05 May 2017

Zaman sekarang hampir semua urusan di hujung jari,segalanya dalam talian (online),order je semua sampai depan pintu,tak payah nak bersiap,melawa bermekap nak keluar cari barang atau perkhidmatan.Dari urusan renew dokumen,membeli-belah,ubatan dari doktor,kejutan hari lahir,penghantaran hadiah,penghantaran makanan,kain baju,alat ganti sehinggalah ke barang dapur yang Cik Sue baru cuba beberapa minggu lepas.

Terpengaruh dengan umi aisyah la ni,terus Cik Sue pun nak cuba perkhidmatan diorang ni,kebetulan masa tu ada tetamu nak datang rumah,tak sempat pulak nak keluar ke pasar,Mr D pun busy kerja.Dengan rumah nak berkemas lagi.Cik Sue terus usha instagram diorang,tengok testimoni macam bagus je www.instagram.com/seafoodelivery .

Terus wasap dan chat dengan Farah,ownernya.Rupanya penghantaran sehari selepas order,contohnya masa Cik Sue order tu hari ni,esok bar dia hantar.Jadi kena plan la awal-awal.Farah terus bagi pakej yang diorang sediakan,wajib beli ikut pakej,pastu kalau nak tambah barang atau lauk lain dia bagi senarai harga dan kuantiti.Pembelian pula ikut kuantiti yang di catatkan.Tak boleh la tetiba nak tauge 20sen ye hehhehe,maybe diorang dah siap packing untuk memudahkan.

ni instagram diorang
Katanya setakat ni penghantaran sekitar Putrajaya,Cyberjaya,Dengkil,Sepang,tapi korang wasap la tanya kot-kot kawasan korang pun dia cover kan.Kat bawah ni pakej yang di beri kat Cik Sue hari tu,harga-harga ni berubah mengikut harga pasaran tau.Ni bulan April 2017.




Alhamdulillah selepas order ,keesokan nya dalam pukul 5 petang lepas waktu kerja barang dah sampai depan rumah.Siap belek depan pintu tukang hantar tu suruh check kalau apa-apa tak puas hati,atau tak cukup ke apa yang kita pesan.Oh ya,pembayaran online banking,cuma Cik Sue tak ingat boleh ke tak bayar selepas barang sampai,lupa dah,korang tanya je.

Dan Cik Sue puas hati,ikan dan lauk basah dah siap siang,dan potong,just basuh-basuh masuk peti ais je,sayur-sayur pun segar je,cantik-cantik lagi kondisinya.Puas hati sangat,menyenangkan kerja dan menjimatkan masa.Mr D balik pun cam teruja,barang sampai elok-elok,ye la dia kan cerewet hahahhaha.


Memang save dah no Farah ni,senang kalau tak larat nak keluar,apayah ngan dak Humaira ni memang call je la,kalau yang berpantang sendiri ke kat rumah,atau busy kerja ke memang mudah ni,korang order hari ni ,balik kerja sampai rumah orang dah hantar barang dapur,senang kojo eh.

3 singgah dan taip sket..

skrg ni dah semua mudah. semua online. order je. tp jgn la pulak kemudahan ni menjadikan kita malas hehe

REPLY

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates