Milkbooster Shatavari dari Himalaya Wellness : Membantu di kala memerlukan.

8:38 PM Sue Izza 20 Comments

Baru-baru ni Cik Sue perasan Humaira menyusu tak puas.Kekadang dah menyusu pastu ngamuk-ngamuk macam tak cukup.Dia tidur pun kejap-kejap terjaga,walaupun dah suap bubur segala.
Perasan juga kekadang macam sekejap je dia hisap ,susu macam dah habis.Memang akhir-akhir ni Cik Sue agak stress dan kepenatan,susu pun mula drop atau merosot,mungkin juga Cik Sue mula sambil lewa tak jaga makan ikut waktu dan makanan berkhasiat.

Dok fikir-fikir,tak leh jadi ni,kena cari cara nak tambah susu,memandangkan Cik Sue memang susukan Humaira dengan susu ibu sepenuhnya,risau pulak dia tak cukup khasiat tuk tumbesaran fizikalnya.Cik Sue ni payah sikit sebenarnya nak makan supplement atau produk macam-macam tu.



Atas cadangan Kak Long Kawasan Puchong Cik Sue cuba juga la produk dari Himalaya Wellness ni,katanya 100% herba tak de bahan campuran lain.Inilah dia SHATAVARI Asparagus Racemosus dari rangkaian produk Himalaya Wellness.Bahannya 100% herba dari India dan di jamin halal.Ia dalam bentuk kapsul,ada sekali Cik Sue buka kapsulnya dan bau sedap pulak memang bau herba tulen.Malah dalam bentuk kapsul gini memang mudah nak telan,haaa jenis payah telan ubat gitu la hehhee.

Rupanya herba yang di gunakan sebagai bahan dalam produk telah di gunakan lebih 1000 tahun di India sebagai tonik kesuburan wanita,wahhhh memang berkhasiat la rupanya.Selain itu ia membantu dan menstabilkan hormon wanita lepas bersalin.Patutla sakit pinggang dan lenguh badan dah berkurang sikit akhir-akhir ni,Cik Sue ni kekadang susukan Humaira malam-malam sampai krem betis la,sakit pinggang la.Dua tiga hari ni agak cergas sikit dan bertambah tenaga.Alhamdulillah syukur sangat,kalau tak malam-malam je sapu minyak angin la minyak panas la.


Susu badan pulak macam mana ? Alhamdulillahhhhhh,syukur sangat-sangat,lepas seminggu ,susu mencurah.Lepas hari ke 4 amalkan ,Humaira tersedak sebab susu laju keluar,gelak-gelak dia susu kena muka hehehe,bila nak tidur malam dia menyusu,memang lena tidur dia waktu malam,dah kurang terjaga mintak susu.Dan bila bangun pagi mintak susu,tersenyum puas dia kekenyangan sampai sarapan bubur pun lewat.Syukur pada Allah bagi jalan Cik Sue tambah susu untuk Humaira,semoga terus konsisten dan dapat susukan Humaira sampai umur 2 tahun ,kalau lebih pun ye syukurrrr.


Produk ni pun mudah nak bawa ke mana-mana,tak perlu nak bancuh,macam makan vitamin biasa je.Senang bawa travel,masuk je dalam beg.Harga pun mampu milik RM54 je sebotol,ada 60 biji ,di makan 2 biji sehari,1 biji selepas makan.Oh y,korang nak cuba boleh dapatkan di outlet-outlet produk Himalaya seperti di KLCC,Mid Valley,Sunway Pyramid dan banyak lagi mall-mall berdekatan korang.Kat farmasi-farmasi biasa pun ada ,kecuali di guardian dan watsons tak de tau.Atau korang beli je kat web diorang atau kat facebook diorang.lagi senang.


Alhamdulillah,checkup minggu lepas,nurse bagitahu perkembangan Humaira sangat memberangsangkan.Seronk rasa,semoga dia terus membesar dengan sihat dan cergas hendaknya.

Untuk maklumat lanjut , korang boleh layari:

https://www.facebook.com/HimalayaHealthcareMalaysia

https://www.instagram.com/himalayamalaysia

p/s :
2 minggu amalkan Shatavari ni,rasa macam cepat pulak parut jerawat hilang,tak tau la sebab produk ni atau hormon dah ok,sebab Cik Sue tak pakai skincare apa-apa sekarang ni,cuci muka ngan pencuci cosmoderm je.

20 comments:

  1. Bagus niiii..tp produk himalaya mmg bagus kan

    ReplyDelete
  2. Br jer ckp kat zaza psal mendalah ni sbb nmpk kat fb...

    ReplyDelete
  3. Boleh rawat wajah sekali ye.nti kita cuba 😁

    ReplyDelete
  4. Kak nina pun tengah makan Shatavari.
    Alhamdulillah... Kesan positif gak!

    ReplyDelete
  5. Banyak benefit rupanya Shatavari ni untuk wanita.

    ReplyDelete
  6. Waaaahh meriah laa susu untuk Maira..membesar dengan jaya laaaa anak angkat umi lya ni..

    ReplyDelete
  7. Menarik, nak cuba jugaklah masa susukan baby nanti.

    ReplyDelete
  8. Kan..berbaloi sgt try..alhamdulillah rezeki humaira tetap ada .

    ReplyDelete
  9. bnyak kelebihan sahatavari ni erk..boleh cuba lepas bersalin ni..tambah susu

    ReplyDelete
  10. Tahniah kak sue.. Semoga niat nak bf tu tercapai

    ReplyDelete
  11. Bagus nie sebab wife sy pun makan..banyak perubahannya

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah ..mudah2an Humaira sihat...

    ReplyDelete
  13. Kekenyangan Humaira dengan susu ibu...hehehe

    ReplyDelete