22 May 2017

Ramai tak yang suka kopi? Ha Cik Sue la salah sorangnya penggemar tegar kopi,padahal ada migrain tahap teruk.Ye la orang kata migrain tak leh minum kopi,kafein banyak.Tapi bila Cik Sue tanya doktor,katanya boleh je minum kopi tapi kena kawal jumlah kafein,maknanya jangan la minum bercawan-bercawan sehari.Dan doktor kata kena perhatikan kandungannya kopi terutama 3 in 1 tu,selalunya ada perisa tiruan la,bahan-bahan selain kopi la tu yang buat sakit kepala tu.


Kopi Badang 100 % Kopi Tulen

Baru-baru ni Cik Sue sempat mencuba satu jenama kopi baru di pasaran semasa majlis perlancaran dan perlantikan duta bagi jenama kopi ini,iaitu Kopi Badang.Mula-mula Cik Sue fikir mesti ada tambahan bahan atau herba untuk tujuan tertentu dalam kopi ni.Ye la sekarangkan banyak keluaran kopi-kopi herba la,kopi kesihatan la.Cik Sue tak berapa boleh telan kalau kopi-kopi ada campuran bahan lain ni,mesti sakit kepala,lepas tu bau kuat,dan selalunya lepas minum kalau buang air kecil mesti bau kopi hehehehhe kannnn? Sebab tu kat rumah selalu bancuh kopi O original dari kopi serbuk je.

Tapi berbeza dengan kopi yang ini,kandungannya hanya kopi tulen,krimer dan gula serta bahan penstabil.Tiada campura perisa dan pewarna tiruan serta tiada bahan herba atau bahan-bahan lain.Sememangnya hanya rasa kopi yang asli,sesuai di minum seisi keluarga dan menggunakan kopi Robusta dari Columbia.Pertama kali minum,bau kopinya tak kuat tapi rasa kopinya asli dan sedap,tak kelat atau pahit,ada rasa lemak-lemak juga.Kalau bancuh satu sachet tu satu mug dah sedang elok,tak payah letak gula,manisnya dah cukup.


Masa majlis tu banyak kali juga la dok ulang minum,dekat 4 5 cawan,lepas tu baru teringat,ni balik karang ada kena migrain guling-guling ni.Tapiiiiiii Alhamdulillah,siap boleh berjaga uruskan Humaira lagi sampai kul 4 5 pagi,segar mata,anak tido,siap boleh kemas rumah pagi-pagi buta tu tunggu Subuh lagi,maknanya memang menyegarkan minum kopi ni.Memang sesuai ni kalau minum masa nak drive,Mr D pun  kata sedap.Dan Cik Sue perasan masa dia memandu bai dari majlis tu,dia tak mengantuk macam selalu.

Perlantikan Duta Kopi Badang

Majlis 19 Mei (Jumaat lepas) adalah untuk memperkenalkan Zamarul Hisham,pelakon dan selebriti sebagai duta Kopi Badang di samping duta-duta kecil lain yang akan mempromosikan kopi ini seperti Keena Mentor,Mus May,Zur Eda,Acong Sweetchild,Nizam Laksamana,Rahmat Mega,Maya Matahari,Along Exist dan Deen Maiden turut hadir memeriahkan majlis.Kopi keluaran syarikat Al Mubarak Health Sdn Bhd ini memang di akui terbaik oleh Zamarul Sendiri yang telah mengambilnya dari awal kopi ini di keluarkan pertengahan 2016 lagi.



Kopi yang di kilangkan di Johor Bahru ini mendapat perakuan dan sijil Halal Jakim serta di akui kebersihan pembuatan dan pembungkusannya.Memang di rumuskan untuk pengguna menikmati kelazatan kopi sebenar di samping memberi kesegaran daripada rasa mengantuk dan lesu.Korang boleh layan Video ni kalau nak tahu,


Jana Pendapatan dan Menang Hadiah dengan Kopi Badang

Selain dari korang menikmati kelazatan dan kesedapan kopi ni,malah ada peluang nak menang hadiah tau.Sambil minum sambil menang,gituuuuu.Caranya korang kena membeli sekurangnya 12 kotak kopi dah melayakkan untuk sertai cabutan bertuah ni.Simpan kotak tu sebagai bukti pembelian ye,maklumat lanjut nanti akan di update di Facebook Official Kopi Badang .


Hadiahnya memang lumayan,iaitu hadiah utama sebuah Perodua Axia dan hadiah lain pun tak kurang hebat seperti motosikal,iphone 7,ipad dan televisyen LCD. Untungkan? sambil minum dapat hadiah.


 Selain itu juga Al Mubarak Health Sdn Bhd membuka peluang kepada irang ramai untuk menjadi stokis Kopi Badang ini dengan insentif menarik berdasarkan jumlah jualan kopi mereka.





Amacam? lumayan kan? jadi ssesiapa yang berminat tu bolehlah dapatkan maklumat lanjut atau hubungi talian di bawah ini ye :

Untuk yang berminat menjadi stokis boleh hubungi :

Premier Victory Enterprise   07-2326124
Hisham  Nordin 019 779 2211
Kamarul  Arief  018 388 5985

Facebook Official : Kopi Badang Official 
atau hubungi 
Huda Hana Media Communications
012-3031005 (Huda)

p/s : K bye,nak gi bancuh kopi badang jap hehhehee.

11 singgah dan taip sket..

sedap oii..malam-malam layan kopi badang..segar terus

REPLY

Woww, grand hadiah cabutan bertuah tuu .hihi

REPLY

kak suee.. lanje... pleasee lama tk minum kopiii

REPLY

Macam syok je tengok kopi tu..dahlah feveret kopi2 nie

REPLY

dapnya kopi.. asben akak suka ngopi ni.. bole cuba.. hihihih

REPLY

Kopi badang memang ohsem! dah cuba minum terbaik lah

REPLY

Memang sedap kopi dia.... tambah secawan..

REPLY

Rugi sapa yang tak minum lagi kopi ni. Saya dah 'cuba try test'. Dah la sedap, boleh Jana pendapatan lagi.

REPLY

sedp ke? i pun gila kopi gak ni

REPLY

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates