26 May 2017

Sejak-sejak ada Humaira ni Cik Sue suka survey toiletries baby.Sekarangkan ada macam-macam produk penjagaan bayi.Dengan pelbagai rumusan dan kebaikan untuk kulit serta kesihatan anak-anak kita.Kali ni Cik Sue pilih produk Pigeon Newborn Pure yang memang terbaik untuk kulit bayi seperti Humaira ni.Humaira ni jenis kulit agak sensitif juga la,kalau lambat basuh berak dia,mula la merah-merah,kekadang kalau peluh-peluh tu naik bintik-bintik merah kat lengan dan leher.Jadi Cik Sue cuba guna produk Pigeon ni.Dia pun nampak suka pulak wangi-wangi lepas mandi,bila sapu minyak dan losyen sengih-sengih je.Bila dah bersih dan wangi dia tidur pun agak lena.Mungkin selesa agaknya.




Produk Pigeon ni daripada  :

Pigeon Newborn Pure Purifying Body Wash, 200ml ( Rm59 )

ready nak pi mandi hehhehe

Ini gel wash atau body wash untuk pakai masa mandi,wangiiiiii sangat tau.Cik Sue pun rasa nak guna sekali buat mandi.Bila tekan kat tangan tak la melekit sangat,guna sikit je pun buih dah banyak,seronok Humaira guna waktu mandi,memang semerbak la,lepas mandi dah bilas memang boleh rasa lembut je kat kulit.Kita kongsi tau Humaira,ibu pun dah suka wangian dia ala bunga-bunga macam minyak wangi pun ye.

Pigeon Newborn Pure Moisturizing Lotion, 200ml ( Rm59 )
muka tak sabar nak pakai losyen.
Ini pula losyen pelembap,lembut sangat pada kulit.Bau sama dengan body wash tadi jadi bila pakai losyen lepas mandi masih bau yang sama la.Seronok Humaira bila ibu urut dan sapu pada badan.Terus menyerap ke kulit dan tak melekit tau.Tak perlu banyak-banyak,sikit pun dah cukup wangi dan lembut pada seluruh kulit.

Kelebihan Produk Pigeon Newborn Pure

Bila dah google dan baca baru la Cik Sue tahu produk ni memang terbaik untuk bayi sebab ada kelebihan tersendiri antaranya :

1. Ada fungsi Dual Moisturizing by Natulayer,iaitu teknologi yang bertindak melembap dan melindungi kulit bayi.
2. Mengandungi bahan mimic vernix and ceramide yang memang perlu dan baik bagi bayi.
3. Bebas alkohol, bebas formaldehyde dan bebas paraben


Setakat Cik Sue pakai ni memang puas hati sangat,walau agak mahal tapi jimat juga sebenarnya tak perlu guna banyak,lebih kurang tahan la sebulan lebih sebotol tu.Yang penting wangi dan tiada bahan merbahaya kat anak kita kan.Haruslah cerewet kang sakit ke jenuh nak menjaga.

Korang nak cuba tak? boleh usha kat web ni ye dan klik link bawah ni: 

www.motherhood.com.my

URL Body wash: https://goo.gl/r3A1L6
URL Moisturising lotion: https://goo.gl/fhZmBG
kemahinnnn lena tido siap silang tangan tu hehehe

1 singgah dan taip sket..:

Yang penting wangi dan selamat untk anak kan Sue.. cium Humaira sikit untuk Kak Sue tau.. hihihi

REPLY

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates