10 November 2017

Hujan-hujan ni sejuk je kan? pastu asyik lapor je hehhehe,asyik nak mengunyah je la kerjanya.Ingat tadi nak masak lauk ikan talapia tapi malas lak sebab siang tadi dok habiskan sandwich dan roti telur,terbuat banyak jadi makan je la.Cik Sue sorang je pun makan Mr D keje.Jadi malam ni ada la nasi sejuk baki malam semalam simpan dalam peti ais,elok lagi,nak masak lauk dah malas la pulak malam-malam gini.Paling senang buat nasi goreng je la,mudah dan cepat.Tambahan dengan Humaira yang ngengada ni kan hehhehe.Pantang tengok ibu buat kerja,adaaaa je dia nak merengek tau.


Belek-belek bahan kat dapur jumpa lak Tuna Cili Fire Hot Ayam Brand,yang ni memang agak pedas dari yang lain la dan pernah buka satu tin dan Mr D tak mau makan,pedas katanya.Jadi Cik Sue jadikan rencah nasi goreng je la,campur sayur yang ada.Bahan-bahan pun mudah dan ada dalam peti ais,kejap je dah siap untuk makan malam.

Jom tengok Resepinya :

Bahan :

1 tin tuna Ayam Brand (Fire Hot 5 Chili)
Nasi sejuk 1 mangkuk besar ( tuk 4 orang makan)
2 biji bawang merah besar
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sudu sos ikan
2 pokok sawi -potong pendek2
garam secukup rasa
daun bawang potong 1 inci
telur-nak dadar pastu potong panjang2 pun boleh,nak buat telur hancur pun boleh

Cara : 
-Bawang dan halia di tumbuk atau cincang halus,panaskan minyak dan tumis,naik bau,masukkan sos ikan dan tuang tuna dari tin tadi,tumiskan sebentar masukkan sawi.
-Bila sawi layu masukkan nasi dan gaul rata,masukkan telur tadi dan perasakan dengan garam.Gaul rata sekali lagi.
-Taburkan daun bawang,hidangkan.



Fire Hot Tuna Chili Ayam Brand ni ada peringkat kepedasannya ,ada yang 2 cili,3 cili dan paling pedas 5 cili ni la.Yang lain Cik Sue boleh makan macam tu je tapi yang 5 cili ni errrr tersedak juga la kalau ratah saja.Kena campur kalau nak makan,campur mayonis ke tomato ke huhuuu agak pedas juga la.

Alhamdulillahhh ni je dinner kami malam ni,eh kami makan ngan keropok ikan keping tu dari Teganu,goreng sendiri je.Kalau makan sarapan pun sedap juga nasi goreng cam ni,buat tuk bekal ke sekolah atau pejabat ke kan,sesuai.

Okeylah,siapa suka boleh cuba ye resepinya,nak olah sendiri pun boleh tuk anak-anak makan boleb guna tuna yang tak pedas.Cik Sue dah kekenyangan ,nak melingkar depan tv lak layan movie hehhehehe.



10 singgah dan taip sket..

nmpak sedap..blh cuba ni..thanks sharing

REPLY

Sedapnya..lagi2 kalau ade org buatkan

REPLY

Wahhh menarik, nanti boleh cuba buat!

REPLY

sedap dah tuh.. toksah lauk lain dah... janji tambah ikan kering or keropok ikang..

REPLY

sedaknyooo , make gini jeliro doh haha

REPLY

Hai nasik grg yang sedapp..lapor laaa meh spinggan.

REPLY

SA ada lagi 2 tin x buat pape lagi...blank jap nak cari apa menu yang sesuai lagi..rasanya nak buat popiah la...

REPLY

Menyelerakan pulak tengok nasi goreng ni pepagi

REPLY

Huishh... Hujan² memang bikin terliur jer nengok nasi goreng Sue.
Kak nina bawak pinggan ni, meh senduk sini sikit.
Hehee

REPLY

Thanks for the recipe.. Boleh la saya mencuba ni nanti

REPLY

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates