Menangi RM100 setiap minggu dengan #Amazeingpromo Shurah

11:00 PM Sue Izza 4 Comments

Hi korang,
Mesti ramai yang dah kenali Produk Shurah kan? Jenama yang dah lama dalam pasaran ni,boleh di katakan di guna turun temurun gitu,dari zaman Cik Sue sekolah menengah lagi dah ada,sekarang dah berbelas tahun tinggalkan sekolah,masih lagi ada di pasaran.Produk diorang ni jadi pilihan sebab tak terlalu mahal dan di sahkan halal oleh JAKIM,malah bahan yang di gunakan pun dari tumbuh-tumbuhan.Dulu-dulu ma selalu beli sebab jenama ni ada semua penjagaan diri dari penjagaan kulit,rambut,badan sampailah produk kosmetik,lengkap dah semua.



Sekarang Cik Sue nak bagitahu yang korang-korang semua pengguna setia Shurah tu,korang boleh menang banyak hadiah menarik dengan promosi terbaru diorang tau.Jetaine Amazeing Promo bermula 15 Mac -15 Mei 2017 sedang berlangsung dan menyediakan banyak aktiviti dan hadiah menarik kepada pengguna produk ini.Okeh,meh Cik Sue cerita satu-satu apa yang ada dalam promo ni dan cara untuk sertainya ye :


Aktiviti di rak Shurah :
Untuk sertai aktiviti dan permainan yang korang boleh menang hadiah,korang kena beli produk Shurah bernilai RM20 ke atas dalam satu resit,pastu korang nampak tak rak macam dalam gambar kat atas haaaa korang pi je situ ,cari salesgirl atau sesapa orang berkenaan dan korang boleh sertai permainan dan menang hadiah yang di sediakan.


Photo Contest :
Selain permainan di rak ,korang juga boleh sertai :photo contest" dengan props yang di sediakan di rak itu,korang snap gambar yang paling kreatif dan super duper awesome,agak-agak wow la kan pastu upload ke Facebook dan Instagram,pastu buh la hastag #AmazeingPromo . Tiap-tipa minggu ada hadiah RM100 tuk korang menang tau.Jangan lepaskan peluang ye.



Mesti ada yang kata alaaaa malas la masuk contest macam-macam tu,tak menangnya pun.Ye la,ye la kalau tak nak masuk contest korang ada peluang juga dapatkan hadiah ,tapi dengan pembelian la :

1. Pembelian melebihi RM70-boleh dapatkan beg Nylon Foldable ekslusif.
2. Pembelian melebihi RM100-boleh dapatkan botol 400ml dengan pouch.
3.Pembelian melebihi RM150-boleh dapatkan payung.

Haaaa,ok apa kannn? dapat jugak hadiah tu.Jadi cepat-cepat serbu pasaraya atau mall-mall yang menjual produk Shurah ni ye,nak tahu pasaraya yang terlibat? korang boleh klik kat SINI .

Sepanjang promo ni jugak ,ada di jual Pek Promosi Shurah yang memberi harga lebih murah dari biasa,jadi senanglah korang nak shopping dan dapatkan hadiah yang macam-macam tu kan.Kalau susah nak pilih ,meh Cik Sue cadangkan korang cuba penjagaan rambut dari Shurah ni.Macam Cik Sue dari zaman sekolah lagi memang akan ada stok minyak zaitun untuk rambut.


Cik Sue pilih minyak zaitun Bijian Anggur untuk kesihatan kulit kepala,yang pasti bila pakai ni rambut tak kering tapi tak de la berminyak meleleh-leleh pulak,lagipun wangi dan menyegarkan kulit kepala terutama lepas mandi,rambut pun jadi hitam berkilat dan mudah di urus,tak kusut-kusut masa nak sikat.Selain yang ini ada juga variasi lain seperti Minyak Zaitun dari Sengkuan,Lavender dan Gamat.


Krim pendandan rambut atau conditioner dari Inai pun ada ,kalau pakai ni rambut jadi lembut,cantik je beralun,malah kita tahu khasiat inai boleh menguatkan akar rambut.Shurah juga ada pewarna rambut dengan pelbagai pilhan warna.Dan bagi yang lelaki korang boleh cuba Hair Gel Shurah untuk penggayaan rambut korang,di samping menguatkan dan merapikan rambut,barulah bergaya.Berbaloi-baloi membeli,tambahan ada #AmazeingPromo dari #shurahmy ni kan.

Untuk maklumat lanjut korang boleh klik dan dapatkan info di link bawah ni ye :

Facebook: Shurah
Instagram: @shurahmalaysia
Website: www.shurah.com.my

4 comments:

  1. Hehehe kak lya pon guna minyak zaiton shurah gak sue..suka bau dia wangi..

    ReplyDelete
  2. minyak zaiton shurah syok pakai

    ReplyDelete
  3. dulu pakai shurah juga..tapi tak serasi

    ReplyDelete
  4. pernah dengar tapi tk pernah pakai.boleh la nk try

    ReplyDelete