16 September 2017


Setiap ibu bapa mesti tak lepas memikirkan bagaimana untuk mendidik dan mencorakkan anak mereka sedari kecil,dimana fikiran mereka masih suci ibarat kain purtih.Tugas ibu bapalah untuk menberi pendidikan awal dari rumah sebenarnya.Itulah apa yang Cik Sue fikirkan bila tengok Humaira ni,macam-macam dah bermain di kepala.Apa dulu nak kenalkan kepadanya,pembentukan jati diri ,pembelajaran macam mana yang nak di terapkan? Apa yang nak di ajarkan mengikut tahap perkembangan umurnya.

Bila balik kampung borak-borak dengan ma abah perkembangan Humaira,Cik Sue terkesan sangat bila ma kata,kenalkan dia dengan agama dan tuhan dulu,macam mana cara,fikir sendiri.Alamakkkk heheehe jadi Cik Sue selongkar la segala artikel dan buku-buku cari cara yang berkesan dan mudah faham untuk anak.Cik Sue ada jumpa tips mengenalkan Allah kepada anak dalam buku " Creative Parenting Today" karya Andi Yudha Asfandiyar.Dah lama beli buku ni masa mengandung lagi,masa tu pesta buku kat Putrajaya.Cuma tak belek je,tak sempat nak membaca,baru sekarang buka cari apa yang patut untuk anak huhuhuuu.

Kalau korang macam mana korang kenalkan anak tentang kewujudan Allah,mematuhi perintah Allah? ni tips yang Cik Sue dapat dari buku tu :

Tips Memperkenalkan Allah s.w.t kepada anak:

-Tunjukkan kegembiraan kita bila masuk waktu solat

-Solat berjemaah.Tanamkan dalam hati mereka bahawa solat adalah cara bagi mengingati Allah s.w.t. Kita mengingatiNya kerana Sllah s.w.t sayang kepada kita.Dia menurunkan hujan dan menyuburkan bumi.

-Perdengarkan doa kita kepada anak-anak.Biasa selepas solat kalau solat berjemaah baca la doa kuat sikit.Ni abah selalu buat sampai CikSue lak yang sebak dok tadah tangan kat belakang.Tunjuk kesungguhan ita apabila meminta sesuatu daripada Allah s.w.t .Tekankan dalam doa manusia tidak berdaya tanpa bantuan Allah.

-Buat jadual untuk anak-anak baca doa lepas solat jemaah,untuk anak-anak yang dah besar dan faham la.

-Minta anak-anak berdoa sekiranya mereka mahu meminta sesuatu.Contohnya nak kan permainan,mintak mereka berdoa ibubapa di murahkan rezki untuk dapat belikan mereka mainan.Tanamkan dalam diri mereka Allah akan sentiasa menjawam permintaan kita walau pun lambat.

-Sekiranya anak atau orang lain sakit,jelaskan Allah akan sembuhkan mereka.

-Ajar anak-anak doa sebelum berbuat apa-apa aktiviti dan jelaskan maksudnya kepada mereka

-Ungkapkan syukur dan terima kasih di hadapan anak-anak apabila mendapat rezeki dan nikmat dari Allah.

-Tunjuk perasaan malu dan bersalah kita di hadapan anak-anak sekiranya terlupa berdoa atau melanggar surhan Allah.

-Ajar anak-anak mengagumi kebesaran Allah ,ciptaan dan alam sekeliling.

-Baca ,cari dan fahami maksud ayat Alquran bersama-sama anak.Jelaskan itu adalah "surat cinta" dari Allah.

Itulah antara tips yang Cik Sue dapat,maknanya kita juga perlu mengenal Allah bersama-sama anak.Sedikit sebanyak bila kita mahu mendidik anak,kita juga kena berubah menjadi lebih baik,di situ hikmahnya dan rahmatNya.

Satu lagi petikan yang CikSue tertarik dalam buku ni,anak-anak sering mendengar perkataan Allah tu dengan sisi negatif seperti :

" Jangan buat begitu,berdosa,Allah marah nanti"

Ungkapan ini tidak salah cuma di ungkapkan dalam nada negatif,tanggapan anak-anak juga jadi negatif terhadap Allah.Mereka akan fikir Allah itu garang,membenci,tidak sayang dan terasa ingin menjauhkan diri serta takut.Sedangkan kita mahu mengajar anak-anak menyayangi Allah dan mencintaiNya.Kita boleh ubah kebiasaan ungkapan itu kepada :

"Allah tentu gembira dan memberi rezeki bila kamu rajin"
" Allah tentu mahu sayang kamu kalau kamu rajin solat"

Jom kita cuba menjadi contoh yang baik untuk anak-anak ye,Cik Sue pun masih belajar lagi,dok cari dan korek ilmu dari ma abah dan mertua bagaimana mereka mendidik anak-anak.

p/s :
Anak itu amanah,besar tanggungjawab untuk membentuk menjadi seorang Islam luar dan dalam.Doakan Cik Sue mampu menjadi ibu yang baik ye.


7 singgah dan taip sket..

wah..terbaiklah mek sue..masa kecik ni lah ore kata klu nak ajar doa ko, gapo ko..mudah masuk..hehe

REPLY

Terima kasih diatas perkongsian...jom sama2 kita mengimarahkan amalan mulia ini..

REPLY

Terbaik tips Ni sue... Tq for sharing!

P/s: Humaira dah Ada medical card Lum hehehehe

REPLY

Alhamdulillah.. sama2 sama.kita ajar anak anak kita untuk lebih mengenali yang maha esa..

REPLY

bagusnya tips2 ni. Terasa saya sebab jarang sangat bagi anak2 kenal Tuhan. Dah boleh start sekarang la ni kan. TQ share sini.

REPLY

info menarik. boleh start praktis..

REPLY

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates