03 November 2017

Ahad lepas Cik Sue satu family sempat beriadah bersama dalam Fun Run anjuran Nivea di Presint 6,Putrajaya.Kali pertama sebenarnya Cik Sue sertai larian-larian macam ni,selalu tengok kawan-kawan je,dan seronok rupanya.Kena pulak boleh bawa satu family ,seronok rasa berpeluh macam ni.



Seawal jam 7 pagi kami dah sampai ,Humaira pun teruja seronok dia tengok orang ramai,gigih tahan mata tak mau tidur seronok tengok ramai-ramai hehehhee.Tak perlu daftar sebab runkit dah ambil awal.Jam 7.30 pagi,larian di lepaskan,maka kami pun berjalan berlari la ramai-ramai sejauh 5km,melalui kawasan presint 6 tersebut seronok lalauannya sebab lalu tepi tasik la pantai buatan la,apa lagi kami ambil peluang la bergambar.Oh ya lupa pulak,ada selebriti juga yang terlibat di samping memberi kesedaran tentang penjagaan kulit bawah lengan dengan teknologi penjagaan dari Nivea iaitu Siti Saleha,Nadia Heng dan Fiqrie.




Di samping memupuk budaya hidup sihat program larian ini juga memberi kesedaran tentang penjagaan kesihatan kulit bawah lengan melalui produk Nivea yang di perkaya dengan formula yang bebas alkohol, deodoran NIVEA Protect & Care diperkayakan dengan esen NIVEA Crème dan haruman yang lembut. Ia memberikan kulit anda perlindungan yang berpanjangan sehingga 48 jam, serta menyuburkan dan memberikan anda bawah lengan yang lembut dan licin.

Bagi meningkatkan kesedaran umum tentang penjagaan kulit bawah lengan, pihak NIVEA Care Run berkongsi tentang fakta-fakta kulit menarik seperti 36% kulit disingkirkan apabila seseorang mencukur dan juga kesan pencukuran dan pencabutan bulu yang boleh menyebabkan kerosakan kulit.

Baca tentang produk ini di Nivea Protect and Care 








Seronok bila sesekali meyertai aktiviti mengeluarkan peluh begini,maklumlah Cik Sue pun dah lama tak melonggarkan urat-urat lepas berpantang hari tu,walau berlari-lari anak dan berjalan yang lebih,agak basah lencun jugak la baju hehehhe.Alhamdulillah tak terkejut uratnya,malah segar rasa bila balik,agaknya toksin dah keluarkan badan pun rasa ringan.Nak kedai ajak Mr D jogging pulak ni hari minggu hehehhee.








Dalam jam 9 .15 pagi kami dah setel larian,dannnn Cik Sue dapat gak medal cantik tu,program larian ini juga berjaya mengutip sumbangan sebanyak RM20,000 daripada larian tersebut telah didermakan kepada Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG), sebuah badan amal yang memberi bantuan kepada rakyat Malaysia yang memerlukannya.


Secara keseluruhannya, NIVEA Care Run telah mencatat kejayaan cemerlang dari segi mendidik rakyat Malaysia tentang kepentingan penjagaan kulit bawah lengan di samping membantu mereka yang kurang berkemampuan.



Layari www.facebook.com/mynivea untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk NIVEA.

Insya Allah kalau berkesempatan,teringin nak join lagi tapi setakat 5 km ok la ,jauh-jauh mak semput nakkkkkk hahahahha..andddd fun run je la sebab boleh bawa anak kikikiki.

3 singgah dan taip sket..

seronoknya riadah bersama yang tersayang, jumpa Siti Saleha lagi :)

REPLY

Jemput singgah :)

https://messarah.blogspot.my/2017/11/tips-muka-berseri-tanpa-mekap-makeup.html

REPLY

syok humairad apat join ni semua

REPLY

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates