15 November 2017

Ni salah satu masakan sayur orang-orang Kelantan atau Pantai Timur yang Cik Sue suka.Oh ya,bukan cili atau lada je yang boleh buat solok atau berinti macam ni.Petola dan Petola Ular ,Peria pun boleh,ikan pun boleh buat sumbat inti macam ni,tapi ikan leceh sikit la nak kena korek kuarkan isi tinggalkan kulit sahaja,jangan sampai koyak.

Masakan macam ni ma Cik Sue tak pernah ajar kecik-kecik dan muda-muda dulu,eh memang ma jarang pun ajar masak,Cik Sue belajar masak dengan nenek dan abah,eh abah Cik Sue terer masak okeh.Dah tua-tua ni je banyak minta ilmu masak ngan ma sebab dia tak larat nak buat,so anak-anak kena ke dapur,dia arahkan je.

Jom tengok resepinya :

7-8 biji cili hijau kelantan @ lada solok
belah tapi jangan sampai putus,buang biji,buat macam kelongsong untuk sumbat intinya.

guna cili ni baru sedap buat solok,tak mudah lembik dan hancur kulitnya.

Bahan untuk inti : 
3 ekor ikan kembung atau apa2 ikan,di rebus dan amik isinya
3 biji bawang merah sederhana 
2 genggam kelapa parut
1 biji telur
garam dan gula secukup rasa

Cara : 
-Tumbuk isi ikan,bawang dan kelapa parut,gaulkan dengan telur dan masukkan garam dan gula.Gaul sebati biar boleh di kepal-kepal ye.

inti solok


-200ml santan cair untuk masak solok



Cara-cara: 
-Sumbatkan inti ke dalam lada,sumbat je sampai buncit-buncit ye tapi jangan sampai lada tu pecah lak,tak cantik nanti.
-susun elok-elok dalam periuk bersih,tuangkan santan cair  dan masukkan garam gula tapi jangan sampai tenggelam lada dan intinya tu ye.
-Jerangkan atas dapur dengan api kecil,sampai mendidih.boleh tutup api dan hidangkan.

masak sampai mendidih

Solok lada ni biasanya orang makan dengan nasi kerabu atau nasi lauk gulai daging ke,lawankan dengan budu di picit cili api wahhhhh mau bertambah makan.Alhamdulillah Mr D pun dah pandai makan menu-menu kelantan macam ni,eh dia tolak batu ngan kayu je hahhahah semua pun bedal kecuali peria hahahhaha.


Oh ya ,kalau nak tengok lebih jelas macam mana cara menu ni di sediakan boleh tengok kat youtube Cik Sue ye www.youtube.com/izzaaiza (jangan lupa subscribe tau) atau klik video kat bawah ni ye :


Selamat mencubaaaaa....

13 singgah dan taip sket..

sedapnya resepi ciksu kongsikan ni...terbaiklah...cili hijau tu fresh tgk...

REPLY

cik nor kukus..hehe..sbb guna lada solok hok nipis tu..:)

REPLY

menarik dan sedap jer...tgkkk...hahaha

REPLY

Sedapnya...lama SA x makan...nak belajar la buat...

REPLY

Sy mmg suka mkn nasi kerabu..lg2 ada budu n lada solok ni..hehe.baru tahu cmni cara masaknya..

REPLY

sedapnya.. saya suka.. ingatkan ia dikukus. rebus rupanya. nice sharing sue :)

REPLY

Saya pun suka sangat dengan solok lada ni, kalau makan nasi kerabu tak sah tak ada yang ni

REPLY

Suka mkn dgn nasi dagang, buat tak reti..hahaha

REPLY

Maceh share resepi, nanti leh cuba :D

REPLY

sedapnyaa..suka sangat makan solok lada ni..beljar pun dri member

REPLY

seingat saya pernah makan solok lada sekali je dulu..memang sedap la..

Sauya ingatkan solok lada ni dukukus,rupanya kena masak macam ni..

REPLY

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates