21 March 2017

Humaira dah 4 bulan,checkup bulan ni tak de cucuk imunisasi,hanya checkup fizikal je.Alhamdulillah BMI normal namun berat masih naik sikit-sikit je huhuuu.Jenis tak kumpul lemak budak ni hehhe.Tak pe,asalkan sihat ye sayang.

Dah mula meniarap dan angkat kepala,dan suara makin nyaring menjerit (menurun ibu ni hahhaha) dan makin aktif dan berguling-guling atas totonya.
Nurse klinik desa pun dok ingatkan,jaga keselamatan anak makin lasak,jangan leka,jangan tinggalkan tanpa pengawasan.Dah ada kes budak jatuh katil sampai darah beku dalam kepala,Allahhhh mintak di jauhkan.Katanya selalu ibu bapa tak sangka yang anak diorang memang dah laju bergerak,kekadang tinggal 5 minit je pun.

Antara yang perlu di beri perhatian :
-Jangan letak anak tempat tinggi.
-Jangan biarkan anak sendirian tanpa pengawasan.
-Simpan dan kemaskan barang-barang tajam dan merbahaya.
-Jangan tinggalkan anak bermain dengan kain atau pakaian yang boleh lemaskan dia,bimbang tertutup muka.
-Kemaskan kabel elektrik di lantai.
-Beri mainan yang sesuai mengikut umur.
-Pastikan lantai bersih ,tiada habuk dan benda asing.

Banyak lagi sebenarnya,tapi lupa lak huhuu. Hurmmmm,nampaknya ibu kena ketatkan pengawasan ni.Semalam pun dak Humaira dah tersangkut kaki bawah sofa,ruang bawah tu ngam-ngam je ngan kaki dia,cam mana tah dia boleh sumbat kaki bawah tu,last-last tak leh tarik,nangis la.Sib baik tak terseliuh,haiiiii anakkkk.

Orang kata masa ni la mak-mak tak boleh nak fikir deko rumah cantik je,kena fikirkan keselamatan anak atau baby tu jugak.Malang tak berbau kan? biar beringat sebelum kena,dah kena kang berair mata berair hidung pun tak jadi apa dah.Moga Humaira membesar dengan baik dan selamat,Insya Allah.


5 singgah dan taip sket..

InsyaAllah ...aaminn. Humaira good girl kan hehe. Bila dah beranak kecik ni, kena lupakan hasrat nak letak pasupasu kaca besar atas meja atau meja kaca dalam umah. Yang penting safety anak first ;)

REPLY

Memang kalau ada baby kat rumah tak da lah nak menghias rumah sangat cantik2 kan, terkadang fikir keselamatan anak-anak juga

REPLY

Hehehe bila baby dah semakin membesar makin banyak laaa yamg dia nak explore..masa ni nak letak barang2 hiasan terutama barang2 kaca mmg takle nak letak sebab semua benda nak dicapai tangan kecil ni kan..anak2 kecil ni kena jaga sikit jgn thgalkan tanpa pemgawasan sebab sekaki kita leka buruk padahnya..Jaga Maira bebaik tau..nnt acik lya babap ibu hehehe

REPLY

tuu laah ibu time ni keno tumbuk samba poyok derah2.. sie ko baby.. anok kito pernoh doh jatuh dari katil tinggi, tidur malam.. lena tak sedar.. tgok2 dah nangis selok bawoh katil.. mujur takdok gapo

REPLY

tunggula time die merangkak pulak..hahaa

REPLY

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates