Resepi Ayam Kari Hijau Thai

10:00 AM Sue Izza 2 Comments


Ramai yang kata ini masak lemak ayam bila Cik Sue post kat FB dan IG,sebenarnya warnanya hijau muda tapi faktor cahaya dan kamera henpon yang tak berapa canggih tu yang jadi nampak kaler kuning tu.Kali pertama Cik Sue masak kari ayam hijau ni,selalu belah-belah Selatan Thai glamer la menu ni,dok belek-belek buku resepi jadi Cik Sue try la buat,kebetulan hari pertama puasa tu nak bawa balik rumah mak,cuba la buat sesuatu yang special sikit,nasib baik menjadi huhuuu.Jom tengok resepinya :

Bahan :
1/2 ekor ayam potong biasa
250ml santan pekat
250ml air
5 bii terung bulat
1/2 sudu serbuk jintan manis
1/2 sudu serbuk lada hitam
3 helai daun limau purut
minyak masak

bahan blend
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3cm lengkuas
3cm kunyit
6 tangkai cili padi
3 biji cili hijau besar
2 batang serai

Cara : 
1. Tumiskan bahan blend dengan serbuk jintan dan lada hitam,hingga pecah minyak,masukkan ayam dan air,kacau sebati dan biar kuah mendidih sehingga ayam empuk.
2. Masukkan terung dan santan,carikkan daun limau purut masukkan ke dalam kuah,masak hingga mendidih dan perasakan dengan garam.
3. Masak hingga kuah pekat dan boleh di hidangkan.


Mudah je kan cara memasaknya,ada yang kata makan dengan laksa beras thai pun sedap ni atau pun mihun,campur dengan ulaman timun serta daun selasih,nanti nak cuba la.
Selamat mencubaaa.....

2 comments:

  1. Tak pernah cuba masak kari hijau, dah ada resepi ni nanti boleh cuba.

    ReplyDelete