01 June 2017


Bulan-bulan puasa ni mesti ramai yang mencari ayam percik kan,tak kisahlah ke bazar atau buat sendiri kat rumah.Memang kena selera waktu puasa agaknya,bagi orang kelantan,bulan tak puasa pun banyak je jual ayam percik versi Cik Sue buat ni,bukan jenis kuah merah ayam madu kat pasar malam tu tau.Ni percik kelantan,bersantan.

Kebetulan 3 Ramadhan lepas tak tahu nak masak apa,dok termenung la depan peti ais.Tengok dalam freezer ada drumstick 4 ketul,mula-mula ingat nak goreg berempah je,tapi tak de kuah la pulak.Sebab Cik Sue buat kerabu kacang botol.kami ni bukan boleh makan nasi tak berkuah,rasa tercekik je hehhee.Tengok bahan-bahan semua ada,sempat je sebab ayam masuk oven je,mana ada dapur arang nak panggang bagai kan.Jom tengok resepi Cik Sue ,cara paling mudah dah ni.

Bahan :

Ayam Panggang
4 ketul drumstick ayam
sedikit garam dan serbuk kunyit
1/2 sudu lada hitam
3 ulas bawang putih-tumbuk
1/2 inci halia-tumbuk 
2 sudu pes tandoori Brahims

Bahan kuah percik :
1 kotak santan pekat -200ml
3 ulas bawang merah
1/2 inci halia
4 sudu cili kering yg di blend
1 batang serai hiris halus
1 batang serai titik
1 keping asam keping
1/2 sudu tepung jagung -bancuh dengan air
2 sudu gula
garam secukup rasa

Cara :
-Perap ayam dengan semua bahan perapan,biarkan 15-30 minit,susun di atas para pembakar masukkan dalam oven bakar dengan suhu 200 darjah celcius 25 minit,kalau takut tak masak isi dalam,kelarkan sikit ayam tu.
-Untuk kuah : blend bawang merah,serai hiris,halia,cili kering.Tumiskan dalam kuali hingga pecah minyak,masukkan santan,serai dan asam keping,biar mendidih masukkan bancuhan tepung jagung,perasa kan dengan garam dan gula,masak hingga pekat sedikit.
-Curahkan di atas ayam dan hidangkan.

Haaaa mudah je kan,kejap je buat ni.Tak susah pun,kalau takut tak sempat balik kerja nak masak,sediakan bahan awal-awal,sampai rumah just masak je.


p/s:
Kuah percik ni dah jadi feveret Mr D,kekadang dia bukan makan ayam or ikan tu sangat pun,dok cedok kuah je,siap gaul dengan nasi hehehehe.
2020


8 singgah dan taip sket..

xse mari doh blog mek sue sokmo ada gambar makanan etek..kita nyo xleh tgk makanan..haha

REPLY

Mak Aihh sedapnya.. Bak mai sepinggan lekaih.. Suh Maira hantaq tau..hahaha

REPLY

risau tenung lama-lama..takut terbatal puasa tengok ayam percik kat sini.

REPLY

Kuah tu mmg nampak menarik. Letak tepung jagung tu nak kasi dia pekat sikit eh kak. Nyumm.. mcm nk try plak sbb x susah sgt..

REPLY

Sedapnyaa! Akak mmg suka ayam percik kuah bersantan macam ni

REPLY

Fuuhhh terliur tengok.. Hujuung minggu boleh la nak buat..

REPLY

Nanti nak cubalah buat.. ehehe..

REPLY

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates