21 September 2017

Banyak-banyak negeri dalam Malaysia,Sarawak je Cik Sue belum pernah jejak kaki.Negeri lain tu walau tak meneyeluruh sekurangnya pernah la sampai.Tiba-tiba dua tiga menjak ni terfiir pula nak bercuti,ehhh ingat surirumah tak stress ke dok rumah? banyak tau benda nak fikir nak buat,kerja kat rumah tu tak pernah habis,kekadang memang lagi sibuk dari kerja kat pejabat.Mestila perlukan percutian juga untuk segarkan minda dan melayan jiwa ,gituuuuu.Memandangkan Mr D pun asyik stress dengan kerja dan macam-macam masalah,Cik Sue fikir kami memang kena cari masa pergi bercuti segarkan minda dan jiwa.Tak payah luar negara pun tak pe,Malaysia pun tak habis pusing lagi kikiki.Jadi Cik Sue pilih Sarawak untuk plan percutian kali ini.

Kenapa Cik Sue pilih Sarawak? Sebenarnya banyak yang menarik kat Sarawak tu yang Cik Sue nak jelajah dan rasai pengalaman di sana.Tapiiiii sebab utama cuba teka kenapa? Alaaaa tak tau ke? mesti la sebab makanan hahahha,nama pun #ciksuesukamakan , semestinya misi Jalan-jalan cari makan la.Banyak menu dan sumber makanan yang Cik Sue tak pernah cuba ,menu tradisi Sarawak.Alaaa Cik Sue ni kan pencinta makanan ,mesti la menjadi impian nak cuba makanan pelbagai negeri dalam Malaysia terutamanya kalau dapat yang luar negara Alhamdulilllahhhh lagi seronokkan.


Salah satunya yeeee kek lapis Sarawak yang menjadi feveret Cik Sue,pernah la kawan bagi ole-ole masa diorg pegi sana,seketul tu Cik Sue sorang je habiskan.Haahaaa ada yang kata kek tu manis,tapi Cik Sue sukaaa.


Banyak lagi makanan unik di Sarawak ni macam umai,pucuk midin,mee kolok dan macam-macam lagi la,ada je kat semenanjung tapi tak sama la dengan yang original di sana kan?

Selain dari itu, Cik Sue juuga teringin pergi ke Sarawak Cultural Village atau Kampung Budaya Sarawak, apa yang Cik Sue baca kat situ  banyak info  pasal kaum yang ada di Malaysia ni. Kaum yang terdapat di Sarawak ni seperti Bidayuh, Melanau, Iban dan lain lagi. Sarawak Cultural Village telah diberi gelaran sebagai "Muzium Hidup" yang terbaik di Asia Tenggara. Kampung Budaya Sarawak menggabungkan sejarah, tradisi, gaya hidup dan seni bina dengan pendidikan dan bahagian teater untuk mencipta perpaduan budaya yang unik. Tujuh rumah tradisional yang unik, yang tersebar di atas kawasan seluas 17 ekar, pasti akan memberi  pengenalan yang sempurna kepada tentang Sarawak, penduduknya dan budaya kepada Cik Sue. Bukan tu saja, di situ juga kita dapat explore tentang gaya hidup rumah panjang dengan hospitaliti gaya Sarawak di Sarawak Cultural Village. Tempat ini adalah satu kemestian untuk di lawati bagi pengunjung ke Kuching dan Damai.Bestnyaaaa...



Bak kata orang, kalau kita pergi ke Sarawak tapi tak berselfie di Tugu Kucing memang tak lengkap percutian di tempat ni. Tugu tu terletak di dalam bandar Kuching. Di situ nanti boleh la Cik Sue rakamkan kenangan dan bukti dah sampai je Sarawak. Dan Cik Sue juga teringin nak pergi ke Siniawan Night Market. Kat situ bolehlah shopping dan juga merasai makanan yang terdapat di sana. Kata orang kat situ ada Mee Kolok yang sangat famous di negeri ni. Sememangnya pasti sedap ooooo…. Night market ni katanya waktu malam lebih cantik dengan lampu-lampu dan hiasan,mesti seronok jalan-jalan dengan keluarga.


Oh ya,nak ke Sarawak mestilah kena naik kapalterbang dari semenanjung.Lepas bertanya kawan-kawan yang biasa bercuti,kawan-kawan yang asal dari Sarawak ,Cik Sue pilih penerbangan MAS untuk ke sana.Kawan-kawan kata MAS ni akan melengkapi la Cik Sue  punya percutian ni. Kenapa mesti memilih MAS melalui Traveloka, ini kerana harga tiket MAS di Traveloka tersangat la murah dan berpatutan. Kalau nak dibandaingkan dengan beli di website MAS sendiri, harga dia mahal sedikit kerana melalui Traveloka, Cik Sue dapat diskaun yang terbaik. Ni kerana Cik Sue di cadangkan guna MAS online booking di website Traveloka. Ni aku nak bagitau sikit apa yang kawan-kawan bagitau, MAS offer 3 kelas perjalanan: Kelas Pertama, Kelas Perniagaan dan Kelas Ekonomi. Bagi Kelas Ekonomi, korang akan dapat tempat duduk 18 inci dengan A380 baru. MAS juga menyediakan Audio Video on Demand (AVOD) yang mengagumkan untuk hiburan korang. Korang boleh pilih movie apa yang korang nak kerana MAS mempunyai koleksi movie yang banyak dari pelbagai genre movies. Dari segi makanan, MAS telah menyediakan makanan yang sangat seda.

Ya Allahhhhh,tak sabarnya nak gi bercuti,moga murahlah rezki Cik Sue,perancangan dah ada ni ,tunggu nak laksanakan je.Lama sangat dah tak bercuti,jom korang kita ke Sarawak.

28 singgah dan taip sket..

Sayur midin!! Sedap nya!!

REPLY

JOm kita kuching !! teringin nak makan laksa sarawak original

REPLY

Sarawak cultural village tu best heheh..i dulu siap naik stage joget sama hahah..

REPLY

Jommm jomm g Sarawak..byk tempat2 menarik kat sarawak ni kan Sue.. Bestnya dapat pergi Sarawak..

REPLY

K.Sal paling suka kek lapis masam manis Sarawak . Sedap giler !! Nanti CikSue ke sana belikan tau...

REPLY

ingat kak Sue tadi gambar selendang biru... hihihihih!
InshaAllah nanti ada rezeki..Aminnn!

REPLY

Kak ipar akak org Sarawak. Teringin nk ikut dia blk kg. Tapi belum berkesempatan lagi..

REPLY

Kak ipar akak org Sarawak. Teringin nk ikut dia blk kg. Tapi belum berkesempatan lagi..

REPLY

Semoga murah rezeki kak Sue dapat g sarawak

REPLY

Teringin nak gi Kuching.. Sama macam Sue.. Semua negeri kat Malaysia ni dah sampai.. Sarawak je belum sampai lagi..

REPLY

woahhh. makanan dia rare. ala sukanya. x smpai lagi sbh srwk..

REPLY

bestnya fiza pun tak pernah pergi sarawak, nk pergi jugakk

REPLY

Teringin gak g sarawak.. Banyak lokasi best kat sana.

REPLY

sama la, saya pun tak sampai lagi Sarawak. Semoga dipermudahkan urusan utk bercuti. Dan cuti memanfaatkan satu family.

REPLY

G sarawak selalu tp urusan kejer... x smpat lg jenjalan.. huhu

REPLY

Semoga murah rezeki sue, dapat pergi sarawak tak lama lagi. Traveloka dah bagi tiket murah tu..hehe

REPLY

Suami pun ada ajak pergi Sarawak sbb dulu dia belajar di Samarahan. Nak tgk Sarawak lepas berpuluh tahun katanya.boleh booking thru Traveloka gini

REPLY

Nk kirim .. hihi xdan nk g sana jauh. Tp tgk offer traveloka mcm best je kn

REPLY

kita pun rasa nak bercuti kat sarawak..tak pernah nak naik kapal terbang lagi..hehe

REPLY

Akak pernah pergi 2 kali, best! Dapat makan laksa sarawak, beli kek lapis dan shopping songket murah².

REPLY

bestnya..teringin jugak nak pg sarawak..tapi asyik terpikir je cerita kwn yg rumah dia naik 2ekor buaya masa banjir kat sarawak..semoga dipermudahkan untuk ke sana nanti..

REPLY

Jangan lupa naik boat/sampan seberang sungai dekat waterfront...seberang tu perkampungan melayu ..ada gerai makanan byk dan ada boleh beli kek lapis disitu

REPLY

Laksa sarawak sedap walaupun kuahnya macam pelik sikit..hehe

REPLY

Saya dulu memang kerap ke sarawak. Setahun sejurang2nya 6 kali. Tapi masa tu belum ada blog kalau tak memang banyak cerita kat sana saya boleh tulis.

Mungkin sebelum hujungvtahun ni atau selepas balik dari jepun or nz saya ke sarawak pulak.

Apa2 pun saya ucap selamat bercuti ke sarawak.

REPLY

Semoga murah rezeki kak Sue ngan Migha untuk sampai ke Sarawak. btw Migha pun tak pernah sampai kesana lagi. Selalu makan kek lapis Sarawak yang orang bagi jer...hehehehe.

REPLY

Laksa sarawak dah cuba sekali nak lg... lin pun xpernah sampai sarawak lagi... huhu

REPLY

Emi pun belum pernah ke sarawak lagi. Tapi selalu duk kirim kek lapis sarawak tu kat member2, memang fevret lah.

REPLY

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates