24 March 2017


Assalamualaikum semua,
Ye tuan-tuan ,puan-puan,kali ni Cik Sue pakar motivasi nak berceramah isu rumahtangga.Amboiiiii motivasi ke rotibasi Cik Sue oiii hehhhee.Tak de la,saja keboringan di hari minggu.Ni nak kongsi cerita/tips dengan korang ni,hasil pembacaan dan pemerhatian sekeliling serta pengalaman sendiri.Eceh dah macam ayat tesis lak ngeee.

3 Perkataan Rahsia Keamanan Rumahtangga.


Apa rahsia-rahsia ni? password ke? Bukanlah! Ha meh nak cite,tapi Cik Sue ni bukan la nak mengajar atau nak tunjuk pandai cuma nak berkongsi je.Masih "hijau" lagi dalam alam rumahtangga ni,baru berpucuk orang kata.Berkongsi benda baik apa salahnya kan? Sepanjang berumah tak de tangga ni apa yang Cik Sue perhatikan,komunikasi adalah satu benda yang sangat penting dalam hubungan suami isteri.Korang bayangkan sepasang suami isteri duduk satu rumah tapi tak berkomunikasi,bukan sekadar bertegur sapa atau bercakap malah tak peduli satu sama lain,haaaa boleh bayang sendiri la kan dasyatnya hubungan tu.Tambahan lagi bila dah ada anak,memang haru jadinya.

Komunikasi suami isteri ni ada caranya,bukan macam kita berkomunikasi atau bercakap dengan kawan-kawan,pekerja atau rakan serumah tau.Ada caranya supaya tak de perselisihan atau salah faham yang akan memudaratkan rumahtangga.Kadangkala kecil je silap dalam cara bercakap dengan pasangan tapi boleh jadi perang dunia kan.Meh Cik sue kongsi 3 perkataan yang penting ,yang korang kena amalkan dalam komunikasi dengan pasangan terutama dengan suami/lelaki.Ni pun sumber dari ceramah-ceramah yang Cik Sue dengar dan pengalaman sendiri la jugak.

1. Tolong

Ini perlu,terutama kalau nak minta suami buat kerja rumah hehehe atau buat apa-apa yang perlu.Selalunya lelaki ni tak suka di arah,jadi kita minta tolong.Kan macam merayu tu,cakap elok-elok,jangan tengking-tengking.Daripada kita cakap "Abang,pergi buang sampah jap,dah berulat ni!" baik kita cakap "Abang tolong ayang boleh tak,buangkan sampah ni jap" ,haaa sedap dengarkan?

Dan selalunya perkataan tolong ni melambangkan kita sangat-sangat perlu di bantu,dan kita meminta pertolongan bukan mengarah-arahkan suami.Gunakan la kelebihan sebagai perempuan,dengan gaya lemah lembut kita kan hehehe.Tapiiiiii kalau tak bergerak juga,ralit juga dok main game ke tengok tv ke letak je plastik sampah tu depan muka dia hahahaaah padan muka (ehhh jangan tiru eh,ajaran sesat hahahha)

2. Maaf

Pernah dengar tak ayat,"memohon maaf tidak semestinya kamu yang salah tapi sebagai cara menjaga hubungan" Ya,kekadang walau bukan salah kita apa salahnya kita mohon maaf dulu,tambah-tambah kalau hal kecil-kecil dalam rumahtangga,Lepas dah ok tu baru la cerita balik dengan suami apa yang tak kena dan tak sepatutnya dia buat tu.Kekadang bila di selubungi ego tu yang tak nak mengaku salah silap tu,jadi kita beralah,tak rugi pun sebenarnya,dah tenang sejuk semua,bincang la semula elok-elok.

Ucapan maaf tu pun sebenarnya jadi penyejuk waktu tengah situasi hati tengah panas tau.Kalau terjadi situasi bertekak atau selisih pendapat,selalu Cik Sue akan jauhkan diri jap,bagi tenang,mulut kunci jangan membebel dulu,dah ok sikit,minta maaf dan jangan bincang lagi hal gaduh tadi.Buat kerja lain atau abaikan dulu,lepas lama sikit tengok en suami dah tenang,dah buatkan air dah makan-makan ,dok rilek santai minta maaf lagi sekali dan bincang elok-elok,Alhamdulillah selalunya menjadi hehehe.Walauuuuuu pun bukan salah kita ,minta maaf je,tak rugi aihhh.

3. Terima Kasih

Ini satu lagi perkataan yang ramai jarang guna pakai dalam komunikasi dengan pasangan.Ramai yang anggap alaaa laki/bini tak yah nak terima kasih sangat la,kan semua yang di buat tanggungjawab.Ehhhh jangan la gitu,ini la salah satu penghargaan kecil selain bagi hadiah ke,celebrate apa-apa ke,ni pun dah cukup sejuk hati en suami atau isteri tau.Korang pun mesti seronok kan kalau tolong kutipkan sampah pun orang ucap terima kasih,rasa besar je hati.Mesti lain kali nak tolong lagi heheh.

Penting tau,sebenarnya dengan sapa-sapa pun yang buat sesuatu untuk kita ucap la terima kasih,tak susah pun.Senyum dan ucapkan.Bila suami membantu atau beri apa-apa walau sekecil-kecil pemberian,ucapan terima kasih tu dah buatkan dia rasa gembira dan berbaloi dengan apa yang di buat.Walau dia bawa balik goreng pisang singgit pun hehehe.Amalkan ye dari sekarang.

Haaaaa tu la 3 perkataan rahsianya,Insya Allah kita sama-sama amalkan ye,semoga aman rumahtangga yang di bina.Yang paling penting kenal pasangan anda,hormat dia,hargai dia.Tak kisahlah suami ke isteri ke,hargai mereka ,sebab dia lah yang sanggup terima baik buruk kita,busuk hanyir kita.Sanggup berkongsi hidup susah senang,hargailah.Belajar untik kenal peel pasangan,senang kita handle bila ada masalah atau selisih faham atau perang dunia,jadi isteri ni kena kreatif tau,kreatif memujuk,kreatif menghargai,kreatif menceriakan rumahtangga.Lagi-lagi bila ada anak,kena mainkan peranan wujudkan suasana yang harmoni di rumah.

Eh .panjang lak membebel,biasa la Cik Sue kan hehehe,Ok lah,amalkan tau 3 secret words ni,Daaaa selamat hari minggu semua.Jom berkasih-sayang dan positif dalam hidup.

7 singgah dan taip sket..

lam bw...singgah pg sabtu...
betul... ketiga tiga yang sue sebut memang perlu diamalkan dalam rumah tangan...

REPLY

Tak pernah tggl lg 3 benda ni.. Alhamdulillah hehe

REPLY

kadang penat terlepas cakap..hahaa..tapi diperbetulkan suami..

REPLY

tiga perkataan mudah yang dapat cairkan hati sang suami.

REPLY

Setuju dengan Sue.. biasa lah kan dalam rumahtangga nie ada pahit manis.. yang paling penting tiga perkara kat atas tu dan saling memahami dan bertolak ansur..

REPLY

menarik..in shaa Allah boleh diamalkan nie..

tolong,maaf dan terima kasih...

REPLY

Kalau dah berumah tangga ni memang kena always support each other & bertolak ansur..

REPLY

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates