Nikmati Shellout Sedap di Kuala Selangor : Seafood Cajun Shellout ,Hotel Apps.

12:30 PM Sue Izza 5 Comments

Dua minggu lepas Cik Sue sempat merayau hingga ke Kuala Selangor,jalan-jalan hujung minggu la katakan.Cik Sue suka datang daerah Kuala Selangor ni sebabnya seafood di sini segar dan murah la berbanding Putrajaya sana.Ye la dekat dengan pantai kan.Kekadang kalau on the way ke rumah kakak ipar di Sungai Tiang mesti singgah beli seafood di sini.Siap-siap bawa tong isi ais lagi hehehe.

Kali ni Cik Sue bermalam kat sini dan sempat merasa shellout sedap di Apps Hotel ni.Cik Sue sampai dah petang,Alhamdulillah mudah je nak parking kereta sebab parking banyak sekitar hotel ni,tempat makannya konsep terbuka di antara dua bangunan hotelnya,jika berjalan terus ke belakang akan jumpa jeti untuk trip melihat kleip-kelip di malam hari.Banyak tempat menarik di kunjungi sekitar Kuala Selangor ni,nanti Cik Sue share ye di lain entry.Kali ni nak cerita pasal makan je hehhehe.

bangunan Apps Hotel
ruang makan konsep terbuka,lawa pulak kereta klasik ni.



Shellout Seafood Cajun di Apps Hotel ni menyajikan shellout dengan 4 perasa iaitu Asam Pedas,Kam Heong,Original Cajun BBQ dan Butter Lemon.Selain itu ada juga hidangan sampingan seperti French Fries,Kepak Ayam Madu,Banana Split,Tomyam Kelapa,Ikan Stim Nyonya,Kangkong Crispy dan Ayam Pandan.Baca menu pun dah menyelerakan,kesegaran tak dapat di sangkal la kan,segar dari laut.Cik Sue memang angkat ibu jari la untuk tomyam kelapanya,memang sedap,kuah pekat,isi udang yang manis,rasa tomyam yang original,tak terlalu pedas.

hasil laut yang segar

Menurut chefnya ,makanan laut yang di hidangkan di bekalkan setiap hari oleh nelayan tempatan sejurus naik dari laut,terus di hantar ke hotel ini,jadi tak di ragui kesegaranya.Di masak secara "ala carte" dan di hidang panas-panas kepada pelanggan.Untuk menikmati shellout di sini ,korang boleh mintak apron plastik dan sarung tangan kalau risau mengotorkan baju,ye la dah syok makan habis terpercik semua kat baju pulak.

Shellout Butter Lemon
Shellout Asam Pedas
Shellout Kam Heong



Shellout Original Cajun BBQ
Kangkung Crispy
Tomyan Udang Kelapa
Set shellout kat sini agak murah dengan harga pakej semurah RM39.90 untuk 2 orang makan,ada juga pakej lain seperti RM79.90 ,RM99.90 dan RM139.90.Korang boleh pilih mengikut bilangan yang datang makan atau menu dan hidangan yang korang nak.Tapi bagi Cik Sue pakej RM39.90 tu pun boleh makan 3 orang,mintak tambahan nasi putih je pun dah cukup.Bila pilih pakej,korang pilih jenis masakan seperti yang Cik Sue tulis kat atas tu,contohnya Original Cajun BBQ atau Kam Heong.
Chef akan hidangkan masakan kepada anda segar dan panas-panas dari dapur.Pilihan Cik Sue adalah cara masakan Kam Heong,memang terbaik.

Hotel Apps,Kuala Selangor.
Sedikit tentang hotel ini,Cik Sue sempat menginap satu malam di sini.Selesa dan murah sesuai sebagai hotel bajet,hotel ini juga menyediakan trip naik bot di waktu malam untuk melihat kelip-kelip yang popular di sini.Hotel ini juga menyediakan dewan dan bilik seminar yang sesuai untuk pelbagai jenis majlis.Nanti Cik Sue share di entry lain pengalaman bermalam di hotel ni ye.

Kalau korang ke Kuala Selangor dan nak mencuba Seafood Cajun Shellout di Apps Hotel,bolehlah dapatkan maklumat lanjut di detail ini :

Alamat :
Apps Hotel
12, Jalan Pennisula Utama 1,
Peninsula Park, 45000 Kuala Selangor,
Selangor

Web
www.appshotel.com.my

Facebook :
https://www.facebook.com/appshotel

Email :
reservations@appshotel.com.my

No Tel:
03 3277 2172 / 012 233 7725

kredit gambar kak sue aida 

p/s
Rasa nak pergi lagi la,nak tengok kelip-kelip,tapi baby tak leh ikut tunggu la Humaira besar sikit huhuuu

5 comments: