Restoran Jepun Muslim dan Halal di Bangi : Konichiwa Cafe

4:10 AM Sue Izza 7 Comments

Kalau sebut makanan dan restoran Jepun,ramai yang suka tapi tak berani nak mencuba di restoran-restoran Jepun yang biasa dan ada di mall atau shopping centre besar,bimbang tentang Halal dan bahan yang di gunakan.Seperti yang semua tahu makanan Jepun terutama sushi ni menggunakan mirin atau sake sebagai bahan dalam pembuatannya untuk tahan lama.Bagi yang rajin nak mencuba buat kat rumah,bolehlah buat versi sendiri bagi yang malas macam Cik Sue ni tengok dan lalu je la kat restoran-restoran ni heheehe.

Alhamdulillah sabtu lepas Cik Sue berpeluang makan tengahari di sebuah restoran Jepun muslim dan halal di Bangi.Konsep restoran ni menghidangkan menu ala food court tapi di ruang yang  lebih selesa dan nyaman namun keutamaan menu adalah makanan Jepun.Maksudnya selain menu utama makanan Jepun ,mereka juga hidangkan makanan selera melayu dan western versi Malaysia,sesuai dengan tekak orang kita.


Restoran yang baru beroperasi sebulan lebih ini di miliki oleh 100% bumiputera orang melayu kita dan pekerja semua melayu dan Islam.Dari pemilik,chef dan pelayan semua melayu Islam.Menu jepun yang di hidangkan pula tidak menggunakan sake atau mirin tapi di ganti dengan cuka,gula dan garam yang hampir sama rasanya.korang tak perlu ragu tentang status halal kerana ia sama macam restoran melayu biasa seperti kedai-kedai tomyam atau warung pak mat atau mak munah di luar sana,100% melayu Islam,cuma restoran ini menghidangkan makanan Jepun versi Malaysia.Bahan yang di gunakan juga di bekalkan oleh pembekal yang mempunyai status halal

Jom kita tengok menu yang ada :

Kiri Tokyo Drift (RM23.90) & Kanan Chicken Teriyaki (RM18.90)
 Biasa la kalau makanan Jepun mesti ada set bento kan,dua-dua set bento ni memang berbaloi,kalau family dan kongsi 2 orang pun ok.Nampak je macam sikit tapi kenyang 2 orang makan.

Konichiwa Fried Rice (RM16.90)
 Ini menu untuk yang tak makan makanan Jepun,contoh korang datang satu family,tetiba mak sorang tak nak makan makanan Jepun tapi nak nasi ala tekak melayu,bolehlah order menu ni.Macam Mr D la dia tak masuk sangat nak layan sushi-sushi ni,jadi order yang ni untuk dia tambah-tambah ada sate memang feveret dia la.

Assorted Sushi (RM3.90-RM8.90/pcs)
 Pelbagai pilihan sushi yang ada untuk korang cuba dengan harga yang berpatutan dan dari bahan yang halal dan segar.Korang boleh pilih mana yang suka untuk satu-satu hidangan.

Cheese Tori Karage (RM10.90)
 Menu ni memang sedap sangat,isi ayam yang rangup di siram sos mayonis dan cheese,mesti tak sedar kejap je habis,start makan mesti tak berhenti dok ulang amik.

Okonomiyaki (RM15.90)
 Menu ni sama je macam takoyaki yang bulat-bulat kat pasar malam tu tapi ini versi pancake atau lempeng,yang pasti tak kedekut sos,rasa nak jilat-jilat je kat pinggan hahahaha dahnya ini memang feveret Cik Sue kikiki.

Mee Udang Serai (RM15.90)
 Ni satu lagi menu untuk makanan tempatan melayu,first masuk mulut rasa macam mee rebus pastu rasa macam mee bandung lak urmmmm yang pasti ada rasa tersendiri yang unik ,korang kena try.

Double Bed Cheezy Lovers (12.90)
 Ada homemade fries,chicken salami,cheddar cheese spring onion yang di susun cantik di siram sos cheese,mayo kewpi,serbuk paprika dan sos cili.Phewwww tak cukup sepinggan.

Grilled Chicken Chop (RM16.90)
 Dihidangkan dengan potato salad ,sweet corn dan sos yang sedap.Ayamnya lembut sangat,senang nak makan.

Antara minuman special yang di hidangkan :

Yang hijau Cucumber Boi (RM9.90),Konichiwa Kopi O Floats(RM7.90) Strawberry Milk Shake (RM9.90)
Ice Tower (RM35)
Yang ni boleh kongsi kalau datang ramai-ramai .ada 2 pilihan Ice Lemon Tea dengan Watermelon Juice,malah boleh refill lagi kalau habis.Berbaloi kan.

Apa yang Cik Sue suka tentang restoran ini :

1. Mudah parking dan kedudukan strategik
Terutama tuk orang macam Cik Sue yang ada anak kecik nak bawak stroller bagai ni,parking area depan kedai sangat memudahkan,kami datang Sabtu tengahri tu pun tak penuh sangat parking.Kedai ni pun mudah nampak dari jalan besar bila nak cari dengan signboard yang jelas.

kelaparan hehehhe
2. Suasana nyaman dan selesa.
Ruangan dalam restoran sangat selesa,kemas dan hiasan yang simple,ruangan dapur yang boleh nampak chef mereka memasak,kalau ragu-ragu jenguk je dapur diorang.Susun atur meja yang kemas dan kerusi yang selesa.Layanan staf juga sangat baik.dengan kapasiti yang boleh memuatkan hampir 60 orang dalam satu masa.


Nah siap ada video masakan teppanyaki dari chef lagi hehehhe...



3. Pilihan menu yang pelbagai.
Bnus untuk Cik Sue,sebab suka makanan Jepun tapi Mr D tak suka jadi boleh order menu wester atau melayu,dan makan la awak saya nak makan sushi hehehe,tak yah nak gi banyak-banyak kedai tau nak tapau-tapau makanan kedai lain bawa sini heheh.



4. Chef yang berpengalaman
Chefnya adalah abang kedua kepada pemilik kedai dan berpengalaman hampir 32 tahun dalam Japanese Pantry Chef dan pernah mempunyai restoran sendiri di Dublin.Jadi menu jepunnya tak di ragui lagi,memang sedap.


dengan family kak afizah,humaira? mentido la apa lagi heheheh
Dah kenyang baru boleh posing

Bagi Cik Sue memang puas hati makan kat sini,yang penting boleh makan dengan tenang tanpa ragu status halalnya.Oh ya,Konichiwa Cafe juga menerima tempahan untuk majlis kecil-kecilan di restoran mereka,seperti majlis harijadi,reunion,farewell party atau apa saja majlis-majlis kecil.Boleh buat tempahan awal tempat dan menu sekali supaya senang mereka sediakan.Untuk majlis hari jadi ,hiasan dan deco di beri percuma,cafe ni juga menyediakan servis kiosk makanan jepun untuk majlis perkahwinan dan akan datang ada delivery untuk menu mereka.


Bagi yang ingin merasai sendiri menu dan makanan Jepun yang halal ni korang boleh dapatkan detail di bawah ye.Cubalah mana tahu kena dengan selera korang,dan pastinya Cik Sue akan repeat lagi datang sini.Daripada makan yang ragu-ragu ,baiklah ambil yang dah tentu halalkan?


KONICHIWA CAFE, BANGI



Facebook: Konichiwa Cafe
Instagram: @konichiwacafe

Alamat: 
Jalan 6/7b, Seksyen 1,
 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
Nombor telefon: +60 12-200 2090

Masa Operasi:
Selasa-Khamis dari 12 tengahari - 10 malam
Jumaat dari 2 petang - 11 malam
Sabtu & Ahad dari 12 tengahari - 11 malam


7 comments:

  1. Menariknya restoran dia, nampak cantik sangat. Makanan pun nampak menyelerakan, walaupun kita tak pernah makan makanan jepun.

    ReplyDelete
  2. Akhirnya bersua muka jugak kita yer sue ☺☺

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap nak cubalah nanti...

    ReplyDelete
  4. Alja tak makan makanan Jepun, tapi bila tengok gambar ni, jadi sedap pulak sampai rasa nak try. InsyaAllah boleh lah try nanti :D hihi

    ReplyDelete