31 July 2017

Kebiasaannya kalau korang membeli beg tangan bagi akak-akak,makcik-makcik ni kan ,apa ciri utama yang korang tengok,yang korang pentingkan? Jom Cik sue kongsikan apa tips Cik Sue bila beli beg :

Tips memilih beg tangan yang sesuai :

1. Majlis / Kegunaan
Benda yang pertama Cik Sue akan fikirkan bila nak membeli beg tangan pastinya kegunaan beg itu,nak bawa ke mana,nak guna letak apa,nak masukkan apa.Dulu-dulu zaman anak dara barang pun tak banyak,apa je pun dompet phone,alat mekap skit power bank.Tapi sekarang nak kena fikir pampers anak,tisu basah,baju salin anak,napkin,takkan nak angkut 2 3 beg kan.

2. Rekabentuk
Design atau bentuk nak kena perhatikan juga sebab Cik Sue tak minat yang fancy sangat  atau ala-ala mak datin sangat,dan tak mau juga yang bling-bling hahahha biar nampak sederhana je.Bentuknya nak kena sesuai la dengan Cik Sue kan,biar muat nak masuk barang-barang semua.

2. Warna
Warna pun main peranan penting juga,nak sesuaikan dengan baju la tudung la kan? tapiii Cik Sue ni tak suka warna pelik-pelik dan terang-terang,suka warna hitam dan warna-warna pastel je,krim,coklat,biru gelap hehhehe.

3. Bentuk Badan
Pemilihan beg tagan pun sebenarnya tengok bentuk badan juga tau,kalau orang kurus kena pakai yang sesuai,kalau badan macam Cik Sue ni tak boleh yang labuh sangat talinya.kena tengok la mana yang terletak elok dengan badan kita.

Beg tangan bergaya dari Mizzue

Baru-baru ni Cik Sue  berjaya mendapatkan satu beg baru memandangkan beg hantaran kahwin yang sekian lama pakai dah nak terputus tali,ye la Cik Sue ni kalau beg dengan kasut tunggu la sampai jahanam baru nak tukar.Tak suka hari-hari nak tukar sebab kang ntah mana-mana  hilang kad la kabel la dok tukar-tukar beg,so pakai satu beg yang boleh masuk atau sesuai ke semua majlis dan tempat senang cerita.Dan memandangkan dah ada Humaira kena fikir ruang untuk barang dia sekali la.Jadi Cik Sue pilih la beg kat bawah ni.


Marjorie Longley -Colour Beige From Mizzue


Kenapa Cik Sue pilih beg ni :
1. Saiz yang sesuai- tak terlalu besar,sedang-sedang elok,boleh masuk barang-barang personal Cik Sue dan barang Humaira,Ruang dalam yang luas boleh susun barang dengan elok.
2. Rekabentuk- ada pilihan tali panjang yang boleh sangkut labuh kat bahu seta boleh laras labuhnya mengikut kehendak kita,kalau nak pegang je kat tangan pun boleh.Bentuknya kekal tak lenyek atau lembik,elok terbentuk tapaknya,tapi bukan keras macam kotak ye.Ada tambahan pouch beg di dalam yang boleh masukkan barang kecil atau mekap.
3. Bahan- material PU leather yang berkualiti dan bukan dari kulit haiwan,mudah di bersihkan.Dan tak mudah kotor walau warna terang.Lagipun beg ni tak seberat di sanga,Cik Sue tak suka beg dari bahan atau ada aksesori yang memberatkan sebab bila masuk barang tu yang jadi macam bawa batu jongkong tu hahahhaha.
4. Warna- Cik Sue pilih warna terang kali ni ,lari sikit dari warna kebanyakan beg Cik Sue ,hitam dan coklat huhuuu,cuba warna lembut dan terang pulak dan nampak ceria la jugak hehehhe.





Jadi,raya hari tu sempat la bergaya dengan beg baru ni,memang mudah dan rupanya boleh je sesuaikan dengan semua baju pun,Cik Sue ni ingat hitam je senang dengan semua baju dan majlis,bila pakai yang ni bawa ke mana-mana ok je pun.

ala-ala mak datin nak gi dinner

boleh sling kat bahu juga.

santai-santai pun sesuai.

Beg-beg dari Mizzue ni memang up to date,rekabentuknya memang nampak elegan dan bergaya,banyak lagi koleksi lain yang sesuai dengan pelbagai umur,kalau korang nak tengok boleh klik link di bawah ok.Kot la nak buat hadiah ke,sesuai juga.

Facebook :  Mizzue 
Instagram : www.instagram.com/mizzuemy/
Website : Mizzue

Koleksi Marjorie Longley

1 singgah dan taip sket..:

comelnyo handbag meksue..nak pinjam..hihi

REPLY

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates