Ajar anak duduk dalam car seat : Yeayyy Humaira lulus.

1:27 AM Sue Izza 12 Comments

Hari tu nak keluar COD Sambal Hitam Belimbing Pahang yang Cik Sue jual (kalau nak order pm ai tau 0179397536) ,Mr D dah keluar gi kerja,sian jugak customer tunggu je kan.Dok fikir-fikir cam ne nak drive dengan Humaira ni ye,Car seat ada beli sekali dengan stroller hari tu tapi tak boleh pakai lagi masa dia sebulan dua tu tak sesuai.Kononnya masa tu tak nak beli yang khas untuk baby sebab dia dah besar sikit nak kena beli lain pulak,kononnya masa baby Cik Sue boleh pegang kalau ke mana-mana dengan Mr D.

So try la keluarkan balik car seat tu dan cuba-cuba letakkan Humaira dalam tu,eh macam ok je,dia pun rileksss je siap sengih-sengih lagi,macam bolehhhh je ni hehhehe.Tapi kalau letak gitu je macam terperosok skit bontot ke dalam,risau lak dia sakit pinggang sebab tak boleh duduk lagi,tu pun dah habis tarik dah bagi terlentang.Jadinya Cik Sue lapikkan dengan tuala kecik tuk tinggikan sikit bontot dia supaya tak sakit pinggang.

dah abis tarik dah ni,dia sengih je tapi nampak terperosok skit duduknya.
ni dah lapik tuala nampak macam ok skit,tapi seat belt dia pulak tak sampai
hehehehhe.....

Tengok dia macam ok je,try la bawa dekat je,Putrajaya je pun COD sambal dan terus balik,tak keluar kereta pun.Alhamdulillahhhhh,yeayyyy ibu berjaya,tak meragam pun,termenung je dia first time kan hehhehe....

muka confuse je dia hhehhehe

Baik je dia dok dalam tu,tenang ibu drive siap boleh singgah kedai belakang rumah beli sayur lagi.Sampai rumah tengok-tengok dah lentuk ha,lena dia.





Setengah orang mungkin rasa tak perlu car seat ni mungkin sebab diorang tak perlu keluar sendiri,kalau keluar atau naik kereta pun berteman jadi bolehlah pegangkan baby kan.Tapi Cik Sue ni banyak kena bergerak sendiri,tak boleh nak tunggu Mr D sangat dia kerja tak tentu jadualnya,jadi kalau ada kecemasan Cik Sue kena keluar dan drive sendiri.Dulu sorang tak kisah la,sekarang dah ada baby nak kena fikir keselesaan dan keselamatan dia jugak.Jadinya Cik Sue memang perlukan car seat ni.tapi kalau kat luar negara abang ipar cerita memang wajib tau car seat ni,hukuman mandatori katanya kalau tak guna.Malaysia je belum ketatkan peraturan.Car seat ni pulak banyak jenis untuk setiap peringkat umur.




Tips untuk membeli car seat :

1. Umur bayi/anak anda :
Kena tengok la ,jangan umur anak 3 tahun tapi beli yang macam bakul untuk baby tu,memang tak selesa la dia.Masa nak beli tu tanya kat kedai,untuk umur berapa sampai berat berapa kilogram boleh duduk.Penting tau kang baby/anak tak mau duduk dan kalau paksa sakit lak diorang.


2.Patuh peraturan pihak berkuasa.
Kena check piawaian pihak berkuasa tuk pemasangan dalam kereta,contohnya dengan JPJ.Ketinggian dan kelebaran yang di benarkan untuk keselamatan.

3. Car seat yang sesuai dengan kenderaan anda.
Kena pilih yang sesuai kalau tak ,tak ngam dan  tak boleh pasang nanti.Dapatkan maklumat dari penjual.

4. Senang di pasang.
Pilihlah car seat yang senang di kendalikan oleh ibu dan bapa walau bersendirian.Yang mudah di pasang dan boleh pasang sorang-sorang.


Antara kepentingan Baby Car Seat semasa travel adalah: (sumber)

1. Keselamatan baby
Semasa ibu bapa sedang memandu, digalakkan meletak anak di dalam baby car seat demi keselamatan mereka. Cuba bayangkan bapa sedang memandu dan ibu memangku baby yang tengah tidur. Ibu pun tidur sekali. Kalau baby kita jatuh bagaimana? Kalau tiba-tiba kemalangan bagaimana? Tidak ke nanti baby kita akan terlepas dari pegangan ibu? Sekurang-kurangnya, tali pinggang pada baby car seat tu dapat menahan baby kita dari terhentak atau tercampak ke mana-mana.

2. Memudahkan ibu bapa memandu seorang diri
Bila kita sudah biasakan baby kita duduk dalam car seat, akan memudahkan kita memandu seorang diri. Tidaklah baby kita meragam semasa kita memandu. Kita juga yang stress ketika memandu nanti. Pada mula pengenalan mungkin ada sedikit kesukaran melatih anak. Lama kelamaan, anak kita akan biasa. Biar anak menangis di dalam baby car seat tetapi jangan kita menangis di kemudian hari.


3. Dapat mengajar baby untuk tidur sendiri
Apabila baby kita dah kenyang dan lampin sudah disalin, mereka mesti selesa dan tidak mempunyai masalah untuk tidur dengan nyenyak dengan sendiri. Dengan letak mereka di dalam baby car seat sebenarnya boleh mengajar anak kita untuk tidur sendiri. Kebiasaannya, memang berkesan sebab gegaran kereta semasa kita memandu membuatkan baby kita lebih mudah untuk tidur. Secara tidak langsung ianya juga dapat membuatkan anak anda berdikari.

4. Mengajar anak tentang rutin di dalam kereta.
Budak-budak memerlukan rutin yang sama supaya mereka tidak keliru. Kejap buat boleh, kejap buat tak boleh, mana satu yang betul nie? Jadi, kita kena buat satu rutin dalam kereta juga, iaitu masuk kereta mesti duduk di car seat masing-masing. Dari yang baby sampailah yang dah besar pun. Kalau baby kita nak menyusu je baru kita angkat sebentar dan susukan. Lepas tu, letak semula di car seat. Baby kita selesa, kita pun selesa semasa perjalanan.

Macam mana tips nak anak duduk dalam car seat ,baca SINI tips nya ye.

p/s /;
Harap-harap nak la dia duduk daam car seat ni setiap kali keluar ngan ibu,senang sikit ibu nak ke mana-mana huhuuu Aminnnn...

12 comments:

  1. Wah dah pandai Humairah dok kat car seat ya..

    ReplyDelete
  2. memang mudah guna car seat. 10 minit confirm tidur je

    ReplyDelete
  3. memang susah nak kasi anak duk diam dalam car seat tu kan, kalau dah besar lagi la tak nak duk dlm tu. hihi... mcm anak saya...

    ReplyDelete
  4. teringat yang pemandu dukung bayi dalam kereta sambil drive. bgus gak idea kak sue ni . humaira pandai ..tk nangis and tak tantrum. hehehe kecik lagi tu . tau kot mak dia bz

    ReplyDelete
  5. good girl Humaira.... comel je duduk dediam tau!

    ReplyDelete
  6. kalau ajar dari awal insyaAllah anak boleh faham.

    ReplyDelete
  7. alololo omei ngat Humaira tu, duduk elok je dia hehe

    ReplyDelete
  8. Wahhh bagus Humaira. Anak² akak sampai umur 2 tahun je nak dok dalam carseat, bila dah pandai turun naik sendiri carseat dipandang sebelah mata. Hahahaa!

    ReplyDelete
  9. besar dah umairah, aunty tak jumpa lagi umairah T.T

    ReplyDelete
  10. wahh senang je letak anak dalam carseat kan, kena biasa kan dari awal lagi.

    ReplyDelete