05 May 2017

Seperti tahun-tahun sudah buffet Ramadhan Bangi Golf  Resort memang menjadi pilihan Cik Sue.Buffet ramadhan yang meriah dengan pelbagai pilihan makanan,dengan perkhidmatan serta layanan yang mesra dari kakitangan membuatkan setiap tahun Cik Sue tak mahu terlepas berbuka di sini.Kat sini korang boleh pilih variasi makanan tradisi,barat serta timur,hampir 200 jenis menu ada.Jadi apa yang istimewanya tahun ini,sila baca sampai habis,mesti korang terliur.

Pilihan menu menarik di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2017


Menu Barat.
Tahun ini BGR (Bangi Golf Resort) menghidangkan menu klasik hidangan barat iaitu Lasagna Ayam dan Golden Sand Spaghetti Carbonara selain menu wajib setiap tahun "Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma " (telur separuh masak di hidangkan dengan sos pilihan).Di sini Cik Sue nak ngaku ,pertama kali sebenarnya makan Lasagna,haaaaa betapa kampungnya diriku hehheh,dannnn sangat la kena dengan tekak ini,sedap ya ampunnn lasagna ni.Spaghetti Carbonara nya pun sedap tapi Cik Sue kurang gemar kuah berkrim gitu.

Golden Sand Spaghetti Carbonara

Chicken Lasagna

Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma
Selain  hidangan di atas,satu hidangan baru di perkenalkan tahun ini iaitu Per-Peri Chicken Drumets yang menjanjikan rasa ayamgrill luar biasa kepada pengunjung buffet ini.Perapan secukup rasa,ratah saja pun sedap,makan dengan nasi putih pun sedap.

Per-peri Chicken Drumlets

Selera Oriental
Tahun ini BGR memperkenalkan Nasi Ayam Hainanese,ayamnya di masak dengan telita sehingga empuk,di gandingkan pula dengan sos cili halia dan bawang putih,memang cukup rasa dan lembut ayamnya,Nasinya pulak memang berlemak dan beraroma,gebu je.Bagi Cik Sue antara yang sedap nasi ayam ni yang pernah makan.Korang kena cuba.

Ayam untuk Nasi Ayam Hainanese



Menu Selera Melayu
Bagi hidangan tradisi melayu pula,ada nasi lemak istimewa yang di hidangkan bersama lauk-pauk pilihan.Ye la bulan puasa mana ada makan nasi lemak pagi-pagi sarapan kan,kot la ada yg teringin nasi lemak sedap haaaa meh sini.Nasinya lembut,wangiiii bau daun pandan dan santan,macam mak-mak masak kat kampung tau.Pastu ada Sambal Sotong Kembang,ini pun kali pertama Cik Sue jumpa yang betul-betul sedap,lembut ,tak liat.Sebelum ni mana-mana pergi memang tak la nak cuba sambal sotong ni sebab selalu terkena liat tak leh gigit huhuuuu.Cuba yang kat sini,ambil sikit je mula-mula,wahhhh sedap la pulak.Ada juga lauk-lauk lain,tu pi tengok gambar kat bawah ni,semua sedap-sedap dan wajib cuba.

Nasi Lemak Istimewa BGR

Sate Ayam dan Daging

Mee Kari

Ikan Masak Asam Kari

Telur Rebus Goreng Masak Sambal Tomato

Baby Kailan dan Mushroom

Rendang Daging Taik Minyak

Sambal Sotong Kembang

Daging Panggang

Soto
Pencuci Mulut
Bahagian ini,selalunya yang Cik Sue jenguk dulu kalau ke Iftar Ramadhan.Peminat desert dan pencuci mulut.Apa taknya,suka makan nak buat tak pandai campur malas heheheh time ni la nak makan macam-macam pencuci mulut yang sedap-sedap hehhehe.Kat sini macam-macam di hidangkan,anataranya Spanish Churros yang ranggup dan sos sedapnya.Terdapat juga pelbagai kuih-muih melayu,pelbagai hidangan puding,agar2,kek dan lain-lain.Dan di BGR ni dihidangkan juga koleksi Swiss Roll,pilih je nak perisa apa.

Spanish Churros

Assorted Desert

Kuih-muih tradisional melayu

Assorted Swiss Roll

Hidangan Kambing
Yeeeee,menu wajib dah sekarang untuk mana-mana buffet ramadhan dan iftar.Tak lengkap rasa kalau takde menu kambing golek kan,mesti tercari-cari hehehhee.Kat BGR ni wajib la setiap tahun,kambing golek dan sup kambing mamak yang di masak istimewa oleh chef.Cik Sue suka sup kambingnya sedappppp,makan ngan nasi atau hirup ratah saja pun sedap,cicah roti lagiiiii la sedap.

Kambing Golek

Sup Kambing

Durian Runtuh
Satu lagi tarikan baru di BGR tahun ni,diadakan pesta durian sempena musimnya dan di bawa khas dari Raub,Pahang.Termasuklah buah-buahan segar tempatan,korang boleh beli bawa pulang atau kendurikan je kat situ makan ramai-ramai,tontong ngan kawan-kawan yang berbuka di BGR ni,ada diskaun.Selain tu ada juga penjualan Gelato (aiskrim) yang di proses segar oleh Sweet Scoopz,yang memang terkenal dengan gelato Musang King dan P.G.A (Passion Fruit,Guava,Asam Boi)





Amacam? tergoda tak,haaa kalau nak cuba atau dah plan nak berbuka dengan akwan-kawan keluarga cepat-cepat hubungi maklumat kat bawah untuk buat tempahan ye.Jangan lambat,fullhouse kang Cik Sue tak tau ye.

Maklumat Lanjut :

Tarikh : Bermula 29 Mei hingga 23 Jun 2017
                     
Harga : Individu : Dewasa Rm58 nett
                               Kanak-kanak Rm 28 nett
             Kumpulan : Dewasa Rm 49 nett
                                   Kanak-kanak Rm22 nett

Tempahan & Pertanyaan : 1-700-81-8557
Email : sales@bgrrest.com
Website : http://www.bgrrest.com
Facebook : www.facebook.com/bangigolfresort
Instagram : www.instagram.com/bangigolfresortofficial

abaikan dagu berlapis tu,lihat keterujaan Cik Sue  je ye menjamu selera heheheh
kredit gambar :

6 singgah dan taip sket..

Pergh. Tgugat tgk food2 tu.

REPLY

Suka jugak buka puasa kat BGR ni sebab harga dia berpatutan.

REPLY

perghh sedap2. serius tak sabar nk tggu puasa ni

REPLY

Dapat gak undangan hari tu utk buat preview .. tapi tak pergi tahun ni. Giler rasa rugi lak lepas tgk ada durian tu.
..
Harap dapatlah kesempatan nak buka puasa kat BGR tahun ni, Buffet Ramadan derang jarang menghampakan.

REPLY

setiap tahun tak terlepas bebruka dekat sini

REPLY

Utk group minimum brapa org ya..

REPLY

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates