30 June 2017




Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Belum terlambat rasanya untuk Cik Sue ucapkan Selamat Hari Raya kepada kawan-kawan semua walau dah tengah-tengah Syawal kan.Selamat Hari Raya semua,Cik Sue minta ampun maaf jika selama ini ada mengguris hati dan buat kawan-kawan semua jauh hati,melukakan melalui kata-kata dan tulisan.Sesungguhnya Cik Sue ni bukanlah malaikat,punya banyakkkkkk sangat khilaf dalam hidup.

Persiapan Raya 2017

Tahun ni walau raya bertiga dengan orang baru,persiapan kami tetap sederhana,dan hampir tak buat apa pun hehehehe.Orang sibuk shopping raya kami lepak golek-golek kat rumah je,buka puasa kat luar pun 2 3 kali penuhi jemputan opis Mr D je,selebihnya banyak habiskan masa kat rumah.
Baju raya pun beli 2 3 helai untuk Humaira je,Cik Sue kononnya nak pakai baju nikah sekali dengan baju melayu nikah dengan Mr D,tapi raya pertama tu dia tak mo lak pakai baju elayu cekak musang,panas katanya.

Kebetulan malam raya dah ada di rumah mak ,selongkar almari Mr D jumpa baju hijau turqouise lebih kurang la,baju zaman bujang katanya,leher kurung je,tak panas.Katanya itu baju setahun dua sebelum kawin kalau tak silap,terus suruh dia test.Alhamdulillahhhh muat dan ngam lagi,tak tau la samada baju tu memang buat besar atau Mr D yang susut badan (jeles) hahahha.Terus Cik Sue matching-matchingkan dengan baju Cik Sue dan Humaira,dapatla baju raya pertama kami hehhehe.

Kuih raya? Hiasan rumah? semua takde,Cik Sue betul-betul malas tahun ni,lagipun sebab anak kecil lagi tak sempat nak menyediakan sangat,dok layan dia je la hehheh.Cuma sempat beli kain meter nak tukar tirai tabletop kat dapur tapiiiiiiiiiiiiiii....sampai hari ni ada je lagi dalam plastik masa beli tu hehheehe,tunggu la bila mood rajin sampai eh.Kuih raya raya ke 3 sebelum balik rumah sempat singgah Ina Cookies sebelah Petronas Kuang beli 2 3 jenis,buat persediaan tuk kawan0kawan datang rumah,tak mau beli banyak nanti jadi macam tahun lepas .tak habis buang saja je.Rumah kami tak ramai sangat datang raya melepak lama-lama.

Sambutan Raya Kami

Aidilfitri kali ni giliran rumah mertua Cik Sue di Sungai Buloh je,jadi tak hadap jem la.Nuzul Quran hari tu dah balik jumpa ma abah,kalau balik pun selepas minggu pertama Syawal la.Kebetulan pulak giliran Mr D kena standby on call tahun ni,raya pertama pun beraya dekat-dekat je,dia sibuk dok alert dengan phone je.

Cik Sue dan Mr D balik rumah mak awal sehari untuk tolong masak-masak dan buat persiapan.Simple-simple je,sebab mak dan bapak dan tak larat,lagipun kami 3 keluarga dengan Abang Ngah je raya sini,yang lain balik rumah mertua diorang.Lepas solat sunat hari raya,sempat bermaafan dengan mak bapak,abang kakak dan en suami.Satu yang Cik Sue perasan tradisi Jawa memohon ampun maaf di hari raya penuh syahdu weiii elok-elok happy terus sebak huhuuu.




Hidanga sarapan pagi raya kami simple je,rendang daging yang Cik Sue masak hasil tunjuk ajar mak.Okey ,jujur Cik Sue tak pandai masak rendang hahahahha,kalau kat kampung selalu ma yang buat.Menu laksa ke,mee-mee ke,nasi impit kuah kacang ke ok,rendang erkkk kureng.Pastu mak gorengkan sayur goreng jawa,makan dengan nasi impit segera rebus je dan ketupat palas kawan mak bagi.


Lepas bergambar hari raya ,terus keluar pergi beraya,sempat la mengunjungi saudara-mara mak dan bapak yang dekat-dekat,dekat pun sampai malam juga la baru sampai rumah hehehhe.Cik Sue sempat ke rumah sepupu belah abah di Tasik Puteri,lepas tu konvoi dengan mak dan abang ngah ke Kg Kerinci rumah nenek saudara,pastu terus ke Banting,rumah wajib hehehhe mak saudara Mr D aka mak angkat Cik Sue hahahhaha.



Raya Kedua

Raya kedua kami tak ke mana-mana,melepak je kat rumah tunggu orang datang beraya.Tengahari Cik Sue sempat masakkan mee kari tuk juadah tetamu dan makan-makan di rumah.Kebetulan mood Humaira baik sangat sebab kakak sepupu dia kak ain ada dok layan main sampai sanggup dia tahan mata tak mau tidur,haihhh sabo je la.





Petangnya pula abang ipar yang dekat-dekat sampai tuk beraya dengan kami.Itu je la raya Cik Sue,raya ketiga dah balik rumah,kemas rumah,basuh baju,raya ke empat ,Mr D dah kerja huhuuu.
Walau singkat Alhamdulillah,dapat berjumpa saudara-mara yang jarang-jarang jumpa,ziarah atuk nenek yang dah uzur itu pun dah cukup baik.Apapun raya kan sebulan,ambillah kesempatan untuk bermaafan dan lupakan sengketa selama ini.Kita tak tahu bila kita akan di panggil,semoga kita "pergi" dengan kemaafan dan tiada hutang antara manusia.

Apapun Selamat Hari Raya semua,raikan kegembiraan sambil meraih pahala.

5 singgah dan taip sket..

selamat hari raya sue dan family, maaf zahir dan batin. Comel Humaira terlentok kat bahu atok dia ye hehehe

REPLY

ALAAAAAA....x bleh tahan la tgok mee kari banyak kerang tu...sedapnyaaaa

REPLY

Takde persiapan lebih² pun takpe, janji kita dapat beraya kan?

REPLY

Salam Syawal Cik sue.. Samalah kita.. Nak fefeeling sedondon di pagi raya, pakat mix & match baju lama je.. hahahha! Memang tak membeki baju raya pon.. beli untuk anakanda je.. alhamdulillah, syukur apa adanya.. ^_^

REPLY

Selamat hari raya...cantik tema baju raya tahun ni =)

REPLY

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates