16 May 2017

Assalamualaikum,

Selamat pagi semua,mesti ada yang terkejut dengan tajuk Cik Sue ni,ehhh ingat tak de ke orang kena rasuk di alam maya/internet ni,ada jeeeeee...zaman dah canggih,mesti la boleh hehehhe.Jom Cik Sue share pengalaman kena rasuk ni.

Kisahnya dah 2 minggu Mr D dok bebel suh cari ketip kuku yang selamat tuk anak,sebabbbb ibu Humaira ni terketip kuku dia sampai berdarah huwaaaa dah fobia nak ketip kuku anak.Pas tu tak tau nak beli kat mana,pergi kedai baby penat na terangkan kat salegirls ketip kuku tu macam mana.Balik rumah google la jenis-jenis ketip kuku baby,search image je,hambekkkk beribu keluar.Cik Sue klik la satu gambar dah berkenan,sekali di bawa ke laman web ni KLIK .


Ni la ketip kuku tu,ada pelindung dari terketip isi jari baby,tak de la cuak sangat kan bila tak dok diam si kecik tu.Ok, dah dapat dah masuk bakul nak bayar tapi alaaaa takkan satu benda je beli,tengok-tengok la dulu barang lain kan,ehhhhh gitu pulak.Orang pompuan memang cenggitu ke? hahahhahahha.

Haaaaa terus terbuntang mata,murahnyaaaaa,dengan muka teruja terus la klik-klik,dah jumpa ketip kuku ehhhhh terklik gambar lain pulakkkk,alamak banyak pulak berkenan,cam no ni? Klik-klik nak tengok carpet atau floor mat yang besar nak wat lapik Humaira merangkak tapi tak de yang besar lak.Cuci mata benda lain lak,





Rambang mata oiiii,dah la cantik-cantik,murah pulak tu,huwargggg Cik Sue dah kena rasuk akhirnya oleh saka Shopee (www.shopee.com.my)  hahahhaa,Ok apa tak yah penat-penat keluar ke mall nak buat persiapan raya tahun ni.Dah ada Humaira ni pengalaman pertama la kalau nak bawa dia bersesak cari persiapan raya,dulu jalan melenggang boleh la last minit baru cari kekadang malam raya pun sempat lagi,sekarang? no wayyyyyy....ada balik rumah 2 hari 2 malam tak bangun kang haaa over ibu Humaira.


Amacam menarikkan online shopping di Shopee ni,meh Cik Sue kongsi dengan korang banyak lagi kelebihan shopee ni tau,macam-macam ado.Yeayyyyy dah checkout dan beli barang yang berkenan,dengan izin Mr D la hahaha ,Cik Sue ni online banking tak de income bulan-bulan ngeee.Barang apa Cik Sue beli,adalaaaa,biarlah rahsia lalallalal.

Kelebihan membeli-belah di Shopee

1. Jimat masa,minyak dan tol
Harus la kan,tak payah nak ke shopping mall dah,dok je depan laptop atau pc,atau pun kat handphone pun boleh.Klik-klik bayar tunggu barang sampai,mudah.

2. Boleh Chat dengan seller
Yang ini Cik Sue suka,kalau seller tu online korang boleh tanya terus apa-apa yang korang nak tanya,dia akan jawab terus,ada button cat kat web tu bila korang pilih dan klik barang yang korang nak beli tu tau,haaa tanya la apa pun pasal barang tu.

3. Murah dan pelbagai barang ada.
Yes murahhhhhh sangat,ada tu eyeliner RM1-5 je tau,rak dapur RM15 ,tak ke terbuntang mata Cik Sue korang ni yang tak leh tengok benda murah-murah hehehhe.Barang pulak macam-amacam ada,dari hujung rambut sampai hujung kaki,dari garaj kereta membawa ke dapur dan jamban orang kata .Lengkap!

4. Boleh pilih seller yang di percayai.
Trusted seller katanya,korang boleh baca review dan comment serta rating di bawah gambar barang yang korang pilih tu dan ada trusted seller.Jadi pandai-pandai ye,jangan terkena na.Kat barang tu ada tulis preferred haaa pi baca dan selidik dulu.

5. Boleh juga menjual barang.
Korang daftar ahli,nanti siap ada link kedai sendiri kat dalam tu dan boleh jual barang korang,prelove ke,yang baru ke,boleh,siap ada panduan lagi macam mana nak jadi seller.

Seronok tak? Cik Sue pun dah daftar ahli senang nak jual barang-barang terpakai kat rumah ni,sambil-sambil tu boleh jual sambal hitam sekalikan.Mana ada peluang kita rembat je kikiki.


Cahaya Raya bersama Shopee

Nehhh mai nak habaq,tetiba jadi orang kedah lak,Shopee ni start semalam ada buat promosi raya giler-giler punya.Hai kena rasuk lagi la Cik Sue ni.Promosi Cahaya Raya bersama Shopee ni bermula 15 Mei hingga 30 Jun 2017,sebulan lebih tu! Dengan diskaun dan potongan harga hampir 90% di sediakan,wahhhh bertambah murah ni.Lepas tu ada pulak 24 kempen raya dalam promosi ni,lagi berbaloi-baloi,Diskaun untuk pelbagai barang setiap minggu sepanjang promosi ni berlangsung,malah ada peraduan dan hadiah pun lumayan tau.



Untuk maklumat lanjut korang boleh klik link ni ye http://cahayaraya.shopee.com.my
Boleh tengok promosi,tawaran,aktiviti dan peraduan yang di jalankan.

Apps Shopee di handphone.

Selain dok tengok skroll kat laptop korang boleh download Apps Shopee ni kat handphone korang tau,jadi dok boring-boring dalam meeting pun boleh klik-klik ehhh mengajar sangat Cik Sue ni ngeee,ye la boring tunggu train ke,tunggu makanan kat kedai makan ke kan,lepak-lepak ngan anak depan tv pun boleh cari-cari barang yang korang nak,mudah je kan.Jadi sila download sekarang.



Ni kat bawah Cik Sue bagi linknya ye :

Shopee Malaysia Di Appstore

Download Here For Iphone User

Shopee Malaysia Di Google Play ( Android )

Download Here For Android User

Facebook Shopee Malaysia
Facebook Shopee Malaysia

Instagram Shopee Malaysia
Ig Shopee Malaysia

p/s :
Shopping-shopping jugak tapi jangan la melampaui batas ye,ikut kemampuan masing-masing,jangan membazir pulak,Cik Sue ni meroyan kena rasuk je lebih tapi tak pe ada guard yang tukang jaga hehehhe Mr D la,lagipun  kalau dia tak bagi TAC no ,nganga je la ai hahahahha...Selamat Hari Raya ehhhh....

12 singgah dan taip sket..

Ai pun kena rasuk dengan Shopee gak, hahahaa! Tapi betul kena kawal kadar rasukan tu, pilih barang yang betul² perlu kan dan mampu beli.

REPLY

Nasib baik ini rasukan yang baik-baik saja... tapi rasukan ini memang hebat sungguh.

REPLY

Kak sue, tumpang Mr D punya TAC boleh ? hahaha. gurau. mmg betul .. kalau tak betul2.. mmg merapu kite beli. sbb mmg menggoda harga dia. ahaha

REPLY

Waaaa kene rasuk cam mana nak tolong nih!!!

REPLY

Sama la kaksue.haha, kena rasuk berjemaah nampaknya bila bukak shopee ni

REPLY

menarik sangat barang2nya sebab murah sangat!

REPLY

Wife saya baru terjebak dengan shopee. Murah sana sebab free postage & postage ditanggung partially oleh shopee dan buyer. Jimatlah jugakkan shopping di sana. Nasib baik budget kurang takdelah shopping sana hanya window shopping. 11street dan lazada wife dah jarang buka asyik ke app shopee je.

REPLY

murah murah di shopee

REPLY

hee~ rasukan ni paling bahaya..

REPLY

hahaha..sampai sekarang kena rasuk shopee ni..tak sudah2 belek barang..

REPLY

Perghhhhhh.. mmg kna rasuk lahh

REPLY

Mmg macam kena rasuk, semua benda nak beli hahahahaha

REPLY

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates