18 May 2017


Ni resepi kegemaran ma ni,sepatutnya pauh atau mempelam muda baru sedap tapi tak de Cik Sue belasah je la yang masak pun hehehe sedap jugak tak masam sangat.Kalau yang putik tu masam ya ampunnnn kembang pipi rasa.Dulu-dulu masa dok kuarters Ktmb,ada pokok mempelam belakang rumah,yang putik boleh la buat sambal ni,yang masak siap ambil isi buat jus lagi,kekadang buat aiskrim.Abah tak jual sebab katanya bukan dia tanam,tumbuh orang yang dok situ dulu-dulu lempar bijinya,jadi makan la sama-sama ngan kakitangan yang dok kuarters,sama nak ambil je,sapa rajin pi kutip.Jom tengok resepinya,mudah je.

Bahan :
2 biji mempelam muda-cincang isinya atau nak parut pun boleh.
2 ekor ikan gelama jeruk atau apa-apa ikan kering/masin goreng-ambil isi
sedikit cili api
sedikit gula

Cara :
Tumbuk cili api dan isi ikan kering/masin,ambil separuh isi mempelam tadi tumbuk sekali tak perlu lumat pun,gaulkan dengan baki isi mempelam dalam mangkuk,masukkan gula ,jangan banyak,dalam setengah sudu pun dah ok.

Sambal ni hidang dengan sayur masak lemak putih atau ulam pun sedap.

p/s :
rindu zaman kecik-kecik duk berek ktmb,nak makan apa kutip sekeliling rumah je,abah pelihara ayam kampung,nak makan ayam sembelih je,maklumlah nak ke kedai jauh,ikan sungai lak mudah nak dapat,rindunyaaaaa....

7 singgah dan taip sket..

Sedapnya Sue! Huwaaa nangis tengok..

REPLY

sokmo la sue wat ore terliur..haha

REPLY

fuhhh meleleh tengok. Boleh cuba ni. ikan kering tu kena goreng dulu la kan. Baru ambil isi.

REPLY

perghh... meleleh... rasa nak p rumah sue soh masak...

REPLY

nak mintak cara buat 'serawa telur'....please

REPLY

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates