayam dia tapi ni versi bakar.Isi ayamnya lembutttt sangat,cicah sos lagi la sedap.

Tom Yum Talay
Tom yum seafood noodle
RM18.90
Yang ni pulak Cik Sue order,teringin nak makan tomyam,jenis meenya kita boleh pilih ,jadi Cik Sue pilih "thai rice noodle".Nak kata pedas,tak de la pedas macam makan cili api tapi ada rasa pedas yang tersendiri,kuah tomyam ala-ala lemak masam,memang kena ngan tekak.

Khoo Pad Sab Pra Rad
Pineapple fried rice with seafood
RM19.90
Menu yang ni Cik Fiza yang order,Cik Sue cuit-cuit je.Nasinya sedap,tapi tak rasa nenas sangat.udang pun fresh.

Tub Tim Kob
Water chestnut with coconut milk
RM8.90
Yang ni lak Moka yang order,menjadi rebutan,sedap oiiii ,datang lagi memang nak order.Wajib cuba.

Som Tam
Thai Salad
RM12.90
Menu wajib makanan Thai,pastinya nak rasa somtam kan,agak pedas tapi sedap,cukup rasa.

Mango Sticky Rice
RM16.90
Yang ini pun sama,cuma bagi Cik Sue kuah santannya kurag,boleh mintak kot hehehehe.Mangganya sedap,pulut pun lembut.

Tom Yum Kung Mor Fire
creamy & spicy tom yum soup with seafood
RM38.90
Menu ni boleh makan 4 atau 5 orag,banyak bahan kat dalamnya.

Seafood Pad Pang Karee
Stir fried seafood with curry powder
RM25.90
Yang ni sedap,Cik Sue  rasa sikit je,terasa rempah karinya tetiba macam nak tr kat rumah hehehhe.
Pla Kra Phong Lad PrikSam Rod
Deep Fried seabass topped with thai chili sauce
RM49.90
Tak pedas sangat pun sos ikan siakap ni,biasa-biasa je.

Pla Krapong Nun Manow
Steam Seabass in Lime Sauce
RM49.90
Ikan siakap stim lembut isinya tapi terasa kemanisan isi ikan dengan serapan bahan-bahan lain.

fruity coke
RM14.90
Teruja Cik Sue tengok air ni hehheeh,tak pernah lagi jumpa,air coke yang di campur buah-buahan.Ada satu lagi air sprite tak sempat nak ambil gambar.Sedap tapi Cik Sue tak minum sangat air bergas huhuuu.
Hot Latte RM7.90.Signature Cha RM7.90
Yang ni Latte panas Cik Sue punya ,sedapppp dan Thai Tea Cik Yanty,signature tea kat sini dah pasti la sedap.




Sempat la bergambar dan borak-borak dengan Aeril tengahari tu,humble sangat dia ni rileks je,dah habis promosi teh kat kaunter,terus datang lepak makan tengahari kat meja kitaorang.Borak-borak macam kawan-kawan lak.

Korang patut cuba makanan kat Cafaeyen ni,tak rugi kalau bila-bila datang ke IOI City Mall ni singgah la.Cik Sue pun nakdatang lagi bawa Mr D pulak.Tak sempat nak borak lama dengan Aeril sebab nak ke destinasi lain pulak.Kalau korang nak terjah maklumat ada kat bawah ni ye :

Alamat 
LG-36, IOI City Mall, Lebuh IRC, 
IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Malaysia
Tel : +6012 2900 449
Waktu operasi : 10AM–10PM

2 singgah dan taip sket..: