Desert Sedap di Buffet Ramadhan Verandah @ Cyberview Resort & Spa 2017

1:54 PM Sue Izza 4 Comments

Ada yang mencari buffet ramadhan di Cyberjaya tak? meh Cik Sue cadangkan satu tempat berbuka puasa yang best.Dah la tempat cantik,makanan terutama desertnya sedap,ini serius ok! eh tak marah nak bagitahu je hehehhe.Kat mana? Jom ke Restoran Verandah di Cyberview Resort & Spa.Apa yang menarik di sini,jom kita jalan-jalan.




Cik Sue first time sebenarnya masuk sini,padahal dekat je dengan rumah,ye la tak de urusan buat apa nak masukkan hehehhe tapikan memang cantik la kawasan dia nama pun resort dan spa,tenangggggg sangat.Buffet ramadhan di sini menghidangkan hampir 23 gerai dan 200 lebih menu pilihan dari pelbagai selera antaranya Melayu,Chinese,Jepun,Itali dan macam-macam lagi.Banyak juga menu yang Cik Sue cuba dan memang sedap-sedap semuanya.































Amacam? dah menitik air liur ke? hahahahha tu baru sikit tau ada banyakkkkkkkk lagi,nak tau kena pi la rasa sendiri,puas hati makan.Cik Sue rasa kan hampir semua yang korang cari ada di sini menunya memang meriah.Insya Allah menu yang teringin tu semua ada.Tempat makannya pun best,selesa dan nyaman,resort la katakan,konsep spa pulak tu.

Desert/Pencuci Mulut yang memikat hati

Cik Sue ni ada satu perangai tau,bila pi buffet atau majlis-majlis atau mana2 la tempat makan-makan suka tengok desert atau pencuci mulut.Bukan apa,Cik Sue ni memang tak pandai bab memasak atau membuat kuih-muih kek dan puding segala,so time macam ni la nak makan kan.Dah pernah cuba buat tapi gagal hahahhaa,tapi kalau masak lauk-pauk insya Allah boleh lagi la tuk makan tekak sendiri huuu.Nak tengok tak pencuci mulut kat sini,jom layan :


























Haaaa hambekkkk,puas hati,semua sedap-sedap,Cik Sue dah try pun satu-satu.Tak rugi la korang bayar tuk makan kat sini,ajak bos tu suruh belanja staf sekali sekala kan heheheh.Tapi ada istimewa buffet ni yang Cik Sue nak highlightkan,kiranya pilihan A+ Cik Sue la ni.


Durian Crispy Roll
Haaaa itu la namanya,cik sue tak sure di perbuat dari tepung apa yang kulit tu,tapi ala-ala roti jala versi rangup.Dalamnya pulak ada isi durian yang dah di masak ala-ala pengat durian tu.Ya Allahhhhhh,sdap tak terucap bagi Cik Sue paduan raa durian dengan kulit rangup tu alahaiiii..teringat lak,huhuuuu.


Assorted Dimsum
Sejak bila entah Cik Sue jadi peminat Dim Sum ni,memang sedap,sosnya pun sedap,dua tiga kali jugak ulang ambik,samai budak kaunter tu dah sengih-sengih ahahhahah,terasa isi nya ada ketam,udang,ikan.


Sate Daging.
Nampak biasa,tapi bagi Cik Sue puas hati makan sini,isi dagingnya lembut dan kuah kacang sedap.Bagi peminat sate cam Cik Sue ni,memang ai bagi ibu jari la,sedap cukup sempurna rasanya.


Tauhu Bakar
Lama betul tak makan tauhu bakar,yang aling sedap pernah makan kat Kg Melayu Majidee Johor,kenduri rumah kawan,yang tu sedap dia Cik Sue tak jumpa lagi yang boleh lawan.Versi Cyberview ni dah hampir dah rasa nak samacuma tauhu kurang rangup dari yang sana.Tapi kalau area sini,ini pilihan CikSue,sos pun sedap,ngam.


Masak Lemak Siput Sedut
Ini kegemaran sepanjang zaman ni,memang pantang,pantang nampak hehehhee,tak peduli dah orang kiri kanan,menyedut je la hehehhe kuah dia cukup lemak tak bau hanyir pun.Cik Sue rekemen.


Ais Krim Perisa Rendang
Ini memang rare,korang pernah ke jumpa or makan ais krim perisa rendang ayam? haaaa tak ke pelik.Tapi mula-mula je pelik ,masuk sudu yang ke 2 alamakkk sedap wehhhh,serius...selain tu ada perisa teh tarik pun sedapppp sangat,perisa tart nenas pun ada tau.Haaaaaa unikkan,jadi ini wajib korang cuba tau.

Haaaaaaa,hambekkkkk panjang lebor CikSue cite,jadi sapa berhajat boleh pi tempah,pi bodek bos cepat,ajak berbuka kat sini.Detail seperti kat bawah ni ye :

Harga Buffet Ramadhan Verandah, Cyberview Resort & Spa

Isnin - Jumaat
RM 138 (Dewasa)
RM 100 (Kanak-Kanak)

Sabtu & Ahad
RM 100 (Dewasa)

Alamat :
The Lodge, Persiaran Multimedia, Cyber 7,
63000 Cyberjaya, Selangor.
Tel :
03-8312 7091
03-8312 7092

p/s :
Rasa nak try buat sendiri lak crispy roll durian tu,sedapnyaaaaaaa

4 comments:

  1. huh..msk blog mek sue caro ko makanan jah..kita nyo xleh tgk makanan..lapar slalu..haha..tgk gambar pn sero nak mkn..haha

    ReplyDelete
  2. Telan air liur jelah...nak berbuka sekeluarga pengsan hehehe. Tapi cyber view ni dari dulu mmg sedap

    ReplyDelete
  3. Teruja tengok. Gambar pun dah menarik. Baca entri pun dah stress. Hahhaha ! Aiskrim teh tarik tu macam best je T___T whyyyyyyyyyyyy??

    ReplyDelete