Magical Ramadhan Nights Pullman Putrajaya Lakeside 2017

8:00 AM Sue Izza 3 Comments

Hai semua,
Tak lama dah nak puasakan? pejam celik pejam celik sekejap je masa berlalu.Kalau masa kerja dulu,bos mesti dah sibuk suruh survey atau cari buffet ramadhan untuk majlis berbuka puasa syarikat.Korang pun mesti ada kan? Cer korang cadangkan kat bos korang berbuka di Buffet Ramadhan di Pullman Putrajaya Lakeside ni.Apa yang menarik? Haaa jom baca coretan Cik Sue ni.

Buffet Ramadhan Pullman Putrajaya Lakeside


Beberapa minggu lepas Cik Sue sempat hadir review dan food testing buffet ramadhan di sana.Memang meriah sangat makanan dan menu-menu yang terhidang.Ini kali pertama Cik Sue datang ke sini.Menghidangkan hampir 300 jenis menu dari pelbagai jenis dan negara,memang berbaloi la berbuka di sini,sampai tahap tak tau nak ambil mana satu heheheh.

Si kecik-peneman setia ibu sekarang aka handbeg hidup hahahaha

Menu apa yang ada kat sini? pelbagai,dari makanan bakar-bakar,masakan kampung,menu ala Thai,menu korea,menu barat,Asia,manisan arab,kek-kek enak,aiskrim,pelbagai jenis air,ice blended,gerai kurma,kiosk smoothie,salad bar sehinggalah gerai durian yang boleh di hadap selagi mahu.Amacam? sediakan perut je.

chicken grill
salad dan inti roti pita


roti pita 
pelbagai roti dan pastri
pecal dan rojak
kuey tiaw goreng
rojak buah



rojak singapore

roti jala

sotong masak sambal

masak kurma daging

kerabu udang

kerabu betik
ketam bakar
udang panggang



sotong bakar

pelbagai jenis ikan bakar


sate daging dan ayam
bahagian nasi dan lauk pauk kampung



udang masak sambal

acar telur

pajeri terung (sedap yang amat)
Terliur tak? ni baru 10% dari menu yang ada tau,banyakkkk lagi sebenarnya.Antara pilihan Cik Sue lauk kampungnya pajeri terung tu memang sedap sangat-sangat,rasa nak tapau bawa balik,acar telur tu pulak kali pertama jumpa dan makan,sedap,masin-masin masam pedas.Lauk-Pauk kampung yang di hidangkan memang resepi original dan rasa yang sangat tradisional,siap dengan ulaman dan pelbagai jenis sambal.

dari pinggan Cik Sue-Udang bakar dengan sambal kicap
serius puas makan kat sini

Selain makanan yang pelbagai,kalau yang bawa family tu memang seronok bawa anak-anak datang sini,sementara korang makan,siap ada persembahan live serta muzik tradisional menemani anda ketika makan.Dari Laser Man,Persembahan orang api,Nyanyian dan muzik tradisional,badut dan macam-macam lagi.






Ok,dah kenyang dengan menu-menu berat,jom kita nikmati kuih-muih dan desert pula ye,Macam-macam ada dari aiskrim,kek,coklat,biskut,brownies,gula-gula,kuma ,manisan timur tengah seperti baklava,kunafa,cendol,bubur,pelbagai jenis kurma dan kuih-muih tradisional melayu.








Dan yang terakhir sebelum balik,pastinya ramai tak kan lepaskan,gerai durian.Korang boleh cekah sendiri atau minta staf kat situ cekahkan ,makanlah sebanyak mana yang mahu dan mampu.Cik Sue tak boleh makan banyak,setakat 3 4 ulas tu ok la.Tapiiiiii serius sedap durian kampung terbaikkkk.




Bagi Cik Sue agak puas hati berbuka di sini ,dengan kemudahan yang di sediakan,parking pun mudah samada parking besmen atau padang di hadapan pintu masuk.Surau yang selesa juga di sediakan di ruangan bawah,turun je tangga,Tempat makan pun luas dan banyak meja di sediakan.Malah hiasan dan reka letak yang cantik,tenang je.






Buffet ramadhan ni berlangsung dari 27 Mei hingga 24 June 2017 dari jam 7 malam hingga 10 malam.Kalau korang berminat atau nak cadangkan kat bos ,boleh lihat detail di bawah ye :

Untuk tempahan :
Tel : 03-8890 0000
Whatapps : 016-8900142
Email : magicalramadhan@pullmanputrajaya.com

FB : Pullman Putrajaya Lakeside
Insta : PullmanPutrajaya
Web www.pullmanputrajaya.com



p/s :
Memang tak kurus la kalau jumpa makanan sedap-sedap gini heheheh,makan-makan juga kesihatan kena jaga,pilih makanan yang sihat.

3 comments:

  1. Macam-macam pilihan juadah yang ada. Sedap nampak tu, lagi-lagi keow teow goreng tu!

    ReplyDelete
  2. Fuhhh banyaknya pilihan makanan kat sini..berbaloi laaa kalau datang utk berbuka..

    ReplyDelete
  3. semua tempat sedap2 belaka..harga pun murah

    ReplyDelete