DIY : Makeover meja lama

1:35 AM Sue Izza 6 Comments

Dah dekat nak raya ni,mesti kita dah mula kemas rumahkan? Cik Sue dah mula dah,dok "audit" mana yang boleh pakai,mana yang boleh di lupuskan,mana yang tak mahu pakai tapi masih elok dan cantik bolehlah hulur-hulur kat sapa yang nak,terutama yang baju dah mengecik tu kan ,bukan CikSue yang besar tau hahahaha.Untuk deko-deko rumah pulak,tak de beli apa yang baru pun,nak kurangkan lagi ada.Humaira dah mula melasak,kalau boleh nak lapangkan rumah bagi ruang kat dia nak bermain.Jadi mana yang perabot tak de fungsi tu kalau boleh simpan,Cik Sue simpan la dalam stor,keluarkan mana yang nak pakai je.

Contohnya meja jepun ni,pusaka rumah ni zaman Mr D bujang lagi ni,diorang buat sendiri hehehehe.Kenapa Cik Sue suka meja ni? Senang kalau buat makan-makan,buka puasa ramai-ramai atau kengkawan datang lepak.Hidang je makanan atas meja ni,bersila je keliling,mudah.Dan masa raya meja ni je guna letak juadah raya dan kuih-muih,cukup besar dah.Cuma dah buruk sikit rupanya,hari tu lapik ngan plastik bunga-bunga biasa,tapi nipis tepinya dah koyak asyik tersedut waktu vakum huhuuu.Jadi Cik Sue cuba la nak cantikkan semula dengan bajet ciput.

huduh benor rupa dia huhuu
Banyak jugak la idea Cik Sue jumpa dalam Pinterest (katalog bergambarku hehehe).Ada yang letak bunga plastik lepas tu tindih dengan kepingan kaca,cantik memang cantk tapi mana pula Cik Sue nak cari kepingan kaca tu.Ada idea cat warna terang dan kontra dengan dinding pastu buat cetakan stensil,alaaaa kita tak suka main cat,payah dengan anak lagi.Akhirnya jumpa idea ni,balut je dengan tikar getah yang selalu kita hampar atas lantai simen tu.Ok jom tengok apa yang di perlukan untk idea ni :

Bahan :
2 meter tikar getah-Ikut saiz meja ye,sila ukur dulu.Cik Sue beli yang lembut sikit bukan yang keras letak atas lantai tu.Dan sorang kosong,serabut aih bunga-bunga segala.Nanti bunga kita hias dalam pasu sudah.
1 stapler gun-pastikan berfungsi elok dan tahu menggunakannya dengan berhati-hati ye.
1 gunting




Cara : (sorry lupa amik gambar sebab buat sorang-sorang)
1. Hamparkan tikar getah atas lantai.
2. Terbalikkan meja,biar 4 kaki ke atas.
3. Staplerkan tikar getah membaluti permukaan meja.
4. Staplerkan dengan kemas di bahagian bawah meja.
5, Kalau nak balut sekali dengan kaki pun boleh terpulang.

dah siappppp

Cik Sue tak tegangkan sangat sebab takut koyak,tapi tak de la menggelembung sangat pun.Nanti nak cari hiasan atas meja pulak.Senyum Mr D selamat duit dia hahahhaa,tikar getah tu 1 meter rm9.00 je.

p/s:
rajin pulak buat DIY dalam rumah sekarang ni,hehhehe,pastu ni nak jahit-jahit pulak.


6 comments:

  1. So clever! Pandai sue DIY...Cantik tau...senang nak makan bersila...lagi heaven!

    ReplyDelete
  2. bestnya meja mcam ni.. bersila je..

    ReplyDelete
  3. rajin kak sue.. berseni tangan. Kalau Lisa.. hmmm mmg tk pandai lahaha

    ReplyDelete
  4. Hamboii rajinnya dia..Lain kali suh Maira tolong ok..hehee :D

    ReplyDelete