Lipstik Purple NYX dari Surprise Box Lazada

Semenjak dua menjak ni rajin pula Cik Sue dok membelek dan berminat dengan mekap.Maklumlah sejak-sejak dok rumah ni kena la juga jaga penampilan kan,jaga mata suami katanya hahaaa kang berkain batik bertshirt lusuhhh je,dengan muka kusam naik berbulu pulak mata en suami tu hahahhaa.
Apa salahnya kan cantikkan diri mekap-mekap walau dok rumah pun,at least suami balik keje penat-penat ,segar sikit biji mata haaa,mekap simple-simple,wangi-wangi sikit ,tukar baju kat dapur tu pakai elok-elok sikit ,gituuuuu...Isteri solehah tak? hahaha...

Sebenarnyakan tak perlu mahal pun,asalkan sesuai dan selamat dengan kita ok la.Cik Sue ni dah tak kerja jadi tak leh la nak belanja sakan,duit pun en suami bagi huhuu.Jadi bila ada sale atau jualan murah memang Cik Sue tak lepas peluang la,tapi pastikan barang yang perlu je eh,jangan membazir.
Kebetulan Lazada buat sale 12.12 baru-baru ni ,dan gara-gara perkongsian Cik Sepet ,Cik sue terus terpengaruh nak beli Surprise Box NYX iaitu set mekap yang berharga RM49.90 agak berbaloi sebab total harga asal barang dalam tu dekat RM120++ .Kita tak tahu apa barang yang ada dalam tu tau,nama pun surprisekan? heheheh macam-macam jenama ada Nivea,Maybeline dan macam-macam lagi,boleh pilih tapi waktu promosi 12.12 tu je la.


Haaaa ini la isi surprise box NYX Cik Sue beli tu,ada lip liner ,eye liner,foundation,dan 2 jenis lipstik.Dannnn kita tak leh pilih warna tau ,dia bagi random je.Macam yang ni Cik Sue dapat lip liner dan lipstik pink , lipstik and eye liner purple dan 1 foundation.Alhamdulillah foundation tu memang code warnanya kena dengan kulit Cik Sue ,tapiiiiiiii yang lain tu hahahaha serius tak pernah pakai tau warna-warna gitu,adoiiiii seram plak rasa.Tunjuk kat Mr D dia kata try pakai dulu,kalau ok,pakai je nanti lama-lama biasa la dengan warna gitu.


Kebetulan nak keluar gi beli barang so Cik sue cuba la lipstik purple tu dan post kat Facebook nak tengok kawan-kawan kata apa kan,kot ada yang kata tak lawa ,tak sesuai memang bagi orang la jawabnya hahahhaha,inilah jawapannya harap ikhlas la korang komen ye huhuuuu.



Jadi kira ok la kan warna purple ni? Bolehla try mix and matchkan nanti,pasni nak belajar mekap la pulak ewahhhhh kemain hehehe.Cik Sue ni dari sekolah menengah sampai la dah kawin pun tau pakai bedak buh lipbalm je pun,eyeshadow ke,blusher ke mana la nak kenal,dah berkawan-kawan ni la baru tahu mana nak calit semua hahahha,budak kampung la katakan.Muka sememah je dulu tak layan nak melawa-lawa ,kerjanya join aktiviti lasak sampai abah kata macam jantan dah hehehhe..


Ha ni la dia lipstik purple tu,Cik Sue ni tak tahu la dia jenis matte ke apa ke kan,tau pakai je,tapi best la pakainya tak comot.Tak reti nak describe macam mana ngeee.


Nampak tak warna tu ,menakutkan je tau nak calit kat bibir tapi bila pakai 2 3 kali macam ok la pulak.Yang Cik Sue perasankan kalau lipstik warna gelap ok je ngan Cik Sue contoh merah pekat atau merah bata ke nampak sesuai la,tapi kalau warna nude ,pastel atau lembut memang tak kena,mungkin sebab Cik Sue berkulit agak gelap kan.


Yang ni pulak warna pink,agak cerah dan terang warnanya,dan seperti Cik Sue bagitau agak tak kena bila pakai hehehe,nampak pelik ,gambar? tak nak lah tunjuk,memang pelik sebab tak kena ngan warna kulit huhuuuu,tapi memandangkan ada yang bagi cadangan suruh blend atau campur dua warna nanti Cik Sue nak cuba,tengok boleh masuk tak.Kalau tak ok jugak haaa wassalam la kikiki.



Foundation tu pulak memang best pakai,kena sangat ngan kulit Cik Sue ,nak blend pun senang tak bercapuk,cuma yang ni cecair la ,nanti nak try cari yang roll pulak sekarangkan popular jenis gitu,senang sikit nak pakai hehehhe,maklumlah sibuk dengan anak kecil kena la cari yang paling mudah dah cepat ye tak? Jangan jadikan alasan anak untuk tidak berhias,kena pandai uruskan masa ye.Amboiiiiii yeye je Cik Sue,kalau dah sibuk tak ingat gak nak buh bedak tambah-tambah time anak tantrum hahahhaa.Mujur tak tercabut kain je wahahhahaa.

Berbalo la juga kan beli surprise box ni,nanti Cik Sue share bila cuba eye dan lip liner tu ye ,nak belajo dulu cara pakai kikiki,kang jadi Hantu Kak Limah lak.

18 comments

  1. Bestnya dapat lazada box...untung Sue..x yah beli barang mekap selalu..apesal la lazada x bagi akak ni....

    ReplyDelete
  2. Cantik je kak sue! Dulu takut jugak kalau nak try warna purple. Bila dah try xde laa pelik pon.

    ReplyDelete
  3. cantikkaler dia..pergh berbaloi la beli

    ReplyDelete
  4. Cantiknya kaler gitu. Syok jgk rupanya suprise box tu ye

    ReplyDelete
  5. cantiknya kaler camtuuuuuuuu...suka yg purple tu..kalo lg gelap lg kite suka..hehehe

    ReplyDelete
  6. cantiknya kaler purple tu...suka betul migha kaler macam tue..

    ReplyDelete
  7. warnanya menyerlah, tapi kalau ikutkan ok jer kalau pakai. nice!

    ReplyDelete
  8. Saya pon tak pro sangat makeup2 ni. Nak belajar gak sikit2 nanti kak sue. Tentang lipstik purple tu, saya tak pernah lagi pakai. Sama la reason, scary kan klu terang sangat.. Tp kalau nak buat makeup untuk event tertentu mungkin ok kot.

    ReplyDelete
  9. Eh.. k. azni pun order box of surprise yang ini tau.. hahahah dah sampai kat opis asben

    ReplyDelete
  10. Warna pepel tu macam menarik bila dipakai

    ReplyDelete
  11. Cantik Sue, kena ja ngan Sue akak tengok..

    ReplyDelete
  12. asal uzu tak tau ni ? hahah kalau tak dah beli juga...

    ReplyDelete
  13. Cantik sangat warna ni, nampak sweet je bila pakai.

    ReplyDelete