Resepi Pencicah Daging/Ikan/Seafood Bakar Ala Thai

8:27 AM Sue Izza 6 Comments

Ceritanya semalam ada baki seketul daging lebih buat masak apa ntah hati tu,semalam nak makan nasi tak tau nak masak apa,masuk je la daging dalam periuk buh air dan cuka makan sikit nak bagi empuk,rebus je.Dah masak kuarkan hiris nipis-nipis,ingat nak cicah sambal cili tumbuk je,tapi teringat resepi dari kak Irene di FB ,cubalah.Alahaiii sedap pulak cicah,tak cukup pulak dagingnya.Mr D pun kata sedap,boleh niaga dah hahahhah...Jom tengok resepinya,kalau kat FB korang cari kat Irene Raihan,banyak resepi best ala Thai dia share.

Pencicah Ala Thai

Bahan:
2 biji cili api potong halus
1 sudu air asam jawa
1 sudu beras goreng yang di tumbuk
1/2 sudu bijan sangai/goreng kering
1 biji bawang merah cincang halus
1 sudu cili fleks atau serbuk cili
1 sudu sos ikan
1 sudu gula kelapa(palm sugar) -yg macam org buat somtam tu (ciksue beli kat pasar borong selangor,kedai klate) atau pun boleh letak gula perang.
air suam sikit

Cara:
Gaulkan semua bahan,letak air suam sikit.

Boleh buat tuk cicah ikan bakar,daging bakar/rebus,sebagai rencah kerabu,cicah seafood bakar.Haaa memang sesuai sangat la.Makan lak ngan nasi panas,ada ulam pulak wahhhh terangkat beb hehehhe cubalah,Cik Sue nak pi jalan-jalan FB kat Irene lagi nak cari resepi best.


6 comments: