Salam Ramadhan 1438H / 2017 : Puasa dengan Si kecik.

8:00 AM Sue Izza 1 Comments


Belum terlambat rasanya nak ucapkan selamat berpuasa kepada kengkawan semua.Dah masuk 4 Ramadhan pun,baru sempat jengah blog,busynya seorang Cik Sue hehehehe.Busy apa pun tak tahulah.

Bulan Ramadhan ni bulan yang ramai tunggu-tunggu,gandaan pahala dan keberkatan,harapan Cik Sue semoga Ramadhan kali ini,dapat merapatkan kembali ukhuwah dan silaturrahim yang sebelum ini kita putuskan tanpa sengaja atau tidak.Jika Allah sudi ampunkan dosa kita,siapa kita untuk sombong tidak memaafkan kesalahan orang lain,Memaafkan tidak semestinya kita bersetuju dengan kesalahan mereka,mana tahu kemaafan kita kala ini memberi inspirasi keinsafan.

Bagi Ibu-ibu ,isteri-isteri kat rumah ,ini la masa menambah stok pahala kan.Bangun awal siapkan sahur,kejut anak dan suami,petang pulak berperang dengan anak ,berpeluh memasak di dapur,hidangkan juadah berbuka yang terbaik buat suami dan anak-anak.Besarnyaaaa pengorbanan sedangkan diri sendiri pun berpuasa,namun besar juga ganjaran pahalakan?


Alhamdulilllah,Cik Sue masih di panjangkan umur untuk berjumpa Ramadhan lagi tahun ini,kalau tahun lepas puasa waktu mengandung,tahun ni pula sebagai ibu menyusu dan Humaira pun dah 6 bulan lebih.Cepat pulak rasa masa berlalu.Agak mencabar juga la bila dah ada si kecik ni,pengurusan masa dan kreativiti tu penting supaya tak kelaparan dek anak yang macam-macam peel ni.

Perkara yang paling seronok puasa ni mestilah juadah berbukakan,ada yang suka ke bazar ramadhan,ada yang suka masak sendiri,sekarang pulak ada yang lagi mudah order delivery food je,sampai makanan depan pintu hehehehe.Dulu zaman bujang-bujang dan masih bekerja,hidup sorang-sorang,berbuka pun ikut mana dan,beli kat bazar atau kat kedai makan je dengan kawan-kawan,kena pulak kerahan tenaga kena ot,makan pun main kirim je,berbuka di opis itu selalu.

Sekarang dah kahwin,bersuami dah ada anak,dan status suri rumah sepenuh masa,Cik Sue lebih suka memasak sendiri.Eh tapi masa berdua awal-awal kahwin pun kami dah tak pi bazar,tetap balik masak kat rumah walau hanya lauk sardin.Dapat suami yang tak berapa rajin nak berjalan di bazar,jadi kena la bininya rajin masak hehehe.Menu mudah-mudah je,sebab Mr D tak cerewet makan.Goreng telur mata dengan kicap pun ok.

Pengalaman baru tahun ni,bangun sahur dah ada jam loceng hidup hehehe Humaira la,dia macam tahu pukul berapa imsak hehehhe,ngam-ngam je bangun merengek nak susu.Dan jadi peneman memasak di dapur petang-petang,ada masanya dok bergaduh je la ngan dia,merengek nak berdukung,sibuk nak tengok apa dalam periuk hahahah.

Jom tengok menu Cik Sue masak sepanjang 3 hari dah berlalu ni,selalunya masak berbuka lebihkan sikit untuk makan sahur terus.Jadi sekali masak je,senang kerja.

1 Ramadhan :

Sahur :

sayur sawi tumis air
Sotong goreng kunyit berkuah
Berbuka :

Hari pertama balik berbuka di rumah mertua di Kuang,Sg Buloh.Berbuka ramai-ramai dengan ipar-duai.Masing-masing bawa makanan dari rumah,kira macam potluck la,tak sempat lak nak amik gambar kalut dengan Humaira.Seronok,macam-macam lauk ada,sampai tak cukup nasi hehehhe,Cik Sue pun tapaukan makanan yang dah masak kat rumah.

kerabu mangga
Kari Ayam Hijau ala Thai
First time buat nanti Cik Sue update resepi ye.

2 Ramadhan :

Berbuka : 
Masih di rumah mak,tapi ipar-duai semua dah balik rumah masing-masing,uruskan family diorang lak,anak-anak nak balik ke asrama,nak pi beli barang dapur dan macam-macam lagi la,Cik Sue ngan Mr D dah setel semua ,teman la mak ngan bapak berbuka.Jadi Cik Sue la kena masak,mak dah tak larat.Fuhhhh Humaira buat perangai tak nak duduk lepak ngan mbahnya,melalak-lalak menangis tersedu-sedan,ayahnya ambik pun sekejap je senyap.Tak nak dah dengan orang,maybe sebab dok rumah dia sorang je,alih-alih Cik Sue angkut bawang,sayur semua siang depan tv sambil dia dok sebelah,sabo je la hehehhee.

kangkung tumis belacan

Singgang ikan dengan bendi ,mak mertua request nak makan.
Sambal udang Mr D request


Lepas terawih kami gerak balik ke rumah sendiri,tak tahu mana silap,sampai rumah Cik Sue kena bengkak susu,padahal direct feed kat Humaira.Tak boleh tidur dari jam 2 lebih sampai sahur,menangis woooo sakit bengkak,ibu-ibu menyusu tau la macam mana sakitnya.Dah perah dah bagi Humaira hisap tetap bengkak,macam susu tersumbat pun ye,tuam je la dengan tuala panas,lega sekejap dan tertidur sekali sedar-sedar dah 10 minit nak azan,bingkas bangun sediakan air panas bagi Mr D,nasib baik nasi dan lauk dah tapau dari rumah mak,bukak tupperware je makan huhuu,Cik Sue ok la tak sahur pun dok rumah je,Mr D tu yang kesian jap lagi kena pusing site jenuh oiii.

3 Ramadhan :

Lepas Mr D gi keje,sambung rest, badan dah panas,tekak perit sangat.Susu pun masih bengkak,dok la tuam dengan tuala panas.Paksa juga Humaira menyusu supaya cepat surut,walau menitik air mata sakit,Bangun solat,mandi terus melepak je,pukul 5 baru ke dapur ,gagah-gagahkan diri.Buka peti ais cari apa yang paling midah nak masak,kebetulan Mr D balik lewat,Cik Sue pun tak selera just berbuka minum air soya,solat dan baring rehat .Tunggu Mr D balik baru makan sama.

Urap/Kerabu kacang botol,ni lepas maghrib baru buat

Ayam Percik Simple
Kebetulan semua bahan dah siap sedia,masak je.

Itulah catatan setakat hari ke 3 Ramadhan.Hari ke 4 ni tak tahu lagi nak masak apa,selalunya Cik Sue ni tengok apa bahan yang ada dalam peti ais je,ala-ala masterchef gitu,masak ikut bahan yang di beri hehehehe,memasak ni tak susah kalau kita pandai uruskan dan kreatif,Dengan anak kecik ni apa yang Cik Sue buat,time anak tido atau suami jaga anak,siapkan bahan-bahan asas tuk masak,blend bawang ,cili,halia siap-siap,sayur nak simpan,potong siap-siap,ayam perap dan simpan dalam freezer,buat pes asam pedas,masak lemak,kari siap-siap,Nak masak amik masuk periuk je,jadi jimat masakan?

Korang pula macam mana cerita ramadhan setakat hari ni?

1 comment:

  1. Salam Ramadhan Sue.. Kak Sue pun setakat nie hari-haru masak cuma beli kuih je kat Pasar Ramadhan 😊

    ReplyDelete